Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, March 8, 2010

7 Mac 2010, hari bersejarah buat sukan negara...

Rasanya tak perlu saya mengulas panjang...sebab posting ni dibuat sememangnya untuk saya mengucapkan tahniah buat Anuar Manan yang mencipta sejarah muncul juara pemenang Jersi Hijau LTDL 2010 selaku Raja Pecut...

Walaupun LTDL kali ni dianggap sebagai tidak semeriah beberapa edisi lepas, namun saya rasa kemenangan Anuar ni telah "menyelamatkan" maruah kejohanan berbasikal yang pernah dianggap sebagai terulung di Asia...

Mungkin kali ni banyak pasukan pro-tour tak menyertainya akibat "menyesal tak sudah" perbuatan penganjur edisi-edisi lepas selain perlu menyertai kejohanan lain di Eropah dan Asia...

Apapun, diharapkan LTDL kali ni dapat memberikan sinar baru buat pelumba negara yang semakin lama semakin rancak menyertai pasukan-pasukan yang disegani...bagi saya itu satu perkembangan positif yang mungkin terdorong dek perkembangan yang baik dalam sukan berbasikal kebelakangan ni...

Sekali lagi, saya ucapkan seribu tahniah buat Anuar Manan...dan saya harapkan Anuar tidak sekadar menjadi jaguh kampung...saya yakin anda mampu buktikan bahawa anak jati Kuala Ibai Terengganu mampu menggegar dunia berbasikal sepertimana yang dilakukan rakan senegeri anda, Azizulhasni Awang...

Selain LTDL dan Anuar, satu sejarah turut tercatat di Lapangan Golf KLGCC dimana pemain muda Korea, Noh-Syeung Yul muncul juara kejohanan golf Terbuka Malaysia...

Walaupun pemain Malaysia kali ni agak suram, namun rasanya sesuatu mampu dipelajari daripada kemenangan Syeung Yul yang membuktikan status diri bukan penghalang untuk mencipta kejuaraan...

Saya harapkan agar edisi ke 50, bakal menjadi saksi pemain negara muncul juara atau setidak-tidaknya menduduki 3 kedudukan terbaik...

Catatan Epain: Dua-dua event tak dapat join aklibat kesibukan....tapi tetap "follow"...

No comments: