Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, September 20, 2010

Siapa yang "hutang" siapa ni?

Beberapa hari lepas, story yang menarik Epain ialah kenyataan atau "tuntutan" hutang yang dibuat beberapa persatuan sukan kebangsaan terhadap MSN...

Rasanya inilah kali pertama Epain mendengar pihak yang mensubsidi "berhutang" sebabnya kalaulah benar definisi Epain, "hutang" bermaksud sesuatu yang dipinjam dan perlu dibayar balik sama ada barangan atau wang ringgit...

Jadinya benar ke MSN ada meminjam sesuatu daripada persatuan sukan?...atau persatuan sukan sendiri yang memerlukan subsidi?

Jika subsidi, maknanya definisi yang betul mungkin Epain boleh beritahu ialah MSN "terhutang" atau MSN mempunyai bayaran tertunggak yang belum dilunaskan...

Kadang-kadang memang pelik perkembangan sukan Malaysia ni....

Apapun Epain harap jika ada bayaran tertunggak yang perlu dilangsaikan MSN, sebaiknya disegerakan manakala di satu pihak lain, buatlah apa yang patut mengikut prosedur yang ditetapkan dalam "menuntut" hutang masing-masing...

Namun Epain rasa persatuan sukan juga mempunyai "hutang" yang perlu dilangsaikan khususnya terhadap rakyat Malaysia yang cintakan sukan, iaitu bawalah kejayaan...bukannya bawa masalah...

Mungkin 2 temasya terbesar tahun ini yang bakal disertai kontinjen Malaysia, Sukan Komanwel dan Asia adalah medan terbaik "membayar" segala hutang yang perlu dilangsaikan...

Jika tidak, jangan marah kalau peminat negara ini pulak yang tuntut hutang daripada setiap persatuan sukan termasuklah MSN sendiri...

Ingat...wang dibelanjakan atau diterima bukannya hak mutlak MSN dan persatuan semata-mata, sebaliknya ia adalah wang rakyat...jadi rakyat pastinya mahu melihat Return on Investment (ROI) terhasil....bukannya Reasons of Incompetence

Catatan Epain: Nak lalu depan MSN....ada cat merah tak...

Friday, September 17, 2010

"Malaysia" yang istimewa

Jika bulan Ogos dianggap sebagai "Bulan Kemerdekaan", ada pula yang menggelar bulan September sebagai "Bulan Malaysia"

Ini kerana bulan September menyaksikan negara Malaysia terbentuk menerusi penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963...

Posting kali ini, Epain bukannya mahu komen pasal pembentukan Malaysia sebaliknya Epain ingin berkongsi harapan bulan September khususnya membabitkan sukan negara...

Sedar atau tidak, Piala Malaysia 2010 bermula secara rasmi pada 14 September, 2 hari sebelum sambutan Hari Malaysia yang disambut dan diberikan cuti umum buat pertama kali secara rasmi...

Justeru Epain berharap dengan semangat Hari Malaysia, biarlah Piala Malaysia yang menjadi rebutan dan dianggap sebagai piala keagungan akan terus meriah bersesuaian dengan keistimewaannya...

Kelmarin pula berlaku undian Piala AFF yang menyaksikan Malaysia diundi bersama 2 heavyweight lain, Indonesia dan Thailand...

Diakui sukar dan Malaysia bakal turun sebagai underdog, tetapi dengan semangat Hari Malaysia, Epain harap pasukan negara dapat menghasilkan sesuatu yang positif, bersesuaian dengan status pasukan kebangsaan sebagai juara Sukan Sea...

Tetapi bagaimanakah agaknya pasukan kebangsaan ketika berdepan Indonesia?....Sukar hendak digambarkan tetapi biarlah perlawanan antara kedua pasukan ini berlangsung dalam suasana dan semangat sukan yang tinggi....(faham-faham apa yang berlaku sekarang)

Disebalik 2 peristiwa yang dihadapi bolasepak, ada pulak yang tak seronok apabila Malaysia jatuh ke ranking 144 FIFA...

Namun adakah ranking segala-galanya?...

Walau apapun, Epain berharap agar segala dugaan dan cabaran dapat diatasi dengan penug gemilang dan pastinya kita bukan sekadar mahu melihat Malaysia terus sejahtera tetapi kita ingin melihat sukan negara ini kembali ke landasan yang pernah dilalui sedikit masa dahulu....

Selamat Hari Malaysia!!

Catatan Epain: Nak kibar bendera....bukannya BENDERA....

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekalipun posting dibuat sedikit lewat, namun dikesempatan ini Epain dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan, rakan dan sahabat khususnya pengikut setia Epain World...

Semoga hari lebaran yang disambut ini akan memberikan keceriaan yang dicari selama ini..

Buat yang memandu, memandulah dengan penuh kesabaran khususnya yang akan menempuh perjalanan yang jauh...

Buat atlet, seperti biasa Epain hanya mampu mengatakan bahawa jangan lupa kawal "lemak" yang bakal masuk ke dalam badan masing-masing...maklumlah, namapun atlet, kenalah jaga makan ye tak...

Buat yang bakal memulakan kempen Piala Malaysia khususnya Selangor Darul Ehsan, Epain mengucapakan selamat bertanding dan bertandinglah dengan penuh rasa professional...

Akhir kata, andai ada posting yang telah mencuit hati masing-masing, Epain menghulurkan seribu kemaafan....

Selamat Hari Raya...

Catatan Epain: Control makan...tapi lemang, ketupat palas n rendang tetap jadi pilihan