Selamat Tahun Baharu 2020

Friday, May 14, 2010

Giliran Tembok Besar pula diruntuhkan...

Secara "dirancang", bahasa rakyat Malaysia pada 13 Mei 2010 bertukar seketika iaitu "bahasa badminton" selepas menyaksikan pasukan Malaysia menang 3-2 ke atas Denmark untuk ke separuh akhir Piala Thomas...

Walaupun Pilihanraya Kecil Sibu sedang rancak dalam proses berkempen, tiada siapa yang mampu menolak hakikat bahawa semua rakyat bergembira dengan kemenangan tersebut apatah lagi ia dicapai menerusi satu pertarungan hebat...

Namun halangan lebih besar menanti pasukan negara yang akan berdepan si gergasi, China di separuh akhir...

Atas kertas, hanya Lee Chong Wei dan bergu emas sahaja yang memiliki kelebihan, namun kita semua jangan terlalu memberi tekanan kepada mereka...

Setiap perlawanan amat penting untuk dihadapi tanpa mengira ranking dunia...

Apapun, saya tertarik dengan aksi dipamerkan pasangan bergu kedua negara yang digandingkan secara bidan terjun, Zakri latif-Hoo Thien How...permainan yang ditunjukkan mereka walaupun pada awalnya agak goyah berjaya mengucar kacirkan pasangan berpengalaman Denmark, Lars Paske-Peter Rasmussen...

Walaupun tewas, tetapi permainan mereka memang boleh dipuji dan saya harap Rexy Mainaky dapat mengekalkan bergu ini kerana ia mampu menjadi "senjata rahsia" Malaysia memandangkan pasangan ini tidak mempunyai rekod lampau dan China hanya bersandarkan perlawanan menentang Denmark untuk dikaji....

Namun kita mengharapkan sesuatu yang ajaib dapat dihasilkan sekaligus mengulangi pencapaian 1992 dan 2002 dimana kita mengalahkan China untuk ke perlawanan akhir...

Catatan Epain: Mustahil??...mungkin tidak....Malaysia Boleh!!

No comments: