Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, May 5, 2008

Tumpuan baru?



Baru-baru ini saya tertarik dengan cadangan menteri belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakub...

Walaupun ia bukannya cadangan yang baru, tapi ia merupakan cadangan atau seruan yang perlu dberi perhatian...

Cadangan untuk memberi perhatian terhadap sukan yang kurang "body contact"...

Antara sukan dalam kategori ini termasuklah angkat berat, gimnastik, menembak dan memanah...

Saya masih ingat satu ketika dahulu mantan PM, Tun Dr Mahathir pernah menyatakan cadangan yang sama...beliau menyarankan agar sukan sebegini diberi perhatian dalam membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik...

Sekian lama berlalu, barulah cadangan itu berlegar semula...

Wajarnya, cadangan ini perlu dipertimbangkan dengan serius...ada benarnya kerana ada pepatah mengatakan "kita ni makan nasi"....sukar untuk atlet kita bersaing dari segi fizikal...

Tetapi tak banyak usaha dilakukan..balik2 kita harap bola walaupun mustahil, lepas tu hoki....nasib baik ada badminton...tapi bukannya setiap kali olimpik kita dapat pingat....

sukan macam angkat berat tidak memerlukan seseorang untuk bersaing "direct contact" dengan pihak lawan...

kita pernah ada martin guntali, hidayat hamidon, amirul hamizan dan faizal baharom...tapi sayang mereka semua "tak kemana"...pusat latihan di kuala rompin pun mungkin tak ramai yang ambil tahu...

sepatutnya sukan sebegini perlu diketengahkan..memang tak popular...tapi sukan ini berpotensi....

*teringin nak tgk sepaktakraw dipertanding di Olimpik..tak kiralah kalau namanya ditukar ke acro-volley....

No comments: