Untuk kesekian kalinya, saya menulis pasal bolasepak...
Orang ramai sering bertanya apa sudah jadi dengan bolasepak negara kita?...Kejayaan akhir yg kita semua mampu banggakan ialah pingat emas Sukan Sea 1989...atau mungkin kita boleh bangga dengan pencapaian memenangi Pestabola Merdeka 2007...
Tapi itu semua tidak membantu apabila sekarang ini kita menduduki tangga ke 169 ranking dunia..dan liga kita mendapat rating D...
Tapi daripada kita bertanya, apa sudah jadi, apa nak jadi...ada lebih baik kita fikir apa yang boleh dibuat...
nampak senang tapi susah sebenarnya...dan kesimpulan ramai ialah kita kurang pembangunan...itu memang betul...
Tapi sy tertarik utk menceritakan perbualan saya dengan seorang hamba Allah ini dan sy ajukan "soalan" beliau kepada bekas pemain kebangsaan...
Dipendek cerita, beliau mengatakan.."buat apa nak fikir jauh-jauh...pemain kita sebenarnya kekurangan asas"...
Betul atau tidak katanya?...Pada saya ada betulnya..tengok sahaja corak permainan pemain kita...
Apakah asas bolasepak?...simple antaranya menghantar (passing) dengan perlahan, passing leret, menahan bola dan asas gelecek...
Kalau kita lihat, 4 asas yg baru saya nyatakan tadi, pemain kita sememangnya lemah...kalau passing, ntah kemana, pastu pemain yg menerima hantaran pulak tahan tak betul...
Saya pun tak tau nak cakap mcm mana...kebanyakan pemain kita sebenarnya tidak melalui fasa yang betul dlm bolasepak...masa di sekolah terus je main bola...yelah, saya sendiri pernah melaluinya...saya bermain bola tanpa bermula dgn pengenalan kpd asas...
Jd, kat mana silapnya?...
Asas tak betul, tapi saya lihat pemain kita suka pulak buat skill seperti yg dilakukan Zenedine Zidane yg dipanggil 360...skill yg dilakukan Ronaldinho dan sebagainya ...
Tapi mereka ni, asasnya kukuh....lihat sahaja passing accuracy mereka....kalau tak caya tengok shj Euro 2008 sekang ni...jgn takat nak tgk gol cantik shj atau pemain handsome je...tgk percentage mereka...especially bab passing....
Jadi, apa yg saya tekankan disini, kalau asas berterabur, mcm mana kita mahu majukan diri kita...dan ia juga adlh asas kpd segala-galanya...iaitu ASAS....
Kata Epain: Teringin nak buat aksi Blanco lepasi 2 pemain defend...
A massive new eyesore just next to Rimba Kiara
5 weeks ago