Selamat Tahun Baharu 2020

Tuesday, March 30, 2010

Epain "keluar/masuk" tv lagi...kali ini dalam Nadi Arena..

Semalam, 29 Mac saya sekali lagi diberi peluang menyuarakan pendapat saya dalam program TV, tetapi kali ini program yang bersifat berita iaitu Nadi Arena menerusi saluran 801, Astro Arena...

Saya sebenarnya baru pulang dari menyertai program pelajar di Lenggong, Perak bermula 26 hingga 28 mac lepas...

namun untuk tidak mengecewakan jemputan, saya hadir juga semalam walaupun pada mulanya saya agak "goyang" memandangkan 3 hari saya tidak update diri saya dengan sebarang perkembangan menerusi akhbar mahupun TV..maklumkan..duduk dalam hutan mana ade tv n paper...

Apapun, format Nadi Arena sedikit berbeza dan saya hanya diberi masa kira-kira seminit untuk memberi komen...

7 isu dibangkitkan produser menerusi penyampainya, Pietro Felix iaitu Separuh akhir Piala FA, Liverpool, Azizulhasni Awang, tenis Kebangsaan, Lotus F1 dan Mercedes...

Kecuali topik pasal Lotus dan Mercedes lainnya dijawab dengan penuh jujur...ade yang saya komen mengikut "arus semasa" ada juga yang sebaliknya...

Secara keseluruhan, apa yang dapat saya komen, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki Nadi Arena...especially on presentation by presenter...yelah baru 5 hari on-air jadi tak semuanya perfect...

Ofis mereka pun masih dalam proses renovation...

Apapun, saya masih mempunyai satu jemputan untuk dipenuhi iaitu Cafe Arena..insyaAllah kalau takde hal lebih penting, saya akan attend...

Catatan Epain: Rasa macam second presenter bila duduk sebelah Felix...

No comments: