Selamat Tahun Baharu 2020

Saturday, March 29, 2008

Tiada bantuan untuk persatuan tak berdaftar

Oleh Mohd Fadzrie Hazis (Berita Harian)

KBS tidak mahu langgar Akta Pembangunan Sukan beri bantuan MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob memberi amaran, semalam apabila menyuarakan hujah menuntut persatuan sukan yang belum mendaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan berbuat segera dengan tanggapan jika gagal mereka tidak layak disenarai dalam kategori penerima bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Dia menekankan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melanggar Akta Pembangunan Sukan jika ia membekalkan peruntukan kepada persatuan yang belum mendaftar di pejabat berkenaan.

“Langkah ini adalah wajar ke arah penyelarasan peruntukan tabungan hanya kepada mereka yang benar-benar layak mendapatkannya,” katanya selepas pertemuan dengan Pesuruhjaya Sukan, Tan Sri Elyas Omar di Bukit Jalil, semalam. Ismail Sabri juga mengharapkan mana-mana persatuan sukan yang belum berdaftar untuk segera berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang kesulitan daripada berlaku. “Sesetengah persatuan sukan hanya berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC) ketika ditubuhkan, tetapi sejak Akta Pembangunan Sukan 1997 digunakan mereka wajib berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan namun sehingga kini ada yang masih enggan berbuat demikian,” katanya.

Ketika ini, terdapat 2,748 badan, iaitu persatuan sukan kebangsaan, negeri, daerah serta kelab berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan menurut Ismail Sabri sehingga kini pejabat berkenaan sudah menerima 183 permohonan baru manakala status 86 lagi masih dalam kajian. Sementara itu, belum ada sebarang kepastian sama ada kontrak Tan Sri Elyas Omar sebagai Pesuruhjaya Sukan akan dilanjutkan atau sebaliknya apabila kontraknya tamat pada 14 April ini kerana pada tanggapan Ismail Sabri belum ada calon yang dikenal pasti pihak kementerian. Katanya, beliau harus berbincang terlebih dulu dengan pegawai kementerian sebelum membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan khidmat Elyas atau sebaliknya. Elyas sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk tidak lagi melanjutkan kontrak dan memberi laluan kepada tenaga lebih muda bagi mengambil alih tugas sebagai Pesuruhjaya Sukan yang dianggapnya kian mencabar.

Dalam perkembangan lain, Elyas berkata pihaknya akan menyiasat laporan mengenai penyelewengan kewangan bernilai RM350,000 di Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA). “Kami akan menyiasat sama ada terdapat penyelewengan wang di KLBA. Jika terbukti benar laporan diterima, kami akan menyerahkan kes itu kepada Badan Pencegah Rasuah kerana ia berada di luar bidang kuasa Pesuruhjaya Sukan,” kata Elyas, semalam.

Friday, March 28, 2008

Selamat datang ke Dunia Epain....

Dunia tanpa sempadan....