Selamat Tahun Baharu 2020

Wednesday, September 16, 2009

F1Malaysia....

Semalam saya terbaca "crawling" di tv saya mengatakan Malaysia bakal memiliki pasukan F1 sendiri...

Pada mulanya, saya ingatkan pasukan QI Meritus sebab saya pernah terbaca pasal keinginan pasukan yang diketuai Firhad Mokhzani itu untuk menyertai F1 pada tahun 2016....

Rupanya pasukan yang dimaksudkan ialah 1Malaysia F1 Team (betul kot?) yang baru sahaja mendapat green light untuk berlumba tahun depan...

Wow!!...jika 20 tahun dahulu, kemampuan Malaysia mengendalikan perlumbaan F1 hanyalah bersifat impian, ia menjadi kenyataan pada tahun 1999 dan kini Malaysia terlibat pula sebagai salah satu pasukan (bagi melengkapkan keseluruhan pusingan bermula dengan penajaan pasukan Stewart Ford kemudiannya mempunyai perlumbaan F1 pertama, Alex Yoong)

Muka depan akhbar kesemuanya "carry" story ini atau paling tidak pun terpampang luas gambar menunjukkan datuk Sri Najib melancarkan pasukan ini...

Bagi saya, yang menariknya ia "berjaya" menggabungkan kebanyakan GLC yang besar...keduanya pula mengenai penggunaan enjin Lotus yang dimiliki Proton...

Dari dulu lagi saya tertanya-tanya, kenapa tidak Proton terlibat secara langsung memandangkan penyertaan syarikat automotif negara itu dalam dunia automobil....

Apapun gabungannya tetap menarik walaupun saya pernah mengimpikan pasukan ini dinamakan sebagai "Proton F1 Team Malaysia"....

Cuma saya harapkan biarlah aspirasi untuk meMalaysiakan pasukan ini menjadi kenyataan...jangan nanti, lebih ramai Mat Saleh berbanding Muhd Salleh dalam pasukan ini sudahlah...

Catatan Epain: Siapalah agaknya pemandunya nanti?...Fairuz Fauzi?..Jazeman Jaafar?...Alex Yoong?...Karamjity Singh?...atau Epain?

3 comments:

yatt hagureru said...

Epain. tp kena benti la keja pendidik tu. cume b4 dat bagi sy A dlu ea. hehe.

msa said...

kalau epain yang bawak, alamat kena tinggal jauh le macam lumba lari jarak jauh kat u dulu.. hehehe.. selamat hari raya sahabat.

epain said...

hid4yatt..

kalau nak A, kena belikan keta F1 utk sy berlumba...

msa...

tu berlari, bukannya berlumba...tapi tak tau lah kan...

apahal pun, selamat hari raya ...raya mana?...Alor Star?