Selamat Tahun Baharu 2020

Wednesday, March 24, 2010

Selamat Datang ke dunia penyiaran sukan


Minggu lepas, Epain diberi peluang menyertai antara saat bersejarah dunia penyiaran negara iaitu pelancaran saluran terbaru Astro iaitu Astro Arena yang dilancarkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek...

Menggunakan tagline "Nadi Sukan Negara", saya kira Arena bakal menjadi antara saluran tumpuan walaupun ada yang skeptism dengan kemampuan menarik pengikut memandangkan Arena bakal menyiarkan kandungan sukan tempatan...

Namun melihat "Pasukan Arena" saya rasa mereka buat masa ini seakan "dream team" berdasarkan nama-nama besar kewartawanan yang menyertai Arena...

Bagi Epain, biarlah saluran ini benar-benar ikhlas dalam mempromosikan sukan tempatan bukan sekadar omongang kosong sahaja...

Berlangsung dengan gemilang, Epain sebenarnya tidak teruja dengan pelancaran saluran tersebut tetapi teruja dengan kehadiran beberapa bintang sukan baik yang telah bertaraf lagenda mahupun masih mengharungi jerih payah dunia sukan...

peluang yang ada, Epain gunakan bergambar dengan bintang yang sememangnya Epain kagum...antaranya sudah pasti Datuk Rahim Razali yang Epain hormat semenjak Epain mengenali dunia televisyen lagi...

Selain itu, Epain sempat bertemu Datuk Jibun yang masih penat melatih Lee Chong Wei muncul juara All England namun tidak mengecewakan peminat kecil dalam menurunkan autografnya....

Apapun, buat Astro Arena khususnya Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa yang menjadi antara tunjang berita Arena, Epain ucapkan selamat maju jaya...all the best!!







Catatan Epain: Agak2, boleh jadi tetamu rancangan tak?...

No comments: