Selamat Tahun Baharu 2020

Tuesday, May 18, 2010

Tiru macam Korea....

Tajuk diatas bukannya tajuk lagu Allahyarham Saloma tetapi "realiti" yang harus diterima sukan dinegara ini..

Mungkin ramai yang masih "berkabung" dengan kekalahan Malaysia ditangan China pada saingan separuh akhir Piala Thomas sebelum negara tembok besar dengan gagahnya menjuarai piala keagungan badminton dunia itu dengan menewaskan Indonesia 3-0...

Epain tidak mahu mengulas lebih panjang mengenai kekalahan ditangan China kerana kita semua telah mengetahui misi berdepan China umpama misi mustahil namun ada sedikit nada positif terpamer dek kerana kita beraksi di laman sendiri...

Namun Epain lebih tertarik untuk memperkatakan mengenai kejutan yang dicipta Korea Selatan dalam saingan Piala Uber apabila mereka muncul juara dengan menewaskan China seklaigus menidakkan satu lagi double sepertimana 2 tahun dahulu...

Memasuki gelanggang, Korea tidak diberikan harapan ditambah pula dengan ranking yang dipegang setiap pemain China maka kebanyakan peminat badminton membuat telaan bahawa Korea bakal dijinakkan dalam masa yang singkat tetapi segalanya meleset apabila negara "winter sonata" itu muncul juara buat kali pertama...

Kejayaan Korea dalam badminton menambah satu lagi rentetan kejayaan yang mereka capai sebelum ini dan segalanya dicapai hasil ketekunan dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan...

Bila bercakap mengenai Korea, rakyat Malaysia khususnya buat yang telah berumur pastinya akan mengungkap frasa ini..."alah...dulu Korea pun belajar dengan kita macam mana nak main itu, ini"....

Frasa ini sering kali diungkap dalam sukan bolasepak dan hoki malahan sepaktakraw juga pernah sekali jurulatihnya merupakan jurulatih dari Malaysia...

tetapi lihat segalanya kini...dalam bolasepak, Korea telahpun melangkah ke separuh akhir Piala Dunia...dalam hoki mereka merupakan antara 5 kuasa besar dunia....dalam sepaktakraw, mereka pernah menewaskan Malaysia yang menganggap bahawa sukan ini adalah sukan turun temurun.....dan kini, badminton pula....

Mungkin ada yang menyanjung tinggi kejayaan Korea tetapi bagi Epain, mungkin ada baiknya kita mengkaji bagaimana Korea mampu muncul antara kuasa besar sukan dunia...

Ada sesetengah penggiat sukan kita mungkin lebih cenderung melihat negara Eropah sebagai "benchmark" mereka tetapi buat apa pergi jauh sekiranya tempat untuk belajar hanya berada di sekitar kita?...

Namun antara nilai positif yang pasti ialah pegawai dan pemain Korea sememangnya mempunyai keazaman yang tinggi diikuti pula dengan disiplin tiada kompromi...

Jadi, mungkin telah tiba pula masanya kita belajar segala segi daripada Korea...

Catatan Epain: Pakai kereta Hyundai...

Friday, May 14, 2010

Giliran Tembok Besar pula diruntuhkan...

Secara "dirancang", bahasa rakyat Malaysia pada 13 Mei 2010 bertukar seketika iaitu "bahasa badminton" selepas menyaksikan pasukan Malaysia menang 3-2 ke atas Denmark untuk ke separuh akhir Piala Thomas...

Walaupun Pilihanraya Kecil Sibu sedang rancak dalam proses berkempen, tiada siapa yang mampu menolak hakikat bahawa semua rakyat bergembira dengan kemenangan tersebut apatah lagi ia dicapai menerusi satu pertarungan hebat...

Namun halangan lebih besar menanti pasukan negara yang akan berdepan si gergasi, China di separuh akhir...

Atas kertas, hanya Lee Chong Wei dan bergu emas sahaja yang memiliki kelebihan, namun kita semua jangan terlalu memberi tekanan kepada mereka...

Setiap perlawanan amat penting untuk dihadapi tanpa mengira ranking dunia...

Apapun, saya tertarik dengan aksi dipamerkan pasangan bergu kedua negara yang digandingkan secara bidan terjun, Zakri latif-Hoo Thien How...permainan yang ditunjukkan mereka walaupun pada awalnya agak goyah berjaya mengucar kacirkan pasangan berpengalaman Denmark, Lars Paske-Peter Rasmussen...

Walaupun tewas, tetapi permainan mereka memang boleh dipuji dan saya harap Rexy Mainaky dapat mengekalkan bergu ini kerana ia mampu menjadi "senjata rahsia" Malaysia memandangkan pasangan ini tidak mempunyai rekod lampau dan China hanya bersandarkan perlawanan menentang Denmark untuk dikaji....

Namun kita mengharapkan sesuatu yang ajaib dapat dihasilkan sekaligus mengulangi pencapaian 1992 dan 2002 dimana kita mengalahkan China untuk ke perlawanan akhir...

Catatan Epain: Mustahil??...mungkin tidak....Malaysia Boleh!!

Wednesday, May 12, 2010

Laluan sukar jadi pilihan...

Tuah Stadium Putra sekali lagi seakan tidak memihak kepada skuad Piala Thomas Malaysia apabila tewas 2-3 ditangan Jepun sekaligus hanya mampu menduduki tangga kedua kumpulan namun masih layak ke suku akhir...

Bagaimanapun biarlah kita semua berharap agar "badi" tahun 2000 tidak berulang apabila Malaysia terpaksa berputih mata walaupun memiliki kelebihan selaku tuan rumah...

Laluan yang dipilih Malaysia sememangnya berliku tetapi ia seakan ulangan 1992 dimana pada waktu itu, Malaysia berdepan China di separuh akhir sebelum muncul juara dengan menundukkan Indonesia...

Bezanya dengan 1992, waktu itu tiada saingan suku akhir....

Nampaknya pemain tiada pilihan selain mengerah segala keringat yang ada bagi memastikan harapan rakyat Malaysia tidak berkubur dibumi sendiri...

Bagi pemain yang terlalu gugup, mungkin kekalahan dengan Jepun menjadikan anda lebih bersemangat manakala pemain yang menang pula tidak mudah dibuai mimpi kemenangan....

Apapun masih ramai yang yakin sesuatu yang positif mampu dicatat kali ini...kalau tidak kita mungkin akan terus menunggu untuk 20 tahun berikutnya sebelum Piala Thomas kembali menjadi milik kita...

Catatan Epain: Yakin boleh! Kau boleh! Malaysia Boleh!

Monday, May 10, 2010

Masanya rakyat Malaysia bersatu dalam satu...

Bagi peminat sukan khususnya badminton hampir semua telah sedia maklum bahawa Piala Thomas dan Uber telahpun memulakan saingannya semalam dengan menyaksikan Malaysia menang percuma ke atas Nigeria yang masih gagal tiba dalam saingan Piala Thomas...

Sememangnya Epain sengaja untuk melewatkan posting ini sebab Epain "seronok" melihat reaksi rakyat Malaysia ke atas piala keagungan badminton dunia ini...

Penangan 1992 sememangnya tidak perlu diceritakan lagi kerana cerita tersebut sentiasa menjadi buah mulut rakyat Malaysia sehingga ke hari ini dan tidak terbayang betapa nikmatnya malam ketika pasangan Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang mencipta mata kemenangan sekaligus menamatkan kemarau 25 tahun Malaysia dalam Piala Thomas....

Namun kita harus terima hakikat bahawa kita tidak boleh lagi hidup "dalam nostalgia" dan kita harus berpijak dibumi nyata bahawa kali ini Malaysia tidak mempunyai pilihan selain merampas Piala Thomas dan mungkin mencipta kejutan dengan muncul juara Piala Uber...

Apapun, Epain tersentuh melihat penangan yang dibawa Piala Thomas ini....menariknya, rakyat Malaysia seakan lupa segala-galanya, daripada perbezaan kaum, agama, warna kulit, jantina, negeri kelahiran dan sebagainya apabila membicarakan soal Piala Thomas...hinggakan fahaman politik yang berbeza bukan lagi perbezaan yang terus menerus diperkatakan....

Epain baru sahaja membaca secara seimbas lalu Malaysiakini.com dan yang buatkan Epain tersentuh apabila Ketua Dewan Pemuda Pas sendiri menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Malaysia....

Epain sememangnya mengharapkan agar perkara sebegini berterusan walaupun kita semua sedar bahawa setiap kita mempunyai perbezaan tersendiri tetapi rasanya semua sedar, bila sebut sahaja soal maruah negara, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa kita mampu disatukan...

Apapun, selamat maju jaya buat pasukan Malaysia....

Catatan Epain: Hanya mampu menjerit dan bersorak kat depan TV....

Friday, May 7, 2010

Angin yg berubah menjadi ribut...

Sebelum ini Epain pernah membuat posting mengenai "bisik-bisik drpd Wisma FAM" yg antaranya Epain menyatakan bahawa sesuatu sedang atau mungkin akan berlaku di Slovakia melibatkan pasukan Harimau Muda A...

Sangkaan Epain hanyalah ia suatu "hal kecil" berlaku dan ia tidak dapat disahkan sepenuhnya...

Namun Epain merasakan angin yg sedang melanda skuad kendalian Azrai Khor itu nampaknya boleh dikatakan semakin membadai menerusi pendedahan terbaru Rizal Hashim...

Jadi, jika ia diambil kira nampaknya telaan Epain menerusi sumber2 yg Epain percaya bahawa sesuatu sedang berlaku sememangnya benar2 berlaku...

Maka harapannya agar FAM dapatlah menjelaskannya sebaik mungkin kerana FAM pastinya sedar bahawa pemergian Harimau Muda A ke Slovakia sememangnya mendapat perhatian ramai...

Jangan nanti penjelasan FAM hanya lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding jawapan yang sangat dinantikan...

Catatan Epain: Sejuknya angin di Slovakia...