Wednesday, May 12, 2010

Laluan sukar jadi pilihan...

Tuah Stadium Putra sekali lagi seakan tidak memihak kepada skuad Piala Thomas Malaysia apabila tewas 2-3 ditangan Jepun sekaligus hanya mampu menduduki tangga kedua kumpulan namun masih layak ke suku akhir...

Bagaimanapun biarlah kita semua berharap agar "badi" tahun 2000 tidak berulang apabila Malaysia terpaksa berputih mata walaupun memiliki kelebihan selaku tuan rumah...

Laluan yang dipilih Malaysia sememangnya berliku tetapi ia seakan ulangan 1992 dimana pada waktu itu, Malaysia berdepan China di separuh akhir sebelum muncul juara dengan menundukkan Indonesia...

Bezanya dengan 1992, waktu itu tiada saingan suku akhir....

Nampaknya pemain tiada pilihan selain mengerah segala keringat yang ada bagi memastikan harapan rakyat Malaysia tidak berkubur dibumi sendiri...

Bagi pemain yang terlalu gugup, mungkin kekalahan dengan Jepun menjadikan anda lebih bersemangat manakala pemain yang menang pula tidak mudah dibuai mimpi kemenangan....

Apapun masih ramai yang yakin sesuatu yang positif mampu dicatat kali ini...kalau tidak kita mungkin akan terus menunggu untuk 20 tahun berikutnya sebelum Piala Thomas kembali menjadi milik kita...

Catatan Epain: Yakin boleh! Kau boleh! Malaysia Boleh!

No comments: