tag:blogger.com,1999:blog-64028770787595502352024-02-19T10:32:43.994+08:00Epain's World of RealityLive in real world...and YOU'LL NEVER WALK ALONEepainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.comBlogger256125tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-22555008695692117652015-02-05T02:12:00.001+08:002015-02-05T02:12:25.993+08:00Matlamat tak boleh halalkan cara, bro!!Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2015 menyaksikan JDT menang 2-0 ke atas Pahang sekaligus membalas dendam kekalahan final Piala Malaysia 2014..

Sekalipun berbeza, tetapi JDT pasti merasa puas menewaskan anak2 buah Zainal Abidin Hassan apatah lagi beraksi di gelanggang keramat, Stadium Larkin

Tetapi apa yang tak bagusnya, ada banner atau dipanggil Tifo (bukan adik beradik Tito Santana) yang memaparkan 2 ekor anjing dengan salah satunya memakai blazer FAM dengan mengendong seekor lagi anjing dan memakai mafla kuning biru...

Walau apapun, penjelasan, rasanya ramai tahu apa yang dimaksudkan dan kepada sape ianya ditujukan apatah lagi selepas kes penggantungan Gary Steven Robart...

Tetapi tak kisahlah apapun alasan, tak puas hati ke, nak merusuh ke, cuma dengan menampilkan banner macam tu, sangatlah tak kena dengan cara kita....malahan rasanya seingat Epain, negara luar sekalipun tak buat benda macam ni walaupun bantahannya nyata dan jelas...

Menyamakan seseorang atau sesuatu dengan anjing amat keterlaluan...kat SUA FAM, ianya tidak beradab...macam ni ke nak tunjuk teladan buat adik2 kecil yang bakal mewarnai kancah bolasepak negara satu hari nanti?

Epain berpendirian sama dengan yang tak bersetuju...ianya tak patut...dan kalau nak nyatakan apa2 sekalipun, biarlah dengan cara yang betul...tapi FAM pun kena adil...dengarlah dan mana yang baik, cuba buat...tak salah kot mencuba benda baik dan untuk kebaikan...

Catatan Epain: Teringat sepanduk popular dulu2..."Selamat Datang ke Divisyen 2"...epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-19632699834641484952014-12-22T12:44:00.003+08:002014-12-22T12:44:53.480+08:00"Tepat" jangkaan Setelah lebih 9 bulan tanpa sebarang post, Epain kembali...tapi sebenarnya, bukan Epain tak perasan atau lupakan terus blog ni...tapi lebih kepada nak tengok sejauh mana jangkaan Epain sebelum ni tepat atau tidak..

Sebelum ini Epain dalam post terdahulu pernah membuat "jangkaan" bahawa tahun 2014 bukanlah tahun yang bagus buat sukan Malaysia walaupun tanpa menyedari bahawa ada dua temasya besar yang bakal disertai selain penyertaan dalam Piala AFF Suzuki yang baru berakhir Sabtu lepas..

Tetapi sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan, sememangnya jangkaan yang Epain buat tepat...hahaha

Piala AFF kita gagal julang walaupun menang di perlawanan kedua...tetapi rasanya pencapaian skuad Harimau Malaya mengubat kedukaan kita sebenarnya... pasukan yang tidak diberikan harapan tetapi akhirnya layak ke perlawanan akhir dan dilakukan secara dramatik manakala perlawanan akhir bolehlah dianggap sebagai anti klimaks..mendahlui dengan kelebihan 3 gol tetapi Thailand lebih bernasib baik untuk muncul juara...

Kedukaan terbesar sebenarnya adalah pencapaian dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia...kedua-duanya gagal mencapai sasaran dan kalau diamati betul2, 4 tahun dari sekarang kita akan terus merudum...

Kenapa Epain cakap macam tu, sebab kedua-dua temasya masih mengharapkan badminton untuk menyumbang emas terbanyak... dan 4 tahun dari sekarang, mungkin kita takkan melihat kelibat Dato Lee Chong Wei lagi sedangkan selama ni, Chong Wei lah yang menjadi harapan tunggal untuk merangkul emas sambil pemain lain masih mencari rentak juara....

Apapun, 2014 bakal berlalu, 2015 bakal menjengah...hakikatnya kalau kita terus dibuai mimpi...jawabnya, 2015 takkan membawa sebarang sinar kejayaan...

Dalam pada itu, buat KP MSN yang baharu, Ahmad Shapawi Ismail...itu juga cabaran yang besar...pastinya KPI yang diletakkan ke atas beliau... penyandang sebelum ini, Datuk Zolkples Embong tidak gagal tetapi banyak pencapaian sederhana cuma KP MSN bukanlah satu-satunya insan yang perlu dipersalahkan kalau prestasi sukan kita tidak meningkat....

Cuma Epain sedikit "lega" sebab ura-ura mlenatik Mat Salleh menduduki kerusi KP MSN tidak diteruskan... kalau jadi jugak, mudah je Epain cakap bahawa kita tidak benar-benar merdeka...

Jadi, 2015 dinantikan dan bakal dilalui dengan penuh debar...Selamat Tahun Baharu 2015 semua...epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-43450082982720305922014-03-06T11:56:00.002+08:002014-03-06T11:56:58.921+08:00Bola bola bola...Rasanya dah hampir 5 tahun Epain meninggalkan dunia kewartawanan sukan...
Namun perkembangan sukan kat Malaysia masih lagi diikuti seakan-akan Epain kadang2 terasa macam masih lagi bergelar seorang reporter...
Dalam waktu itu juga, rasanya antara topik yang tak pernah kurang malahan takkan kurang dibicarakan ialah berkenaan bolasepak....sampaikan ada yang berkata..."bola je ke sukan kat Malaysia ni?"
hakikatnya, bolasepak adalah sukan nombor 1 di mana-mana sekalipun jadi kalau setakat di Malaysia, apa salahnya untuk terus dibicarakan?...Oklah...jom lah kita cerita dan ulas sikit pasal bola kita ni....
2014 dah masuk 3 bulan....dan rasanya dalam 3 bulan ni dah berbagai cerita dah yang bolasepak cipta....kebanyakannya cerita yang sedikit negatif...
Bermula dengan "kisah terowong" hinggalah kisah Ultra(man)...semuanya yang kurang best...
Yang best cuma kemenangan skuad Harimau Malaya ke atas Yemen je...tu pun masih tak layak...tapi sekurang-kurangnya dapatlah membuktikan sesuatu iaitu kalau kena dengan cara pengendalian, rasanya team Malaysia ni boleh je beat negara lain khususnya dari Timur Tengah yang sememangnya liat untuk ditewaskan sebelum ini...
Tetapi kena terima jugak...tidak layak ke Piala Asia...Datuk K Rajagobal "terselamat" lah kiranya sebab asalnya inilah KPI yang beliau sendiri letakkan, kalau tak layak baru letak jawatan tetapi ditunjuk pintu keluar dahulu sebelum habis saingan dan Datuk Ong Kim Swee ambil alih....
Memanglah, ikutkan berdasarkan rekod itu, wajar DOKS diberi peluang jadi coach senior team tetapi rasanya FAM jangan terlalu cepat membuat kesimpulan...sebab atas terlalu cepat membuat kesimpulan jugalah yang menyebabkan bolasepak kita tunggang langgang...
Rasanya niat untuk melantik jurulatih luar perlu diteruskan tapi carilah yang menawarkan harga yang berpada-pada...sebabnya lebihan gaji samapai juta2 tu boleh guna di tempat lain dan yang paling panting iaitu pembangunan...pembangunan jugaklah yang menjadi masalah nombor 1 bolasepak Malaysia ni sebenarnya...bukan soal jurulatih semata-mata...
Kalau Sir Alex Ferguson yang available tu sanggup jadi coach Malaysia pun belum tentu dapat pastikan dalam 5-10 tahun akan datang Malaysia jadi juara Piala Asia....sebabnya program akar umbi kita masih tidak menentu...dan pool pemain kita masih tak ramai....
Maka dengan itu....kembali ke pangkal jugaklah jawabnya...
Jadi, bila nak selesai?...rombak FAM?...Presiden letak jawatan?...semua boleh berlaku tetapi berubahkah bolasepak kita secara mendadak?...entahlahh
Epain: lama tak masuk PC kat FAMepainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-30544508714622102492014-01-20T20:38:00.000+08:002014-01-20T20:38:08.456+08:00Macam-macamRasanya tahun 2014 baru 20 hari tetapi dalam masa 20 hari ni, bermacam cerita dah sukan Malaysia cipta..
Bila nak habis ni?...
Salah satunya, politik...satu topik yang tak pernah habis dan takkan habis....
Dulu Epain cukup suka untuk menggunakan perkataan "pupus" kepada olahraga dan nampaknya badminton bakal dimangsakan...
Betul, boleh berbangga dengan kejayaan bergu tetapi itu je ke?...Chong Wei bakal gantjng raket mungkin sebab selepas menimang cahaya mata...
Kalau betul Disember Chong Wei bersara, nampaknya emas Olimpik Rio semacam jauh panggang dari api...
Apapun, kita tengok je....
Menariknya, Liga Super baru sahaja bermula dan bermacam keputusan dicipta serta berbagai cerita luar padang...cumanya cerita luar padang skrip tetap sama tetapi pelakon je berbeza...
Kesimpulannya, cerita sukan Malaysia ni takde yang baru sebaliknya diperbaharui...
Catatan Epain: Reconepainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-4546264192649761462014-01-08T11:37:00.001+08:002014-01-08T11:37:34.221+08:00Tahun 2014...tahun yang kurang bermakna buat sukan MalaysiaNampaknya tahun 2013 telah dilalui dengan pelbagai kisah...
Daripada cerita bolasepak hinggalah ke sepaktakraw serta kisah Sukan Sea nampaknya ada sesetengah kisah adalah "ulangtayang" tetapi pengolahan yang berbeza..
Tak kurang juga ada kisah baru yang muncul...
Jadi, kesimpulannya sukan kat Malaysia adalah wayang gambar semata-mata...
Apapun, untuk tahun 2014, tak banyak yang mampu kita raikan tetapi sekalung tahniah buat sukan hoki yang "diam-diam berisi"...tanpa banyak kisah "pelik2", hoki menghadirkan kisah yang menarik, daripada naib juara Piala Sultan Azlan Shah hinggalah layak ke Piala Dunia manakala skuad remaja pula tempat ke 4 terbaik dunia dan hoki wanita catat rekod dunia...jadi adalah jugak sukan berpasukan yang kita benar-benar anggap kelas dunia...
Harapkan bolasepak, Sukan Sea pun tak terdaya, lainlah kalau Datuk OKS mampu buat magic iaitu layak ke Piala Asia selepas Datuk K Rajagopal gagal
Masih lagi dengan bolasepak...dulu Epain pernah predict di awal tahun di Astro Awani yang Pahang akan mencatat sesuatu...dan ternyata tepat apabila Pahang muncul juara Piala Malaysia...ni baru syok...Pahang buktikan yang persiapan mega dan pembelian tanpa bintang juga mampu menghasilkan sesuatu....tak tau lah pulak kalau pasukan yang luas kuasanya di Selatan mampu jadi juara treble musim ini...
Apapun, selamat Tahun Baharu 2014...mulakan tahun baharu dengan azam dan ketekunan serta keikhlasan...bukan sekadar janji yang belum tentu ditepati...
epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-46314751465688938552013-09-04T02:39:00.001+08:002013-09-04T02:41:34.713+08:00'Marah?...nanti kena jual'Wahhhh...nampaknya kali ni Epain betul2 lama tak menjenguk Epainworld ni...malas nak beralasan lagi dan dalam masa yang sama malas jugak nak 'berjanji' untuk buat itu-ini untuk dan melalui blog ni...
Pasni, jalan je...ape nak buat, apa nak luah, kita redah...
Tetapi, walaupun lama tak buat sebarang posting di blog ni, tak semestinya Epain tak mengikuti langsung perkembangan sukan...cuma kalau nak summarize apa yang berlaku sepanjang lebih setahun lepas, mungkin berbulan takkan habis...
Pendek cerita...kisah sukan kat Malaysia ni ada pasang-surut dan suka-duka nya...bab kejayaan gemilang?...susah nak kata
Apapun, sepanjang tahun lepas dan tahun ni, yang paling menjadi buah mulut pastinya pelantikan YB Rembau most wanted, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan setelah memenangi kerusi Parlimen Rembau pada PRU 13 yang lepas...kali ini tiada lagi faktor bapa mertua, YB KJ nampaknya menang besar...
Epain dari awal lagi sememangnya telah menjangka KJ akan dilantik mungkin sebab melihat 'kesabaran' KJ selepas beberapa kali 'dilepas pandang'
Portfolio KBS juga tepat buat KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda BN...
Cumanya YB KJ nampaknya sedikit 'keras' di awal pelantikan dan seolah-olah ada 'unfinished business' dengan FAM, persatuan yang pernah menyaksikan beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden...
Pandangan KJ terhadap bola dilihat seolah-olah KJ adalah Menteri bola bukannya KBS...
Tetapi mungkin sebab terlalu sayang dengan bola dan jangan lupa, KJ juga yang mengilhamkan Myteam yang kini entah apa jadi...
Terkini, selepas melihat team takraw Malaysia kalah dengan Korea Selatan di final Siri Istaf di India, YB KJ berkata, peruntukan akan ditarik buat persatuan sukan yang gagal menunjukkan peningkatan apatah lagi sampai ke tahap memalukan...
Bab takraw, rasanya ramai lagi yang marah...tetapi nak buat macam mana...takraw bukannya prospek emas Olimpik...maka
siapa yang peduli?...tapi bila kalah dengan pasukan macam Korea yang berguru dengan Malaysia, maka habis macam2 benda yang jadi....
YB marah?....samalah kita tapi tak kena jual....
Kata Epain - hantam sajalah labuuuu
epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-14651006975853702422012-02-15T19:06:00.002+08:002012-02-15T19:17:48.465+08:00Ada harapan...atau Harapan ada?Akibat terlalu sibuk dengan tugas hakiki yang semakin bertambah, Epain mengakui sukar untuk update blog ni secara regular tapi InsyaAllah akan tetap diteruskan...

Sebenarnya telah sekian lama untuk Epain komen pelbagai isu yang ada dalam sukan Malaysia ni tapi banyak2 pun, sebenarnya bebalik ke situ juga...

seperti biasa, 2 sukan utama, bolasepak dan badminton jadi tumpuan...khususnya untuk tahun 2012...

Bolasepak bakal berdepan saingan Piala Suzuki bagi mempertahankannya manakala badminton mempunyai misi lebih besar, kembalikan Piala Thomas dan bawa pulang emas Olimpik...

Tapi apapun, 2 sukan memang kelakar...

Yang satunya diulit pelbagai isu dan terbaru (atau sudah lama) ialah isu rasuah manakala badminton berdepan dengan isu "kepupusan pemain"...

Epain nak fokus sikit dengan badminton...

Bila BAM kata emas Olimpik jadi keutamaan, mungkin ramai setuju tapi bila melihat skuad Piala Thomas ala2 bakal kena lanyak, lebih ramai yang sedih sebenarnya...

Epain tak faham bila diorang kata tumpuan lebih kepada Olimpik tetapi mereka takkan tak sedar yang Piala Thomas adalah berpasukan dan melibatkan negara manakala Olimpik adalah individu...

BAM sedar buat masa ini hanya ada Lee Chong Wei yang sangat diharapkan untuk menang, jadi Olimpik nampak lebih cerah berbanding Piala Thomas...

Tetapi memberikan terlalu banyak tekanan kepada Chong Wei sebenarnya bakal mengundang malapetaka...

Epain tak nak bernegatif, tetapi percayalah, tekanan terlalu tinggi (melebihi Gunung Everest) terhadap Chong Wei hanya akan membuatkan kita melopong (mintak2 jangan)...

Dan di Piala thomas pulak, bagus untuk bermula sebagai underdog, kerana selama ini jika Malaysia bermain atas nama underdog itulah yang membuatkan kita boleh menang...

Tapi, janganlah undermind kemampuan...dan lebih penting, janganlah angkat tangan n kaki dulu sebelum turun bertarung...

Lawan lah dulu, tetapi mainlah dengan semangat yang membuak2....

Catatan Epain; Tetap lawan walaupun lauk...epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-81378243623150262462011-10-27T00:38:00.002+08:002011-10-27T00:47:27.423+08:00Undang marah...Nampaknya kehangatan Piala Malaysia telah pun tiba ke tahap kemuncak sebelum piala agung bolasepak itu dijulang Sabtu ini...

Cerita lain, tak lain tak bukan melibatkan tindakan FAM menaikkan harga tiket (atau menetapkan) pada harga RM50...

Peminat Terengganu dan Negeri Sembilan sememangnya mempunyai asas kukuh untuk marah dan membantah tindakan FAM ni...

Mana tidaknya, RM 50 bukannya harga yang murah perlu dibayar untuk menonton perlawanan boalsepak...

Walaupun ada yang membandingkan, tiket Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Man United boleh dibayar pada harga lebih tinggi, inikan pula final Piala Malaysia, masakan tidak...

Ya betul, ini final tapi untuk membandingkannya dengan perlawanan kelab EPL tak patut...sebabnya harga tiket mereka diambil kira dengan "appearance fee" sekali...tapi final apatah lagi Piala Malaysia, adalah final rutin setiap tahun....

Jadi, buat FAM kalau nak memikirkan keuntungan sekalipun, jangan ambil jalan mudah yang menyusahkan...

Epain tak rasa ralat sangat sebab Selangor tak beraksi tetapi sebagai peminat bolasepak, Epain rasa tindakan FAM ni keterlaluan...

Bolasepak kita belum mencapai tahap yang kita boleh banggakan...kalau dah capai, rasanya bayar berapa pun orang sanggup tonton....ni tidak, permainan belum tentu seberapa, main pulak di Stadium Shah Alam yang seantero Malaysia tahu bahawa padangnya amat teruk...

Jadi, berbaloikah bayar RM 50 untuk saksikan perlawanan sebegini?...maaf, bukan nak menghina pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan, tapi rasanya harga tersebut memang tak setimpal...

Catatan Epain: RM 50 x 100 000 = ???????epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-82310449307505823702011-10-04T23:04:00.003+08:002011-10-04T23:31:45.633+08:00Jangan harap sangat...Selamat kembali...

Setelah "mogok posting" selama beberapa ketika, Epain kembali untuk memberi komen yang tak seberapa ni...

Epain "mogok" atas banyak sebab tetapi harus diakui sebab utama ialah disebabkan kegagalan Malaysia melangkah ke pusingan berikutnya selepas "diajar" secukupnya jiran di selatan, Singapura...

Rasanya tak perlu diungkit cuma Epain terkilan dengan sikap dan sifat sesetengah penggiat sukan khususnya peminat sukan yang cepat sangat "melatah" bila Malaysia kalah...

Sebelum perlawanan, bermacam harapan, pujian diberi...tetapi bila kalah, mulalah nak menyalahkan pelbagai pihak termasuklah jurulatih...lepas tu, ada pulak yang bijak pandai yang memberi komen yang pelbagai..."taktik lemah" lah, "perlukan sentuhan import" lah....

Ramai pihak yang terlalu cepat sangat "mengharap" bila kita peroleh sesuatu...bermula dengan kemenangan Sukan Sea dan Piala AFF, ramai yang mengatakan negara kita sudah bersedia untuk mencabar diperingkat lebih tinggi walau pada hakikat, standard kita masih jauh...

Bercakap soal harapan, ramai antara kita yang "gegak gempita" apabila tycoon kapal terbang, Tan Sri Tony Fernandes berjaya membeli Queens park Rangers, kelab EPL yang pernah terkenal dengan pemain seperti Les Ferdinand dan popular dengan jersi jalur biru putihnya itu...

Bila Tan Sri Tony membeli QPR, maka bermula lah satu lagi "episod harapan"...

Ada yang mengatakan ini satu petanda perkembangan bolasepak tempatan dan membuka peluang kerjasama dengan EPL atau England...

Selepas itu pula, ada yang mengharap agar pemain negara ini diberi peluang beraksi di England atau paling tidak dapatlah untuk menjalani latihan pemilihan di sana...

Cuma mungkin ramai yang tak sedar bahawa itu adalah suatu yang mustahil kerana ranking Malaysia lebih daripada 70 atau lebih tepat, lebih 100 dan EPL tidak memberikan permit kepada pemain dari negara yang berada di ranking berkenaan beraksi di sana...

Epain yang sangat tak faham, apa sebenarnya yang taksub sangat untuk menghantar pemain kita ke England?...apa, benar ke standard kita akan naik kalau pemain kita beraksi di sana?...

Sampai bila bahawa kita akan faham Korea dan Jepun, majoriti pemain negara berkenaan yang telah menyinar pada Piala Dunia merupakan pemain yang beraksi dalam liga negara diorang, walaupun ramai yang mula berhijrah ke Eropah...tetapi penghijrahan diorang "berbaloi" berpunca daripada standard yang mereka cipta sendiri dalam liga tempatan diorang?

Biarlah 10 tycoon kita membeli seberapa banyak kelab di Eropah, tapi hakikatnya apa yang dilakukan mereka tak lebih berbentuk pemasaran dan bukan bermula dengan nawaitu memajukan bolasepak Malaysia...

Kalau betul diorang sayang bolasepak tempatan, kenapa tidak menaja Liga Malaysia yang mana nilainya 10 kali ganda kurang daripada membeli sebuah kelab Eropah...

Jadi, fikirlah sendiri...siapa sebenarnya yang patut "bekerja lebih" dalam memajukan bolasepak Malaysia...bukannya harapkan belas ihsan orang lain...bab penganjuran liga yang banyak "flip flop" pun tak boleh diselesaikan, inikan pula nak harapkan orang lain membantu?....

Jangan haraplah....

Catatan Epain: Harapan setinggi gunung (Black Dog Bone)....epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-64850600214166233872011-08-07T15:25:00.003+08:002011-08-07T15:39:22.249+08:00Tak terkata dah...Hmmm...nampaknya harapan jutaan rakyat Malaysia yang sebelum ini tinggi menggunung jatuh bersepah-sepah ekoran kekalahan skuad Malaysia ditangan musush tradisi, Singapura sekaligus Harimau Malaya melopong sekali lagi nak ke pusingan berikutnya Piala Dunia...

Epain sebenarnya memang sengaja tak nak buat posting menjelang perlawanan tersebut sebab nak tunggu keputusan perlawanan dan akhirnya "terlewat" posting sebab masih tergamam....

Apapun, nak buat macam mana....

Epain rasanya malas nak mengulas tentang perlawanan atau taktik sebab ramai yang dah tau atau menjangka, selepas perlawanan pertama di Singapura, apa sebenarnya kekurangan Malaysia iaitu pertahanan...

Bagi Epain secara peribadi, ketiadaan Safiq Rahim dan Norshahrul antara penyebab utama skuad Malaysia agak pincang...

Satu lagi "kesilapan" yang ramai tak nampak ialah liputan yang melampau diberikan kepada pasukan malahan setiap pemain bebas baut kenyataan kepada media...Epain rasa, masa Piala Dunia 2010, Fabio Capello melarang pemainnya membuat kenyataan malahan duduk bersama isteri atas alasan tidak mahu pemain hilang fokus... patutnya Malaysia pun boleh buat macam tu...sebab boleh nampak pemain negara sebenarnya beraksi dibawah tekanan walaupun beraksi ditempat sendiri...

Bab peminat pulak, macam biasalah kan...sebelum perlawanan seakan satu fenomena telah melanda sampaikan tiket 85 ribu habis dalam masa 2 hari...

Peminat sebelum ini yang hanya lalu depan Stadium Nasional Bukit Jalil pula tiba-tiba baru teringat Bukit Jalil ada stadium, tempat berlangsungnya perlawanan bersejarah...

lagi best, ada pulak peminat yang menganggap perlawanan menentang Singapura macam tengok wayang, siap ambik gambar sesama sendiri dan post dalam Facebook....

