Selamat Tahun Baharu 2020

Wednesday, May 7, 2008

See, why see?...Ooh I See....

Hmmmm....

Malaysia sekali lagi "menempa" nama dalam arena sukan antarabangsa...apabila menganjurkan kejohanan bolasepak Piala Juara Belia atau dikenali sebagai Champions Youth Cup (CYC)...

Penganjuran pertama tahun lepas, saya tidak dapat menyaksikan kerana saya tidak berada di Malaysia...tapi saya mengikutinga menerusi online newspaper...

Walau apa pun...bagi saya, ia tidak dapat menarik perhatian saya.....kerana pertama sekali pasukan kegemaran saya (te Reds) tidak dijemput...yelah team senior pun susah nak dijemput...kedua sebab saya tak nampak kebaikan drpd penganjurannya...

Alasan penganjur dan "main sponsor" ialah ia dapat menarik kehadiran pelancong....hmmmm...betul ke?....

Seingat saya sekitar tahun 90 an....pasukan england pernah datang malaysia...tapi tak nampak pun mat salleh ramai tengok perlawanan tu....

kemudian datang pulak beberapa pasukan ternama dunia...manchester united, flamengo, celtic dan beberapa lagi pada tahun 1994 sempena pembukaan stadium shah alam..pun sama juga...1998, arsenal datang pun sama...diikuti dengan mu, brazil..dan masa kehadiran 4 pasukan EPL, chelsea, birmingham, newcastle dan malaysia sempena Premier League Asia...pun tak nampak juga signifikan kehadiran pelancong...

maka kesimpulannya ia bukanlah alasan penganjuran...tapi lebih kepada terpedaya dengan presentation penganjur serta janji manis mereka...,..



Oklah...biarlah...maka CYC pun dianjurkan....dan tahun ini memasuki tahun kedua...

Tapi kebelakangan ini CYC menimbulkan tarikan beberapa penggiat bolasepak negara ini...apabila majlis pengundian tidak memperlihatkan penglibatan FAM...

selepas tu terbukak pulak cerita bahawa FAM tidak dijemput dan lebih malang FAM tidak terlibat sebagai sanction body pun....

Apa ni?...ini dah umpama naik lemak...sudahlah "menumpang"...lepas tu tuan rumah tak dipanggil...ini umpama satu penghinaan....

Satu demi satu pihak menampilkan rasa tidak puas hati termasuklah menteri KBS...dalam hal ini sudah tentu menteri perlu masuk campur kerana ia semakin menghampiri maruah kita semua....dan saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia amat terasa dengan senario ini...

dan jangan lupa dengan kosnya....17 juta setahun...lepas tu...host venue kena tanggung lagi belanja...ini sudah lebih!!...dah bagi duit, suruh orang tanggung lagi...tapi rupanya memang dah termaktub dalam perjanjian...betul ke?....

walau apa pun...17 juta bukan angka kecil...banyak benda boleh dibuat dengan 17 juta tu...bagi FAM duit tu untuk MSL pun bagus...tak pun bagi je kat FAM untuk keseluruhan programnya....

hmmm....bolasepak kita ni dahlah makin teruk...dan dalam keadaan sekang ni...sudah tentu ramai yang ingin mengambil kesempatan....dan penyudahnya...sejumlah lagi duit "melayang"....

tak bak buat mcm mana..perjanjian dah dibuat...3 tahun pulak tu...cuma saya harap...habis je kontrak tu...batalkan je terus...lebih baik buat kejohanan lain yang lebih berfaedah...apa salahnya hidupkan pestabola merdeka...ni buat pestabola mereka pun mcm batuk kat tangga batu caves....


pestabola adalah kebanggaan sebenar kita...itu baru barang "dibuat di malaysia" yang sebenar...maka apa salahnya kalau kita upgrade penganjurannya.....dan paling penting pendedahan untuk pemain kita khususnya yang muda...

tapi saya rasa cadangan sebegini mesti tak ramai yang nak dengar...sebab saya ni takde kaitan dengan penganjur....dan paling utama saya tidak dapat berhujah untuk mengatakan bahawa pestabola merdeka alat terbaik untuk menarik kehadiran pelancong...

dan sekali lagi...benar ke ia CYC mampu menarik kehadiran pelancong....fikir-fikirkanlah

No comments: