Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, December 30, 2010

SYABAS MALAYSIA!!

APA LAGI NAK KATA?....SEBABNYA...

MALAYSIA ADALAH RAJA ASEAN PADA KETIKA INI!!!...

terima kasih buat skuad kebangsaan yang menghadirkan kegembiraan yang terkira ini...

hadiah terbaik 2010 dan penyuntik semangat terbaik 2011...

Wednesday, December 29, 2010

Malam ini Garuda menangis...

Sama ada peminat Indonesia suka atau tidak, setuju atau tidak, Epain pun nak join lah "serangan cyber" menjelang perlawanan akhir kedua Piala AFF malam ini di Gelora Bung Karno....

Epain tak tau berapa ramai khususnya dari Indonesia yang membaca nukilan Epain ini, tetapi Epain juga sedikit sebanyak telah "terkesan" dengan artikel yang Epain baca dan melihatkan serangan bertalu-talu di laman sosial seperti Twitter...

Apapun, Epain merasakan itu satu kebiasaan buat yang berada di pihak kalah dan parah...seakan tidak boleh menerima kekalahan 3-0, satu cara untuk "melepaskan" diri ialah dengan menyalahkan orang lain...

Bagi Epain, biarlah apa yang diorang nak lakukan, cuma Epain harapkan barisan skuad kebangsaan akan mengunci mulut setiap mulut yang berbicara tajam, mengunci setiap tangan yang menulis dengan keras dan setiap akal yang tidak berpijak di bumi nyata dengan kejuaraan yang bakal dijulang....

Pihak keselamatan Indonesia juga harus meningkatkan keselamatan memandangkan menang atau kalah malam ini, skuad kebangsaan atau sebahagian rakyat M'sia yang berada di GBK akan diprovokasi...apa jenis provokasi tidak diketahui...

Apapun, buat skuad kebangsaan, jangan hirau sinaran laser mahupun asap kemenyan malahan mantera pawang-pawang Indonesia, apa yang penting malam ini pamerkan aksi terbaik dan lebih penting, pastikan Piala AFF mendiami bumi M'sia pula...

Catatan Epain: Belang harimau akan menyala malam ini!!

Monday, December 27, 2010

Gugurnya sang Garuda!!

Tak tau apa nak cakap tapi Epain sebagaimana jutaan rakyat M'sia yang lain masih lagi "dibuai" kemenangan 3-0 M'sia keatas seteru serantau, Indonesia pada perlawanan pertama final Piala AFF...

Pujian sewajarnya diberikan kepada barisan pemain yang tenang dan yang paling penting memastikan gawang Indonesia dibolosi, bukan satu tapi 3 gol!!...

Sapa yang tak puas tatkala memikirkan sebelum ini, M'sia dibelasah di Gelora Bung Karno dan malam tadi, giliran Indonesia pula merasa "kenikmatan" kekalahan yang agak besar...

Walaupun penyokong Indonesia akan membandingkan kemenangan pertama mereka yang diibaratkan sebagai cukup selesa, tetapi saingan kali ini berbeza...

Sebelum ini hanyalah perlawanan peringkat kumpulan, tapi kini ia merupakan perlawanan akhir dan bekalan 3 gol ternyata bakal membuatkan sang Garuda pening kepala memikirkan nasib mereka Rabu ini...

Mungkin kalah digelanggang lawan masih diterima tetapi Epain percaya, jutaan rakyat Indonesia tidak boleh melihat pemain M'sia menjulang kejuaraan di gelanggang keramat mereka sendiri, Gelora Bung Karno...

Apapun, Epain harap pemain tidak dibuai kemenangan selesa malam tadi, kerana 90 minit yang berbaki bukanlah satu jangka masa yang singkat...bagi yang mengejar kejuaraan, 90 minit boleh diibaratkan 90 hari...

Dan sebagaimana aksi di Bukit Jalil, Epain harapkan pemain mampu mengulangi ketenangan perlawanan pertama...kerana perlawanan kedua nanti, Gelora yang bakal menanti...

Bagi pemain terbaik, Epain pilih Norshahrul Idlan...walaupun pada mulanya Epain asyik mengomel kerana Norshahrul baru menikah pada hari Sabtu, nyata "semangat pelamin" Norshahrul membuatkan beliau mempamerkan aksi terbaik hingga mampu mencipta 2 jaringan...

