Selamat Tahun Baharu 2020

Saturday, May 17, 2008

Perlindungan terbaik adalah ditempat musuh...

Pernah dengar perumpamaan di atas?...Mungkin pernah...malahan sy sendiri pernah "menggunakannya"....

Tapi itulah yg dilakukan 4 pemain Polis yang mempunyai perkaitan kuat dengan rasuah...(baca ni)...

Ini menunjukkan 4 pemain tu benar-benar berani..mungkin dia fikir..dia main utk pasukan Polis maka org tidak akan kaitkan mereka dgn rasuah....

Inilah yg dikatakan...tupai bukannya pandai sangat melompat...ada masa...gedebuk juga jatuh ke tanah...

Berbeza pula dgn kes Yap yee Yin....BPR sahkan tiada kes...(baca ni)...dlm hal ni pelik jugak...Yee Yin dakwa ada penyelewengan dikalangan pegawai MSN..tapi BPR kata tak de kes....

'Tiada bukti rasuah babit MSN'


PUTRAJAYA: Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan bekas jurulatih gimnastik negara, Yap Yee Yin, berlaku penyelewengan bayaran berlebihan elaun sebanyak RM18,200 selepas kontraknya tamat pada hujung 2005 mendapati tiada bukti rasuah membabitkan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata Pejabat Timbalan Pendakwa Raya juga menetapkan tiada kes pendakwaan terhadap mana-mana pihak berkaitan.

Bagaimanapun, katanya, BPR sudah memberi cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya menyemak dan memperbetulkan sistem dan prosedur MSN berhubung pembayaran gaji kepada jurulatih gimnastik bagi mengelak perkara sama berulang.



"Kita juga mengesyorkan kepada kementerian menuntut semula pembayaran lebihan gaji kepada Yap," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ia bagi menjelaskan hasil siasatan BPR terhadap dakwaan Yap bahawa ada pegawai MSN meminta rasuah daripada beliau berhubung kontrak jurulatih gimnastik negara bagi tempoh November 2005 hingga Disember 2006.

Bekas jurulatih gimnastik itu sebelum ini mendakwa elaun bulanan RM1,300 masih dimasukkan akaun banknya selama 14 bulan walaupun beliau tidak memperbaharui kontrak perkhidmatan yang tamat pada hujung 2005.

Katanya, beliau ada menghubungi 'seseorang' di MSN untuk memaklumkan perkara itu tetapi individu terbabit memberitahunya supaya usah mengambil peduli dan memintanya menyimpan wang berkenaan.

Namun, awal tahun lalu individu itu dikatakan menghubungi Yap dan meminta beliau mengembalikan semua wang kepada MSN dengan alasan kesilapan teknikal.



Untuk menambah pelik...kenapa dia tak pulang duit tu kalau benar duit terus masuka ke dalam akaunnya...mungkin ada pegawai terlepas pandang bahawa dia bukan lagi seorang atlet....

1 comment:

epain said...
This comment has been removed by the author.