Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, October 27, 2011

Undang marah...

Nampaknya kehangatan Piala Malaysia telah pun tiba ke tahap kemuncak sebelum piala agung bolasepak itu dijulang Sabtu ini...

Cerita lain, tak lain tak bukan melibatkan tindakan FAM menaikkan harga tiket (atau menetapkan) pada harga RM50...

Peminat Terengganu dan Negeri Sembilan sememangnya mempunyai asas kukuh untuk marah dan membantah tindakan FAM ni...

Mana tidaknya, RM 50 bukannya harga yang murah perlu dibayar untuk menonton perlawanan boalsepak...

Walaupun ada yang membandingkan, tiket Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Man United boleh dibayar pada harga lebih tinggi, inikan pula final Piala Malaysia, masakan tidak...

Ya betul, ini final tapi untuk membandingkannya dengan perlawanan kelab EPL tak patut...sebabnya harga tiket mereka diambil kira dengan "appearance fee" sekali...tapi final apatah lagi Piala Malaysia, adalah final rutin setiap tahun....

Jadi, buat FAM kalau nak memikirkan keuntungan sekalipun, jangan ambil jalan mudah yang menyusahkan...

Epain tak rasa ralat sangat sebab Selangor tak beraksi tetapi sebagai peminat bolasepak, Epain rasa tindakan FAM ni keterlaluan...

Bolasepak kita belum mencapai tahap yang kita boleh banggakan...kalau dah capai, rasanya bayar berapa pun orang sanggup tonton....ni tidak, permainan belum tentu seberapa, main pulak di Stadium Shah Alam yang seantero Malaysia tahu bahawa padangnya amat teruk...

Jadi, berbaloikah bayar RM 50 untuk saksikan perlawanan sebegini?...maaf, bukan nak menghina pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan, tapi rasanya harga tersebut memang tak setimpal...

Catatan Epain: RM 50 x 100 000 = ???????

Tuesday, October 4, 2011

Jangan harap sangat...

Selamat kembali...

Setelah "mogok posting" selama beberapa ketika, Epain kembali untuk memberi komen yang tak seberapa ni...

Epain "mogok" atas banyak sebab tetapi harus diakui sebab utama ialah disebabkan kegagalan Malaysia melangkah ke pusingan berikutnya selepas "diajar" secukupnya jiran di selatan, Singapura...

Rasanya tak perlu diungkit cuma Epain terkilan dengan sikap dan sifat sesetengah penggiat sukan khususnya peminat sukan yang cepat sangat "melatah" bila Malaysia kalah...

Sebelum perlawanan, bermacam harapan, pujian diberi...tetapi bila kalah, mulalah nak menyalahkan pelbagai pihak termasuklah jurulatih...lepas tu, ada pulak yang bijak pandai yang memberi komen yang pelbagai..."taktik lemah" lah, "perlukan sentuhan import" lah....

Ramai pihak yang terlalu cepat sangat "mengharap" bila kita peroleh sesuatu...bermula dengan kemenangan Sukan Sea dan Piala AFF, ramai yang mengatakan negara kita sudah bersedia untuk mencabar diperingkat lebih tinggi walau pada hakikat, standard kita masih jauh...

Bercakap soal harapan, ramai antara kita yang "gegak gempita" apabila tycoon kapal terbang, Tan Sri Tony Fernandes berjaya membeli Queens park Rangers, kelab EPL yang pernah terkenal dengan pemain seperti Les Ferdinand dan popular dengan jersi jalur biru putihnya itu...

Bila Tan Sri Tony membeli QPR, maka bermula lah satu lagi "episod harapan"...

Ada yang mengatakan ini satu petanda perkembangan bolasepak tempatan dan membuka peluang kerjasama dengan EPL atau England...

Selepas itu pula, ada yang mengharap agar pemain negara ini diberi peluang beraksi di England atau paling tidak dapatlah untuk menjalani latihan pemilihan di sana...

Cuma mungkin ramai yang tak sedar bahawa itu adalah suatu yang mustahil kerana ranking Malaysia lebih daripada 70 atau lebih tepat, lebih 100 dan EPL tidak memberikan permit kepada pemain dari negara yang berada di ranking berkenaan beraksi di sana...

Epain yang sangat tak faham, apa sebenarnya yang taksub sangat untuk menghantar pemain kita ke England?...apa, benar ke standard kita akan naik kalau pemain kita beraksi di sana?...

Sampai bila bahawa kita akan faham Korea dan Jepun, majoriti pemain negara berkenaan yang telah menyinar pada Piala Dunia merupakan pemain yang beraksi dalam liga negara diorang, walaupun ramai yang mula berhijrah ke Eropah...tetapi penghijrahan diorang "berbaloi" berpunca daripada standard yang mereka cipta sendiri dalam liga tempatan diorang?

Biarlah 10 tycoon kita membeli seberapa banyak kelab di Eropah, tapi hakikatnya apa yang dilakukan mereka tak lebih berbentuk pemasaran dan bukan bermula dengan nawaitu memajukan bolasepak Malaysia...

Kalau betul diorang sayang bolasepak tempatan, kenapa tidak menaja Liga Malaysia yang mana nilainya 10 kali ganda kurang daripada membeli sebuah kelab Eropah...

Jadi, fikirlah sendiri...siapa sebenarnya yang patut "bekerja lebih" dalam memajukan bolasepak Malaysia...bukannya harapkan belas ihsan orang lain...bab penganjuran liga yang banyak "flip flop" pun tak boleh diselesaikan, inikan pula nak harapkan orang lain membantu?....

Jangan haraplah....

Catatan Epain: Harapan setinggi gunung (Black Dog Bone)....

Sunday, August 7, 2011

Tak terkata dah...

Hmmm...nampaknya harapan jutaan rakyat Malaysia yang sebelum ini tinggi menggunung jatuh bersepah-sepah ekoran kekalahan skuad Malaysia ditangan musush tradisi, Singapura sekaligus Harimau Malaya melopong sekali lagi nak ke pusingan berikutnya Piala Dunia...

Epain sebenarnya memang sengaja tak nak buat posting menjelang perlawanan tersebut sebab nak tunggu keputusan perlawanan dan akhirnya "terlewat" posting sebab masih tergamam....

Apapun, nak buat macam mana....

Epain rasanya malas nak mengulas tentang perlawanan atau taktik sebab ramai yang dah tau atau menjangka, selepas perlawanan pertama di Singapura, apa sebenarnya kekurangan Malaysia iaitu pertahanan...

Bagi Epain secara peribadi, ketiadaan Safiq Rahim dan Norshahrul antara penyebab utama skuad Malaysia agak pincang...

Satu lagi "kesilapan" yang ramai tak nampak ialah liputan yang melampau diberikan kepada pasukan malahan setiap pemain bebas baut kenyataan kepada media...Epain rasa, masa Piala Dunia 2010, Fabio Capello melarang pemainnya membuat kenyataan malahan duduk bersama isteri atas alasan tidak mahu pemain hilang fokus... patutnya Malaysia pun boleh buat macam tu...sebab boleh nampak pemain negara sebenarnya beraksi dibawah tekanan walaupun beraksi ditempat sendiri...


Bab peminat pulak, macam biasalah kan...sebelum perlawanan seakan satu fenomena telah melanda sampaikan tiket 85 ribu habis dalam masa 2 hari...

Peminat sebelum ini yang hanya lalu depan Stadium Nasional Bukit Jalil pula tiba-tiba baru teringat Bukit Jalil ada stadium, tempat berlangsungnya perlawanan bersejarah...

lagi best, ada pulak peminat yang menganggap perlawanan menentang Singapura macam tengok wayang, siap ambik gambar sesama sendiri dan post dalam Facebook....

Tetapi bila habis je, dan menyaksikan Malaysia tersingkir, semua tadi "sepakat" mengutuk skuad negara...

"pemain lembik"..."taktik hancur"...dan bermacam kutukan lagi dikeluarkan...

Epain percaya, agak "lambat" untuk peminat kembali ke stadium selepas ini ekoran kekalahan ini malahan FAM pun terkena tempias selepas Oman dan Indonesia membatalkan perlawanan persahabatan memandangkan lawan Malaysia "tidak memberi apa-apa kelebihan"...

Tapi itulah hakikat bolasepak Malaysia...masa bagus disanjung hinggakan penjaga gol negara, Khairul Fahmi diangkat sebagai selebriti...tetapi sekarang apa jadi?

Harapnya, moral pemain negara dapat kembali seperti biasa tetapi Epain faham, ia mengambil masa yang agak panjang sebenarnya...mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada Belanda....gagal layak ke Piala Dunia 2002 tetapi selepas itu mereka menjadi antara pasukan digeruni....

Catatan Epain: Nak ke belajar?

Tuesday, July 5, 2011

Tahniah...tapi belajar daripada pengajaran...

2 minggu yang lepas Epain terpaksa berkelana ke Perak untuk menghadiri kursus anjuran tempat keje Epain...

Walaupun berkursus, Epain mengikuti dengan rapat dan debar khususnya yang membabitkan nasib bolasepak negara...

Nampaknya, kedua-dua skuad bolasepak, bawah 23 tahun dan skuad senior negara nyata mengembirakan jutaan rakyat Malaysia dengan menghadiahkan kejayaan bermakna, layak ke pusingan berikutnya...

Namun, "penyakit" atau "virus" kealpaan skuad bolasepak kembali menyerang dan ia terserlah pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan....

Mendahului tetapi dengan mudah, skuad lawan dibenarkan bermaharajalela selepas itu, dan kita hampir berputih mata untuk mara ke pusingan seterusnya jika tidak dek kecekapan penjaga gol, Sharbinie Alawee...

Apapun, perlawanan tersebut seharusnya dijadikan iktibar buat setiap pemain sebelum perlawanan menentang negara jiran, Singapura...

Singapura dulu dengan sekarang banyak bezanya...dan pemain atau peminat tidak boleh menganggap Singapura sama taraf dengan skuad negeri yang lain memandangkan mereka hanya berjiran dengan kita atau mereka pernah beraksi dalam liga kita...

Sekali lagi, Epain mengucapkan tahniah buat skuad kebangsaan atas kejayaan yang ditempa...tapi itu semua baru selangkah daripada ribuan langkah yang akan ditempuhi selepas ini...

Tahniah juga buat kedua-dua jurulatih, Datuk K Rajagobal n Ong Kim Swee serta seluruh tenaga kerja termasuklah pemain....

Catatan Epain: Tak senang duduk....

Tuesday, June 7, 2011

Ini bukan kisah bangau oh bangau...

Pada ketika posting ini dibuat, Epain sedang atau baru sahaja menonton Stadium Angkasa yang membawa topik "rasuah bolasepak" sebagai perbincangan...

Croos over di Pulau Pinang menyaksikan Aziz Azizan dan Jelani Wilastra dijemput sebagai tetamu dimana mereka "membuat pengakuan" atau berkongsi "pengalaman" didekati bookie dalam menerima rasuah utk menentukan keputusan perlawanan...

Mereka antara yang digantung oleh FAM serta dikenakan tindakan undang-undang seperti buang daerah...

Dalam Stadium Angkasa itu juga menjemput Khalid Ali dan Syed Rizuan, wartawan Berita Harian...

Apa yang Epain rasa tertarik ialah statement yang Epain dengar daripada salah seorang jemputan itu yang mengatakan bahawa "yg penting sekarang bukannya mencari punca atau kesalahan siapa"...

Epain tak setuju dengan statement tu sebab Epain rasa, punca perlu dicari dan diburu...maknanya, dalam hal ini, bookie yang perlu diburu...perumpamaan yang tepat ialah "antara gula dan semut"...nak bunuh semut, kena cari punca gula....

Jadi, bookie harus diperangi...

Namun, Epain hairan, kes 1997 dulu menyaksikan pemain yang lebih ramai dikenakan tindakan...kalau tak silap, tiada bookie yang kena...kenapa?...adakah pemain takut nak mendedahkan siapa mereka ini?

Sekali lagi Epain rasa, mereka inilah yang harus dicari...kerana mereka inilah pengkhianat sebenar dan virus yang akan membunuh bolasepak serta masyarakat negara ini...

Catatan Epain:.......

Sunday, May 29, 2011

Perbuatan keji yang tidak boleh dimaafkan!!

Nampaknya hasrat FAM untuk mengubah format liga menerima tamparan tersendiri bukan sebab hasrat tersebut tetapi lebih kepada isu yang "tidak diundang" tetapi telah sekian lama menjadi virus bolasepak Malaysia mahoun dunia...

Rasuah bolasepak...itulah isunya cuma kali ni Malaysia "bernasib baik" kerana isu tersebut juga kini melingkari FIFA menjelang pemilihan serta proses memilih tuan rumah Piala Dunia sebelum ini...

Sekalipun "bernasib baik" namun pendedahan bahawa beberapa pemain khususnya daripada persatuan Bolasepak Negeri Sembilan nampaknya tetap mengejutkan ramai pihak...

Apa tidaknya, ramai menganggap isu rasuah bolasepak telah lama dikuburkan dan ternyata telaan tersebut meleset malahan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa isu sekarang lebih "ngeri" berbanding isu hujung 90 an dulu...

Kenapa Epain mengatakan ianya ngeri secara ringkasnya ialah perbezaan teknologi...dulu Internet tidak diguna secara meluas tetapi kini Internet menyebabkan rasuah bolasepak semakin teruk...

Apa tidaknya, berikutan perkembangan itu juga menyebabkan laman web judi bolasepak tumbuh dengan pesat dan cepat atau lambat ianya tetap sampai ke Malaysia walau apa cara sekalipun dilakukan pihak berkuasa dalam menghalangnya....

Dulu, pendapatan tak setimpal menjadi punca dan kini ramai yang tertanya, apa sebenarnya punca sekalipun FAM pernah menetapkan "gaji siling" yang bertujuan membanteras/membendung rasuah....

Mudahnya, kalau bercakap soal duit, mana pernah cukup?...itulah soal pokok...Epain pernah dengar ada pemain yang menerima gaji puluhan ribu tetapi dalam masa yang sama dia ni juga merupakan dalang dalam menyebarkan kembali rasuah dan apa yang menyedihkan ia mambabitkan pemain muda yang baru setahun jagung main bolasepak....

Mungkin FAM/SPRM/PDRM boleh menggunakan lunas undang-undang dalam membendung tetapi ia takkan berakhir secara mendadak namun dalam masa yang sama kesannya bukan sedikit...

Apa yang Epain mampu katakan, cara terbaik menanganinya ialah dengan cara holistik....

Walaupun nampak mudah atau remeh, setiap pasukan harus menerapkan soal rohani dalam jiwa setiap pemain/pegawai bahawa rasuah bukannya perkara kecil...Epain tak boleh bayangkan, berapa banyak pasukan yang benar-benar menerapkan elemen rohani dalam jiwa setiap pemain...

Seperti mana dadah, rasuah bolasepak juga harus dibendung sebelum ianya menjadi "budaya" atau "norma" dalam bolasepak...cara mengatasinya pula bukan seperti "mesin rumput" kerana kita hanya memotong yang diatas tetapi terlupa bahawa bahagian bawah masih wujud dan lama kelamaan, ia akan kembali tumbuh...

Maknanya, akar yang perlu dibanteras, bukannya pucuk maka InsyaAllah rasuah bolasepak akan dapat dibendung daripada terus menjalar....

Apapun, sepertimana kata ramai, rasuah adalah perbuatan keji dan si pelaku pula adalah golongan yang hina...dan buat pemain/pegawai terlibat, anda bukan sahaja telah melakukan dosa dengan terlibat dalam rasuah tetapi dalam masa yang sama, anda adalah PENIPU!!...

Catatan Epain: Integriti amalan kita....

Thursday, May 26, 2011

Tukar format lagi?...

Nampaknya FAM sekali lagi menjadi perhatian dan seperti biasa bukan atas sebab-sebab yang positif atau boleh dibanggakan....

Selepas memperoleh "kredit luar jangka" ekoran kejayaan Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki, FAM nampaknya seakan-akan tidak serik dengan beberapa peristiwa lalu yang membolehkan ramai pihak mengkritik badan induk bolasepak kebangsaan itu...

Kali ini, "irama" menukar format liga Malaysia kembali diperdengarkan, cuma entah nak cakap ia irama yang sedap atau tidak sebab ianya satu irama lama yang kembali dipermainkan tanpa sebarang penambahbaikkan...

Tukar format...tak habis-habis daripada mula liga diperkenalkan hinggalah liga bolasepak dikenali sebagai liga Super....

Epain sendiri tak faham kenapa format sedia ada perlu ditukar sekali lagi...dan seperti biasa antara cadangan terbaik yang mampu diketengahkan ialah "kurangkan jumlah pasukan"...

Ish ish ...ni pun satu hal...dulu pernah 16 pasukan, dikatakan banyak sangat...kemudian 8 pasukan, main 3 pusingan pulak tu...sekarang ni 14 pasukan...dan mahu dikurangkan kepada 12 pasukan....

Penyudahnye, PKNS dan beberapa pasukan Liga Perdana lain yang berpeluang muncul naib juara bising dengan cadangan ini...

Yelah, kalau betul nak kurangkan pasukan pun, kenapa perlu dibuat tergesa-gesa?...kenapa tidak dibuat musim kemudiannya dan bukannya musim depan?...

Yang dinaikkan daripada Liga Perdana ialah 2 pasukan tapi nak kurangkan kepada 12 pasukan Liga Super...takkan yang turun 4 pasukan pulak?...tak mungkin....

Tapi ape pun, kenapa perlu ditukar lagi format liga Malaysia yang tak seberapa ni?...

Cadangan Epain, kalau betul nak tukar dan nak tiru sangat liga luar negara, kenapa tak buat macam American Basketball je?...ada 4 conference...Malaysia pun boleh ape...4 zon...Utara, Pantai Timur, Selatan & Tengah dan Borneo....juara setiap "conference" bertemu dalam satu pusingan akhir...

