Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2015 menyaksikan JDT menang 2-0 ke atas Pahang sekaligus membalas dendam kekalahan final Piala Malaysia 2014..
Sekalipun berbeza, tetapi JDT pasti merasa puas menewaskan anak2 buah Zainal Abidin Hassan apatah lagi beraksi di gelanggang keramat, Stadium Larkin
Tetapi apa yang tak bagusnya, ada banner atau dipanggil Tifo (bukan adik beradik Tito Santana) yang memaparkan 2 ekor anjing dengan salah satunya memakai blazer FAM dengan mengendong seekor lagi anjing dan memakai mafla kuning biru...
Walau apapun, penjelasan, rasanya ramai tahu apa yang dimaksudkan dan kepada sape ianya ditujukan apatah lagi selepas kes penggantungan Gary Steven Robart...
Tetapi tak kisahlah apapun alasan, tak puas hati ke, nak merusuh ke, cuma dengan menampilkan banner macam tu, sangatlah tak kena dengan cara kita....malahan rasanya seingat Epain, negara luar sekalipun tak buat benda macam ni walaupun bantahannya nyata dan jelas...
Menyamakan seseorang atau sesuatu dengan anjing amat keterlaluan...kat SUA FAM, ianya tidak beradab...macam ni ke nak tunjuk teladan buat adik2 kecil yang bakal mewarnai kancah bolasepak negara satu hari nanti?
Epain berpendirian sama dengan yang tak bersetuju...ianya tak patut...dan kalau nak nyatakan apa2 sekalipun, biarlah dengan cara yang betul...tapi FAM pun kena adil...dengarlah dan mana yang baik, cuba buat...tak salah kot mencuba benda baik dan untuk kebaikan...
Catatan Epain: Teringat sepanduk popular dulu2..."Selamat Datang ke Divisyen 2"...
Thursday, February 5, 2015
Monday, December 22, 2014
"Tepat" jangkaan
Setelah lebih 9 bulan tanpa sebarang post, Epain kembali...tapi sebenarnya, bukan Epain tak perasan atau lupakan terus blog ni...tapi lebih kepada nak tengok sejauh mana jangkaan Epain sebelum ni tepat atau tidak..
Sebelum ini Epain dalam post terdahulu pernah membuat "jangkaan" bahawa tahun 2014 bukanlah tahun yang bagus buat sukan Malaysia walaupun tanpa menyedari bahawa ada dua temasya besar yang bakal disertai selain penyertaan dalam Piala AFF Suzuki yang baru berakhir Sabtu lepas..
Tetapi sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan, sememangnya jangkaan yang Epain buat tepat...hahaha
Piala AFF kita gagal julang walaupun menang di perlawanan kedua...tetapi rasanya pencapaian skuad Harimau Malaya mengubat kedukaan kita sebenarnya... pasukan yang tidak diberikan harapan tetapi akhirnya layak ke perlawanan akhir dan dilakukan secara dramatik manakala perlawanan akhir bolehlah dianggap sebagai anti klimaks..mendahlui dengan kelebihan 3 gol tetapi Thailand lebih bernasib baik untuk muncul juara...
Kedukaan terbesar sebenarnya adalah pencapaian dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia...kedua-duanya gagal mencapai sasaran dan kalau diamati betul2, 4 tahun dari sekarang kita akan terus merudum...
Kenapa Epain cakap macam tu, sebab kedua-dua temasya masih mengharapkan badminton untuk menyumbang emas terbanyak... dan 4 tahun dari sekarang, mungkin kita takkan melihat kelibat Dato Lee Chong Wei lagi sedangkan selama ni, Chong Wei lah yang menjadi harapan tunggal untuk merangkul emas sambil pemain lain masih mencari rentak juara....
Apapun, 2014 bakal berlalu, 2015 bakal menjengah...hakikatnya kalau kita terus dibuai mimpi...jawabnya, 2015 takkan membawa sebarang sinar kejayaan...
Dalam pada itu, buat KP MSN yang baharu, Ahmad Shapawi Ismail...itu juga cabaran yang besar...pastinya KPI yang diletakkan ke atas beliau... penyandang sebelum ini, Datuk Zolkples Embong tidak gagal tetapi banyak pencapaian sederhana cuma KP MSN bukanlah satu-satunya insan yang perlu dipersalahkan kalau prestasi sukan kita tidak meningkat....
