Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, April 25, 2011

Tiru macam Dr. Jega...bukan terus jadi JAGA...

Terdengar di radio tadi, bahawa Timbalan Pres. MOM, Tan Sri Dr. M Jegathesan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan yang akan datang...

Bila terdengar berita ni, terus terang Epain ingin katakan Epain sememangnya mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi kat Flying Doctor ni....

Epain sememangnya tidak mengenali dengan lebih rapat Dr Jega tapi berdasarkan pengetahuan baik menerusi pembacaan mahupun maklumat yang Epain terima daripada rakan wartawan, sememangnya Dr. Jega layak menerima penghormatan Epain...

Dr. Jega sememangnya seorang yang "humble" sejak beliau berkecimpung dalam sukan olahraga hinggalah beliau dikenali sebagai pentadbir, baik pentadbir kliniknya mahupun MOM...

Dan bila beliau mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan, rasanya Dr. Jega layak menerima satu lagi penghormatan, angkat topi buat Dr Jega....

Mana tidaknya, di saat ada individu yang menjadikan persatuan sukan sebagai platform menonjol diri dan mengaut keuntungan, Dr Jega tidak...

Ada yang seboleh-boleh mahu memimpin persatuan sukan hingga ke "akhir hayat" dan antara alasan untuk meneruskan hayat termasuklah "tanggungjawab belum terlaksana"....walaupun lebih 10 tahun memimpin....

Ada juga yang pernah diarahkan melepaskan jawatan tetapi seingat Epain sampai sekarang tak jugak berbuat apa2...

Ada juga yang sudah hilang pengaruh, tetapi masih ada hajat nak tambah koleksi jawtaan...

Ada pulak yang "tak layak" memegang jawatan dalam persatuan sukan disebabkan bukan datang dalam hirarki yang sepatutnya pun dipilih dan menariknya menyandangnya buat tempoh masa yang lama....

Hmmmm...entahlah, kengkadang inilah punca sukan tak kemana, sebab ada individu yang sanggup menggadaikan maruah sukan demi kepentingan diri...tapi orang ni jugak yang pandai bercakap, "no man is an island"....ke dia tak paham ape maksudnya?

Tapi apepun, diorang sepatutnya ambil iktibar dengan apa yang Dr. Jega buat....tapi Epain pasti, dengar je berita Dr. Jega tidak lagi berminat, maka ramailah yang berminat untuk merebut jawatan Dr. Jega....

Maka dengan itu, JAGA-JAGA....

Catatan Epain: Memang berjaga....

2 comments:

Anonymous said...

cakap la terus terang, Sec Gen OCM patut bersarah kan.

epain said...

anon...

posting ni ditujukan kat OCM je...tapi buat semua pentadbir sukan/persatuan sukan yg terus menongkat langit walaupun x diperlukan....

mungkin juga datuk sieh tergolong, tapi kalau masih mampu mentadbir dgn baik, apa salahnya...

masalahnya ada dikalangan mereka yg "terasa bagus" walaupun persatuan sukan static...lebih parah kalau bertambah teruk n takde pembangunan...