Haaaa...sebenarnya yang betulnya, tak payah lah ukar format lagi....tukar lah macam mana pun, yang penting patutnya FAM kena fikirkan cara nak tarik balik sokongan peminat....itu lagi baik...

Catatan Epain: Tukar selera...

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu...

Dikesempatan ini, Epain ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru terutamanya yg pernah mengajar Epain...

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dalam membentuk keperibadian setiap pelajar hingga setiap mereka berjaya dan menjadi manusia yang berguna...

Sekali lagi, Selamat Hari Guru...

Sunday, May 8, 2011

Apa kata, ikut macam hoki?

Bila mengikuti perkembangan Piala Sultan Azlan Shah yang sedang berlangsung di Ipoh, Perak, Epain teringat zaman bertugas di RTM dulu apabila sukan hoki merupakan "beat" yang diamanahkan kepada Epain...

Alhamdullilah ia berjalan dengan baik, hinggakan ada yang menyangka Epain adalah "orang" PHM ....hahhaha...

Tapi bukan itu isu yang Epain mahu bangkitkan dalam posting kali ni...

Apa yang Epain ingin bangkitkan ialah berkenaan kejohanan bertaraf antarabangsa yang kurang (atau tiada langsung) dalam sukan bolasepak di negara ini...

Sebelum ini, Pestabola Merdeka adalah kejohanan antarabangsa yang sentiasa ditunggu-tunggu peminat negara ini malahan peminat sekitar ASEAN dan Asia...

Tapi sekarang ni nama Pestabola Merdeka adalah jenama yang semakin dilupakan disebabkan kejohanan tersebut yang ibarat "hidup segan tapi mati entah mahu atau tidak"...

Apa tidaknya, promoter atau FAM hanya sibuk menganjurkan persahabatan dengan kelab EPL yang tak banyak memberikan pulangan kepada prestasi skuad kebangsaan melainkan pulangan komersil, itupun kalau pasukan yang dijemput adalah dikalangan "big four"...cuba kalau jemput pasukan macam Swindon Town atau Scunthorpe, Epain pasti stadium hanya 1/6 penuh....

Cubalah FAM melihat sejenak "kejayaan" Piala Sultan Azlan Shah yang telahpun dilangsungkan sebanyak 20 kali...dan menariknya, pasukan yang menyertainya adalah dikalangan 10 terbaik dunia...

Memang benar, prestasi skuad kebangsaan memain peranan dalam menarik minat pasukan negara lain menentang skuad negara dalam kejohanan jemputan disini, dan itu jugalah yang berlaku dalam sukan hoki...

Malaysia adalah naib juara Sukan Asia dan ini menjadi "pull factor" negara seperti Australia yang merupakan pasukan nombor 1 dunia memenuhi jemputan Piala Sultan Azlan Shah...

Jadi perkara sebegini yang seharusnya menjadi tumpuan FAM dan bukannya berterusan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab EPL sahaja hinggakan FAM sanggup "menebus kerugian" Stadium Nasional Bukit Jalil...

Bayangkan kalau Malaysia menentang Afrika Selatan, mahukan FAM berbuat perkara yang sama dilakukan sepertimana yang dilakukan demi menentang pasukan Chelsea, Liverpool dan Manchester United?....

Epain bukan menentang hasrat mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab antarabangsa tetapi Epain rasa berpada-padalah...

Adakalanya, kalau dilihat, setiap pasukan yang ditentang tidak bermain dengan sepenuh kekuatan memandangkan ianya perlawanan menguji pemain baru ataupun perlawanan pra musim bagi setiap kelab....

Sedangkan pemain kita pula bermain ibarat perlawanan akhir dan menampilkan aksi yang cukup agresif...

Jadi, Epain rasa wajarlah FAM menumpukan kembali kejohanan yang mampu memberikan impak terhadap prestasi, ranking dan maruah negara di persada antarabangsa...

Kalau FAM tak nak mengembalikan Pestabola Merdeka sepertimana yang pernah dianjurkan, mungkin juga FAM boleh anjurkan kejohanan jemputan antarabangsa Piala Perdana Menteri atau Piala Presiden FAM...

Di Thailang ada Piala Raja Thai kenapa kita tak boleh buat benda yang sama?...

Yang penting adalah kemahuan, maka adalah jalan untuk memenuhi kemahuan itu...dalam masa yang sama Epain perlu akui, FULUS tetap memainkan peranan...

Catatan Epain: Teringin mengimbau nostalgia menonton bola di Stadium Merdeka...

Thursday, May 5, 2011

Ni namanya dah macam TALAK TIGA....

Nampaknya setelah puas berteka teki, Datuk Misbun Sidek "menjawab" dengan penuh tegas dan pastinya membentak pihak2 yang berkepentingan khususnya BAM bahawa jawapan muktamad ialah TIDAK KEMBALI...

Rasanya jawapan yg diberi sudah cukup menunjukkan bahawa banyak yang tidak kena dengan "tawaran" BAM terhadap Datuk Misbun...

Tak kena maksudnya Datuk Misbun sendiri pastinya merasakan ada "sesuatu" disebalik tawaran BAM walaupun ianya nampak ikhlas seolah-olah khidmat Datuk Misbun sememangnya ditagih...

Siapa yang main peranan disebalik tawaran "kelas dua" buat Datuk Misbun tu satu hal dan syarat yang dikenakan pun satu hal...maka sememangnya wajar lah buat Datuk Misbun menarik hand brake daripada meneruskan tugasnya di BAM...

Apepun, semua sedar dalam hal ni bukan sekadar antara Datuk Misbun dengan BAM tetapi membabitkan badminton secara keseluruhannya...

Takde untungnya daripada terus pening memikirkan haruskah Datuk Misbun kembali tetapi apa yang paling penting memikirkan dengan mendalam bagaimana masa depan badminton negara...

Mungkin di pihak Datuk Misbun, beliau boleh meneruskan "legasi" yang ditinggalkan arwah bapanya dalam mencari bakat baru dan dalam hal ini mungkin juga sebaiknya dimulakan kembali ditempat mereka, Banting...

SBA mungkin boleh memikirkan untuk menjadikannya sebagai pusat kecemerlangan badminton negari seterusnya menjadi feeder kepada BAM khususnya dalam hal pemain muda berbakat....

BAM pula tak perlu lagi memikirkan hal Datuk Misbun walaupun Menteri KBS mengatakan bahawa BAM akan "rugi" disebabkan keputusan Datuk Misbun tu...apapun BAM harus merencanakan program yang lebih efektif dalam mencari pengganti Lee Chong Wei...

Harus diingat, tahun depan merupakan tahun Olimpik serta tahun Piala Thomas...mungkin untuk Sukan Olimpik, Lee Chong Wei masih boleh menjadi sandaran utama meraih pingat emas, tapi bagaimana dengan Piala Thomas yang mana negara memerlukan 2 lagi pemain setanding Chong Wei?

BAM sebenarnya berada dalam "zaman mewah" ....yelah semua tahu siapa penaungnya dan ia memberikan kelebihan buat BAM...tapi kalau terus dibuai kemewahan, rasanya BAM bakal tersemBAM sepertimana beberapa persatuan sukan lain yang semakin hari semakin teruk....

Tak taulah kalau ada yang mengatakan pandangan Epain ni tak cukup mendalam dek kerana "tak tau" ehwal BAM dan badminton tapi secara jujur, sememangnya program pelapis BAM tak kemana...

Kalau betul bagus kenapa sekarang ni sukar untuk mencari pemain sebaik Ong Ewe Hock, Yong Hock Kin atau Foo Kok Keong yang satu masa dahulu mampu menggalas tugas dengan baik selepas pemain utama?...

Pemain yang mengikuti rapat Chong Wei pun masih lagi Wong Choon Hann dan Hafiz Hashim sedangkan semua sedar kedua-duanya meniti zaman "senja" dalam badminton....

Secara jujur, Epain rasa, selepas 2012, Malaysia akan alami masalah kemarau bakat badminton berkaliber yang cukup serius....

Lainlah kalau BAM/KBS dan pihak lain memikirkan sebaliknya....

Kalau betul "kemarau" jawabnya ia satu bencana yang serius...

Catatan Epain: La Nina...El Nino....terkono!!

Monday, April 25, 2011

Tiru macam Dr. Jega...bukan terus jadi JAGA...

Terdengar di radio tadi, bahawa Timbalan Pres. MOM, Tan Sri Dr. M Jegathesan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan yang akan datang...

Bila terdengar berita ni, terus terang Epain ingin katakan Epain sememangnya mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi kat Flying Doctor ni....

Epain sememangnya tidak mengenali dengan lebih rapat Dr Jega tapi berdasarkan pengetahuan baik menerusi pembacaan mahupun maklumat yang Epain terima daripada rakan wartawan, sememangnya Dr. Jega layak menerima penghormatan Epain...

Dr. Jega sememangnya seorang yang "humble" sejak beliau berkecimpung dalam sukan olahraga hinggalah beliau dikenali sebagai pentadbir, baik pentadbir kliniknya mahupun MOM...

Dan bila beliau mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan, rasanya Dr. Jega layak menerima satu lagi penghormatan, angkat topi buat Dr Jega....

Mana tidaknya, di saat ada individu yang menjadikan persatuan sukan sebagai platform menonjol diri dan mengaut keuntungan, Dr Jega tidak...

Ada yang seboleh-boleh mahu memimpin persatuan sukan hingga ke "akhir hayat" dan antara alasan untuk meneruskan hayat termasuklah "tanggungjawab belum terlaksana"....walaupun lebih 10 tahun memimpin....

Ada juga yang pernah diarahkan melepaskan jawatan tetapi seingat Epain sampai sekarang tak jugak berbuat apa2...

Ada juga yang sudah hilang pengaruh, tetapi masih ada hajat nak tambah koleksi jawtaan...

Ada pulak yang "tak layak" memegang jawatan dalam persatuan sukan disebabkan bukan datang dalam hirarki yang sepatutnya pun dipilih dan menariknya menyandangnya buat tempoh masa yang lama....

Hmmmm...entahlah, kengkadang inilah punca sukan tak kemana, sebab ada individu yang sanggup menggadaikan maruah sukan demi kepentingan diri...tapi orang ni jugak yang pandai bercakap, "no man is an island"....ke dia tak paham ape maksudnya?

Tapi apepun, diorang sepatutnya ambil iktibar dengan apa yang Dr. Jega buat....tapi Epain pasti, dengar je berita Dr. Jega tidak lagi berminat, maka ramailah yang berminat untuk merebut jawatan Dr. Jega....

Maka dengan itu, JAGA-JAGA....

Catatan Epain: Memang berjaga....

Sunday, April 24, 2011

Jangan salahkan nyamuk kalau kelambu dibakar...

Walaupun ada beberapa isu sukan atau lebih tepat, bolasepak yang ingin Epain komen tapi selepas membaca blog Rizal Hashim, rasanya Epain nak komen pasal hal ni lah...

Posting mengenai peletakan jawatan Datin Sri Rosmah Mansur sebagai penaung YAKEB nampaknya mengundang minat pelbagai pihak dan kemuncaknya, PRO YAKEB, Aiman membuat posting yang didakwanya datang daripada Presiden Alumni SSBJ...

SMS yang dikatakan tu mengkritik atau (sebenarnya) mengutuk Rizal Hashim yang dikatakan hanya pandai bercakap sedangkan tak tau menau selok belok sukan...

Lebih parah beliau mendakwa Rizal Hashim mempunyai hasad dengki....

Haaa...ni yang menariknya...betul ke Rizal mendengki?

Seingat Epain, sebagai wartawan atau bekas wartawan yang masih mempunyai semangat kewartawanan, rasanya hasad dengki tak pernah wujud dalam benak...

Tak tau lah selama ni seandainya wartawan membuat sebarang pendedahan baik menerusi liputan berita, analisis mahupun editorial, ianya disifatkan sebagai dengki....

Entah lah...melihat kepada situasi ni, teringat masa Epain di RTM dulu...ada beberapa individu yang tak senang dengan Epain mahupun RTM kalau kami membuat laporan yang tidak menyenangkan mereka...

Tapi tu lah kerja wartawan...bila elok baru disanjung tapi kalau yang diberitahu tidak menyebelahi pihak berkepentingan, maka mulalah episod "ape tujuan you sebenarnya ni?"....

Tu lah pasal...ape kate kita renung jap peribahasa..."hanya seekor nyamuk, habis kelambu dibakar"...tapi dalam hal ni "jangan salahkan nyamuk kalau kelambu dibakar"...

Soalnya dalam hal ni......siapa nyamuk dan siapa kelambu?

Catatan Epain: Aerosol kan ade....

Tuesday, April 19, 2011

Cabaran atau turun pangkat?

Haaa...sekali lagi, selepas "cuti"panjang...Epain kembali...biasalah, mungkin sebab pilihanraya negeri Sarawak, tu yang sibuk skit...

Selain tu, harus diakui Epain sedikit "kurang" baca akhbar disebabkan kurang bersetuju dengan beberapa story atau paparan yang pada pandangan Epain tak sesuai disiarkan di akhbar sekaligus membuatkan Epain sedikit "boikot" akhbar beberapa minggu lepas...

Apapun, dalam hal2 tersebut, Epain tak ketinggalan mengikuti perkembangan sukan negara dan rasanya, hal yang berkaitan Datuk Misbun Sidek paling menarik perhatian Epain utk dijadikan komen...

Selepas berhibernasi selama lebih 3 bulan, jurulatih badminton perseorangan negara Datuk Misbun Sidek akhirnya kembali ke pangkuan BAM dan ianya diterima...

Tetapi apa yang menariknya, Datuk Misbun tidak dapat kembali ke pangkuan anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei sebaliknya diberikan "cabaran" baru, iaiatu melatih dan mencungkil bakat pemain muda....

Hmmmm...menarik ni...kenapa?

Sebabnya Epain rasa, sepanjang yang Epain mampu ingat khususnya dalam sukan seperti bolasepak, inilah pertama kali Epain dengar seorang jurulatih bertaraf "elit" diberikan tanggungjawab yang lebih "rendah taraf"....

Terdetik di hati, kenapa jadi begitu?...adakah tindakan Datuk Misbun secara tiba2 meletak jawatan telah menyebabkan ramai pihak dalam BAM yang geram dengannya dan sebagai balasan, hanya diberikan tanggungjawab yang bukan utama?

Atau mungkin ia sebenarnya memang mahu mengerah segala pengalaman Datuk Misbun dalam mencari bakat baru dan melatih pemain muda, apatah lagi tahun depan merupakan Sukan Olimpik?

Jika persoalan kedua diambil kira, Epain ada soalan, apa yang BAM buat selama ni?...adakah program mereka dalam mencari bakat baru dan latihan pemain muda tidak efektif?

Atau mungkin mereka sebenarnya buntu dalam program mereka?

Selain itu, adakah "faktor anak beranak" juga menjadi faktor menghantar Datuk Misbun ke lembah tugas barunya itu?

Entah lah...kadang2 benda2 remeh macam ni lah yang sebenarnya menjahanamkan sukan kita...tapi Epain pun pelik, tak ke diorang ni sedar?...atau buat-buat tak sedar?

Catatan Epain: Berlatih sendiri je....

Monday, March 28, 2011

Selamat Hari Ulangtahun...Epain, ASTRO Arena n RTM...

Bulan Mac, April dan Mei sememangnya bulan yang bermakna buat Epain apatah lagi tahun 2011 ni...

Pertamanya sudah tentu disebabkan Epain baru sahaja dikurniakan Putera kedua pada 9 Mac lepas dan bulan ini juga merupakan ulangtahun kelahiran Epain...hmmmm tua dahhh...

Tidak lupa juga sebenarnya bulan Mac kali ini, Astro Arena menyambut ulangtahunnya yang pertama sejak mula dilancarkan pada 26 Mac 2010, sehari selepas ulangtahun kelahiran Epain....

Biasanya, kalau orang, setahun tidak banyak perkembangan melainkan pada ketika seorang bayi mungkin sudah ada gigi, berjalan jatuh dan menyebut beberapa patah perkataan...

Epain bukan nak samakan Arena dengan bayi tetapi secara jujur, Epain lihat Arena telah melalui perkembangan yang sangat pesat dan positif, mungkin kerana atas aspirasi ingin menjadi "Nadi Sukan Malaysia"...

Secara jujur, Epain pada mulanya skeptikal dengan hasrat Arena sebab Epain pernah menyatakan bahawa penerbitan sukan di dunia ini mahal dan bersesuaian dengan situasi di negara ini, pulangannya amat terhad malahan agak kurang...

Tetapi mungkin disebabkan "kesabaran" Arena, rasanya sudah nampak pulangan walaupun pulangannya tidak dapat dinilai secara terus menerusi pendapatan iklan atau penaja...

Ramai peminat sukan sudah mengenali Arena bila bercakap soal sukan sebab Epain lihat Arena tidak prejudis menyiarkan program sukan....daripada yang langsung tiada penonton hinggalah sukan yang paling diminati...ada siaran malahan siaran langsung yang kalau sesiapa tahu, agak mahal kosnya...

Cuma mungkin beberapa aspek Arena perlu ditambah baik....

Ok, bulan April ini pula, bekas majikan Epain bakal menyambut ulang tahun ke 65 tahun...

Wow!!..65 tahun !!...itu satu tempoh yang lama dan kalau dibandingkan dengan manusia, ia sudah mencapai taraf "wajib pencen"....

Seperti biasa, RTM terus berdepan kritikan dan cemuhan dalam pelbagai aspek...mungkin ada yang melihat RTM agak "tuli" dalam mendengar pandangan rakyat sebabnya ramai berkata "RTM tidak pernah dan tidak akan berubah"...

Soalnya perubahan bagaimana yang diinginkan?...jika benar RTM berubah, adakah penonton atau peminat akan kembali menonton RTM?....

Senang citer, biarlah RTM walau apapun rupanya...cuma dalam soal sukan, memang Epain ralat sangat dengan RTM....

Seharusnya sukan merupakan agenda "senang" untuk mendapatkan tontonan, tapi agak tidak bernasib baik, RTM seakan "benci" sukan hinggakan beberapa rancangan yang sebelum ini dikhaskan untuk sukan dibuang...

Yang pelik, ada pulak yang marah dengan Astro apabila mereka mendapat hak ekslusif sedangkan ketika RTM mendapat keistimewaan menayangkan perlawanan bolasepak, ada yang endah tak endah je....

Sekang ni ada pulak yang kata tak patriotik lah apa lah...sedangkan ada pihak yang awalnya sememangnya tidak mahu sukan ditayangkan di RTM...patriotik ke diorang ni?

Jadi Epain harap RTM dapat benar-benar belajar daripada apa yang berlaku selama ini khususnya dalam aspek sukan....

penonton tegar RTM adalah sekitar 300 ribu orang...Epain tak boleh bayangkan, berapa ramai dikalangan mereka ini adalah golongan muda?...

Apapun, sekali lagi selamat hari ulang tahun....

Catatan Epain: Tahun ni takde kek....

Thursday, March 24, 2011

Siapa "bos" sebenar?

Sekalipun hampir 10 hari tak berposting dek kesibukan hal rumah tangga dan tempat kerja, Epain tetap mengikuti rapat perkembangan sukan negara khususnya yang dibincangkan dalam media termasuklah blog...

Epain cuba mengelak tapi tak boleh daripada membincangkan hal yang membabitkan bolasepak negara...

Cukup menarik rasanya mengenai "kuasa" yang dimiliki sesetengah pihak hingga mampu mengubah sesuatu kedudukan atau situasi...dalam hal ini Epain nak kaitkan dengan hal yang berkaitan pengunduran dan peletakan jawatan beberapa jurulatih pasukan liga sebelum ini...

Di Kedah, Ahmad Yusuf ditunjuk jalan keluar buat sementara (mungkin kekal) setelah mendapat desakan hebat peminat dan mungkin beberapa pihak lain yang kurang senang dengan Tuan Haji kita ni...

Tapi Epain kurang senang skit dengan tindakan penyokong yang berdemonstrasi di pelbagai tempat....apa yang Epain kurang senang ialah, adakah budaya demonstrasi ini sudah sebati di kalangan kita hinggakan hal jurulatih pun hendak diadakan "perhimpunan" aman yang sememangnya tak pernah aman...ingat dulu bagaimana penyokong Kelantan berdemo di depan Wisma FAM?

Namun ada baiknya sebab Epain rasa, sudah sampai masa untuk penyokong/peminat diberikan tempat sewajarnya di dalam Persatuan Bolasepak Negeri...

Maksudnya mungkin kalau boleh, kelab/persatuan penyokong/peminat turul mempunyai wakil dalam majlis supaya suara mereka juga didengar seadanya...dan bukanny sekadar terpekik tapi pada akhirnya pihak lain juga lebih mempunyai kuasa dalam menetapkan keputusan...

Harus diingat, penyokong/peminat juga adalah stakeholders...dan bagi tidak pernah putus datang stadium, bayangkan duit yang telah dilaburkan terhadap pasukan kesayangan masing-masing...

Ok..berkenaan hal di Negeri Sembilan pula, Epain malas nak mengulas panjang...sebagaimana terdapat sebahagian yang berspekulasi, Wan Jamak menjadi mangsa keadaan beberapa pihak yang bertindak ala2 "Belanda dapat tanah"...

Baru dapat kedudukan, habis di sapunya semua....kalau sesiapa pernah ingat si polan itu juga pernah membuat onar yang sama terhadap pasukan yang diwakili sebelum ini....

Menariknya, kehadiran si polan ini telah menyebabkan pergolakan yang tidak kurang hebat...jadi Epain mengandaikan dia ni memang mempunyai "kuasa" tertentu hingga mampu menggugat sesiapa pun dan juga menghadirkan pengaruh terhadap pihak berkepentingan....

Jadi...siapa sebenarnya yang berkuasa?

Catatan Epain: Tak kuasa akuuu...

Tuesday, March 15, 2011

That's the Wei!!

Sekalipun seminggu Epain tak dapat nak update blog disebabkan kelahiran anak kedua, namun seperti biasa tumpuan masih kepada hal berkaitan dgn hal sukan...

Asalnya Epain nak komen padal demonstrasi penyokong yg seakan menjadi trend tetapi rasenye lebih baik Epain post berkenaan pemain badmitnon nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yg mengekalkan mahkota All England...

Rasenya kepada sesiapa yang menonton aksi Chong Wei menentang seteru utamanya, Lin Dan pastinya akan bersetuju bahawa permainan Chong Wei pada perlawanan akhir itu suatu yang hebat...

Dan Epain sememangnya bersetuju malahan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ia merupakan aksi terhebat pada perlawanan yang cukup hebat....

Cuma Epain harap Chong Wei tidak terlalu dibuai kejayaan membalas dendam terhadap pemain China itu yang seringkali menjadi penghalang buat Chong Wei menjulang beberapa kejohanan utama sebelum ini....

Pastinya juga semua rakyat negara ini berharap kejayaan di All England akan berulang di Sukan Olimpik tahun depan, ironinya bakal berlangsung di England juga....

Epain kalau boleh tak nak tragedi 2008 berulang bila mana Chong Wei cukup cemerlang tetapi pada perlawanan akhir Sukan Olimpik, Chong Wei dengan mudah diratah Lin Dan...

Rasenye juga, ada baik Chong Wei hanya fokus kepada beberapa kejohanan sahaja drpd menyertai kesemua kejohanan yang ada...yelah, utk memastikan tiada kecederaan serius ...

Buat BAM pulak, mcm mana dgn isu Datuk Misbun...atau selepas menonton aksi di All England, Datuk Misbun sudah bersedia utk "jatuhkan talak" ke atas BAM dan Chong Wei?...

Walau apapun keputusan, biarlah utk kebaikan semua...jangan nanti menyesal panjang....maka drama badminton pun akan diulang tayang....

Catatan Epain: Dah lama tak main badminton...

Tuesday, March 8, 2011

Tahniah SAM, tahniah pemenang, tahniah semua

Epain sebenarnya merasa agak terkilan sebab kali ini Epain tidak dapat menyertai Majlis Anugerah SAM walaupun Epain dari awal lagi sememangnya ingin menghadiri majlis tersebut...

Tapi nak buat macam mana, sebab Epain sedang melalui saat getir menantikan kehadiran baby no 2, justeru Epain tidak boleh menghadiri majlis tersebut...

Apapun, dikesempatan ini Epain ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pemenang khususnya rakan di RTM, Ku Lufti dan Rozihan yang turut menerima pengiktirafan pada majlis tersebut...

Tidak lupa juga kepada Zulhelmi dari Awani yang menerima 2 anugerah dan pastinya menaikkan lagi "rating" Awani selepas turut menerima anugerah sempena Anugerah Seri Angkasa lalu...

Walaupun ramai tidak menduga, namun pemilihan Pendelela Rinong wajar berdasarkan pencapaian pada 2010 dan pastinya ini bakal "memeningkan" kepala JK pemilih sempena Anugerah Sukan Negara pula selepas ini...

Buat SAM pula sekali lagi tahniah kerana berjaya menganjurkan majlis ini buat kesekian kalinya...

Nampak mudah, tapi pastinya banyak cabaran yang perlu dilalui SAM dalam menganjurkan majlis sebegini...mungkin ramai hanya menyangka bahawa ia hanyalah majlis sehari tetapi harus ingat, kerjanya sudah lama dilakukan dan kebanyakan "petuga" atau JK hanyalah melakukannya secara sukarela...

Sekali lagi tahniah semua!!...

Catatan Epain: Ada makanan lebih tak?...

Wednesday, March 2, 2011

Confirm sukan penting!!...tapi kata orang Korea...

Sabtu hingga Isnin lepas, Epain berkesempatan menghadiri persidangan antarabangsa mengenai sains sosial di SIngapura dimana Epain turut membentang kertas kerja...

Tapi postmg ni, Epain bukan nak bercerita soal kertas kerja Epain, sebaliknya perbualan makan tengah hari menarik antara Epain dengan salah seorang Professor dari Korea Selatan...

Beliau nyata "teruja" apabila Epain menyatakan bahawa Epain merupakan bekas wartawan sukan dan salah satu minat Epain adalah berkaitan sports journalism...mungkin sebab beliau menyanjung tinggi wartawan...

Beliau bertanya Epain mengenai perkembangan sukan di Malaysia sambil menyatakan "rasa kecewa" beliau terhadap sukan Malaysia khususnya membabitkan bolasepak dan hoki yang sedikit merudum sebelum ini....

Secara ringkas, Epain menyatakan kepada beliau "sukan sememangnya diutamakan tapi ada juga pihak yang tidak merasakan sukan amat penting dalam pembangunan sahsiah khususnya di peringkat remaja"...Epain menambah "ada juga ibu bapa sekarang ni yang lebih mementingkan pendidikan berbanding sukan walaupun disekolah"

Beliau nyata terkejut sambil menyoal "bagaimana hendak bagus dalam soal pendidikan jika keadaan fizikal tidak cergas?!!...kedua-duanya sangat penting dan sukan seharusnya menjadi sebahagian gaya hidup walaupun ianya bukan untuk sukan elit"...

Beliau berkongsi di Korea, sukan sememangnya diutamakan dan penting...dan bagi yang benar-benar serius dalam sukan hingga menjadikannya sebagai sumber pendapatan, program pembangunan bermula seawal umur 4 tahun....rasanya hal ini ramai yg tahu khususnya di Malaysia....

Untuk rekod, professor tersebut hanyalah professor pemasaran (marketing)....

Di penghujung perbualan, beliau sempat berkongsi bahawa media di Korea sangat bebas malahan dalam aspek sukan sekalipun, pihak pentadbir tidak boleh berbuat sesukan hati kerana "media power"...maknanya ada check and balance antara media, rakyat dan pengamal serta pentadbir sukan...

Kita di Malaysia macam mana?....mungkin gaya sahaja yang bebas....tapi kalau buat laporan yang bersifat kritikan, jawabnya ada lah yang kena panggil "mengadap" nanti...

Tapi apahal pun, sukan memang penting...

Catatan Epain: Teringat zaman bujang, tengok cerita "Winter Sonata"...

Sunday, February 20, 2011

Kata tak penting..tapi mengiktiraf sukan...

Dikesempatan ini, Epain ingin mengucapkan tahniah buat bekas rakan sekerja di RTM, Hafizal Hamad yang dinobatkan sebagai Pengulas TV terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2010 malam tadi...

Akhirnya, setelah berusaha beberapa tahun, Gaban (nama glamernya) diiktiraf seadanya sebaris mentor-mentornya seperti Dato Hasbullah Awang, Shaukei Kahar, Abdullah Hashim dsb...

Tahniah sekali lagi....tak lupa juga buat team Produksi Sukan RTM yang diketuai Rozihan (Yan) yang turut dipilih sebagai salah satu penerima anugerah...

Sebenarnya, Epain "tersentuh" dengan kejayaan Hafizal dan team sport RTM sebabnya ini menunjukkan sukan juga mampu duduk "sebaris" dengan yang lain walaupun ada rancangan/personaliti lain yang mendabik mengatakan mereka lebih layak...

Dan ada jugak kata, sukan tak patut dapat sebab sukan "bukan apa-apa"....ish ish...

Epain bukanlah nak mendabik dada mengenai sukan tapi ASA malam tadi turut menyaksikan Zaiful (bekas pengulas sukan NTV 7) naik ke pentas mewakili Astro Awani yang dinobatkan sebagai Buletin Terbaik...bekas orang sukan tu...maknanya orang sukan pun boleh menaikkan apa-apa cuma selama ini orang sukan kerap dipandang sepi...

Yelah, dalam paper, kedudukannya paling belakang...dalam TV n radio, itemnya yang terakhir...tak sepenting berita lain ye tak?

Tapi menariknya, kelmarin Epain beli Dewan Masyarakat dan dalam edisi terbarunya, editorial DM mengulas mengenai kepentingan sukan dalam perpaduan dan membangkitkan semangat patriotisme....

Malangnya, ada jugak individu yang mengatakan "sukan tak penting"...

Catatan Epain: Pernah tercalon Anugerah Angkasapuri...kalah dengan Zul Bernama....hahahah

Wednesday, February 16, 2011

Sukan tak penting?...

Nampaknya cerita pasal "pembubaran" Meja Sukan RTM masih bertiup sama ada kencang atau tidak sejak Epain meninggalkan RTM, 2 tahun lepas...

Kali ini angin yang pernah bertiup pada 2009 telah "meniup" satu daripada beberapa aspek penting Berita Sukan RTM, iaitu slot khas atau segmen dalam Berita Nasional...

Isteri Epain sendiri pernah bertanya, betul atau tidak sebab dia kata memang Sukan Berita Nasional dah tiada pembaca (newsreader)...selepas itu "disahkan" pula oleh Rizal Hashim dalam blognya...

Ntah laa...Epain malas nak komen panjang pasal hal ni...sebab kalau bertanya orang terlibat...maka bermulalah episod "bangau oh bangau"....

Apa yang Epain mampu katakan, biarkan nanti bila dah ramai orang mula menyampah dengan RTM agaknya barulah diorang nak serius mewujudkan semula segmen sukan...

Ada orang dalam RTM mengatakan "sukan tak penting"...berita hiburan dan seni lebih penting....tapi baru sekejap tadi, Epain berborak dengan Professor di tempat Epain mengatakan antara berita yang wajib beliau tonton ialah berita sukan....

Jadi maknanya, sukan sekadar untuk orang muda semata-mata...dan peminatnya juga bukan datang dari golongan belia semata-mata...ramai orang sebenarnya yang tonton sukan tak kira channel apa pun....

Tapi seperti biasa, di RTM, sorang je yang minat dah cukup menentukan sama ada sesuatu program atau siaran akan diteruskan atau tidak...

Catatan Epain: Still tengokcerita P Ramlee di RTM...

Sunday, February 13, 2011

Adios Safee!!

Nampaknya, perlawanan Liga Super malam tadi (Sabtu) merupakan aksi terakhir Safee Sali bersama skuad Selangor sebelum berlepas ke Indonesia bagi menyertai Pelita Jaya..

Epain mendapat ajakan daripada rakan Selangor, Fadzrie Haziz bagi menyaksikan perlawanan tersebut tetapi Epain tak sihat jadi terpaksa Epain menolak ajakan Fadzrie...apapun terima kasih...

Namun bagi Epain, tiada apa yang "istimewa" dalam aksi terakhir Safee itu walaupun buat pertama kali, Safee diberikan captain armband...namun Selangor hanya mampu seri 1 sama dengan seteru Lembah Kelang, Kuala Lumpur...

Epain sebenarnya lebih teruja untuk melihat aksi Safee di Indonesia walaupun dikhabarkan bakal bersama pasukan terbawah Liga Indonesia namun sepertimana Epain komen sebelum ini, itu adalah cabaran buat Safee...

Cuma Epain seyum sikitlah bila tengok pemergian Safee "disambut" dengan pelbagai jenis sambutan...ada yang bagi hadiah, ada yang menyanyi dan sebagainya...

Memanglah, sebagai peminat, disaat Safee sedang berada dikemuncak, pemergian Safee itu satu yang memeritkan tetapi bila melihat apa yang berlaku di Stadium Shah Alam malam tadi, ia menunjukkan kita di Malaysia (atau di Selangor) macam tak pernah melihat pemain berhijrah....

Kita tak tau lagi macam mana pulak sambutan di Indonesia nanti...adakah majlis pengenalan pemain akan dibuat?....macam mana pula dengan "sambutan" media Indonesia?

Tak nak lah nanti, beriya sangat kita menghantar Safee pergi tapi di Indonesia, beliau disambut "biasa-biasa" sahaja....

Lebih parah, satu hari nanti, kalau Safee pulang semula ke sini untuk menghabiskan karier, Safee beraksi semula bersama Selangor...masa tu macam mana?...ada sambutan besar-besaran?

Catatan Epain: Nak mintak siaran TV Indonesia...nak tengok bola

Tuesday, February 8, 2011

jumpa Pelita pasti Jaya

Setelah diberi perhatian dan teka teki yang agak lama, Safee Sali akhirnya membulatkan nekad berkelana ke negara jiran, Indonesia...

Bagi ramai, ia pastinya suatu yang sangat baik khususnya buat Safee secara peribadi dalam menimba pengalaman serta meningkatkan kualiti permainan yang dimilikinya....

Namun "keterujaan" ramai peminat seakan "terbantut" apabila mengetahui Safee bukannya ke Persib Bandung sebaliknya ke Pelita Jaya....dan agak "memedihkan" Pelita Jaya (PJ) dikatakan pasukan tercorot liga Indonesia...

Yelah, perkataan "corot" mungkin sesuatu yang negatif buat semua khususnya rakyat Malaysia...banyak perkataan lain atau frasa yang mampu menggantikan "corot" namun semuanya tetap negatif...

Tetapi, apa masalahnya kalau ke pasukan tercorot liga?...adakah permainan Safee akan merudum?...adakah dia akan kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan?...

Bagi Epain sebenarnya ia suatu yang baik kerana ia merupakan cabaran buat Safee..jika benar dia bagus, mana tau PJ akan naik ke pertengahan liga dan mengelakkan badi tempat terbawah...

Ia pastinya akan menaikkan "rating" Safee sendiri sekaligus membuktikan kewibawaannya sebagai penjaring terbanyak Piala AFF...

Cuba ambil contoh Carlos Teves dan Javier Mascherano di EPL...kedua-duanya merupakan nama besar selepas membantu Argentina cemerlang di Olimpik dan mereka memilih West Ham sebagai pasukan pilihan....

Apa jadi?..West Ham menjadi perhatian...dan tambah menarik jaringan Teves pada perlawanan terakhir telah menyelamatkan West Ham daripada terjerumus ke Championship dan selepas itu harga kedua-duanya mendadak naiknya sebelum mereka berhijrah ke pasukan baru...

Maka jika peristiwa ini boleh dijadikan iktibar, mengapa tidak Safee Sali?

Cuma soal perpindahan Safee ni, yang buat Epain tersenyum sendirian apabila menyaksikan pengumumannya dibuat oleh "bekas majikan" dan bukannya majikan terbaru...

Sedangkan pada kebiasaan, Sidang Media memperkenalkan pemain baru dibuat pasukan baru itu sendiri....lebih menarik siap ada tunjuk jersi PJ lagi...dan Epain tonton TV semalam, tiadapun pegawai dari PJ....

Ish ish ish....

Catatan Epain: Ada ke Liverpool n Fernando Torres buat PC mengumumkan Torres akan ke Chelsea?....

Saturday, February 5, 2011

Yang ini pulak...disuruh pergi tapi tak mau pergi...

Nampaknya nama KOAM tiba-tiba "muncul" kembali didada akhbar dan blog sukan negara...

Seperti biasa, bukan pasal baik tapi tak berapa nak baik...

Terbaru isu latihan di Ranau yang menimnbulkan banyak tandatanya...

Ada yang kata bagus sebab jauh dari KL dan keadaan geografi dan ada yang kata tak bagus atas pelbagai sebab...

Bagi Epain, latihan kat mana pun tak berapa nak kisah cuma yang dikisahkan sejauh mana ia mampu meningkatkan daya atlet kita...

Tak taulah apa rasionalnya berlatih disana sini, tetapi hakikatnya olahraga negara ini seakan menuju "kepupusan"...KOAM terpaksa berbangga atau menumpang tuah atlet "senja" yang masih mampu menyumbang kudrat namun dalam masa yang sama ketandusan bakat baru...

Secara jujur, Epain sedih melihat perkembangan olahraga negara...dulu kita mampu berbangga dengan kejayaan khususnya diperingkat ASEAN tetapi apa jadi sekarang?....

Kita sudah tidak dapat melihat atlet menaiki podium kemenangan 100 meter, 5000/10000 meter dan sebagainya tetapi apa yang kita lihat hanyalah politik yang dimainkan orang2 tertentu dalam KOAM hingga menjadikan KOAM tempat "bergelak ketawa" melihat gelagat diluar gelanggang berbanding dalam gelanggang...

Namun itulah yang terjadi...dan seandainya berterusan...jangan pulak ada yang berlinangan air mata melihat tiada satupun atlet kita menang dalam Sukan SEA...

Catatan Epain: Teringat zaman sekolah merentas desa...

Thursday, February 3, 2011

Yang mahu pergi dan yang mahu datang...

2/3 hari lepas, Epain sempat mejengah Sukan Awani dan Epain dapati ada suatu yang menarik untuk diperkatakan...sekali lagi mengenai bolasepak...

Awani "berjaya" menjadi "scouter" untuk FAM selepas dikatakan menghidu rakyat Australia berketurunan M'sia yang sedang beraksi bersama skuad Sydney FC...Brendan Gan...

Gan dikhabarkan berminat untuk beraksi sebagai pemain kebangsaan dan itupun jika pengurusan skuad kebangsaan berminat untuk menyahut hasrat Gan...

Epain tidak mempunyai banyak info pasal Gan, tapi sekali imbas, Epain boleh katakan bahawa "penemuan" Awani itu boleh dianggap sebagai "penemuan" berharga apatah lagi dalam rangka skuad kebangsaan ingin memperkuatkan pasukan yang bakal menghadapi kelayakan Olimpik...

Mungkin ramai yang skeptikal, tapi bagi Epain apa salahnya memberi peluang kepada Gan menunjukkan bakatnya, dan jika sesuai, boleh diserapkan ke dalam skuad kebangsaan, sebelum Australia terlebih dahulu melamar Gan sebagai pemain mereka...

Cuma Epain harap Gan tidak menjadi seorang lagi "Kirk Wee" yang sebelum ini juga pernah beraksi di Australia tetapi selepas pulang ke M'sia, Kirk Wee yang pernah beraksi bersama Terengganu hilang sengat hinggakan beliau sendiri "hilang entah kemana"...

Beza ketara, Gan beraksi bersama skuad utama dalam salah satu pasukan hebat di Australia, negara yang bergelar "Socceroos"...Australia juga bukan calang-calang negara...bergelar naib juara Piala Asia dan layak ke Piala Dunia sebanyak 3 kali...hubungannya dengan M'sia pula, ramai pemain dari negara ini pernah beraksi di M'sia sebagai pemain import...antara yang paling diingati, Alan Davidson dan Mehmet Durakovic...

Tinggalkan sekejap Brendan Gan dan apa kata jenguk pula kisah Safee Sali...

Dengarnya Safee telah menetapkan "niat" untuk beraksi di Indonesia dan jika benar bagai dikata, Epain rasa ia langkah besar buat Safee...

Harus diingat, Safee bakal berkelana ke Indonesia bukan atas dasar "penghantaran ihsan FAM/FAS" sepertimana pernah berlaku kepada beberapa pemain sebelum ini, sebaliknya atas tawaran salah satu pasukan di sana...sebab itu Epain katakan sebagai "langkah besar"...

Mungkin ada yang bimbang sebab Safee akan ke negara seteru...mungkin juga ada peminat Selangor merasakan satu kehilangan, tetapi sebagai salah seorang peminat Selangor, Epain rasa langkah Safee tetap yang terbaik....

Liga Indonesia "bukan kecil anak" tetapi liga negara tersebut mempunyai keunikan dan cabaran tersendiri buat pemain...jika tidak, masakan bintang Cameroon, Roger Milla sendiri sanggup ke sana selepas puas bergelar bintang Piala Dunia...

Apapun, Safee, buat yang terbaik dan timba seberapa banyak ilmu dan pengalaman yang mampu...

Sebelum mengakhiri posting ini, Epain sebenarnya "diawang-awangan" sebab satu lagi pasukan kegemaran Epain, Liverpool kehilangan permata hati mereka, Fernando Torres yang berhijrah ke Chelsea tetapi menariknya, dua bintang ternama, Luiz Suarez dan Andy Carrol pula menyertai Liverpool...sebab itu Epain masih lagi merasa "diawang-awangan"....macam percaya atau tidak dengan apa yang berlaku...

Catatan Epain:...Brendan Gan?...Andy Caroll?...Luiz Suarez?...ok kot...

Tuesday, February 1, 2011

"Jenama semula" lagi...

Sekalipun bakal memasuki perlawanan kedua, rasanya taklah lambat sangat untuk Epain komen mengenai Liga Super yang telahpun memulakan saingannya Sabtu lepas...

Epain memang kecewa dengan kekalahan Selangor, tapi itu baru perlawanan pertama...mungkin tidak keterlaluan untuk Epain "ingatkan" Selangor bahawa Sepanyol kalah perlawanan pertama sebelum muncul juara Piala Dunia...hahahah

Apapun, Epain nak komen sikit pasal penjenamaan semula Liga Super...

"Penjenamaan semula" sememangnya menjadi satu "amalan" dikebanyakan syarikat atau pertubuhan di negara ini....

Agak2 dah lama, maka "penjenamaan semula" atau rebranding akan dicadangkan supaya operasi atau produk terus mendapat perhatian atau menarik lebih banyak perhatian...

Jadi, dalam kes Liga Super, apakah yang sebenarnya dijenamakan semula?...

Rasanya tak cukup kalau setakat penjenamaan semula hanya berlegar dengan menukar logo...

Seingat Epain, Liga Inggeris pernah menukar logonya, itupun selepas memperkenalkan konsep Liga Perdana, kemudiannya lebih dikenali sebagai EPL...

Tapi di Malaysia, penjenamaan semula Liga Super bukanlah yang pertama, rasanya sudah berkali-kali...tapi apa yang berubah?...jawapannya tak banyak

Walaupun didorong dengan kejayaan skuad kebangsaan 2 tahun berturut-turut diperingkat ASEAN, rasanya penjenamaan semula ini tidak banyak memberi kesan...

Soalnya, apa yang sebenarnya dijenamakan semula?

Persoalan ini boleh dijawab tetapi kewajarannya akan terjawab apabila melihat hasilnya dipenghujung saingan musim ini...

Selain itu, apa tujuan penjenamaan semula ini?...meningkatkan kualiti pemain tempatan? menarik minat penonton? meningkatkan taraf pasukan Malaysia? atau sekadar "penyedap hati" semata-mata?

Walau apapun jawapan, peminat tidak mahu sekadar melihat perubahan logo, tetapi perubahan yang lebih besar harus digerakkan...dan tempat permulaannya adalah di Wisma FAM...

Catatan Epain: Cantik logo baru...

Monday, January 24, 2011

Kembali, kembali dan Kembali...

Selepas beberapa hari, Epain kembali untuk "mengomen" isu atau situasi semasa sukan negara...sebelum ini Epain terpaksa ke negeri-negeri di Utara atas urusan rasmi...

Apapun, dalam beberapa hari ni, banyak perkara yang menarik perhatian...

Namun yang paling menarik, kembalinya Datuk Misbun Sidek ke gelanggang atau lebih tepat, ke tepi gelanggang bagi melihat anak didiknya, Lee Chong Weu beraksi hinggalah muncul juara Terbuka Malaysia dengan menewaskan Taufik Hidayat...

Seperti biasa, ia masih menimbulkan misteri...sebelumnya misteri pemergian, sekarang ini misteri kepulangan....biarlah asalkan untuk kebaikan...

Selain badminton, basikal tidak kurang mencuri tumpuan dengan berlangsungnya LTDL 2011, edisi ke 16 sejak diperkenalkan pada 1996...

Langkawi kembali sebagai salah satu laluan...tetapi tak syoknya, siaran highlight RTM yang pertama nampaknya tidak disertai suara keramat Datuk Hasbullah Awang...

Hinggakan ada kawan Epain yang menghubungi Epain menanyakan masalah tersebut (kawan tu tak tau yng Epain dah tak kerja di RTM)...tapi untuk tidak mengindem RTM, Epain menyatakan ianya sebagai masalah teknikal...

Takpe, harap2 orang RTM nampak masalah tersebut dan segera perbaikinya, sebelum orang "chop" RTM sebagai gelaran yang pelbagai...

Catatan Epain: Masih Teman Setia Anda...

Monday, January 10, 2011

Tahniah Chong Wei!!

Epain seharusnya angkat topi dengan Dato' Lee Chong WEi yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Super Serie Final dengan menewaskan "orang lama" Peter Gade...

Kenapa mesti angkat topi?..sebabnya dalam keadaan dia ditekan setelah menyatakan hasrat mengikut jejak sifunya utk keluar dari BAM, Chong Wei masih mampu muncul juara...

Buat Datuk Misbun pulak, pastinya beliau puas setelah melihat anak didiknya muncul juara SUper Serie Final buat kali ketiga berturut-turut...walaupun ramai yang "mendoakan" Chong Wei gagal sekaligus "menghalalkan" pemergian Misbun dari BAM...

Buat orang-orang BAM...ingatlah ye...bukan you all sahaja yang mampu menaikkan nama orang...ingat, orang sebenarnya yang menaikkan nama BAM selama ini...

Kalau tidak, siapa akan kenal BAM?

Catatan Epain: Nasib baik tak ambik plate kereta "BAMbee"...

Tuesday, January 4, 2011

Kecoh pasal nama...yang ada nama pulak tak kecoh

Selepas menjuarai Piala AFF, dalam bebanyak isu yang dimainkan atau dibincangkan selain masa depan pasukan dan bolasepak M'sia, isu membabitkan nama "Harimau Malaya" mengundang minat Epain untuk mengulas...

Dari dulu lagi Epain sememangnya merasakan nama ini akan menjadi isu cuma bagi Epain, Epain "selesa" dengan nama ini...sebabnya kurang ketahuan tapi ia menggambarkan salah satu spesis yang cukup istimewa yang terdapat di M'sia...

Jadi Epain rasa tak wajarlah kalau ianya dikaitkan dengan politik atau apa-apa aspirasi serta semangat kenegerian masing-masing...

Sebab kalau setakat semangat negeri diambil kira untuk mencari nama jolokan, maknanya 13 lagi negeri akan merasakan maskot setiapnya wajar dijadikan nama jolokan...

Maka akan jadilah nama seperti "Seladang Malaysia" (maskot Perak)..."Gajah Malaysia" (Pahang), "Kenari Malaysia" (Kedah)..."Gergasi Malaysia" (Selangor)..."Bujang Senang Malaysia" (Sarawak).."Penyu Malaysia" (Terengganu)...dan banyak lagi...

Jadi, "Harimau Malaya" tersangatlah wajar dijadikan nama timangan untuk skuad kebangsaan sebabnya ia menunjukkan "raja segala raja" dalam M'sia ini...

Maka ia bukanlah tidak memenuhi semangat nasionalisme mahupun 1Malaysia...

Selain isu nama, Epain tertarik dengan kemelut badminton...

Dalam diam-diam, tiba-tiba Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih...satu tindakan yang cukup misteri sebagaimana lakonan Datuk Jibun dalam "Black Widow Wajah Ayu" dahulu...

Lee Chong Wei diberitakan mahu mengikut sifunya dan keluar dari BAM....

Drama badminton ni memang cukup menyeramkan tetapi peminat atau wartawan yang sentiasa peka dengan badminton pastinya arif siapa "hantu" yang membuatkan Datuk Jibun meletak jawatan...

Bagi Epain, tindakan tersebut satu tindakan yang wajar sekiranya terdapat penghuni rumah tangga kita berkias untuk kita keluar dari rumah tersebut dan yang terbaik, carilah rumah baru yang lebih aman daripada diganggu penunggu yang tak senang duduk..

Tindakan ini sudah lama dijangka, tapi pastinya ramai yang tak sangka ia berlaku di awal tahun 2011, setahun sebelum berlangsungnya Olimpik London dimana badminton adalah sandaran emas...

Apapun, Epain ucap syabas buat Datuk Jibun atas tindakan berani dalam "mengajar" BAM untuk menghormati orang lain walaupun pekerja bawahan sekalipun...

Catatan Epain: Hari-hari mau....

Sunday, January 2, 2011

Puji melambung-lambung...tapi jangan sampai kembong...

Sebelum memanjangkan posting ini, Epain mengambil kesempatan walaupun lewat sehari untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2011...semoga sukses dalam semua penglibatan..

Tirai 2011 dibuka dan tirai 2010 ditutup dengan langkah kanan setelah menyaksikan skuad kebangsaan menjuarai Piala AFF pada 29 Disember di Gelora Bung Karno...

Sekali lagi Epain mengucapkan tahniah buat skuad kendalian K Rajagopal yang berjaya menamatkan "kempunan" kejuaraan Piala AFF sejak 14 tahun lalu sambil membuatkan Indonesia terus melopong untuk menjulang piala kejohanan bolasepak terbesar rantau ini..

Siapapun pasti gembira hinggakan rakyat Malaysia yang lain merasa kenikmatannya dengan diberi cutim umum pada 31 Disember oleh PM....

Namun Epain tak berapa nak gemar dengan apa yang melanda skuad kebangsaan selepas menjuarai piala tersebut...

Kita semua sedar malahan Epain sendiri mengakui bahawa apa yang dipamerkan pemain pada malam final kedua itu sungguh menakjubkan dan wajar menerima pujian...

Apa tidaknya, berdepan puluhan ribu penyokong Sang Garuda, provokasi melampau media Indonesia, ugutan sana-sini, tempat berlatih yang kurang selesa dan kemuncaknya pula, dibawa menaiki kenderaan beperisai ke stadium sememangnya satu pengalaman yang mengerikan...

Kalau Epain, belum tentu mental akan dapat mengharungi semuanya dengan baik tetapi pemain M'sia mengharunginya hingga mampu muncul juara...

Cuma Epain kurang setuju dengan hamburan pujian yang melampau diberikan kepada mereka....

Kita wajar meraikan kemenangan tetapi biarlah berpada-pada kerana apa yang penting, pemain harus sedar perjalanan tersangatlah panjang dan kemenangan di Jakarta hanyalah satu permulaan...

Sebaik juara, bermacam pujian diberikan malahan ada pula yang melabelkan Mohd Safee Sali sebagai jelmaan "Supermokh"...

Harus diingat, Azman Adnan ketika menjaringkan 2 gol pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 1993 juga pernah diberikan jolokan yang sama, tetapi apa jadi pada Azman lepas tu?...pernah kena cemuh pun ada...

Walaupun ada yang kata Safee bermain macam Supermokh, tetapi Epain setuju dengan pandangannya sendiri, bahawa Safee dan Mokhtar Dahari adalah 2 orang yang berbeza...

Berkenaan tawaran bermain diluar, Epain rasa wajar Safee menimbangkannya dan Selangor boleh melepaskannya demi kebaikan Safee, Selangor dan skuad kebangsaan sendiri...

Peluang tersebut boleh digunakan untuk menimba pengalaman dan "rahsia" team lawan sebagaimana yang pernah dibuat Bambang pamungkas, Ellie Aiboy, Ponaryo Astaman dan beberapa pemain Asean lain yang pernah beraksi di sini....

Apapun, all the best buat Safee dan rakan-rakan...semoga kejayaan menjadi inspirasi buat pemain bawah 23 untuk cemerlang dalam kelayakan Olimpik...

Catatan Epain: Jangan lupa Liga Malaysia...