Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, March 6, 2014

Bola bola bola...

Rasanya dah hampir 5 tahun Epain meninggalkan dunia kewartawanan sukan... Namun perkembangan sukan kat Malaysia masih lagi diikuti seakan-akan Epain kadang2 terasa macam masih lagi bergelar seorang reporter... Dalam waktu itu juga, rasanya antara topik yang tak pernah kurang malahan takkan kurang dibicarakan ialah berkenaan bolasepak....sampaikan ada yang berkata..."bola je ke sukan kat Malaysia ni?" hakikatnya, bolasepak adalah sukan nombor 1 di mana-mana sekalipun jadi kalau setakat di Malaysia, apa salahnya untuk terus dibicarakan?...Oklah...jom lah kita cerita dan ulas sikit pasal bola kita ni.... 2014 dah masuk 3 bulan....dan rasanya dalam 3 bulan ni dah berbagai cerita dah yang bolasepak cipta....kebanyakannya cerita yang sedikit negatif... Bermula dengan "kisah terowong" hinggalah kisah Ultra(man)...semuanya yang kurang best... Yang best cuma kemenangan skuad Harimau Malaya ke atas Yemen je...tu pun masih tak layak...tapi sekurang-kurangnya dapatlah membuktikan sesuatu iaitu kalau kena dengan cara pengendalian, rasanya team Malaysia ni boleh je beat negara lain khususnya dari Timur Tengah yang sememangnya liat untuk ditewaskan sebelum ini... Tetapi kena terima jugak...tidak layak ke Piala Asia...Datuk K Rajagobal "terselamat" lah kiranya sebab asalnya inilah KPI yang beliau sendiri letakkan, kalau tak layak baru letak jawatan tetapi ditunjuk pintu keluar dahulu sebelum habis saingan dan Datuk Ong Kim Swee ambil alih.... Memanglah, ikutkan berdasarkan rekod itu, wajar DOKS diberi peluang jadi coach senior team tetapi rasanya FAM jangan terlalu cepat membuat kesimpulan...sebab atas terlalu cepat membuat kesimpulan jugalah yang menyebabkan bolasepak kita tunggang langgang... Rasanya niat untuk melantik jurulatih luar perlu diteruskan tapi carilah yang menawarkan harga yang berpada-pada...sebabnya lebihan gaji samapai juta2 tu boleh guna di tempat lain dan yang paling panting iaitu pembangunan...pembangunan jugaklah yang menjadi masalah nombor 1 bolasepak Malaysia ni sebenarnya...bukan soal jurulatih semata-mata... Kalau Sir Alex Ferguson yang available tu sanggup jadi coach Malaysia pun belum tentu dapat pastikan dalam 5-10 tahun akan datang Malaysia jadi juara Piala Asia....sebabnya program akar umbi kita masih tidak menentu...dan pool pemain kita masih tak ramai.... Maka dengan itu....kembali ke pangkal jugaklah jawabnya... Jadi, bila nak selesai?...rombak FAM?...Presiden letak jawatan?...semua boleh berlaku tetapi berubahkah bolasepak kita secara mendadak?...entahlahh Epain: lama tak masuk PC kat FAM