Tetapi bila habis je, dan menyaksikan Malaysia tersingkir, semua tadi "sepakat" mengutuk skuad negara...

"pemain lembik"..."taktik hancur"...dan bermacam kutukan lagi dikeluarkan...

Epain percaya, agak "lambat" untuk peminat kembali ke stadium selepas ini ekoran kekalahan ini malahan FAM pun terkena tempias selepas Oman dan Indonesia membatalkan perlawanan persahabatan memandangkan lawan Malaysia "tidak memberi apa-apa kelebihan"...

Tapi itulah hakikat bolasepak Malaysia...masa bagus disanjung hinggakan penjaga gol negara, Khairul Fahmi diangkat sebagai selebriti...tetapi sekarang apa jadi?

Harapnya, moral pemain negara dapat kembali seperti biasa tetapi Epain faham, ia mengambil masa yang agak panjang sebenarnya...mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada Belanda....gagal layak ke Piala Dunia 2002 tetapi selepas itu mereka menjadi antara pasukan digeruni....

Catatan Epain: Nak ke belajar?epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-58616952009598541362011-07-05T22:36:00.002+08:002011-07-05T22:48:10.439+08:00Tahniah...tapi belajar daripada pengajaran...2 minggu yang lepas Epain terpaksa berkelana ke Perak untuk menghadiri kursus anjuran tempat keje Epain...

Walaupun berkursus, Epain mengikuti dengan rapat dan debar khususnya yang membabitkan nasib bolasepak negara...

Nampaknya, kedua-dua skuad bolasepak, bawah 23 tahun dan skuad senior negara nyata mengembirakan jutaan rakyat Malaysia dengan menghadiahkan kejayaan bermakna, layak ke pusingan berikutnya...

Namun, "penyakit" atau "virus" kealpaan skuad bolasepak kembali menyerang dan ia terserlah pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan....

Mendahului tetapi dengan mudah, skuad lawan dibenarkan bermaharajalela selepas itu, dan kita hampir berputih mata untuk mara ke pusingan seterusnya jika tidak dek kecekapan penjaga gol, Sharbinie Alawee...

Apapun, perlawanan tersebut seharusnya dijadikan iktibar buat setiap pemain sebelum perlawanan menentang negara jiran, Singapura...

Singapura dulu dengan sekarang banyak bezanya...dan pemain atau peminat tidak boleh menganggap Singapura sama taraf dengan skuad negeri yang lain memandangkan mereka hanya berjiran dengan kita atau mereka pernah beraksi dalam liga kita...

Sekali lagi, Epain mengucapkan tahniah buat skuad kebangsaan atas kejayaan yang ditempa...tapi itu semua baru selangkah daripada ribuan langkah yang akan ditempuhi selepas ini...

Tahniah juga buat kedua-dua jurulatih, Datuk K Rajagobal n Ong Kim Swee serta seluruh tenaga kerja termasuklah pemain....

Catatan Epain: Tak senang duduk....epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-65732044013925401072011-06-07T22:46:00.002+08:002011-06-07T23:04:52.386+08:00Ini bukan kisah bangau oh bangau...Pada ketika posting ini dibuat, Epain sedang atau baru sahaja menonton Stadium Angkasa yang membawa topik "rasuah bolasepak" sebagai perbincangan...

Croos over di Pulau Pinang menyaksikan Aziz Azizan dan Jelani Wilastra dijemput sebagai tetamu dimana mereka "membuat pengakuan" atau berkongsi "pengalaman" didekati bookie dalam menerima rasuah utk menentukan keputusan perlawanan...

Mereka antara yang digantung oleh FAM serta dikenakan tindakan undang-undang seperti buang daerah...

Dalam Stadium Angkasa itu juga menjemput Khalid Ali dan Syed Rizuan, wartawan Berita Harian...

Apa yang Epain rasa tertarik ialah statement yang Epain dengar daripada salah seorang jemputan itu yang mengatakan bahawa "yg penting sekarang bukannya mencari punca atau kesalahan siapa"...

Epain tak setuju dengan statement tu sebab Epain rasa, punca perlu dicari dan diburu...maknanya, dalam hal ini, bookie yang perlu diburu...perumpamaan yang tepat ialah "antara gula dan semut"...nak bunuh semut, kena cari punca gula....

Jadi, bookie harus diperangi...

Namun, Epain hairan, kes 1997 dulu menyaksikan pemain yang lebih ramai dikenakan tindakan...kalau tak silap, tiada bookie yang kena...kenapa?...adakah pemain takut nak mendedahkan siapa mereka ini?

Sekali lagi Epain rasa, mereka inilah yang harus dicari...kerana mereka inilah pengkhianat sebenar dan virus yang akan membunuh bolasepak serta masyarakat negara ini...

Catatan Epain:.......epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-55015303537774454572011-05-29T01:54:00.002+08:002011-05-29T02:16:45.396+08:00Perbuatan keji yang tidak boleh dimaafkan!!Nampaknya hasrat FAM untuk mengubah format liga menerima tamparan tersendiri bukan sebab hasrat tersebut tetapi lebih kepada isu yang "tidak diundang" tetapi telah sekian lama menjadi virus bolasepak Malaysia mahoun dunia...

Rasuah bolasepak...itulah isunya cuma kali ni Malaysia "bernasib baik" kerana isu tersebut juga kini melingkari FIFA menjelang pemilihan serta proses memilih tuan rumah Piala Dunia sebelum ini...

Sekalipun "bernasib baik" namun pendedahan bahawa beberapa pemain khususnya daripada persatuan Bolasepak Negeri Sembilan nampaknya tetap mengejutkan ramai pihak...

Apa tidaknya, ramai menganggap isu rasuah bolasepak telah lama dikuburkan dan ternyata telaan tersebut meleset malahan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa isu sekarang lebih "ngeri" berbanding isu hujung 90 an dulu...

Kenapa Epain mengatakan ianya ngeri secara ringkasnya ialah perbezaan teknologi...dulu Internet tidak diguna secara meluas tetapi kini Internet menyebabkan rasuah bolasepak semakin teruk...

Apa tidaknya, berikutan perkembangan itu juga menyebabkan laman web judi bolasepak tumbuh dengan pesat dan cepat atau lambat ianya tetap sampai ke Malaysia walau apa cara sekalipun dilakukan pihak berkuasa dalam menghalangnya....

Dulu, pendapatan tak setimpal menjadi punca dan kini ramai yang tertanya, apa sebenarnya punca sekalipun FAM pernah menetapkan "gaji siling" yang bertujuan membanteras/membendung rasuah....

Mudahnya, kalau bercakap soal duit, mana pernah cukup?...itulah soal pokok...Epain pernah dengar ada pemain yang menerima gaji puluhan ribu tetapi dalam masa yang sama dia ni juga merupakan dalang dalam menyebarkan kembali rasuah dan apa yang menyedihkan ia mambabitkan pemain muda yang baru setahun jagung main bolasepak....

Mungkin FAM/SPRM/PDRM boleh menggunakan lunas undang-undang dalam membendung tetapi ia takkan berakhir secara mendadak namun dalam masa yang sama kesannya bukan sedikit...

Apa yang Epain mampu katakan, cara terbaik menanganinya ialah dengan cara holistik....

Walaupun nampak mudah atau remeh, setiap pasukan harus menerapkan soal rohani dalam jiwa setiap pemain/pegawai bahawa rasuah bukannya perkara kecil...Epain tak boleh bayangkan, berapa banyak pasukan yang benar-benar menerapkan elemen rohani dalam jiwa setiap pemain...

Seperti mana dadah, rasuah bolasepak juga harus dibendung sebelum ianya menjadi "budaya" atau "norma" dalam bolasepak...cara mengatasinya pula bukan seperti "mesin rumput" kerana kita hanya memotong yang diatas tetapi terlupa bahawa bahagian bawah masih wujud dan lama kelamaan, ia akan kembali tumbuh...

Maknanya, akar yang perlu dibanteras, bukannya pucuk maka InsyaAllah rasuah bolasepak akan dapat dibendung daripada terus menjalar....

Apapun, sepertimana kata ramai, rasuah adalah perbuatan keji dan si pelaku pula adalah golongan yang hina...dan buat pemain/pegawai terlibat, anda bukan sahaja telah melakukan dosa dengan terlibat dalam rasuah tetapi dalam masa yang sama, anda adalah PENIPU!!...

Catatan Epain: Integriti amalan kita....epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-58929726373990859912011-05-26T17:04:00.002+08:002011-05-26T17:17:14.848+08:00Tukar format lagi?...Nampaknya FAM sekali lagi menjadi perhatian dan seperti biasa bukan atas sebab-sebab yang positif atau boleh dibanggakan....

Selepas memperoleh "kredit luar jangka" ekoran kejayaan Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki, FAM nampaknya seakan-akan tidak serik dengan beberapa peristiwa lalu yang membolehkan ramai pihak mengkritik badan induk bolasepak kebangsaan itu...

Kali ini, "irama" menukar format liga Malaysia kembali diperdengarkan, cuma entah nak cakap ia irama yang sedap atau tidak sebab ianya satu irama lama yang kembali dipermainkan tanpa sebarang penambahbaikkan...

Tukar format...tak habis-habis daripada mula liga diperkenalkan hinggalah liga bolasepak dikenali sebagai liga Super....

Epain sendiri tak faham kenapa format sedia ada perlu ditukar sekali lagi...dan seperti biasa antara cadangan terbaik yang mampu diketengahkan ialah "kurangkan jumlah pasukan"...

Ish ish ...ni pun satu hal...dulu pernah 16 pasukan, dikatakan banyak sangat...kemudian 8 pasukan, main 3 pusingan pulak tu...sekarang ni 14 pasukan...dan mahu dikurangkan kepada 12 pasukan....

Penyudahnye, PKNS dan beberapa pasukan Liga Perdana lain yang berpeluang muncul naib juara bising dengan cadangan ini...

Yelah, kalau betul nak kurangkan pasukan pun, kenapa perlu dibuat tergesa-gesa?...kenapa tidak dibuat musim kemudiannya dan bukannya musim depan?...

Yang dinaikkan daripada Liga Perdana ialah 2 pasukan tapi nak kurangkan kepada 12 pasukan Liga Super...takkan yang turun 4 pasukan pulak?...tak mungkin....

Tapi ape pun, kenapa perlu ditukar lagi format liga Malaysia yang tak seberapa ni?...

Cadangan Epain, kalau betul nak tukar dan nak tiru sangat liga luar negara, kenapa tak buat macam American Basketball je?...ada 4 conference...Malaysia pun boleh ape...4 zon...Utara, Pantai Timur, Selatan & Tengah dan Borneo....juara setiap "conference" bertemu dalam satu pusingan akhir...

Haaaa...sebenarnya yang betulnya, tak payah lah ukar format lagi....tukar lah macam mana pun, yang penting patutnya FAM kena fikirkan cara nak tarik balik sokongan peminat....itu lagi baik...

Catatan Epain: Tukar selera...epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-48455934067172381192011-05-15T21:46:00.002+08:002011-05-15T21:48:41.895+08:00Selamat Hari Guru, Cikgu...Dikesempatan ini, Epain ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru terutamanya yg pernah mengajar Epain...

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dalam membentuk keperibadian setiap pelajar hingga setiap mereka berjaya dan menjadi manusia yang berguna...

Sekali lagi, Selamat Hari Guru...epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-11840515355591453472011-05-08T00:29:00.002+08:002011-05-08T00:49:08.456+08:00Apa kata, ikut macam hoki?Bila mengikuti perkembangan Piala Sultan Azlan Shah yang sedang berlangsung di Ipoh, Perak, Epain teringat zaman bertugas di RTM dulu apabila sukan hoki merupakan "beat" yang diamanahkan kepada Epain...

Alhamdullilah ia berjalan dengan baik, hinggakan ada yang menyangka Epain adalah "orang" PHM ....hahhaha...

Tapi bukan itu isu yang Epain mahu bangkitkan dalam posting kali ni...

Apa yang Epain ingin bangkitkan ialah berkenaan kejohanan bertaraf antarabangsa yang kurang (atau tiada langsung) dalam sukan bolasepak di negara ini...

Sebelum ini, Pestabola Merdeka adalah kejohanan antarabangsa yang sentiasa ditunggu-tunggu peminat negara ini malahan peminat sekitar ASEAN dan Asia...

Tapi sekarang ni nama Pestabola Merdeka adalah jenama yang semakin dilupakan disebabkan kejohanan tersebut yang ibarat "hidup segan tapi mati entah mahu atau tidak"...

Apa tidaknya, promoter atau FAM hanya sibuk menganjurkan persahabatan dengan kelab EPL yang tak banyak memberikan pulangan kepada prestasi skuad kebangsaan melainkan pulangan komersil, itupun kalau pasukan yang dijemput adalah dikalangan "big four"...cuba kalau jemput pasukan macam Swindon Town atau Scunthorpe, Epain pasti stadium hanya 1/6 penuh....

Cubalah FAM melihat sejenak "kejayaan" Piala Sultan Azlan Shah yang telahpun dilangsungkan sebanyak 20 kali...dan menariknya, pasukan yang menyertainya adalah dikalangan 10 terbaik dunia...

Memang benar, prestasi skuad kebangsaan memain peranan dalam menarik minat pasukan negara lain menentang skuad negara dalam kejohanan jemputan disini, dan itu jugalah yang berlaku dalam sukan hoki...

Malaysia adalah naib juara Sukan Asia dan ini menjadi "pull factor" negara seperti Australia yang merupakan pasukan nombor 1 dunia memenuhi jemputan Piala Sultan Azlan Shah...

Jadi perkara sebegini yang seharusnya menjadi tumpuan FAM dan bukannya berterusan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab EPL sahaja hinggakan FAM sanggup "menebus kerugian" Stadium Nasional Bukit Jalil...

Bayangkan kalau Malaysia menentang Afrika Selatan, mahukan FAM berbuat perkara yang sama dilakukan sepertimana yang dilakukan demi menentang pasukan Chelsea, Liverpool dan Manchester United?....

Epain bukan menentang hasrat mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab antarabangsa tetapi Epain rasa berpada-padalah...

Adakalanya, kalau dilihat, setiap pasukan yang ditentang tidak bermain dengan sepenuh kekuatan memandangkan ianya perlawanan menguji pemain baru ataupun perlawanan pra musim bagi setiap kelab....

Sedangkan pemain kita pula bermain ibarat perlawanan akhir dan menampilkan aksi yang cukup agresif...

Jadi, Epain rasa wajarlah FAM menumpukan kembali kejohanan yang mampu memberikan impak terhadap prestasi, ranking dan maruah negara di persada antarabangsa...

Kalau FAM tak nak mengembalikan Pestabola Merdeka sepertimana yang pernah dianjurkan, mungkin juga FAM boleh anjurkan kejohanan jemputan antarabangsa Piala Perdana Menteri atau Piala Presiden FAM...

Di Thailang ada Piala Raja Thai kenapa kita tak boleh buat benda yang sama?...

Yang penting adalah kemahuan, maka adalah jalan untuk memenuhi kemahuan itu...dalam masa yang sama Epain perlu akui, FULUS tetap memainkan peranan...

Catatan Epain: Teringin mengimbau nostalgia menonton bola di Stadium Merdeka...epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-6090786426757105292011-05-05T00:16:00.002+08:002011-05-05T00:37:30.244+08:00Ni namanya dah macam TALAK TIGA....Nampaknya setelah puas berteka teki, Datuk Misbun Sidek "menjawab" dengan penuh tegas dan pastinya membentak pihak2 yang berkepentingan khususnya BAM bahawa jawapan muktamad ialah TIDAK KEMBALI...

Rasanya jawapan yg diberi sudah cukup menunjukkan bahawa banyak yang tidak kena dengan "tawaran" BAM terhadap Datuk Misbun...

Tak kena maksudnya Datuk Misbun sendiri pastinya merasakan ada "sesuatu" disebalik tawaran BAM walaupun ianya nampak ikhlas seolah-olah khidmat Datuk Misbun sememangnya ditagih...

Siapa yang main peranan disebalik tawaran "kelas dua" buat Datuk Misbun tu satu hal dan syarat yang dikenakan pun satu hal...maka sememangnya wajar lah buat Datuk Misbun menarik hand brake daripada meneruskan tugasnya di BAM...

Apepun, semua sedar dalam hal ni bukan sekadar antara Datuk Misbun dengan BAM tetapi membabitkan badminton secara keseluruhannya...

Takde untungnya daripada terus pening memikirkan haruskah Datuk Misbun kembali tetapi apa yang paling penting memikirkan dengan mendalam bagaimana masa depan badminton negara...

Mungkin di pihak Datuk Misbun, beliau boleh meneruskan "legasi" yang ditinggalkan arwah bapanya dalam mencari bakat baru dan dalam hal ini mungkin juga sebaiknya dimulakan kembali ditempat mereka, Banting...

SBA mungkin boleh memikirkan untuk menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan badminton negari seterusnya menjadi feeder kepada BAM khususnya dalam hal pemain muda berbakat....

BAM pula tak perlu lagi memikirkan hal Datuk Misbun walaupun Menteri KBS mengatakan bahawa BAM akan "rugi" disebabkan keputusan Datuk Misbun tu...apapun BAM harus merencanakan program yang lebih efektif dalam mencari pengganti Lee Chong Wei...

Harus diingat, tahun depan merupakan tahun Olimpik serta tahun Piala Thomas...mungkin untuk Sukan Olimpik, Lee Chong Wei masih boleh menjadi sandaran utama meraih pingat emas, tapi bagaimana dengan Piala Thomas yang mana negara memerlukan 2 lagi pemain setanding Chong Wei?

BAM sebenarnya berada dalam "zaman mewah" ....yelah semua tahu siapa penaungnya dan ia memberikan kelebihan buat BAM...tapi kalau terus dibuai kemewahan, rasanya BAM bakal tersemBAM sepertimana beberapa persatuan sukan lain yang semakin hari semakin teruk....

Tak taulah kalau ada yang mengatakan pandangan Epain ni tak cukup mendalam dek kerana "tak tau" ehwal BAM dan badminton tapi secara jujur, sememangnya program pelapis BAM tak kemana...

Kalau betul bagus kenapa sekarang ni sukar untuk mencari pemain sebaik Ong Ewe Hock, Yong Hock Kin atau Foo Kok Keong yang satu masa dahulu mampu menggalas tugas dengan baik selepas pemain utama?...

Pemain yang mengikuti rapat Chong Wei pun masih lagi Wong Choon Hann dan Hafiz Hashim sedangkan semua sedar kedua-duanya meniti zaman "senja" dalam badminton....

Secara jujur, Epain rasa, selepas 2012, Malaysia akan alami masalah kemarau bakat badminton berkaliber yang cukup serius....

Lainlah kalau BAM/KBS dan pihak lain memikirkan sebaliknya....

Kalau betul "kemarau" jawabnya ia satu bencana yang serius...

Catatan Epain: La Nina...El Nino....terkono!!epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-52936356017871354552011-04-25T22:52:00.001+08:002011-04-25T23:07:39.378+08:00Tiru macam Dr. Jega...bukan terus jadi JAGA...Terdengar di radio tadi, bahawa Timbalan Pres. MOM, Tan Sri Dr. M Jegathesan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan yang akan datang...

Bila terdengar berita ni, terus terang Epain ingin katakan Epain sememangnya mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi kat Flying Doctor ni....

Epain sememangnya tidak mengenali dengan lebih rapat Dr Jega tapi berdasarkan pengetahuan baik menerusi pembacaan mahupun maklumat yang Epain terima daripada rakan wartawan, sememangnya Dr. Jega layak menerima penghormatan Epain...

Dr. Jega sememangnya seorang yang "humble" sejak beliau berkecimpung dalam sukan olahraga hinggalah beliau dikenali sebagai pentadbir, baik pentadbir kliniknya mahupun MOM...

Dan bila beliau mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan, rasanya Dr. Jega layak menerima satu lagi penghormatan, angkat topi buat Dr Jega....

Mana tidaknya, di saat ada individu yang menjadikan persatuan sukan sebagai platform menonjol diri dan mengaut keuntungan, Dr Jega tidak...

Ada yang seboleh-boleh mahu memimpin persatuan sukan hingga ke "akhir hayat" dan antara alasan untuk meneruskan hayat termasuklah "tanggungjawab belum terlaksana"....walaupun lebih 10 tahun memimpin....

Ada juga yang pernah diarahkan melepaskan jawatan tetapi seingat Epain sampai sekarang tak jugak berbuat apa2...

Ada juga yang sudah hilang pengaruh, tetapi masih ada hajat nak tambah koleksi jawtaan...

Ada pulak yang "tak layak" memegang jawatan dalam persatuan sukan disebabkan bukan datang dalam hirarki yang sepatutnya pun dipilih dan menariknya menyandangnya buat tempoh masa yang lama....

Hmmmm...entahlah, kengkadang inilah punca sukan tak kemana, sebab ada individu yang sanggup menggadaikan maruah sukan demi kepentingan diri...tapi orang ni jugak yang pandai bercakap, "no man is an island"....ke dia tak paham ape maksudnya?

Tapi apepun, diorang sepatutnya ambil iktibar dengan apa yang Dr. Jega buat....tapi Epain pasti, dengar je berita Dr. Jega tidak lagi berminat, maka ramailah yang berminat untuk merebut jawatan Dr. Jega....

Maka dengan itu, JAGA-JAGA....

Catatan Epain: Memang berjaga....epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-26270690231891869602011-04-24T23:14:00.002+08:002011-04-24T23:25:05.939+08:00Jangan salahkan nyamuk kalau kelambu dibakar...Walaupun ada beberapa isu sukan atau lebih tepat, bolasepak yang ingin Epain komen tapi selepas membaca blog Rizal Hashim, rasanya Epain nak komen pasal hal ni lah...

Posting mengenai peletakan jawatan Datin Sri Rosmah Mansur sebagai penaung YAKEB nampaknya mengundang minat pelbagai pihak dan kemuncaknya, PRO YAKEB, Aiman membuat posting yang didakwanya datang daripada Presiden Alumni SSBJ...

SMS yang dikatakan tu mengkritik atau (sebenarnya) mengutuk Rizal Hashim yang dikatakan hanya pandai bercakap sedangkan tak tau menau selok belok sukan...

Lebih parah beliau mendakwa Rizal Hashim mempunyai hasad dengki....

Haaa...ni yang menariknya...betul ke Rizal mendengki?

Seingat Epain, sebagai wartawan atau bekas wartawan yang masih mempunyai semangat kewartawanan, rasanya hasad dengki tak pernah wujud dalam benak...

Tak tau lah selama ni seandainya wartawan membuat sebarang pendedahan baik menerusi liputan berita, analisis mahupun editorial, ianya disifatkan sebagai dengki....

Entah lah...melihat kepada situasi ni, teringat masa Epain di RTM dulu...ada beberapa individu yang tak senang dengan Epain mahupun RTM kalau kami membuat laporan yang tidak menyenangkan mereka...

Tapi tu lah kerja wartawan...bila elok baru disanjung tapi kalau yang diberitahu tidak menyebelahi pihak berkepentingan, maka mulalah episod "ape tujuan you sebenarnya ni?"....

Tu lah pasal...ape kate kita renung jap peribahasa..."hanya seekor nyamuk, habis kelambu dibakar"...tapi dalam hal ni "jangan salahkan nyamuk kalau kelambu dibakar"...

Soalnya dalam hal ni......siapa nyamuk dan siapa kelambu?

Catatan Epain: Aerosol kan ade....epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-58039069535834700962011-04-19T23:17:00.001+08:002011-04-19T23:17:25.940+08:00Cabaran atau turun pangkat?Haaa...sekali lagi, selepas "cuti"panjang...Epain kembali...biasalah, mungkin sebab pilihanraya negeri Sarawak, tu yang sibuk skit...

Selain tu, harus diakui Epain sedikit "kurang" baca akhbar disebabkan kurang bersetuju dengan beberapa story atau paparan yang pada pandangan Epain tak sesuai disiarkan di akhbar sekaligus membuatkan Epain sedikit "boikot" akhbar beberapa minggu lepas...

Apapun, dalam hal2 tersebut, Epain tak ketinggalan mengikuti perkembangan sukan negara dan rasanya, hal yang berkaitan Datuk Misbun Sidek paling menarik perhatian Epain utk dijadikan komen...

Selepas berhibernasi selama lebih 3 bulan, jurulatih badminton perseorangan negara Datuk Misbun Sidek akhirnya kembali ke pangkuan BAM dan ianya diterima...

Tetapi apa yang menariknya, Datuk Misbun tidak dapat kembali ke pangkuan anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei sebaliknya diberikan "cabaran" baru, iaiatu melatih dan mencungkil bakat pemain muda....

Hmmmm...menarik ni...kenapa?

Sebabnya Epain rasa, sepanjang yang Epain mampu ingat khususnya dalam sukan seperti bolasepak, inilah pertama kali Epain dengar seorang jurulatih bertaraf "elit" diberikan tanggungjawab yang lebih "rendah taraf"....

Terdetik di hati, kenapa jadi begitu?...adakah tindakan Datuk Misbun secara tiba2 meletak jawatan telah menyebabkan ramai pihak dalam BAM yang geram dengannya dan sebagai balasan, hanya diberikan tanggungjawab yang bukan utama?

Atau mungkin ia sebenarnya memang mahu mengerah segala pengalaman Datuk Misbun dalam mencari bakat baru dan melatih pemain muda, apatah lagi tahun depan merupakan Sukan Olimpik?

Jika persoalan kedua diambil kira, Epain ada soalan, apa yang BAM buat selama ni?...adakah program mereka dalam mencari bakat baru dan latihan pemain muda tidak efektif?

Atau mungkin mereka sebenarnya buntu dalam program mereka?

Selain itu, adakah "faktor anak beranak" juga menjadi faktor menghantar Datuk Misbun ke lembah tugas barunya itu?

Entah lah...kadang2 benda2 remeh macam ni lah yang sebenarnya menjahanamkan sukan kita...tapi Epain pun pelik, tak ke diorang ni sedar?...atau buat-buat tak sedar?

Catatan Epain: Berlatih sendiri je....epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-22784883123982960672011-03-28T13:41:00.002+08:002011-03-28T13:56:21.757+08:00Selamat Hari Ulangtahun...Epain, ASTRO Arena n RTM...Bulan Mac, April dan Mei sememangnya bulan yang bermakna buat Epain apatah lagi tahun 2011 ni...

Pertamanya sudah tentu disebabkan Epain baru sahaja dikurniakan Putera kedua pada 9 Mac lepas dan bulan ini juga merupakan ulangtahun kelahiran Epain...hmmmm tua dahhh...

Tidak lupa juga sebenarnya bulan Mac kali ini, Astro Arena menyambut ulangtahunnya yang pertama sejak mula dilancarkan pada 26 Mac 2010, sehari selepas ulangtahun kelahiran Epain....

Biasanya, kalau orang, setahun tidak banyak perkembangan melainkan pada ketika seorang bayi mungkin sudah ada gigi, berjalan jatuh dan menyebut beberapa patah perkataan...

Epain bukan nak samakan Arena dengan bayi tetapi secara jujur, Epain lihat Arena telah melalui perkembangan yang sangat pesat dan positif, mungkin kerana atas aspirasi ingin menjadi "Nadi Sukan Malaysia"...

Secara jujur, Epain pada mulanya skeptikal dengan hasrat Arena sebab Epain pernah menyatakan bahawa penerbitan sukan di dunia ini mahal dan bersesuaian dengan situasi di negara ini, pulangannya amat terhad malahan agak kurang...

Tetapi mungkin disebabkan "kesabaran" Arena, rasanya sudah nampak pulangan walaupun pulangannya tidak dapat dinilai secara terus menerusi pendapatan iklan atau penaja...

Ramai peminat sukan sudah mengenali Arena bila bercakap soal sukan sebab Epain lihat Arena tidak prejudis menyiarkan program sukan....daripada yang langsung tiada penonton hinggalah sukan yang paling diminati...ada siaran malahan siaran langsung yang kalau sesiapa tahu, agak mahal kosnya...

Cuma mungkin beberapa aspek Arena perlu ditambah baik....

Ok, bulan April ini pula, bekas majikan Epain bakal menyambut ulang tahun ke 65 tahun...

Wow!!..65 tahun !!...itu satu tempoh yang lama dan kalau dibandingkan dengan manusia, ia sudah mencapai taraf "wajib pencen"....

Seperti biasa, RTM terus berdepan kritikan dan cemuhan dalam pelbagai aspek...mungkin ada yang melihat RTM agak "tuli" dalam mendengar pandangan rakyat sebabnya ramai berkata "RTM tidak pernah dan tidak akan berubah"...

Soalnya perubahan bagaimana yang diinginkan?...jika benar RTM berubah, adakah penonton atau peminat akan kembali menonton RTM?....

Senang citer, biarlah RTM walau apapun rupanya...cuma dalam soal sukan, memang Epain ralat sangat dengan RTM....

Seharusnya sukan merupakan agenda "senang" untuk mendapatkan tontonan, tapi agak tidak bernasib baik, RTM seakan "benci" sukan hinggakan beberapa rancangan yang sebelum ini dikhaskan untuk sukan dibuang...

Yang pelik, ada pulak yang marah dengan Astro apabila mereka mendapat hak ekslusif sedangkan ketika RTM mendapat keistimewaan menayangkan perlawanan bolasepak, ada yang endah tak endah je....

Sekang ni ada pulak yang kata tak patriotik lah apa lah...sedangkan ada pihak yang awalnya sememangnya tidak mahu sukan ditayangkan di RTM...patriotik ke diorang ni?

Jadi Epain harap RTM dapat benar-benar belajar daripada apa yang berlaku selama ini khususnya dalam aspek sukan....

penonton tegar RTM adalah sekitar 300 ribu orang...Epain tak boleh bayangkan, berapa ramai dikalangan mereka ini adalah golongan muda?...

Apapun, sekali lagi selamat hari ulang tahun....

Catatan Epain: Tahun ni takde kek....epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-56544246463346586952011-03-24T20:42:00.002+08:002011-03-24T20:57:59.218+08:00Siapa "bos" sebenar?Sekalipun hampir 10 hari tak berposting dek kesibukan hal rumah tangga dan tempat kerja, Epain tetap mengikuti rapat perkembangan sukan negara khususnya yang dibincangkan dalam media termasuklah blog...

Epain cuba mengelak tapi tak boleh daripada membincangkan hal yang membabitkan bolasepak negara...

Cukup menarik rasanya mengenai "kuasa" yang dimiliki sesetengah pihak hingga mampu mengubah sesuatu kedudukan atau situasi...dalam hal ini Epain nak kaitkan dengan hal yang berkaitan pengunduran dan peletakan jawatan beberapa jurulatih pasukan liga sebelum ini...

Di Kedah, Ahmad Yusuf ditunjuk jalan keluar buat sementara (mungkin kekal) setelah mendapat desakan hebat peminat dan mungkin beberapa pihak lain yang kurang senang dengan Tuan Haji kita ni...

Tapi Epain kurang senang skit dengan tindakan penyokong yang berdemonstrasi di pelbagai tempat....apa yang Epain kurang senang ialah, adakah budaya demonstrasi ini sudah sebati di kalangan kita hinggakan hal jurulatih pun hendak diadakan "perhimpunan" aman yang sememangnya tak pernah aman...ingat dulu bagaimana penyokong Kelantan berdemo di depan Wisma FAM?

Namun ada baiknya sebab Epain rasa, sudah sampai masa untuk penyokong/peminat diberikan tempat sewajarnya di dalam Persatuan Bolasepak Negeri...

Maksudnya mungkin kalau boleh, kelab/persatuan penyokong/peminat turul mempunyai wakil dalam majlis supaya suara mereka juga didengar seadanya...dan bukanny sekadar terpekik tapi pada akhirnya pihak lain juga lebih mempunyai kuasa dalam menetapkan keputusan...

Harus diingat, penyokong/peminat juga adalah stakeholders...dan bagi tidak pernah putus datang stadium, bayangkan duit yang telah dilaburkan terhadap pasukan kesayangan masing-masing...

Ok..berkenaan hal di Negeri Sembilan pula, Epain malas nak mengulas panjang...sebagaimana terdapat sebahagian yang berspekulasi, Wan Jamak menjadi mangsa keadaan beberapa pihak yang bertindak ala2 "Belanda dapat tanah"...

Baru dapat kedudukan, habis di sapunya semua....kalau sesiapa pernah ingat si polan itu juga pernah membuat onar yang sama terhadap pasukan yang diwakili sebelum ini....

Menariknya, kehadiran si polan ini telah menyebabkan pergolakan yang tidak kurang hebat...jadi Epain mengandaikan dia ni memang mempunyai "kuasa" tertentu hingga mampu menggugat sesiapa pun dan juga menghadirkan pengaruh terhadap pihak berkepentingan....

Jadi...siapa sebenarnya yang berkuasa?

Catatan Epain: Tak kuasa akuuu...epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-24224611302127228802011-03-15T01:08:00.002+08:002011-03-15T01:20:19.570+08:00That's the Wei!!Sekalipun seminggu Epain tak dapat nak update blog disebabkan kelahiran anak kedua, namun seperti biasa tumpuan masih kepada hal berkaitan dgn hal sukan...

Asalnya Epain nak komen padal demonstrasi penyokong yg seakan menjadi trend tetapi rasenye lebih baik Epain post berkenaan pemain badmitnon nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yg mengekalkan mahkota All England...

Rasenya kepada sesiapa yang menonton aksi Chong Wei menentang seteru utamanya, Lin Dan pastinya akan bersetuju bahawa permainan Chong Wei pada perlawanan akhir itu suatu yang hebat...

Dan Epain sememangnya bersetuju malahan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ia merupakan aksi terhebat pada perlawanan yang cukup hebat....

Cuma Epain harap Chong Wei tidak terlalu dibuai kejayaan membalas dendam terhadap pemain China itu yang seringkali menjadi penghalang buat Chong Wei menjulang beberapa kejohanan utama sebelum ini....

Pastinya juga semua rakyat negara ini berharap kejayaan di All England akan berulang di Sukan Olimpik tahun depan, ironinya bakal berlangsung di England juga....

Epain kalau boleh tak nak tragedi 2008 berulang bila mana Chong Wei cukup cemerlang tetapi pada perlawanan akhir Sukan Olimpik, Chong Wei dengan mudah diratah Lin Dan...

Rasenye juga, ada baik Chong Wei hanya fokus kepada beberapa kejohanan sahaja drpd menyertai kesemua kejohanan yang ada...yelah, utk memastikan tiada kecederaan serius ...

Buat BAM pulak, mcm mana dgn isu Datuk Misbun...atau selepas menonton aksi di All England, Datuk Misbun sudah bersedia utk "jatuhkan talak" ke atas BAM dan Chong Wei?...

Walau apapun keputusan, biarlah utk kebaikan semua...jangan nanti menyesal panjang....maka drama badminton pun akan diulang tayang....

Catatan Epain: Dah lama tak main badminton...epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-87969646053856476682011-03-08T08:32:00.003+08:002011-03-08T08:41:33.775+08:00Tahniah SAM, tahniah pemenang, tahniah semuaEpain sebenarnya merasa agak terkilan sebab kali ini Epain tidak dapat menyertai Majlis Anugerah SAM walaupun Epain dari awal lagi sememangnya ingin menghadiri majlis tersebut...

Tapi nak buat macam mana, sebab Epain sedang melalui saat getir menantikan kehadiran baby no 2, justeru Epain tidak boleh menghadiri majlis tersebut...

Apapun, dikesempatan ini Epain ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pemenang khususnya rakan di RTM, Ku Lufti dan Rozihan yang turut menerima pengiktirafan pada majlis tersebut...

Tidak lupa juga kepada Zulhelmi dari Awani yang menerima 2 anugerah dan pastinya menaikkan lagi "rating" Awani selepas turut menerima anugerah sempena Anugerah Seri Angkasa lalu...

Walaupun ramai tidak menduga, namun pemilihan Pendelela Rinong wajar berdasarkan pencapaian pada 2010 dan pastinya ini bakal "memeningkan" kepala JK pemilih sempena Anugerah Sukan Negara pula selepas ini...

Buat SAM pula sekali lagi tahniah kerana berjaya menganjurkan majlis ini buat kesekian kalinya...

Nampak mudah, tapi pastinya banyak cabaran yang perlu dilalui SAM dalam menganjurkan majlis sebegini...mungkin ramai hanya menyangka bahawa ia hanyalah majlis sehari tetapi harus ingat, kerjanya sudah lama dilakukan dan kebanyakan "petuga" atau JK hanyalah melakukannya secara sukarela...

Sekali lagi tahniah semua!!...

Catatan Epain: Ada makanan lebih tak?...epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6402877078759550235.post-79528242237740759092011-03-02T10:11:00.002+08:002011-03-02T10:24:30.276+08:00Confirm sukan penting!!...tapi kata orang Korea...Sabtu hingga Isnin lepas, Epain berkesempatan menghadiri persidangan antarabangsa mengenai sains sosial di SIngapura dimana Epain turut membentang kertas kerja...

Tapi postmg ni, Epain bukan nak bercerita soal kertas kerja Epain, sebaliknya perbualan makan tengah hari menarik antara Epain dengan salah seorang Professor dari Korea Selatan...

Beliau nyata "teruja" apabila Epain menyatakan bahawa Epain merupakan bekas wartawan sukan dan salah satu minat Epain adalah berkaitan sports journalism...mungkin sebab beliau menyanjung tinggi wartawan...

Beliau bertanya Epain mengenai perkembangan sukan di Malaysia sambil menyatakan "rasa kecewa" beliau terhadap sukan Malaysia khususnya membabitkan bolasepak dan hoki yang sedikit merudum sebelum ini....

Secara ringkas, Epain menyatakan kepada beliau "sukan sememangnya diutamakan tapi ada juga pihak yang tidak merasakan sukan amat penting dalam pembangunan sahsiah khususnya di peringkat remaja"...Epain menambah "ada juga ibu bapa sekarang ni yang lebih mementingkan pendidikan berbanding sukan walaupun disekolah"

Beliau nyata terkejut sambil menyoal "bagaimana hendak bagus dalam soal pendidikan jika keadaan fizikal tidak cergas?!!...kedua-duanya sangat penting dan sukan seharusnya menjadi sebahagian gaya hidup walaupun ianya bukan untuk sukan elit"...

Beliau berkongsi di Korea, sukan sememangnya diutamakan dan penting...dan bagi yang benar-benar serius dalam sukan hingga menjadikannya sebagai sumber pendapatan, program pembangunan bermula seawal umur 4 tahun....rasanya hal ini ramai yg tahu khususnya di Malaysia....

Untuk rekod, professor tersebut hanyalah professor pemasaran (marketing)....

Di penghujung perbualan, beliau sempat berkongsi bahawa media di Korea sangat bebas malahan dalam aspek sukan sekalipun, pihak pentadbir tidak boleh berbuat sesukan hati kerana "media power"...maknanya ada check and balance antara media, rakyat dan pengamal serta pentadbir sukan...

Kita di Malaysia macam mana?....mungkin gaya sahaja yang bebas....tapi kalau buat laporan yang bersifat kritikan, jawabnya ada lah yang kena panggil "mengadap" nanti...

Tapi apahal pun, sukan memang penting...

Catatan Epain: Teringat zaman bujang, tengok cerita "Winter Sonata"...epainhttp://www.blogger.com/profile/10298502500016613400noreply@blogger.com0