Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, December 22, 2014

"Tepat" jangkaan

Setelah lebih 9 bulan tanpa sebarang post, Epain kembali...tapi sebenarnya, bukan Epain tak perasan atau lupakan terus blog ni...tapi lebih kepada nak tengok sejauh mana jangkaan Epain sebelum ni tepat atau tidak..

Sebelum ini Epain dalam post terdahulu pernah membuat "jangkaan" bahawa tahun 2014 bukanlah tahun yang bagus buat sukan Malaysia walaupun tanpa menyedari bahawa ada dua temasya besar yang bakal disertai selain penyertaan dalam Piala AFF Suzuki yang baru berakhir Sabtu lepas..

Tetapi sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan, sememangnya jangkaan yang Epain buat tepat...hahaha

Piala AFF kita gagal julang walaupun menang di perlawanan kedua...tetapi rasanya pencapaian skuad Harimau Malaya mengubat kedukaan kita sebenarnya... pasukan yang tidak diberikan harapan tetapi akhirnya layak ke perlawanan akhir dan dilakukan secara dramatik manakala perlawanan akhir bolehlah dianggap sebagai anti klimaks..mendahlui dengan kelebihan 3 gol tetapi Thailand lebih bernasib baik untuk muncul juara...

Kedukaan terbesar sebenarnya adalah pencapaian dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia...kedua-duanya gagal mencapai sasaran dan kalau diamati betul2, 4 tahun dari sekarang kita akan terus merudum...

Kenapa Epain cakap macam tu, sebab kedua-dua temasya masih mengharapkan badminton untuk menyumbang emas terbanyak... dan 4 tahun dari sekarang, mungkin kita takkan melihat kelibat Dato Lee Chong Wei lagi sedangkan selama ni, Chong Wei lah yang menjadi harapan tunggal untuk merangkul emas sambil pemain lain masih mencari rentak juara....

Apapun, 2014 bakal berlalu, 2015 bakal menjengah...hakikatnya kalau kita terus dibuai mimpi...jawabnya, 2015 takkan membawa sebarang sinar kejayaan...

Dalam pada itu, buat KP MSN yang baharu, Ahmad Shapawi Ismail...itu juga cabaran yang besar...pastinya KPI yang diletakkan ke atas beliau... penyandang sebelum ini, Datuk Zolkples Embong tidak gagal tetapi banyak pencapaian sederhana cuma KP MSN bukanlah satu-satunya insan yang perlu dipersalahkan kalau prestasi sukan kita tidak meningkat....

Cuma Epain sedikit "lega" sebab ura-ura mlenatik Mat Salleh menduduki kerusi KP MSN tidak diteruskan... kalau jadi jugak, mudah je Epain cakap bahawa kita tidak benar-benar merdeka...

Jadi, 2015 dinantikan dan bakal dilalui dengan penuh debar...Selamat Tahun Baharu 2015 semua...