Saturday, June 7, 2008

Selamatkan padang untuk generasi masa depan


Sebenarnya masa sy sedang taip ni..mood still tak ga bp nak ok memandangkan harga minyak naik....tp mcm mana pun sy gagahkan jugak menaip...

Jika posting sebelum ni sy sentuh tentang aktiviti petang yg semakin kurang...kini sy kaitkan pula dgn sesuatu yg sgt penting...iaitu padang...dan sudah tentu ianya padang bola...

Masih ingat tak dgn kes UKRC?...yg mana kerajaan Selangor pimpinan Dr Khir Toyo pernah cuba utk mengambil alih padang tersebut utk dibuat rumah...padang UKRC sebenarnya amat dekat dgn sy...sebab sy dulu sekolah di SRK 1 Kuala Ampang...dan sy pernah mengadakan friendly di situ...

Apa yg sy boleh bg tahu...padang UKRC sememangnya antara padang awam yg terbaik...masa tu sy dan rakan2 siap ckp "perghhh mcm rumput karpetlah"...dan kami menang perlawanan tu kalau tak silap dengan jaringan 3-1 menentang pasukan Kg Kuala Ampang...

Kejadian padang UKRC adalah sekelumit kisah padang bola "yg tiada pembelaan"..kenapa sy ckp tiada pembelaan?...sebab pantang ada padang mesti dibuat flat lah, aprtment lah, bangunan pejabat lah...

Cth terdekat yg berlaku ialah padang Ampang Jaya...padang itu telah di take over utk buat Sekolah...dan akibatnya padang di Ampang Jaya pun tiada..yg paling dekat ialah padang Tmn Rasmi Jaya ataupun Taman Kosas...

Sy pernah terdengar mengenai keadaan di Amsterdam atau lebih tepat tempat latihan utk Ajax Amsterdam dan "School of Excelence"...mereka mempunyai lebih 10 padang!!...wow!!..

Sy memang terkejut..itu baru Ajax...sedangkan kita di Wisma FAM pun baru ada satu padang dan kalau diukur balik dptlah 2 buah padang...

Mcm mana pulak dgn yg lain?....setidak-tidak pun kita akan jumpa sesuatu tempat atau taman perumahan mempunyai 2 padang...Apa yg jadi sebenarnya?...adakah kita semakin lupa kepentingan pembangunan madaniah..dan hanya mementingkan duit, duit dan duit?...

Sy faham...buat bangunan lebih "masyuk" drpd maintain padang...tp harus diingat..apa yg dibuat sekarang ni adlh utk masa depan...jd dptlah disimpulkan bahawa siapa punya angkara hanya mementingkan keuntungan yg singkat...

Bg mereka..peduli apa dgn org lain!..yg penting poket aku penuh...

Sy percaya kisah padang UKRC dan padang Ampang Jaya tidak berakhir disitu shj..byk lg tempat yg akan atau telah menjadi mangsa...

Kita menyalahkan orang ramai yg hilang minat utk bersukan..tp dlm masa yg sama kemudahan tidak disediakan....

Bg sy benda mcm ni perlu diberi perhatian..kerana ia turut menyumbang pembangunan bolasepak negara ini..ataupun membudayakan sukan di Malaysia...jgn nanti bila sesuatu terjadi, kita akan jadi "typical" malaysia iaitu menuding jari...tapi kalau sebarang kejadian berlaku 20 tahun lg, kita nak tuding jari ke mana?...kubur?..fikir-fikirkanlah..

Catatan epain: Teringin nak friendly dgn team Flat Dtk Ahmad Razali

1 comment:

Qadim said...

Geng, what year is your UPSR?