Cuma Epain sedikit "lega" sebab ura-ura mlenatik Mat Salleh menduduki kerusi KP MSN tidak diteruskan... kalau jadi jugak, mudah je Epain cakap bahawa kita tidak benar-benar merdeka...
Jadi, 2015 dinantikan dan bakal dilalui dengan penuh debar...Selamat Tahun Baharu 2015 semua...

Thursday, March 6, 2014
Bola bola bola...
Rasanya dah hampir 5 tahun Epain meninggalkan dunia kewartawanan sukan...
Namun perkembangan sukan kat Malaysia masih lagi diikuti seakan-akan Epain kadang2 terasa macam masih lagi bergelar seorang reporter...
Dalam waktu itu juga, rasanya antara topik yang tak pernah kurang malahan takkan kurang dibicarakan ialah berkenaan bolasepak....sampaikan ada yang berkata..."bola je ke sukan kat Malaysia ni?"
hakikatnya, bolasepak adalah sukan nombor 1 di mana-mana sekalipun jadi kalau setakat di Malaysia, apa salahnya untuk terus dibicarakan?...Oklah...jom lah kita cerita dan ulas sikit pasal bola kita ni....
2014 dah masuk 3 bulan....dan rasanya dalam 3 bulan ni dah berbagai cerita dah yang bolasepak cipta....kebanyakannya cerita yang sedikit negatif...
Bermula dengan "kisah terowong" hinggalah kisah Ultra(man)...semuanya yang kurang best...
Yang best cuma kemenangan skuad Harimau Malaya ke atas Yemen je...tu pun masih tak layak...tapi sekurang-kurangnya dapatlah membuktikan sesuatu iaitu kalau kena dengan cara pengendalian, rasanya team Malaysia ni boleh je beat negara lain khususnya dari Timur Tengah yang sememangnya liat untuk ditewaskan sebelum ini...
Tetapi kena terima jugak...tidak layak ke Piala Asia...Datuk K Rajagobal "terselamat" lah kiranya sebab asalnya inilah KPI yang beliau sendiri letakkan, kalau tak layak baru letak jawatan tetapi ditunjuk pintu keluar dahulu sebelum habis saingan dan Datuk Ong Kim Swee ambil alih....
Memanglah, ikutkan berdasarkan rekod itu, wajar DOKS diberi peluang jadi coach senior team tetapi rasanya FAM jangan terlalu cepat membuat kesimpulan...sebab atas terlalu cepat membuat kesimpulan jugalah yang menyebabkan bolasepak kita tunggang langgang...
Rasanya niat untuk melantik jurulatih luar perlu diteruskan tapi carilah yang menawarkan harga yang berpada-pada...sebabnya lebihan gaji samapai juta2 tu boleh guna di tempat lain dan yang paling panting iaitu pembangunan...pembangunan jugaklah yang menjadi masalah nombor 1 bolasepak Malaysia ni sebenarnya...bukan soal jurulatih semata-mata...
Kalau Sir Alex Ferguson yang available tu sanggup jadi coach Malaysia pun belum tentu dapat pastikan dalam 5-10 tahun akan datang Malaysia jadi juara Piala Asia....sebabnya program akar umbi kita masih tidak menentu...dan pool pemain kita masih tak ramai....
Maka dengan itu....kembali ke pangkal jugaklah jawabnya...
Jadi, bila nak selesai?...rombak FAM?...Presiden letak jawatan?...semua boleh berlaku tetapi berubahkah bolasepak kita secara mendadak?...entahlahh
Epain: lama tak masuk PC kat FAM
Monday, January 20, 2014
Macam-macam
Rasanya tahun 2014 baru 20 hari tetapi dalam masa 20 hari ni, bermacam cerita dah sukan Malaysia cipta..
Bila nak habis ni?...
Salah satunya, politik...satu topik yang tak pernah habis dan takkan habis....
Dulu Epain cukup suka untuk menggunakan perkataan "pupus" kepada olahraga dan nampaknya badminton bakal dimangsakan...
Betul, boleh berbangga dengan kejayaan bergu tetapi itu je ke?...Chong Wei bakal gantjng raket mungkin sebab selepas menimang cahaya mata...
Kalau betul Disember Chong Wei bersara, nampaknya emas Olimpik Rio semacam jauh panggang dari api...
Apapun, kita tengok je....
Menariknya, Liga Super baru sahaja bermula dan bermacam keputusan dicipta serta berbagai cerita luar padang...cumanya cerita luar padang skrip tetap sama tetapi pelakon je berbeza...
Kesimpulannya, cerita sukan Malaysia ni takde yang baru sebaliknya diperbaharui...
Catatan Epain: Recon
Wednesday, January 8, 2014
Tahun 2014...tahun yang kurang bermakna buat sukan Malaysia
Nampaknya tahun 2013 telah dilalui dengan pelbagai kisah...
Daripada cerita bolasepak hinggalah ke sepaktakraw serta kisah Sukan Sea nampaknya ada sesetengah kisah adalah "ulangtayang" tetapi pengolahan yang berbeza..
Tak kurang juga ada kisah baru yang muncul...
Jadi, kesimpulannya sukan kat Malaysia adalah wayang gambar semata-mata...
Apapun, untuk tahun 2014, tak banyak yang mampu kita raikan tetapi sekalung tahniah buat sukan hoki yang "diam-diam berisi"...tanpa banyak kisah "pelik2", hoki menghadirkan kisah yang menarik, daripada naib juara Piala Sultan Azlan Shah hinggalah layak ke Piala Dunia manakala skuad remaja pula tempat ke 4 terbaik dunia dan hoki wanita catat rekod dunia...jadi adalah jugak sukan berpasukan yang kita benar-benar anggap kelas dunia...
Harapkan bolasepak, Sukan Sea pun tak terdaya, lainlah kalau Datuk OKS mampu buat magic iaitu layak ke Piala Asia selepas Datuk K Rajagopal gagal
Masih lagi dengan bolasepak...dulu Epain pernah predict di awal tahun di Astro Awani yang Pahang akan mencatat sesuatu...dan ternyata tepat apabila Pahang muncul juara Piala Malaysia...ni baru syok...Pahang buktikan yang persiapan mega dan pembelian tanpa bintang juga mampu menghasilkan sesuatu....tak tau lah pulak kalau pasukan yang luas kuasanya di Selatan mampu jadi juara treble musim ini...
Apapun, selamat Tahun Baharu 2014...mulakan tahun baharu dengan azam dan ketekunan serta keikhlasan...bukan sekadar janji yang belum tentu ditepati...
Wednesday, September 4, 2013
'Marah?...nanti kena jual'
Wahhhh...nampaknya kali ni Epain betul2 lama tak menjenguk Epainworld ni...malas nak beralasan lagi dan dalam masa yang sama malas jugak nak 'berjanji' untuk buat itu-ini untuk dan melalui blog ni...
Pasni, jalan je...ape nak buat, apa nak luah, kita redah...
Tetapi, walaupun lama tak buat sebarang posting di blog ni, tak semestinya Epain tak mengikuti langsung perkembangan sukan...cuma kalau nak summarize apa yang berlaku sepanjang lebih setahun lepas, mungkin berbulan takkan habis...
Pendek cerita...kisah sukan kat Malaysia ni ada pasang-surut dan suka-duka nya...bab kejayaan gemilang?...susah nak kata
Apapun, sepanjang tahun lepas dan tahun ni, yang paling menjadi buah mulut pastinya pelantikan YB Rembau most wanted, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan setelah memenangi kerusi Parlimen Rembau pada PRU 13 yang lepas...kali ini tiada lagi faktor bapa mertua, YB KJ nampaknya menang besar...
Epain dari awal lagi sememangnya telah menjangka KJ akan dilantik mungkin sebab melihat 'kesabaran' KJ selepas beberapa kali 'dilepas pandang'
Portfolio KBS juga tepat buat KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda BN...
Cumanya YB KJ nampaknya sedikit 'keras' di awal pelantikan dan seolah-olah ada 'unfinished business' dengan FAM, persatuan yang pernah menyaksikan beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden...
Pandangan KJ terhadap bola dilihat seolah-olah KJ adalah Menteri bola bukannya KBS...
Tetapi mungkin sebab terlalu sayang dengan bola dan jangan lupa, KJ juga yang mengilhamkan Myteam yang kini entah apa jadi...
Terkini, selepas melihat team takraw Malaysia kalah dengan Korea Selatan di final Siri Istaf di India, YB KJ berkata, peruntukan akan ditarik buat persatuan sukan yang gagal menunjukkan peningkatan apatah lagi sampai ke tahap memalukan...
Bab takraw, rasanya ramai lagi yang marah...tetapi nak buat macam mana...takraw bukannya prospek emas Olimpik...maka
siapa yang peduli?...tapi bila kalah dengan pasukan macam Korea yang berguru dengan Malaysia, maka habis macam2 benda yang jadi....
YB marah?....samalah kita tapi tak kena jual....
Kata Epain - hantam sajalah labuuuu
Wednesday, February 15, 2012
Ada harapan...atau Harapan ada?
Akibat terlalu sibuk dengan tugas hakiki yang semakin bertambah, Epain mengakui sukar untuk update blog ni secara regular tapi InsyaAllah akan tetap diteruskan...
Sebenarnya telah sekian lama untuk Epain komen pelbagai isu yang ada dalam sukan Malaysia ni tapi banyak2 pun, sebenarnya bebalik ke situ juga...
seperti biasa, 2 sukan utama, bolasepak dan badminton jadi tumpuan...khususnya untuk tahun 2012...
Bolasepak bakal berdepan saingan Piala Suzuki bagi mempertahankannya manakala badminton mempunyai misi lebih besar, kembalikan Piala Thomas dan bawa pulang emas Olimpik...
Tapi apapun, 2 sukan memang kelakar...
Yang satunya diulit pelbagai isu dan terbaru (atau sudah lama) ialah isu rasuah manakala badminton berdepan dengan isu "kepupusan pemain"...
Epain nak fokus sikit dengan badminton...
Bila BAM kata emas Olimpik jadi keutamaan, mungkin ramai setuju tapi bila melihat skuad Piala Thomas ala2 bakal kena lanyak, lebih ramai yang sedih sebenarnya...
Epain tak faham bila diorang kata tumpuan lebih kepada Olimpik tetapi mereka takkan tak sedar yang Piala Thomas adalah berpasukan dan melibatkan negara manakala Olimpik adalah individu...
BAM sedar buat masa ini hanya ada Lee Chong Wei yang sangat diharapkan untuk menang, jadi Olimpik nampak lebih cerah berbanding Piala Thomas...
Tetapi memberikan terlalu banyak tekanan kepada Chong Wei sebenarnya bakal mengundang malapetaka...
Epain tak nak bernegatif, tetapi percayalah, tekanan terlalu tinggi (melebihi Gunung Everest) terhadap Chong Wei hanya akan membuatkan kita melopong (mintak2 jangan)...
Dan di Piala thomas pulak, bagus untuk bermula sebagai underdog, kerana selama ini jika Malaysia bermain atas nama underdog itulah yang membuatkan kita boleh menang...
Tapi, janganlah undermind kemampuan...dan lebih penting, janganlah angkat tangan n kaki dulu sebelum turun bertarung...
Lawan lah dulu, tetapi mainlah dengan semangat yang membuak2....
Catatan Epain; Tetap lawan walaupun lauk...

Thursday, October 27, 2011
Undang marah...
Nampaknya kehangatan Piala Malaysia telah pun tiba ke tahap kemuncak sebelum piala agung bolasepak itu dijulang Sabtu ini...
Cerita lain, tak lain tak bukan melibatkan tindakan FAM menaikkan harga tiket (atau menetapkan) pada harga RM50...
Peminat Terengganu dan Negeri Sembilan sememangnya mempunyai asas kukuh untuk marah dan membantah tindakan FAM ni...
Mana tidaknya, RM 50 bukannya harga yang murah perlu dibayar untuk menonton perlawanan boalsepak...
Walaupun ada yang membandingkan, tiket Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Man United boleh dibayar pada harga lebih tinggi, inikan pula final Piala Malaysia, masakan tidak...
Ya betul, ini final tapi untuk membandingkannya dengan perlawanan kelab EPL tak patut...sebabnya harga tiket mereka diambil kira dengan "appearance fee" sekali...tapi final apatah lagi Piala Malaysia, adalah final rutin setiap tahun....
Jadi, buat FAM kalau nak memikirkan keuntungan sekalipun, jangan ambil jalan mudah yang menyusahkan...
Epain tak rasa ralat sangat sebab Selangor tak beraksi tetapi sebagai peminat bolasepak, Epain rasa tindakan FAM ni keterlaluan...
Bolasepak kita belum mencapai tahap yang kita boleh banggakan...kalau dah capai, rasanya bayar berapa pun orang sanggup tonton....ni tidak, permainan belum tentu seberapa, main pulak di Stadium Shah Alam yang seantero Malaysia tahu bahawa padangnya amat teruk...
Jadi, berbaloikah bayar RM 50 untuk saksikan perlawanan sebegini?...maaf, bukan nak menghina pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan, tapi rasanya harga tersebut memang tak setimpal...
Catatan Epain: RM 50 x 100 000 = ???????

Subscribe to:
Posts (Atom)