Selamat Tahun Baharu 2020

Tuesday, June 3, 2008

Minat terhadap aktiviti petang semakin pupus?


Saya sekarang ni tinggal di Taman Ehsan, Kepong. Disini terdapat sebuah padang yang kalau dikira keluasannya kira-kira 2 buah padang bola biasa...

Tapi apa yang sy dapat lihat disini kurangnya aktiviti riadhah sama penduduk taman ini mahupun sekitarnya...

Setiap kali sy melalui padang bola ini, sy sering tertanya...apa, orang dah kurang minat main bola ke?...Sebab itulah yg sy lihat...kalau ada pun adalah lebih kurang 10 orang budak muda berumur sekitar belasan tahun yg berada di situ...tapi bukan utk main bola atau riadhah, sebaliknya nak tayang motor masing-masing....

Seingat sy lah...masa sy remaja dulu, sy dan rakan2 cukup pantang ada padang bola...maklumlah, padang bola yg ada hanya utk "org besar" atau dewasa...kami yg kecik-kecik ni hanya dpt bermain di taman permainan kanak-kanak...yg keluasannya lebih kecil drpd pitch futsal...

Apa silapnya kini?...Remaja sekarang ni sy lihat lebih bergemar main "half life", "counter strike"...dan aktiviti petang seakan semakin hilang dikalangan rakyat kita....

Kalau sy dulu, tengok je jam pukul 5, dah standby main bola....pastu selagi tak maghrib, takkan berenti punya...

Setiap kali sy lihat keadaan ni...sy terdetik utk mengatakan "patutlah susah nak u cr pemain bola sekang ni?....betul ke?...sebab ia menunjukkan minat orang ramai dah semakin hilang...mereka lebih gemar merempit...sebab kalau pergi je Jalan Raja Laut atau Jalan Tuanku Abdul Rahman tanpa mengira hari, sy kira bilangan diorang yg merempit boleh dpt hasilkan lebih 4 pasukan bola...

Hmmmm...ntahlaa...mungkin ada yg merasakan perkara sebegini remeh...tp kengkadang yg remeh dan kecil itulah mampu menjadi besar satu hr nanti...persoalannya, bagaimana kita hendak kembalikan minat org muda kita utk kembali menghidupkan budaya sukan dan riadhah...

Catatan epain: Sekang ni main bola ngan anak je....

4 comments:

KakiBola said...

saya berkongsi pandangan yang sama dengan saudara tentang aktiviti petang. pada pandangan saya, budaya beriadhah sekarang sudah berubah. berubah dalam ertikata, perlu dianjur untuk menarik mereka beriadhah. kalau takde pihak yang menganjur maka aktiviti riadhah takkan ujud. masing-masing dengan kesibukan masing-masing.
dalam hal seumpama ini epain, kakibola merasakan kita perlu mengambil initiatif untuk menganjurkan sesuatu khususnya para remaja. remaja sekarang perlu dibimbing, ditunjuk maka dalam hal ini, kakibola merasakan epain perlu memulakan sesuatu untuk mereka. wallahulam

epain said...

insyaAllah sy sedang mengusaha sesuatu sekarang ni...

tp apa yg sy cuba bawakkan disini ialah perubahan sikap remaja kita sekarang ni....

sy tak paham...mereka lebih utama buang masa...dan sekang ni ada pulak rempit junior...

jika segalanya bermula di sekolah...pihak sekolah perlu popularkan semula aktiviti petang...

bab penganjuran..sekang ni bukan shj semuanya perlu dianjurkan malahan utk menyertainya mereka lebih memikirkan pulangan utk menyertaiya...plg tidak mereka akan menyertai jika sesuatu itu free

KakiBola said...

salam to you epain...
well, please let me know if there's anyway that i could help. drop me ur phone no or email and i will reach u insyaAllah.
saya sudi tawarkan diri untuk menganjurkan satu program kepada remaja yang pernah saya kendalikan di beberapa lokasi sebelum ini, insyaAllah dan saya sanggup hadir sekalipun tanpa bayaran.

epain said...

mr kaki bola...

i'm in a mids of organising event for teenage football players..

u can email to me - epain1998@yahoo.com

anyway thanks...

hopefully i can also help u organasing your event..at the same time, u can help me either way...

email to me also your "specialties"...so i can include in my program...

if everything smooth, insyaAllah the program will be ran this August...