Safee Sali juga harus menerima pujian sewajarnya kerana membuktikan dirinya sebagai natural goal scorer walaupun pada awalnya nampak agak kekok dek kawalan ketat pemain Indonesia terhadapnya...

Pemain lain juga mempamerkan permainan cukup baik khususnya pertahanan walaupun ada masanya mereka "terpesona" dengan kelicikan Okto dan susuk tubuh Gonzalez..

Walau apapun, kesemua pemain, jurulatih dan pengurusan berhak menerima pujian 27 juta kali daripada rakyat Malaysia...

Catatan Epain: Garuda bisa gugur, ye pak?

Friday, December 24, 2010

Gendang perang makin kuat dipalu...

Hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum M'sia dan Indonesia bertemu pada perlawanan pertama final Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil..

Mengenali perseteruan kedua negara yang biasanya tercetus dalam sukan badminton, maka pertemuan kali ini dalam sukan bolasepak tidak kurang hebatnya malahan tidak keterlaluan untuk mengatakan lebih hebat berbanding final Piala Thomas...

Sebabnya jarang kedua negara ini bertemu dalam final membabitkan sukan bolasepak...

Apapun,dua2 sudahpun melaungkan amaran, keyakinan dan sebagainya sebagai usaha meningkatkan semangat pemain mahupun peminat...

Epain sebagaimana 27 juta rakyat yang lain mengharap dan mendoakan kejayaan bakal terjelma memandangkan ia bakal menjadi Piala AFF pertama buat negara sejak mula dipertandingkan jika kita muncul juara...

Cuma Epain harap kita jangan terlalu yakin sampai kita terlupa bahawa final ini akan dimainkan dua kali dan yang "sedapnya" final kedua bakal berlangsung di Gelora Bung Karno yang pastinya bergelora dengan sokongan ribuan penyokong Indonesia dan peminat nombor 1 mereka, Presiden SBY...

Hari Ahad ini pula, Epain yakin bahawa penyokong Indonesia mungkin akan melebihi 15 ribu memandangkan bagaimana FAM hendak mengawal jualan tiket...

Yelah, nama[un "serumpun", jadi Epain rasa pasti ada penyokong Indonesia "terlepas" membeli tiket yang dikhaskan untuk penyokong M'sia...

Kebimbangan FAM dan PDRM mengenai pertembungan dikalangan penyokong juga ada asasnya, tetapi tindakan meningkatkan kawalan yang disifatkan luar biasa seakan mengesahkan bahawa pergaduhan kedua penyokong ini seakan tidak boleh dielakkan...

Walhal, jika semangat kesukanan mengatasi segalanya dan penyokong pula rasional, tiada sebab untuk bergaduh melainkan mereka bergaduh atas "sebab2 lain"...

Catatan Epain: Teringat banner Piala Thomas 1992..."garuda bisa gugur"...

Wednesday, December 22, 2010

Realiti atau persepsi?

Setelah sekian lama "bersendirian", Dato' Lee CHong Wei akhirnya bersuara dengan meluahkan pandangan (??) terhadap prestasi pemain muda/pelapis...

Chong Wei berkata bahawa pemain muda tidak serius dalam meningkatkan keupayaan masing-masing khususnya dalam latihan...

Woww!!...Walaupun mungkin tak ramai ambil berat pandangan Chong Wei ini, bagi Epain ia sesuatu yang serius...

Sebabnya, Chong Wei pastinya melontarkan pandangannya itu berdasarkan pemerhatiannya selama ini dan dibandingkan dengan keupayaan pemain muda...

Tandanya memang makin parah...

Bayangkan sudahlah sukar untuk kita mendapat bakat baru yang berkeupayaan tinggi, mereka yang dianggap sebagai pengganti Chong Wei pula seakan-akan acuh tidak acuh dengan apa yang mereka ada selama ini...

Kalau benar ia berlaku, secara jujur, jangan haraplah untuk kita menjulang Piala Thomas selepas ini...jangan harap untuk saksikan juara dunia selepas ini...dan jangan harap kita mampu menang pingat Sukan Olimpik 2018...

Tapi mungkin yang boleh "diharapkan", M'sia akan duduk "sama rendah" dengan negara-negara yang sebelum ini hanyalah "pemanas badan" sahaja buat pemain negara...

Jangan jadi macam kes sepaktakraw sudah lah....

Catatan Epain: Dah lama tak main badminton...

Tuesday, December 21, 2010

Belum masanya untuk meraikan..

Semua rakyat khususnya peminat bolasepak pastikan melonjak kegembiraan selepas menyaksikan pasukan bolasepak M'sia melangkah ke final Piala AFF setelah menyingkirkan juara bertahan, Vietnam...

Epain juga tidak terkecuali merasa gembira dengan kejayaan tersebut, dan pastinya kegembiraan Epain dan 27 juta rakyat M'sia yang lain akan merasai kegembiraan sebenar jika kita muncul juara...

Tapi buat sementara ini, berbaki kira-kira 10 hari sebelum sang juara dinobatkan, banyak sebab untuk Epain merasa gusar terhadap saingan yang bakal dihadapi khususnya perlawanan pertama yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil...

Pertama sekali sebab Indonesia pernah membelasah kita pada saingan peringkat kumpulan dan kedua, Stadium Bukit Jalil bukan sekebal yang disangka apatah lagi mengenangkan negara serumpun itu pernah menang dengan jaringan besar pada saingan 2004...

Itu antara sebab utama dan dari segi sokongan, pastinya Stadium Bukit Jalil akan turut dibanjiri penyokong tegar Indonesia yang turut mendambakan kejuaraan...

Dalam menuju final ini, pastinya ramai yang mengimpikan kejuaraan, cuma yang tak sedap nya, bab ganjaran...

Belum sempat pemain menghirup udara M'sia setelah kembali dari Hanoi, pelbagai ganjaran yang telah dijanjikan...

Rasanya, kalau nak bagi apapun, simpanlah dulu hasrat tersebut, yang penting kita doakan kejayaan pasukan dan "minta" pasukan kendalian K Rajagopal menghadiahkan ganjaran buat rakyat M'sia, iaitu KEJUARAAN....

Catatan Epain: Mampu bagi sejambak bunga je...

Friday, December 17, 2010

Tahniah!..tapi jangan ghairah

Epain pasti ramai peminat bolasepak negara yang gembira dengan kejayaan skuad M'sia menang 2-0 ke atas Vietnam pada perlawanan pertama separuh akhir Piala AFF..

Tapi secara jujur, Epain tak tau nak cakap apa...memang gembira tapi ada perasaan "seram" sebabnya bekalan 2-0 tak pasti sama ada cukup atau tidak untuk dibawa ke Hanoi...

Mungkin ada yang menganggapnya sebagai kejayaan tetapi sebenarnya kejayaan masih jauh daripada tangan kita...

Macam2 boleh terjadi di Stadium My Ding (bunyi "Mik Ding") sebab Epain sendiri pernah berada dalam stadium itu ketika membuat liputan Sukan Universiti Asean 2006...

Apa yang boleh Epain katakan, suasana dalam stadium dan perjalanan ke stadium boleh menimbulkan perasaan "seram" apatah lagi Vietnam bakal mendapat sokongan puluhan ribu penyokong fanatik mereka nanti...

Ditambah suasana perjalanan yang bakal diwarnai bunyi hon motosikal, Epain kira perasaan gementar di My Dinh yang perlu diharungi selain mengharungi "semangat luar biasa" pemain Vietnam...

Sama ada lupa atau tidak, My Dinh jugalah yang menyaksikan Vietnam menjulang kejuaraan edisi sebelum ini walaupun Thailand dikatakan "selesa" untuk muncul juara selepas mendahului pada perlawanan pertama...

Jadi, "kejadian2" inilah yang buat Epain tak sedap badan mengenangkan perlawanan kedua Sabtu ini...

Tetapi Epain sebagaimana harapan jutaan rakyat M'sia yang lain pastinya mahu melihat M'sia melangkah ke akhir dan seterusnya muncul juara buat kali pertama...

Ingat, "My" selalu dikaitkan dengan M'sia, maka jadikanlah "My Dinh" seakan kubu kita sendiri...jadikannya sebagai milik kita!!

Catatan Epain: Teringat suasana jalan raya Hanoi...

Wednesday, December 15, 2010

Yakin boleh!...tapi jangan terlebih yakin

Malam ini, di Stadium Nasional Bukit Jalil, satu lagi sejarah bakal dicatatkan dalam perjalanan bolasepak negara ini dengan menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala AFF antara M'sia dengan Vietnam...

Pastinya ramai yang mengharap keputusan yang positif mampu dicatatkan pasukan bimbingan K Rajagopal dalam misi melangkah ke akhir...

Epain sama jugak dengan yang lain mengharapkan sesuatu positif dan yakin M'sia mampu menghasilkan...

Cumanya Epain jugak harap pemain jangan terlalu ghairah dan mendabik dada bahawa mereka telah membuktikan ramai yang silap tentang bolasepak negara ini...

Bagi Epain, senang cerita, bawak dulu kejayaan, barulah kita boleh mendabik dada...selagi Piala AFF tidak dijulang, jangan kata bahawa kejayaan telah dicapai walaupun kata "selamat" sebelum ini pernah diungkap..."berpuas hati setelah sasaran ke separuh akhir tercapai"....

Jadi, janganlah pulak, separuh akhir pun belum habis dah citer pasal nak bertemu Indonesia di final macam yang Epain terbaca sebelum ini....

Ish ish...nilah masalahnya, pokok belum dipanjat, awan yang dicitakan...

Biarlah...apa yang penting malam ni, pastikan menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan 3 gol...kenapa 3 gol?...sebab sejarah membuktikan nasib pasukan M'sia beraksi di Vietnam tidaklah baik sangat...jangan lupa kes Selangor dan Kedah kena belasah dengan kelab Vietnam di Hanoi pada saingan Piala AFC....

Apapun, buat skuad Harimau...Selamat Berjaya!!

Catatan Epain: Niat nak pegi stadium, tapi isteri tengah sarat lah...

Thursday, December 9, 2010

Badminton perlu berada dalam ICU...

Sedang Epain buat keje sambil baca online paper...tetiba Epain terperasan artikel ni...


Status pemain pelapis badminton negara kritikal

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Sentuhan Muhammad Hafiz Hashim (gambar) tetap ditagih untuk menghadapi Sukan Olimpik 2012 sekali pun prestasinya semakin gagal meyakinkan peminat badminton tanah air, memandangkan pemain pelapis negara kini berada dalam keadaan kritikal.

Semalam, Hafiz mengalami kekalahan terbaru dan terburuk, tumpas kepada pemain pelapis China yang hanya beraksi dari pusingan kelayakan, Wang Zhengmin 18-21, 12-21 seawal pusingan pertama Siri Super Terbuka Hong Kong.

Ini bukan kali pertama juara All England 2003 itu kalah mudah, malah kalah kepada pemain tidak sepatutnya di peringkat awal kejohanan, namun Hafiz akan tetap berada dalam perancangan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun sehingga tamat Temasya London 2012.

Ketua jurulatih perseorangan kebangsaan, Rashid Sidek menegaskan, jika China dijadikan perbandingan, maka masalah ketandusan pemain pelapis yang dihadapi Malaysia ketika ini boleh dianggap kritikal, dan itu memaksa khidmat Hafiz diteruskan sebagai sokongan kepada jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

"Kita semua tahu bahawa prestasi Hafiz sering turun naik. Sekarang, dia berada dalam keadaan kurang bagus dan boleh kalah kepada pelapis China, namun Hafiz tetap perlu dihantar beraksi pada kejohanan utama untuk memastikan dia tidak hilang mata ranking dalam kelayakan ke Sukan Olimpik 2012.

"Walaupun ramai yang tidak gembira dengan prestasinya sekarang, namun mereka kena terima hakikat bahawa hanya Hafiz mampu memberi sokongan kepada Chong Wei kerana pemain pelapis kita tidak mencapai standard yang tinggi, dan jika kemajuan mereka dibandingkan dengan pelapis China, ia boleh dianggap kritikal,'' akui Rashid.

Kata Rashid lagi, idea untuk mengetengahkan angkatan pemain lebih muda seperti Mohd. Arif Abdul Latif, Lim Fang Yang, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Misbun Ramdan Misbun dalam lebih banyak kejohanan antarabangsa mulai tahun depan adalah langkah yang tepat, namun ia tidak akan memberi pulangan dalam masa singkat.

Rashid menganggarkan, kumpulan pemain yang dilatih oleh jurulatih dari Indonesia, Hendrawan itu memerlukan tempoh lebih daripada dua tahun untuk matang sebelum mampu memberi cabaran pada kejohanan utama dunia.

Justeru, untuk menampung keperluan pasukan negara dalam tempoh dua tahun ini, kumpulan pelapis elit yang dianggotai Liew Daren, Chan Kwong Beng, Tan Chun Seang dan Chong Wei Feng masih diperlukan walaupun mereka gagal mencipta impak selepas hampir tiga tahun diketengahkan ke arena antarabangsa, pada ketika Hafiz pula masih perlu dikekalkan.

Chen Long, pemain pelapis utama China yang datang dari angkatan yang sama dengan pasukan pelapis utama negara, sudah mula mengorak langkah besar dengan merangkul kejuaraan Siri Super pertamanya pada Terbuka China, minggu lalu. Malah, pemain seperti Du Pengyu, Zhengmin dan Wen Kai sudah mampu mencabar pemain utama dunia yang lain.


Maknanya, memang sah lah badminton atau beberapa sukan lain seperti olahraga dan sepaktakraw berada dalam keadaan "tenat"...

"Pakar rawatan" pun tak tau jenis bantuan rawatan apa lagi yang boleh diberikan...

Catatan Epain: Seram ooo kalau duduk dalam ICU...

Alang2 dah mara...

Buat masa ini, Epain percaya ramai peminat bolasepak yang berada dalam khayalan sama ada nak percaya tau tidak, M'sia mara ke separuh akhir Piala AFF dan tak tau nak cakap apa, tahniah atau terima kasih buat Indonesia yang "membantu" M'sia layak....

Apapun yang berada dalam fikiran, M'sia sudahpun layak ke separuh akhir cuma yang ada sekang ni, lawan yang bakal ditentang skuad kendalian K Rajagopal di separuh akhir nanti...

Bagi Epain, pastinya nak ucap tahniah cuma Epain harap pemain lupakan seketika "kebanggaan" melampau setelah "berjaya" menidakkan kritikan pekbagai pihak (termasuk Epain?) sebelum dan semasa Piala AFF berlangsung....

Senang kira, Epain sebagai salah seorang pemilik sah kad pengenalan M'sia pastinya ingin melihat M'sia melangkah ke perlawanan akhir dan tentunya menjuarai Piala AFF dimana kali terakhir dan pertama M'sia merasai nikmat perlawanan akhir ialah pada tahun 1996....

Mari kita sama-sama doakan kejayaan skuad negara...

Catatan Epain: Buat pemain, jangan botakkan kepala dulu...tunggu lepas jadi juara...

Tuesday, December 7, 2010

Memalukan?...Tak malu?..atau malu-malu?

Setelah sekian lama akibat tugasan rasmi dan kursus, nampaknya barulah Epain dapat kembali untuk komen dalam blog ini...

Walaupun setelah beberapa lama, tak semestinya tumpuan Epain daripada sukan negara turut dibawa bersama-sama "angin" kursus dan tugasa...

Antara yang menarik perhatian dan sentiasa menarik perhatian pastinya perkembangan sukan bolasepak negara...

Setelah mengharungi Sukan Asia Guangzhou dengan pujian positif selepas layak ke pusingan kedua, skuad bolasepak seakan menjanjikan sesuatu yang positif mampu dipamerkan pada saingan Piala AFF pula yang sedang berlangsung di Jakarta dan Vietnam

Tetapi harapan seakan tinggal harapan setelah melihat skuad kendalian K Rajagopal "diganyang" 5-1 pada perlawanan pertama...

Kemudiannya, pada perlawanan kedua pula, sekadar seri tanpa jaringan dengan Thailand...

Hmmm, entahlah apa nak cakap...tapi apa yang Epain tahu, Piala AFF ni seakan menjadi badi buat skuad negara sejak kali terakhir mencatat keputusan positif iaitu tempat ketiga di Thailand pada tahun 2000...

Selepas itu, semacam banyak yang tidak kena dengan skuad bolasepak, biarlah siapapun yang mengendalikan skuad kebangsaan...

Kali ini, badi tersebut terkena pulak dengan Rajagopal...sebelum iniu Sathianathan...selepas menang Pestabola Merdeka dimalukan dalam saingan Sukan Sea...

Rajagopal pulak, selepas menang Sukan Sea, Piala AFF pulak takde "luck"...

Sekali lagi, Epain tak tau nak kata apa...adakah pemain kita gentar beraksi di Jakarta atau sebenarnya "malu-malu" nak tunjuk "belang" sebenar?

Catatan Epain: Tunggu Piala AFF wanita pulak....