Selamat Tahun Baharu 2020

Saturday, March 13, 2010

Siapa tumpuan sebenar 14 Mac ini?

Litar Shakir di Bahrain bakal mencatat sejarah tersendiri dalam perlumbaan F1...

Antara sejarahnya, banyak pasukan baru F1 muncul memeriahkan F1 2010....antara pasukan baru pastinya 1Malaysia lotus F1 Team yang membariskan Jarno Trulli dan Heiki Kovalainen...


Ramai yang mengharap tapi saya tidak berapa yakin ia mampu menyinar berdasarkan komen yang diberikan pelumba Lotus sendiri yang menyatakan bahawa jentera yang bakal dipandu mereka masih tidak kompetitif...

Satu lagi sejarah ialah kembalinya lagenda hidup F1, Micheal Schumacher bersama pasukan Mercedes yang ditaja Petronas...

Semua peminat pastinya mahu melihat Schumacher mencatat keajaiban...tapi secara peribadi saya tidak mahu ia menjadi kenyataan bukan kerana saya anti Schumacher tetapi lebih kepada mahu melihat pelumba lain pula muncul juara keseluruhan termasuklah pelumba yang saya minat sekarang, Fernando Alonso...


Jenson Button pula bakal memulakan kempen sebagai juara bertahan walaupun tidak lagi bersama pasukan lamanya yang menjulang Button...

Button bakal mewakili pasukan McLaren dan ia juga menarik perhatian memandangkan Button digandingkan dengan juara 2008, Lewis Hamilton...siapa yang seharusnya menjadi pelumba utama walaupun kedua-duanya pelumba Britain?

Jadi...siapa tumpuan sebenar musim ini?....

Walau apapun, musim ini pastinya hangat tetapi saya harap ia berlangsung sehangat musim 2008 bila mana Hamilton hanya sah muncul juara pada perlumbaan terakhir yang penuh dramatik...memang best...

Catatan Epain: Macam mana agaknya rupa Datuk Seri Tony Fernandes duduk kat paddock?

No comments: