Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, May 10, 2010

Masanya rakyat Malaysia bersatu dalam satu...

Bagi peminat sukan khususnya badminton hampir semua telah sedia maklum bahawa Piala Thomas dan Uber telahpun memulakan saingannya semalam dengan menyaksikan Malaysia menang percuma ke atas Nigeria yang masih gagal tiba dalam saingan Piala Thomas...

Sememangnya Epain sengaja untuk melewatkan posting ini sebab Epain "seronok" melihat reaksi rakyat Malaysia ke atas piala keagungan badminton dunia ini...

Penangan 1992 sememangnya tidak perlu diceritakan lagi kerana cerita tersebut sentiasa menjadi buah mulut rakyat Malaysia sehingga ke hari ini dan tidak terbayang betapa nikmatnya malam ketika pasangan Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang mencipta mata kemenangan sekaligus menamatkan kemarau 25 tahun Malaysia dalam Piala Thomas....

Namun kita harus terima hakikat bahawa kita tidak boleh lagi hidup "dalam nostalgia" dan kita harus berpijak dibumi nyata bahawa kali ini Malaysia tidak mempunyai pilihan selain merampas Piala Thomas dan mungkin mencipta kejutan dengan muncul juara Piala Uber...

Apapun, Epain tersentuh melihat penangan yang dibawa Piala Thomas ini....menariknya, rakyat Malaysia seakan lupa segala-galanya, daripada perbezaan kaum, agama, warna kulit, jantina, negeri kelahiran dan sebagainya apabila membicarakan soal Piala Thomas...hinggakan fahaman politik yang berbeza bukan lagi perbezaan yang terus menerus diperkatakan....

Epain baru sahaja membaca secara seimbas lalu Malaysiakini.com dan yang buatkan Epain tersentuh apabila Ketua Dewan Pemuda Pas sendiri menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Malaysia....

Epain sememangnya mengharapkan agar perkara sebegini berterusan walaupun kita semua sedar bahawa setiap kita mempunyai perbezaan tersendiri tetapi rasanya semua sedar, bila sebut sahaja soal maruah negara, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa kita mampu disatukan...

Apapun, selamat maju jaya buat pasukan Malaysia....

Catatan Epain: Hanya mampu menjerit dan bersorak kat depan TV....

No comments: