Selamat Tahun Baharu 2020

Wednesday, July 23, 2008

Datuk, Atuk, Latuk, Grandpa




Hmmm..rasanya belum terlambat utk mengucapkan tahniah kpd "org besar" terbaru negara ini iaitu Datuk Nicol Ann David dan Datuk Ng Boon Bee....

Menarik betul kalau tengok 2 senario ni...

Datuk Nicol baru bergelumang tak sampai 15 tahun dalam arena sukan dunia dah di beri penghargaan setinggi rupa...manakala Datuk Ng Boon Bee yg telah berjuang lebih 20 tahun dan telah lama bersara baru merasa..malahan beliau kini berusia 70 tahun...

Tapi tak kisahlah...sebab itu terserah kpd Ketua Negeri yg menganugerahkannya...

Cuma sememangnya Datuk Nicol dpt gelaran terlalu awal...secara peribadi saya rasa adalah lebih baik bapanya, Desmond David yang diberi gelaran tersebut dulu..sebab bapa dan ibu Nicol tidak pernah kering keringat menyokong serikandi negara ini...Ketika Nicol tak hadir di Anugerah Sukan Negara, bapanyalah yg mewakili Nicol, bapa dan ibunya juga yg tidak pernah lekang menyaksikan kelibat anak kesayangan mereka andai Nicol beraksi di Malaysia...

Dalam kes ni, samalah jugak dengan Allahyarham Dato Sidek Kamar...kerana jasanya arwah lah, anak-anaknya berjaya membawa Malaysia muncul juara dalam sukan badminton...maka arwah dikurniakan dengan gelaran Dato'...

tetapi walau apapun yg diterima insan-insan ini, mereka hadir dengan satu matlamat...KEJAYAAN...siapa pun tak boleh nafikannya...lepas ni, kita tengok pula, adakah pemenang pingat emas Sukan Olimpik akan dikurniakan dengan kurniaan yang sama?...Datuk Lee Chong Wei?.....

Catatan Epain: Harap2 umur panjang untuk jadi datuk bercucu...

No comments: