Sunday, December 27, 2009

Apa yang kecoh sangat ni?


Sukan Sea 25 telahpun berlalu, dan seperti biasa di Malaysia mesti ada sahaja drama "rumah tak siap" berkumandang...

Kali ini membabitkan sukan sepaktakraw yang "kuat terasa pedasnya" akibat kenyataan Menteri KBS yang berhasrat nak mengurangkan dana kewangan kepada persatuan yang "lemau" di Vientiane...

Saya rasa kenyataan Menteri tu ada baiknya walaupun ia sebenarnya tidak menyelesaikan apa2 masalah, cuma mungkin ia dapat menyedarkan pegawai persatuan yang selama ini tidak sedar diri dengan kemampuan dan apa yang telah mereka lakukan terhadap pembangunan sukan masing-masing....

Sepaktakraw tidak terkecuali dan tak salah juga untuk saya katakan bahawa sepaktakrawlah antara sukan "paling bising" tetapi hasilnya tidak setimpal dengan apa yang mereka bawakan....

Kebanyakan peminat pasti tahu bahawa sepaktakraw sebenarnya telah "sebati" dengan Malaysia dan pastinya mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa Malaysia sekarang ni sudah tidak lagi dihormati jika tidak dipandang rendah kebanyakan lawan dan yang paling sedihnya, negara yang pernah menjadi "bola tanggung" Malaysia pun kita susah nak menang....

Bercakap mengenai "bising", PSM ni rasanya antara persatuan paling banyak demand, dan tentunya peminat sukan ini ingat dengan permintaan PSM untuk membina Akademi Sepaktakraw di Pulau Pinang yang menelan belanja RM 80 juta....hoiisshhhh...itu dah kira boleh bina sebuah kolej dah tu....

Selain itu, PSM juga pernah bertegang urat dengan MSN pasal dana kewangan dimana PSM mendakwa MSN tak pernah membantu hingga memaksa campur tangan Menteri KBS...

Kemuncaknya sudah tentu ramai masih ingat bila mana Malaysia tidak menyertai acara takraw Sukan Sea Korat, 2007 hanya kerana pertelagahan mengenai bola rasmi...dam sesiapa yang tahu serba mendalan sudah tentu arif bahawa adegan tersebut hanya wayang semata-mata....

Sekarang ni pulak, timbul soal pemotongan bantuan dan seperti biasa, PSM akan melompat seperti mana mereka mengajar pelibas melompat tinggi untuk melibas....

Saya rasa lahkan...PSM ni sudah boleh menceburi bidang barulah...iaitu debat atau pidato....rasanya banyak pertandingan mereka boleh menang di peringkat antarabangsa lagi...tetapi yelah, mengenali PSM yang banyak dibarisi orang "pandai cakap" yakni ahli politik rasanya tidak pelik lah kot untuk melihat mereka lebih hebat berdebat berbanding menghasilkan sesuatu yang hebat....

Catatan Epain: Bila lah Play station nak cipta game takraw, mesti orang Malaysia boleh jadi champion....

Wednesday, December 23, 2009

Apa masalahnya kalau ada universiti sukan?

Konvensyen Sukan Kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini kembali memperkatakan mengenai pengwujudan universiti sukan di Malaysia...

Cadangan tersebut rasanya telah lama diutarakan, kalau tak silap saya sebermula tahun 2005 (atau lama sebelum itu lagi)...dan ia semakin bergema semasa Ahli Parlimen Pengerang merupakan Menteri KBS lagi...

Jadi, selepas Pengerang, KBS dah pun mempunyai 2 Menteri dan perdebatan mengenainya kembali dan semakin hangat diperkatakan...

Ada yang menentang dan ada yang bersetuju, dan saya kira selepas campur tangan "pihak ketiga" maka ia sekali lagi dibantah atau ditolak mentah-mentah...

Saya secara peribadi melihat kewujudan universiti ini suatu yang positif...sebab banyak benda dapat diselaraskan di satu tempat khususnya yang berkaitan dengan sukan atau mungkin sains sukan....

Maka, apabila saya mendengar Kementerian pengajian Tinggi menolak untuk mewujudkannya atas alasan terdapat banyak universiti awam yang telah menjadi pusat kecemerlangan, maka saya lihat ia bukannya satu alasan yang "kuat"....

Mengetahui kedudukan universiti-universiti awam dan tanggungjawab asas mereka, sukar untuk menerima bahawa mereka dapat foukus untuk menjadi pusat kecemerlangan sukan apatah lagi ia melibatkan sukan-sukan tertentu....

Mungkin ramai yang tak sedar, negara Vietnam yang hanya menyertai ASEAN sekitar pertengahan 90 an dan keluar dari kepompong komunis sebelum itu, telahpun mewujudkan universiti sukan...

Saya pernah mengikuti rombongan Majlis Sukan Universiti Malaysia pada kejohanan Sukan Universiti Asean (SUA) 2006...dan saya terkejut bahawa terdapat universiti sukan di Hanoi...

(Hanoi Sport 1 University)

Melihat prasarana keseluruhan memang negara kita lebih baik tetapi mereka tidak mengabaikan prasarana sukan...yakni kemudahan sukan mereka memang "tip-top"...

Kalau melihat kepada Vietnam yang semakin berkembang sukan mereka malahan ada yang sudah mampu mendabik dada di peringkat dunia khususnya yang membabitkan "combat sport" mengapa kita tidak boleh?...

Tetapi saya rasa, antara kekangan kita pastinya datang dari masyarakat sendiri...kerana ada yang mengganggap universiti hanyalah tempat untuk mencari sijil sebelum memperoleh kerjaya...dan ada juga yang melihat "kuantiti"...kalau jumlah pelajar kurang, maka ia bukan universiti...cuma mereka mungkin lupa bahawa universiti adalah tempat "penyelidikan" dan "kecemerlangan akademik"....

Kalau ia berterusan menjadi tanggapan, maka saya rasa kepada pihak yang berangan hendak melihat kewujudan universiti sukan, buang sahajalah angan-angan tersebut...kerana ia akan terus mustahil untuk diwujudkan...

Catatan Epain: PhD in Football?....

Monday, December 21, 2009

Tuah "pertama"...


Sumber foto: Utusan Malaysia

Sukan Sea ke 25 yang berlangsung di Viantiane, Laos melabuhkan tirainya secara rasmi pada 18 Disember 2009....

Bagi tuan rumah, Laos mereka pastinya berbangga dengan pencapaian selaku tuan rumah, apatah lagi ia merupakan pengalaman pertama buat mereka dalam menganjurkan Sukan Sea yang telahpun dilangsungkan sebanyak 25 kali...

Walaupun ada kekurangan, pastinya ia sudah memadai buat negara yang sememangnya tidak mempunyai kemampuan kewangan yang mantap, justeru jika mereka mampu menganjurkannya walaupun secara sederhana, ia sudah dianggap terbaik...

Bagi Malaysia pula, pencapaian 40 pingat emas boleh dianggap sebagai terbaik ditambah pula terdapat beberapa acara yang sebelum ini dianggap sebagai lauk kegemaran Malaysia tidak dipertandingkan...

Namun banyak sebenarnya yang mampu diraikan daripada catatan 40 pingat emas itu...harus diingat, sasaran awal hanyalah 30 atau 35, jadi memperoleh 40 pingat bagaikan satu bonuslah kiranya....

Selain melepasi sasaran, terdapat sukan yang sebelum ini bagaikan pungguk rindukan bulan, memperoleh semula pingat emas yang diidamkan...

Antaranya bolasepak yang menamatkan kemarau 20 tahun manakala badminton wanita pula menamatkan kemarau yang lebih lama iaitu 34 tahun sebelum boleh merangkul pingat emas badminton berpasukan....

Dalam pada itu, ada juga sukan yang semakin "parah" dan peminat pastinya nampak sukan yang dimaksudkan ialah olahraga yang semakin lesu, malahan kemenangan kebanyakan acara dibantu kecemerlangan atlet "senja" seperti Noraseela Khalid dan Roslinda Samsu bukannya datang dari bintang baru....

Kontinjen Malaysia juga seharusnya berterima kasih dengan renang yang menyumbangkan 15 pingat di mana 30% daripanya disumbangkan daniel Bego...tetapi juga seharusnya menjadi satu lagi ingatan, iaitu kita tidak boleh selamanya mengharapkan atlet "kelas A" untuk menyumbangkan pingat di Sukan Sea....

Negara lain telah lama menjadikan Sukan Sea sebagai platform permulaan buat atlet mereka beraksi di peringkat yang lebih tinggi termasuklah Sukan Olimpik...

Maka tidak salah juga buat KBS melakukan perkara yang sama walaupun mereka sedar, maruah dikalangan negara serantau harus dijaga...

Apapun, janganlah kita lupa bahawa 2010 yang bakal menjelang ini, Malaysia akan mengharungi 2 lagi sukan yang lebih besar, Sukan Komanwel dan Sukan Asia manakala 2 tahun selepas itu, Sukan Olimppik pula menjelang....

Sama-samalah kita berdoa bahawa kejayaan akan terus mengiringi kita di masa depan...

Catatan Epain: Goodbye Viantiane....

Mintak2 lah jangan tunggu 20 tahun lagi....


Sumber foto: Malay Mail

Hampir semua peminat bolasepak telahpun mengetahui bahawa pada hari Khamis lepas, 17 Disember 2009, skuad kendalian K Rajagopal berjaya memenangi pingat emas bolasepak Sukan Sea 2009, Laos.

Pastinya ramai yang bergembira termasuklah mereka yang sebelum ini "tak sedar" bahawa Malaysia masih mempunyai sukan bolasepak...

Saya secara peribadi seharusnya mengucapkan tahniah kepada seluruh yang terlibat dengan kemenangan tersebut termasuklah FAM yang sebelum itu asyik dicemuh dengan masalah yang membabitkan prestasi bolasepak negara...

Kejayaan pada malam cukup bermakna, kebetulan perlawanan diadakan pada tahun baru kalendar Islam sememangnya bakal diingati, sebagaimana kebanyakan peminat mengingati bahawa pingat emas terakhir dimenangi pada 1989 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur...

Sebelum itu, pada 1979, skuad yang turut dianggotai Mokhtar Dahari memenangi emas di Jakarta...(menariknya persamaan dengan skuad tersebut dan kali ini, kedua-dua skuad menang 1-0)...

Jadi apa yang diharapkan, biarlah kejayaan ini tidak membuatkan pemain kita atau mungkin bakal pemain terbuai hingga lupa, ia hanyalah pingat Sukan Sea....sedangkan ada banyak lagi kejohanan yang perlu diharungi...dalam masa yang sama pula, ia boleh menjadi indikasi buat FAM dimasa depan bahawa mereka juga perlu meluruskan pengurusan mereka dalam pengendalian bolasepak...jangan banyak sangat cacamerba...

Saya sendiri masih dibuai kemenangan di Vientiane itu, tetapi juga tidak mahu lupa, bahawa banyak negara di Asia malahan di ASEAN sendiri yang telahpun mengorak langkah....maka saya harapkan peminat, pemain, FAM, KBS dan sebagainya tidak boleh lagi menyandarkan bahawa skuad yang ada atau pemain yang ada kini dianggap sebagai "budak mentah"...mereka harus digilap agar kejayaan di Vientiane itu adalah satu permulaan semula ke arah kejayaan yang lebih gemilang...

Syabas...

Catatan Epain: Tuah tahun baru....

Thursday, December 17, 2009

Kiro champion la tu (kalau menang laa)



Saya masih tidak lupa dengan satu kenyataan yang pernah dikeluarkan Menteri Besar Negeri Sembilan, datuk Muhd Hassan selepas berakhir perlawanan akhir bolasepak SUKMA 2004 Negeri Sembilan...

Negeri Sembilan muncul juara bolasepak tetapi bukannya juara keseluruha SUKMA...

Tetapi disebabkan "aura melampau" bolasepak, maka Negeri Sembilan dianggap muncul juara seperti mana yang terhambur dari mulut Datuk muhd Hassan, "kalau menang bola, kiro campion la tu"...

Jadi, kata-kata itu saya teringt kembali selepas saya, isteri saya dan jutaan rakyat Malaysia menyaksikan pasukan bimbingan K Rajagopal layak ke perlawanan akhir yang dijadualkan petang ini...

pada masa itu, saya terbayang keesokannya kejayaan tersebut pastinya menjadi buah mulut hinggakan rakyat yang tak pernah jenguk stadium terdekat pun berbangga...

itulah yang dikatakan penangan bolasepak...walaupun ada yang naik menyampah dengan suasana semasa bolasepak negara, tetapi sebenarnya, "masih ramai yang sayang"...

Maka, sama-samalah kita berdoa, pingat emas bolasepak Sukan Sea 2009 di Laos bakal menjadi milik Malaysia selepas menanti selama 20 tahun...tetapi jangan pulak jika terjadi sebaliknya, perasaan bangga kita pada hari Isnin lepas bertukar kepada ayat-ayat yang kurang enak...InsyaAllah....

Catatan Epain: Coach Raja.....marah lagi ka sama saya?

Wednesday, December 9, 2009

Selamat berjuang....



Jika rakan-rakan atau sesiapa saja tanya saya pasal "lucky number" atau nombor kegemaran, saya pilih 25 sebab saya lahir pada 25 hb dan kebanyakan "lucky event" saya jatuh pada tarikh ini...

Sukan Sea kali ini yang berlangsung di Vientianne, Laos juga diharapkan mampu memberikan tuah sebab ia merupakan Sukan Sea yang ke 25 secara keseluruhan...

Laos pula bertuah diberi peluang menganjurkannya buat pertama kali dan kesungguhan laos walaupun banyak kekurangan perlu diberi perhatian...yelah bukan senang nak menganjurkan temasya sukan ditambah pulak sumber kewangan yang terbatas...

Malaysia pula tetap bersemangat menghantar kontinjen cuma seperti yang kebanyakan peminat sukan sedia maklum, Sukan Sea kali ini tidak seperti temasya terdahulu apabila terdapat beberapa acara yang menjadi lubuk buat Malaysia tidak dipertandingkan...

Maka sasaran pun diturunkan malahan kalau saya tidak silap, MSN atau MOM kali ini tidak meletakkan sebarang sasaran yang khusus...cuma saya dengar, mereka berharap agar ada "peningkatan" yang dipamerkan atlet yang bertanding...

Cuma saya terkilan dengan gelagat yang ditunjukkan pemain boalsepak yang langsung tidak menunjukkan semangat kesukanan...dan tambah perit ia sebenarnya sangat memalukan....

Kalau benar kita terlalu bermegah dengan kesopanannya, apa yang ditunjukkan pemain bolasepak lelaki kita langsung tidak mencerminkan semangat tersebut...

Skuad wanita pula telalu "sopan" sampaikan dibelasah 14-0, 9-0...rasanya dah macam dengar result badminton dan squash pulak...

Jadi, kedua-dua acara ini pastinya akan menjadi pedoman buat penggiat sukan bahawa adakah perlu kita menyertainya, jika kita tidak bersedia baik dari segi fizikal mahupun mental?....

Catatan Epain: Nak jadi pemerhati je....

Friday, November 20, 2009

1 Piala, 32 pasukan, banyak cerita....



Bulan November ni boleh lah dianggap sebagai kontroversi dalam bolasepak...

Di Malaysia, Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia pada 7 november lepas tetapi cerita final masih belum berakhir khususnya yang membabitkan "keganasan" penyokong tak berpelajaran di kalangan penyokong Kelantan...

Tapi, sebelum tu memang ramai dah agak akan terjadi sedemikian tetapi tak terfikir pulak yang berakhir dengan agak "extreme" dan penyudahnya KAFA didenda RM 50 000 oleh FAM....

Ok..itu cerita di malaysia...

Cerita yang masih berlegar dikalangan peminat bolasepak ketika ini pastinya mengenai kelayakan Piala Dunia...

Perlawanan playoff baru sahaja berakhir yang menyaksikan kejutan berlaku...

Ada pasukan favourite tak layak...ada pula yang mengejutkan dan tidak kurang pula yang layak secara kontroversi....

Tapi itulah yang dikatakan "penangan" bolasepak....usia penganjuran Piala Dunia bakal mencecah 80 tahun yakni hampir seabad, tetapi cerita pasal bolasepak tak pernah surut...

Tahun 2010, pesta dunia akan kembali bergema dengan penganjuran Piala Dunia di Afrika Selatan dan bagi rakyat disana, penganjuran kejohanan terulung bolasepak dunia akan tersimpan dalam lipatan sejarah malahan rasanya tidak keterlaluan untuk mengatakan kesannya lebih hebat berbanding tewasnya dasar apartheid yang pernah membelenggu Afrika sebelum ini....

Di Malaysia, rasanya sekali lagi Piala Dunia akan datang ke negara ini, tetapi cuma sekadar untuk "berhenti" seketika dan dtatap sebahagian peminat bolasepak negara ini...

Catatan Epain: Apa nak buat.....

Friday, November 6, 2009

Antara kijang dan rusa, siapa lebih licik dan lincah?

Esok, satu lagi sejarah bolasepak Malaysia bakal tercatat dengan berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal menemukan 2 pasukan yang masih belum dapat mendakap piala tersebut, Kelantan dan Negeri Sembilan...

Walaupun secara peribadi, saya sedikit terkilan kerana tidak dapat melihat Selangor beraksi di final tetapi bagi saya pertemuan 2 pasukan ini juga tidak kurang hebatnya dan meriah...

Kedua-dua pasukan mempunyai cerita tersendiri dalam Piala Malaysia khususnya dalam perjalanan menuju Stadium Nasional Bukit Jalil....

Pertemuan kedua-dua pasukan yang tanpa disedari terjadinya "perseteruan" antara keduanya juga bakal menyajikan aksi yang dinantikan peminat kedua-dua pasukan...

Negeri Sembilan yang sudah 3 kali melangkah ke final pastinya tidak mahu menjadikan yang ke 4 sebagai satu lagi titik kekecewaan manakala Kelantan yang hampir 4 dekad tidak layak ke final Piala Malaysia pastinya mahu menamatkan kemarau tersebut...malahan peminat "The Red Warriors" pastinya teruja dengan suasana final yang sebelum ini dirasai pada final Piala FA, namun seperti mana yang semua tahu, final Piala Malaysia mempunyai aura yang tersendiri....

Dari segi kemampuan, rasanya kedua pasukan mempunyai kemampuan seimbang di semua posisi walaupun keduanya terpaksa menggunakan khidmat pemain pinjaman untuk menguatkan posisi yang sebelum ini dianggap lemah...

Bagi pemain pula, ada yang baru mengecapi nikmat final buat pertama namun ada juga diantara pemain yang pernah beraksi di final dan menjulang Piala Malaysia...antaranya Khalid Jamlus yang sudahpun memiliki 2 pingat ketika bersama erak dan Selangor...kelibat Khalid juga pastinya menjadi mimpi ngeri buat Negeri Sembilan...jika masih ingat, Khalid merupakan salah seorang penyumbang gol Perak ketika membenam Negeri Sembilan pada final 2000 dan kini Khalid bersama Kelantan pula cuma tidak pasti sama ada B Sathianathan akan menurunkan Khalid atau hanya duduk di bangku simpanan...

Apapun, sebagai peminat kita mengharapka aksi sihat dapat dipamerkan kedua-dua pasukan namun tetap menghiburkan...

Kita juga berharap agar "pemain ke 12" iaitu penyokong yang datang ke stadium tidak buat pasal termasuklah bergaduh, merosakkan harta benda dan membaling mercun serta botol ke dalam padang....

Biarlah kita tunjukkan bahawa bolasepak kita masih ada maruah baik di atas padang mahupun di luar padang...jangan nanti orang melabelkan kita sebagai handal di luar padang, tetapi di atas padang kita lembik!!

Catatan Epain: Negeri Sembilan 2 - Kelantan 1....

Monday, October 19, 2009

Media - sahabat atau musuh dalam selimut?

Menteri Belia dan Sukan, datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini menyeru persatuan sukan agar "berkawan" atau "bersahabat" dengan media baik elektronik mahupun cetak...

Saya agak kurang faham dengan maksud "berkawan" kerana sepanjang pengetahuan saya, media tidak pernah bermusuh dengan sukan apatah lagi persatuan sukan...

Cuma pandangan (bukan sekadar kritikan pedas) selalunya di pandang cara yang negatif...jadi secara tidak langsung media dilabel sebagai bermusuh atau mencari pasal dengan persatuan sukan...

Tapi yang bestnya, Menteri cakap setiap kontroversi secara tidak langsung mempopularkan sukan tersebut...betul ke?...memang popular tetapi dalam bentuk yang negatif, macam mana orang ramai khususnya generasi muda nak mendekati sukan tersebut...

Dan kebanyakan kontroversi pula selalunya melibatkan pentadbir persatuan sukan yang lebih mementingkan perut dan kantung masing-masing berbanding kemajuan sukan tersebut...

Saya tak faham jika ada yang menganggap media hanya suka mensensasikan sesuatu hal tanpa sebarang sebab...kerana setiap yang dilakukan mempunyai sebab yang kukuh dan bukannya memuta tuli...

Saya pasti, pandangan Menteri itu dikeluarkan selepas beberapa pihak "berbisik" dengannya mengenai senario media-persatuan sukan....

Saya juga tidak nafikan ada wartawan yang mempunyai conflict of interest dengan persatuan sukan walaupun ada sesetengah mereka akan segera "angkat tangan" jika dituding...

Walau apa pun, biarlah apa yang berlaku berlangsung dalam suasana yang penuh harmoni dan setiap kerja dilakukan demi melihat sukan negara ini terus maju bukannya bertambah teruk....sebab "pertarungan" antara media-persatuan sukan ini tidak membawa sebarang kejayaan...menang jadi arang, kalah jadi abu...

Catatan Epain: Menghormati tugasan masing-masing....

Friday, October 16, 2009

From treble to trouble...

Saingan Piala Malaysia 2009 memasuki bab baru dengan pengesahan 8 pasukan yang akan beraksi di suku akhir...

Tetapi saya rasa pastinya cakap-cakap utama berkisar mengenai 2 bekas juara dari Utara, Kedah dan Perak...

Saya tak mahu mengaitkan dengan politik, tetapi apa yang berlaku di kedua-dua negeri ini sememangnya sesuatu yang menyedihkan...

Walaupun ada yang mengatakan ketiadaan kedua-duanya membuatkan Piala Malaysia hilang seri tetapi apa yang berlaku selepas penyingkiran kedua-duanya lebih "mengejutkan"...

Di Perak, jika diamati kenyataan M. Karathu seolah-olah ada gerakan menyingkirkan jurulatih tersohor itu, manakala di Kedah, awan hitam yang membendung Azraai Khor akhirnya terlerai selepas dia meletak jawatan...

Apa yang pasti, peminat pastinya mengaitkan situasi di kedua-dua negeri dengan situasi politik negeri yang boleh dikatakan dalam keadaan tidak menentu namun untuk menyalahkan keadaan adalah cara yang senang...cuma apakah penyelesaiannya?...

Jangan pandai bercakap tetapi kosong dan apabila diminta bertindak semuanya kecut perut....dan buat pegawai yang suka baling batu...lepas baling, janganlah sorok tangan pulak...buktikan bahawa anda memang "jantan"...

Catatan Epain: Tak nak baling batu....

Wednesday, October 14, 2009

Nama je professional tetapi....

Semalam (13 Oktober) saya sempat menonton berita sukan TV3 dalam segmen buletin sukan, buletin utama...

Saya "tertarik" dengan berita membabitkan Persatuan Golf Profesional Malaysia (MPGA) yang masih digantung pendaftaran ekoran kemelut yang melanda persatuan itu...

Menteri Belia dan SUkan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan "rela hati" sanggup menghulurkan bantuan sementara kepada persatuan terbabit dalam menyelamatkannya daripada berdepan kemelut yang lebih besar...

Saya sedar bahawa isu ini sudah lama berlarutan khususnya ketika Tan Sri Elyas Omar menjadi Pesuruhjaya Sukan dan Datuk Ithnin Yaakob merupakan presiden MPGA...

Kalaulah saya berada dalam MPGA, saya sebenarnya berasa sangat malu dengan apa yang terjadi kepada persatuan tersebut...

Ini kerana, dalam nama mereka sudah disebut "prifessional" tetapi dengan kemelut yang melanda hingga mengheret menteri untuk campur tangan, adakah sesuai dengan "title" professional itu?...secara jujur, tidak...

Tetapi apa pun penyelesaiannya, biarlah isu seperti ini dapat diselesaikan...tak guna di panjangkan...siapa yang gila kuasa atau yang obses sangat dengan jawatan, ingatlah bahawa ia bukanlah segala-galanya...ingatlah juga, kita bukannya mampu untuk menongkat langit...apa yang penting selamatkan dahulu maruah sukan negara....sebelum Malaysia ini dilabel sebagai negara yang penuh dengan "persatuan bermasalah"...

Catatan Epain: Sampai sekarang fail untuk tee-off....

Friday, October 9, 2009

Penswastaan?...Bila masa bolasepak menjadi milik kerajaan?

Hmmmm...

Puas ke depan belakang...balik2 kita cerita pasal bolasepak...tak pelah nak buat macam mana...kena akui bahawa sukan ini sememangnya "dekat di hati" peminat sukan negara ini termasuklah saya...

Apapun, sekali lagi, FAM menjadi perhatian dan akan terus diperhatikan...terutamanya dalam keadaan bolasepak negara yang sedang mengalami "kegawatan" walaupun ekonomi sudah menunjukkan pemulihan...

Sebelum ini, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pernah menyuarakan "permintaan" kepada jawatankuasa pertandingan agar mencadangkan format baru liga Malaysia yang lebih kompetitif dan lebih penting, mendatangkan keuntungan atau paling tidak, "balik modal"...

Setelah beberapa bulan (tanpa sebarang cadangan konkrit), FAM akhirnya mengeluarkan cadangan agar Liga Malaysia "diswastakan" bermula musim 2011....

Sama ada FAM sedar atau tidak dengan apa yang dicadangkan, agaknya mereka menganggap "swasta" sebagai satu yang mudah...

Kalau dilihat balik dasar penswastaan negara yang diilhamkan pada era pentadbiran Tun Mahathir, penswastaan sememangnya suatu yang baik khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan...

Tetapi kalau disamakan dengan bolasepak, aspek mana yang diswastakan?...dan kalau di fikir balik, untuk menswastakan sesuatu, ia perlu mempunyai nilai pemasaran atang kepenggunaan yang tinggi...jadi adakah bolasepak khususnya bolasepak negara ini mempunyai nilai tersebut?....

Satu lagi persoalan...adakah kerajaan "memiliki" bolasepak kita...persoalan ini perlu kerana hakiki FAM adalah sebuah "badan bukan kerajaan"...jadi maksudnya Liga Malaysia bukannya dimiliki kerajaan...

Jadi buat FAM, boleh tak terangkan apa makna "penswastaan Liga Malaysia?....ramai yang nak tau terutamanya "pelabur" atau pemiliknya nanti...

Catatan Epain: Cadangan nama pemilik Liga Malaysia...Perbadanan FAM Berhad (yang akan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia)...

Saturday, October 3, 2009

Mestikah bermula dengan Nicol Ann David?

Saya sememangnya menantikan hasil pembentangan kabinet terhadap cadangan meletakkan nama sesetengah pusat sukan atas nama atlet tersohor....

Walaupun secara terus (direct) tidak memberikan impak segera terhadap sukan negara namun ia sedikit sebanyak menceritakan kepada generasi akan datang bahawa mereka ini merupakan wira negara...

Tetapi saya agak terkilan kerana dalam ramai-ramai wira negara, nama Nicol David yang muncul dahulu...walaupun sekadar nama salah satu gelanggang di Pusat Skuash Nasional Bukit Jalil, tetapi saya rasa ia "terlalu awal"....

Jika betul idea ini terhasil daripada beberapa pusat/gelanggang sukan di luar negara seperti Rod Laver Arena dan Arthur Ashe maka benda yang sama patut dilakukan....

Sepatutnya ia boleh dicadangkan begini...Kompleks Sukan Mokhtar Dahari dinamakan terhadap kompleks sukan Kg Pandan (kampung Supermokh) bagi menceritakan kegemilangan bolasepak....Kompleks Sukan M. Jegathesan (olahraga) dan Stadium Badminton Eddy Chong....

Secara tidak langsung melengkapkan "wira 1Malaysia" tetapi yang lebih penting, ang dahulu patut didahulukan....

Bukanlah maksud saya menidakkan pencapaian Nicol tetapi rasanya, ia patut dimulakan dengan wira sebelum ini yang sinonim dengan sukan masing-masing....Dalam hal ini, saya sangat bersetuju dengan Persatuan Badminton Selangor yang menamakan Dewan Badminton Kg Attap kepada "Dewan Dato' Sidek"...walaupun arwah bukan pemain badminton, tetapi sumbangan beliau sangat besar dalam mendidik anak-anaknya menjadi wira negara dalam sukan badminton....

Catatan Epain: Saya nak letak nama "Gimnasium Epain" je....

Monday, September 28, 2009

Kera dihutan bertambah kenyang, anak dirumah makin kurus...

Sekali baca pada tajuk, mungkin ada yang mengaitkannya dengan suasana Aidilfitri atau bulan Syawal yang telah menjadi "bulan makan" buat rakyat Malaysia...yelah banyak open house nak kena pergi...

Tapi yang saya maksudkan ialah berkenaan nasib bolasepak Malaysia atau lebih khusus, Piala Malaysia...

Kejohanan yang hampir menjengah satu abad usia itu nampaknya "hanyut" tanpa disedari peminat khususnya bolasepak kecuali yang benar-benar mengikuti perkembangannya sejak dari mula...

Kenapa saya mengatakan begitu?....

Sebabnya mudah...lihat sahaja coverage yang diberikan terhadap EPL....walaupun Aidilfitri, ia sama sekali tidak menjejaskan tumpuan peminat dan media di negara ini...

Tetapi Piala Malaysia tak ramai pun yang sedar tentang "kehadirannya"...tau-tau je, Sabtu lepas, edisi 2009 bermula...lihat pada sambutan di stadium termasuklah dikalangan "the big four", sememangnya hambar....

Apalah nasib dengan piala keagungan bolasepak Malaysia ni?...Kalaulah ia berterusan, jangan terkejut satu hari nanti ia akan "pupus" ditelan zaman...dan pada masa depan, akan ada anak muda tertanya-tanya...Ehh! Apa tu Piala Malaysia?...Piala pertandingan kuiz kenegaraan ke? Atau piala pertandingan debat Merdeka?....

Catatan Epain: Nak menang Piala Kampung Seronok je....

Wednesday, September 23, 2009

Coretan Raya Epain

Hari ini merupakan hari pertama saya memulakan kembali tugasan hakiki..

Walaupun kebanyakan yang lain masih beraya sambil bercuti dengan keluarga, saya pula berada di pejabat bagi menghabiskan beberapa kerja sebelum "workload" kembali "mengganas" bermula 27 September ini....Bagi saya raya dah "cukup" tetapi dalam masa yang sama tetap meluangkan masa berkunjung serta memenuhi undangan kahwin atau pun rumah terbuka...

Apapun, raya kali ini sedikit "berbeza" dengan raya tahun-tahun lepas...pertama sekali pastinya gembira melihat gelagat hero sulung saya yang mencecah 2 tahun 6 bulan...

Bukan setakat gembira melihat telatahnya beraya dengan saudara yang lain tetapi ia secara tidak langsung mengingatkan saya mengenai zaman kanak-kanak dan remaja yang telahpun ditinggalkan....

Memang benarlah orang kata, pada hari raya, golongan muda khususnya kanak-kanak pastinya yang paling gembira....bermula dengan baju baru, kuih raya hinggalah ke duit raya, hari raya sememangnya bermakna buat golongan ini...

Ibu bapa pula tersenyum melihat gelagat anak-anak walaupun tidak ketinggalan masih ada yang bersedih mengenangkan tersayang yang tidak dapat beraya bersama...

Walaupun, raya setiap tahun hanyalah "siaran ulangan" tetapi setiap edisi akan terasa kelainannnya...dan pastinya ia akan berterusan apatah lagi selepas setiapnya melalui peredaran zaman yang berbeza...

Tetapi itulah kenikmatan raya...bukan sekadar merayakan kemenangan melawan hawa nafsu tetapi lebih dari itu...suatu kegembiraan anugerah Allah yang tidak digambarkan hanya dengan kata-kata....

Catatan Epain: Bersyukur dengan nikmat yang diberikan....

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya daripada Epain...

Pada masa saya membuat posting ini, saya sebenarnya menunggu masa untuk "punch-out" sebelum pulang ke rumah...

Hari ini merupakan hari terakhir bertugas memandangkan Hari Jumaat saya bercuti...

Jadi dikesempatan ini, saya sekeluarga mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri, semoga hari lebaran ini akan terus menceriakan kita walau dimana kita beraya...

Kalau ada yang terasa dengan posting saya, mintak maaf lah jugak ye...tiada niat untuk menjatuhkan maruah sesiapa, cuma sekadar berkongsi rasa...

Buat yang pulang ke kampung menggunakan kenderaan sendiri, berhati-hatilah di jalan raya..begitu juga buat yang pulang dengan kenderaan awam, berhati-hatilah dengan penyeluk saku....

Apapun, buat atlet jangan lupa...lemang dan ketupat disamping rendang dan kuih raya sememangnya sedap lagi lazat..tetapi jangan lupa pemakanan harus dijaga....yang bukan atlet pun kena jaga makan jugak...jangan sampai orang jaga anda sudahlah ye...

Akhir kata, sekali lagi diucapkan Selamat hari Raya, maafkan saya dari pangkal rambut hingga hujung kaki...(kalau saya berhutang, kira settle, kalau anda berhutang kasi setlle)....

Catatan Epain: Balik kampung orang rumah buat tahun hatrick...

Wednesday, September 16, 2009

F1Malaysia....

Semalam saya terbaca "crawling" di tv saya mengatakan Malaysia bakal memiliki pasukan F1 sendiri...

Pada mulanya, saya ingatkan pasukan QI Meritus sebab saya pernah terbaca pasal keinginan pasukan yang diketuai Firhad Mokhzani itu untuk menyertai F1 pada tahun 2016....

Rupanya pasukan yang dimaksudkan ialah 1Malaysia F1 Team (betul kot?) yang baru sahaja mendapat green light untuk berlumba tahun depan...

Wow!!...jika 20 tahun dahulu, kemampuan Malaysia mengendalikan perlumbaan F1 hanyalah bersifat impian, ia menjadi kenyataan pada tahun 1999 dan kini Malaysia terlibat pula sebagai salah satu pasukan (bagi melengkapkan keseluruhan pusingan bermula dengan penajaan pasukan Stewart Ford kemudiannya mempunyai perlumbaan F1 pertama, Alex Yoong)

Muka depan akhbar kesemuanya "carry" story ini atau paling tidak pun terpampang luas gambar menunjukkan datuk Sri Najib melancarkan pasukan ini...

Bagi saya, yang menariknya ia "berjaya" menggabungkan kebanyakan GLC yang besar...keduanya pula mengenai penggunaan enjin Lotus yang dimiliki Proton...

Dari dulu lagi saya tertanya-tanya, kenapa tidak Proton terlibat secara langsung memandangkan penyertaan syarikat automotif negara itu dalam dunia automobil....

Apapun gabungannya tetap menarik walaupun saya pernah mengimpikan pasukan ini dinamakan sebagai "Proton F1 Team Malaysia"....

Cuma saya harapkan biarlah aspirasi untuk meMalaysiakan pasukan ini menjadi kenyataan...jangan nanti, lebih ramai Mat Saleh berbanding Muhd Salleh dalam pasukan ini sudahlah...

Catatan Epain: Siapalah agaknya pemandunya nanti?...Fairuz Fauzi?..Jazeman Jaafar?...Alex Yoong?...Karamjity Singh?...atau Epain?

16 September yang bermakna buat Malaysia...



Suka atau tidak, Malaysia sebenarnya mempunyai banyak keunikan..

Dari budaya hinggalah ke rakyatnya, Malaysia sememangnya istimewa malahan tidak keterlaluan pula untuk mengatakan Malaysia mempunyai satu lagi keunikan yang tersendiri iaitu mempunyai 2 birthday atau aniiversary...

Jika 31 Ogos, penjajah berjaya dinyahkan, 16 September pula merupakan tarikh yang istimewa iaitu penyatuan Malaysia....

Saya sendiri mempunyai makna yang tersendiri buat angka 16 tetapi biarlah saya pendam terlebih dahlu....

Ada bermacam cakap dikeluarkan terhadap apakah hari yang sepatutnya dinamakan "hari Malaysia" tetapi bagi sayalah, "Hari Malaysia" bukan seharusnya disambut pada satu-satu hari sahaja tetapi ia perlua dirasai setiap hari, seperti mana "Hari Ibu" dan "hari Bapa"....

Apapun, jadikan 16 September sebagai inspirasi bahawa "pergilah mana pun, Malaysia tetap yang terbaik"....

Catatan Epain: Malaysia tetap dihati....

Tuesday, September 15, 2009

Satu "permulaan" baik buat SAM...

Semalam saya sempat meluangkan masa dengan rakan-rakan wartawan sukan yang lain berbuka puasa di Hotel Hilton yang turut dihadiri Menteri belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek...

Majlis yang menghimpunkan kira-kira 70 wartawan sukan itu sememangnya sesuatu yang dinantikan khususnya buat mereka yang ingin melihat SAM kembali "hidup"...

Apapun saya harap biarlah ia berterusan tanpa mengira siapa yang menerajui SAM...

Pengumuman Menteri dan Presiden SAM mengenai anugerah kewartawanan sukan sememangnya sesuatu yang menarik, walaupun masih ramai yang belum jelas mengenai jumlah dan jenis anugerahnya yang mana kalau mengikut Rizal Hashim, ia menyamai Anugerah Pullitzer...

Tak kira lah macam mana anugerahnya, saya kira ia satu pengikirafan kepada wartawan sukan dan hasil kerja masing-masing yang boleh dianggap satu sumbangan "besar" dari dunia "kecil"....

Cuma janganlah wartawan hanya tau bekerja untuk anugerah atau side income lain...kerja hakiki jangan dilupa....

Catatan Epain: Tak menulis berita dah...

Friday, September 11, 2009

11 September yang mengubah dunia

Sebelum tahun 2001, tarikh 11 September bukanlah terlalu bererti buat sesebuah negara...ia bukanlah tarikh kemerdekaan...

Mungkin ia sekadar tarikh kelahiran atau pun kematian...atau juga tarikh penubuhan sekolah, sarikat dan sebagainya...

Tetapi pada tahun 2001, seluruh dunia seakan terpinga-pinga apabila mendengar berita bahawa World Trade Center telah "dilanggar" dua buah kapal terbang yang sebelum itu telah dirampas...

Peristiwa yang mungkin seumpamanya kerana melibatkan pesawat penumpang (pesawat Jepun terkenal dengan Kamikaze) jelas sekali mengjeutkan semua orang yang waras khususnya di negara Uncle Sam yang terkenal dengan kecanggihannya namun tidak dapat "menghidu" gerakan melanggar WTC....

Apapun kejadian bersejarah itu sebenarnya telah mengubah dunia secara keseluruhan...kerana 11 September, Iraq diceroboh, OSama Laden dicari, Afghanistan dijajah, umat Islam dicurigai dan sebagainya...

Jika zaman batu dahulu, negara terbentuk selepas terpecahnya ais dan sebagainya tetapi saya rasa dunia sekali lagi terpecah, jika tidak di atas peta, pecah secara nurani....

Kejadian itu juga secara tak langsung telah "membuka pekung" pelbagai rupa...disini kita boleh lihat siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan...sekadar renungan

Tahun ini pula, jangan lupa 11 September juga boleh lah dianggap sebagai permulaan kepada 10 malam Ramadhan yang terakhir, dan disitulah terletaknya lailatul Qadar....

Catatan Epain: Nak hidupkan pelita je...

Wednesday, September 9, 2009

Tak boleh ke kita mempunyai "haka" sendiri

3 hari lepas, sementara saya menunggu makanan yang di pesan siap di salah sebuah kedai tom yam di Taman Ehsan Kepong, saya menonton rancangan "macam-macam Azni"...

Saya tak pasti ia merupakan episod terbaru atau ulangan tetapi rasanya musim terdahulu lah kot...ye lah takkanlah pukul 4.00 pagi Astro siarkan rancangan latest, lainlah kalau ada live bola...

Dalam episod tu ditunjukkan sebahagian pelajar Sek. Men Alam Shah Putrajaya membuat demonstrasi tarian "haka" yg biasanya di persembahkan pemain ragbi New Zealand atau mungkin sukan lain juga...

Yelah, tarian itu memang menarik dan mampu membuatkan pemain lawan terasa "psiko" bila berdepan dengannya....

Tetapi kenapa kita juga harus mengikut mereka untuk "psiko" pihak lawan?....Bagaimana pula seandainya pasukan ragbi kita berdepan New Zealand...adakah pemain kita akan ber"haka" dihadapan pemain New Zealand?

Saya percaya pelajar terbabit merupakan pemain ragbi juga...

Apa yang ingin saya perkatakan, kenapalah teruja sangat dengan tarian "haka" ni?...pernah dulu pelumba cilik Formula Future juga melakukan yang sama ketika penyerahan jalur Gemilang yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan...pernah juga saya melihat kalau tak silap di salah sebuah universiti dimana salah satu pasukan perbarisan mempersembahkan tarian "haka" ketika mereka melintasi pentas utama...

Apa ni?...adakah kita dah ketandusan idea untuk melakukan sesuatu...atau kita tak yakin dengan produk sendiri....

Tak boleh ke "tarian perang" dijadikan alat "psiko" sebelum bermulanya sesuatu perlawanan...

Walaupun agak remeh, namun boleh juga dijadikan renungan...jangan pula nanti rakyat New Zealand akan "ganyang" sukan Malaysia hanya kerana tarian "haka" sudahlah...

Catatan Epain: Tak menari tetapi menyanyi "Inilah Barisan Kita" sebelum bertanding

Thursday, September 3, 2009

Chong Wei yang semakin tertekan..

Kalau tak silap saya, tahun lepas menjelang Sukan Olimpik Beijing saya pernah membuat posting berkenaan Lee Chong Wei yang diletakkan harapan tinggi untuk memenangi pingat emas pertama negara...

Saya percaya pada ketika itu walaupun harapan tinggi diletakkan, dalam masa yang sama peminat tetap "menyimpan" perasaan "kalau-kalaulah kecewa"...

Bagaimanapun Chong Wei berjaya melangkah ke final kemudiannya tewas kepada Lin Dan yang membuktikan status "super Dan" pada ketika itu...

Selepas itu, harapan setinggi langit biru terus diletak di bahu Chong Wei....ada yang mengatakan tahun 2009 sebagai "tahun Chong Wei" untuk menang Kejohanan Dunia manakala tidak kurang yang berkata "penantian Malaysia akan berakhir 2012" dan bermacam lagi...

Namun sekali lagi hajat Chong Wei untuk menang kejohanan dunia tidak kesampaian apabila dikecewakan Sony Dwi Kuncoro yang sekali lagi menjadi petualang buat Chong Wei...

Seperti biasa, orang ramai malahan sesetengah media tanpa menunggu lama terus bertanya, "mampukah Chong Wei menang 2012?"....haha...sesuatu yang saya agak apabila seseorang atlet negara tewas....

Bagi saya dalam hal ini, tidak adil untuk meletakkan segalanya di bahu Chong Wei...sedangkan kita masih lagi terkial-kial mencari pemain pelapis...

Datuk Misbun Sidek kata 4 tahun diperlukan untuk mencari pengganti setanding Chong Wei...maknanya impian 2012 hanyalah impian kosong...

Saya rasa "4 tahun" bukanlah jawapannya...kerana jika dilihat kepada China, ruang vakum bagi mereka untuk mencari pengganti tidaklah selama itu...hampir setiap tahun mereka mempunyai pemain baru yang mampu menandingi pemain senior bertaraf dunia yang lain, cuma pada ketika ini Lin Dan masih gah selaku pemain terbaik...

Apa yang terbaik kini ialah jangan terlalu menekan Chong Wei....semua orang ingin menang...dan kalau boleh kemenangan lebih besar bermula dengan Piala Thomas tahun depan...piala keramat dalam dunia badminton...

Catatan Epain: Nak menang "kampung open" pun susah

Wednesday, September 2, 2009

Selepas 52 tahun....adakah kita benar-benar merdeka?

Seperti mana yang semua rakyat Malaysia sedia maklum, tarikh 31 Ogos merupakan tarikh keramat yang seharusnya diingati sampai bila-bila selain tarikh-tarikh penting yang lain...

Pada hari ini, 52 tahun lepas, bendera Malaysia secara rasminya berkibar di seluruh negara selain bendera Union Jack mengucapkan selamat tinggal...

Itulah merdeka...satu ungkapan yang cukup bermakna khususnya buat mereka yang pernah berjuang baik secara mengangkat senjata ataupun sekadar berperang secara psikologi...

Apapun, makna "merdeka" tetap tidak akan berubah tetapi bagaimana pula dengan makna "kemerdekaan"?

Adakah selepas 52 tahun, kita kini boleh menganggap bahawa tiada lagi ancaman? Ataupun selepas 52 tahun, kita boleh mengatakan dunia kini bebas sepenuhnya daripada penjajahan?

Walau apapun sangkaan...janganlah sampai kita terlupa dengan ungkapan popular dalam sukan - "mempertahankan lebih sukar daripada memperolehi"...

Benar, kita telah merdeka daripada penjajah selepas mereka bertapak di bumi bertuah ini selama lebih 500 tahun...tetapi sedarkah kita bahawa kita semua secara tidak langsung telah membenarkan bentuk penjajahan baru bermaharajalela...dan ia lebih berbahaya daripada penjajahan berbentuk ketenteraan...

Merdekakah kita sekiranya kita masih menganggap London lebih hebat tempatnya dari Kuala Lumpur...

Merdekakah kita seandainya kita terus mengagungkn kereta buatan Eropah dan terus memperlekehkan kereta buatan Malaysia?

Merdekakah kita seandainya kita menganggap makan menggunakan tangan sebagai suatu yang kotor jika dibandingkan dengan sudu dan garpu?

Apapun, biarlah segalanya menjadi renungan buat kita semua...apakah makna merdeka yang sebenar dalam diri masing-masing....

Walaupun posting ini lambat 2 hari daripada tarikh kemerdekaan...namun kemerdekaan bukan sekadar sambutan perhimpunan semata-mata...

Merdeka juga bukannya sekadar 1 hari semata-mata...tetapi merdeka yang sebenar sentiasa tersemat hinggalah ke hujung nyawa...

MERDEKA!!

Catatan Epain: 31 Ogos tahun ini...balik rumah bini....

Monday, August 24, 2009

Jamaica...the land of Thunder Bolt

Minggu lepas merupakan minggu yang agak mengecewakan buat sukan Malaysia khususnya badminton selepas negara sekali lagi kempunan untuk menjulang kejuaraan dunia di Hyderabad...

Apa nak buat...life must go on...dan Chong Wei mengubat sedikit kekecewaan dengan muncul juara Terbuka Macau disamping bergu emas Kien Keat - Boon Heong...

Selain badminton, kejohanan olahraga dunia selepas itu menjadi perhatian...

Pastinya yang menjadi perhatian ialah juara Olimpik, Usain Bolt yang kini mampu berbangga selaku manusia terpantas dunia...

Bolt nyata tidak mengecewakan di mana dia membawa pulang 3 pingat emas dan paling best, 2 rekod dunia, 100 meter dan 200 meter...

Bagi saya, Bolt dan negaranya seharusnya mampu menjadi inspirasi khususnya buat atlet negara ini...

Bayangkan Jamaica bukanlah negara sebesar mana...kalau tengok profile negara ni seakan tidak percaya bahawa disinilah lahirnya manusia terpantas dunia...

Teringat masa dahulu, saya ingatkan Jamaica ni merupakan negara Afrika...apatah lagi selepas menonton filem "Cool Runnings" di mana dalam filem tersebut menceritakan mengenai rekod yang dilakukan Jamaica menjadi negara bukan sejuk pertama dapat menyertai Sukan Olimpik musim sejuk....

Jadi...buat atlet dan yang mahu jadi atlet...mungkin Jamaica dan Usain Bolt mampu menjadi inspirasi anda untuk bergelar atlet bertaraf dunia satu hari nanti...

Catatan Epain: 9.58 saat?...itu catatan 10 langkah saya bukannya 10 meter....

Tuesday, August 18, 2009

Selamat berkhidmat buat yang baru, Terima Kasih buat yang lama

Sabtu lepas, 15 Ogos maka yang menjadi persoalan dalam Persatuan Penulis Sukan terjawab menerusi pemilihan Ahli Majlis yang baru...

Presidennya, Ahmad Khawari Isa "terpilih" selepas bekas presiden Abu Bakar Atan menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding jawatan presiden menentang Khawari...

Apapun, abang Bakar buat satu tindakan "gentlemen" bagi mengelakkan sebarang perkara negatif berlaku dalam SAM jika pertandingan diteruskan...

Buat abang Alimi pula, jangan kecewa selepas tidak terpilih sebagai Naib Presiden, kalah 1 undi kepada Eric Samuel...

Seperti mana yang saya katakan dalam ucapan penghargaan presiden, jawatan sebenarnya bukanlah perkara pokok...apa yang penting kesemua ahli perlu memberi kerjasama tanpa mengira status ahli....

Orang yang menduduki kerusi Ahli majlis hanyalah "wakil" kepada ahli lain...malahan presiden sendiri tidak mempunyai kuasa veto...

Secara jujurnya, saya ingin melihat SAM kembali ke landasan sebelum ini, jika tidak ke satu aras yang tinggi sekalipun, cukuplah maruah SAM dijaga sebagai mana sebelum ini...

Saya tidak mahu menaruh harapan terlalu tinggi kepada jawatankuasa baru, kerana bagi saya tidak adil untuk membiarkan mereka melaksanakan segalanya, sebaliknya kesemua ahli perlu memberi input yang bernas untuk dilaksanakan...

Buat yang lama pula, khususnya ahli majlis sebelum ini, jangan kecewa dan janganlah juga menyimpan apa-apa prasangka...kerana pengalaman dan khidmat anda masih di perlukan...

Saya dan ahli muda yang lain pula meminta agar kami-kami ini tidaklah disisihkan hanya kerana kami "masih tak cukup makan garam"....bak kata pepatah, "yang lama dihormati, yang muda dikasihi"...

Catatan Epain: Angkat topi buat "otai"...

Monday, August 10, 2009

Penyudahnya, hanya "Directory" yang mampu dirumuskan

Saya mengikut dengan penuh minat liputan mengenai KISMAS 09 yang berakhir Sabtu lalu khususnya menerusi laporan Utusan Malaysia...

Tapi saya sedikit terkilan, selepas beberapa kertas dibentangkan, KBS hanya dapat merumuskan (itupun kalau layak dipanggil rumusan) bahawa mereka akan menubuhkan Unit Industri dan antara "tugasnya" ialah menyediakan "Sports Directory" atau Direktori Sukan Malaysia...

Hmmm...rasanya saya ada simpan satu direktori sukan yang diterbitkan penerbit swasta, dan sekali lihat, direktori tersebut tidak memerlukan konvensyen sebelum dapat diterbitkan....

Saya bukan nak menempelak usaha KBS, tapi rasanya di sebalik konvensyen yang berlalu, ramai sedar bahawa "jauh panggang dari api" sukan di negara ini mampu menjadi sebuah industri...sekarang ni masih taraf "penjaja kecil"...

Tengok balik kesemua pembentangan, hampir semua kertas pembentangan yang "memuji" tanpa memberitahu situasi sebenar yang dihadapi sekarang...yelah biasalah kan...semuanya dalam nada nak jaga "periuk nasi" masing-masing...

Pernah mereka memberitahu bahawa selama 52 tahun merdeka, berapa "industri sukan" dah habiskan duit kerajaan?...kalau dijumlahkan kos pembinaan Komplek Sukan Negara dengan Litar F1 pun dah melebihi 1 billion...kemudian tanya kembali, berapa sukan kita dah generate?...mungkin melebihi 1 billion juga, tapi sukan apa je?....

Bolasepak, olahraga, renang...berapa revenue yang diperoleh?

Catatan Epain: Tak nak directory, Yellow Pages cukup...

Thursday, August 6, 2009

Mini Olimpik yang lembik...

Nampaknya penganjuran Mini Olimpik yang julung-julung kali diadakan semakin tiba dipenghujungnya...

Agak malang, niat murni KBS bagi membolehkan atlet memperoleh "warm-up" sepatutnya disusuli dengan kesuraman penganjuran...

Mengapa tidak suram?...Paling jelas, Mini Olimpik kurang publisiti...

Yang tak berapa nak jelas...penganjurannya tidak banyak membantu menaikkan kualiti atlet pelapis...

Penyudahnya hanya atlet elit yang menguasai pentas dan pingat yang dipertandingkan...jadi di sini...wajarkah ia dianjurkan kalau mana ia terus dikuasai atlet elit?...

Mereka pula hanya bersaing dengan adik-adik....walaupun ada kejutan, ia sama sekali tidak mencerminkan aspirasi sebenar yang dimahukan...Sekalipun ada rekod kebangsaan yang dipecahkan, tetapi mereka sebenarnya tidak melalui "suasana pertandingan" yang akan dilalui dalam pertandingan peringkat antarabangsa...

Saya masih bertanya, apa tujuan dianjurkan?...

Jangan nanti, pada Sukan Sea nanti, harapan kemenangan dan peningkatan tidak kunjung tiba sudahlah...pastinya setiap pihak akan bersedia dengan jari telunjuk, menuding jari antara satu sama lain...

Catatan Epain: Apa kata anjurkan Hyper Olimpik?...macam Market pulak...ada Hyper ada Super ada Mini...

Tuesday, August 4, 2009

Dah agak dah...

Seperti yang "dijangka", tiada sebarang keputusan yang mampu dicapai Jawatankuasa Pertandingan FAM...

Kebanyakan reporter menjangkakan perubahan format dapat disaksikan tetapi malangnya Dato' Che Mat Jusoh mengumumkan penangguhan kepada 13 Ogos...

Sepatutnya mereka merasa malu dengan pengumuman tersebut kerana mereka dah diberi tanggungjawab bukannya minggu lepas tetapi hampir 3 bulan, tetapi tiada apapun yang mampu direncanakan...

Dan sekarang, mereka hanya mempuanyai masa kurang 2 minggu untuk membentangkan hasil kajian...

Cuma reporter mungkin merasa "nasib baik" sebab dato Che Mat mengumumkan bahawa pasukan Harimau Muda tak layak menerima habuan kemenangan...

Kesian...anak2 muda ini punyalah main bersungguh-sungguh untuk juara, tetapi bila dah jadi juara habuk pun tak dapat...jadi macam tak bermakna lah selama ini mereka bergelumang dalam Liga Perdana...

Kalau setakat nak bagi pendedahan, rasanya Liga Perdana bukanlah tempatnya..ingat lagi dengan pasukan Olimpik 2000?

Catatan Epain: Biasanya kalau main golf, pemain amatur tak layak terima wang tunai..maknanya Harimau Muda ni pasukan amaturlah?...

Monday, August 3, 2009

Sebenarnya....FAM yang perlu berubah

Hari ini, 3 Ogos berlaku satu lagi perkara yang "dinantikan" iaitu pengumuman perubahan format Liga Malaysia...

Ia akan diputuskan Jawatankuasa Pertandingan FAM yang dipengerusikan Dato' Che Mat Jusoh...

Apapun, satu perubahan dijangkakan dan yang tidak dijangka pula ialah tiada perubahan akan berlaku...

Namun semua peminat bolasepak negara ini sebenarnya sudah lama menantikan perubahan yang didambakan iaitu perubahan dalam pentadbiran FAm sendiri...

Mungkin FAM merasakan bahawa mereka telah berubah hasil penambahan muka baru dalam majlisnya tetapi perubahan yang dimaksudkan ialah sikap FAM...sikap yang sekian lama sukar untuk diertikan...

Yelah...dari dulu bermacam cadangan diberikan pelbagai pihak tetapi FAM tetap dengan caranya memekakkan telinga dan keluar dengan pelbagai idea "bernas" sendiri tetapi penyudahnya, bolasepak kita makin lama makin teruk...

jadi, suka atau tidak FAM sebenarnya yang perlu berubah...cuma mahukah mereka?..atau tahukah mereka apa yang perlu diubah?...

Catatan Epain: Paling tidak pun, FAM akan renovate Wisma FAM Kelana Jaya..

Friday, July 31, 2009

Industri Sukan? atau Sukan Industri?

Baru-baru ini saya terbac mengenai aspirasi Menteri Belia dan Sukan untuk menjadikan sukan di negara ini sebagai satu "industri" seperti industri pembuatan, perkhidmatan dan sebagainya...

Wow!!..macam menariknya je bunyinya...sekali dengar memang yang beranggapan bahawa kita mempunyai cita-cita yang cukup besar...dan tak salah untuk bercita-cita walaupun ianya agak mustahil...

Cuma secara realitinya, adakah ia mampu menjadi kenyataan?

Mungkin ada yang beranggapan bahawa saya ni bersikap negatif...tetapi saya bertanya demikian berdasarkan pemerhatian dan pengalaman...

Datuk Ahmad Shabery Cheek menyamakan aspirasinya dengan apa yang dilihat di peringkat antarabangsa dan saya percaya perkara pertama yang beliau nampak ialah EPL....hinggakan beliau sendiri menyatakan sokongan secara terbuka terhadap hasrat pembelian Newcastle United oleh firma negara ini....

tetapi datuk, itu EPL...tidakkah datuk sedar bahawa keadaan di negara ini ibarat 0.1% perbandingan dengan EPL atau mana-mana kejohanan sukan negara lain khususnya negara maju?...

Kenapa saya berkata 0.1%?..sebabnya tahap professionalisme penggiat sukan negara ini masih "dibawah tempurung"...contoh terbaik yang saya mampu berikan ialah penganjuran kejohanan bolasepak Liga Super di negara ini...

Dah 20 tahun dianjurkan sejak pengenalan Liga Semi Pro...kualiti makin teruk malahan makin banyak pasukan yang tak mampu mengendalikan pasukan masing-masing...sedangkan sedikit masa lalu kebanyakan pihak sibuk nak jadi pro...tapi nak pro macam mana..gaji pun tak mampu nak bayar...EPF pun tertunggak...

Kalaulah industri tu bermaksud "kutipan" duit atau revenue...nampaknya ia memang sukar...peminat yang datang tengok bola pun hanya satu per sepuluh daripada kapasiti stadium...dah la tu...kebanyakan persatuan masih lagi mengamalkan sistem "tongkat" iaitu subsidi daripada kerajaan...

Jadi, macam mana nak ubah ia jadi industri?

Catatan Epain: Industri Kecil dan Sederhana kot?

Tuesday, July 28, 2009

Ingatkan saya sorang je fikir macam tu...

Minggu lepas saya baca surat khabar Malay Mail...

Dalam bahagian sukan...ada satu artikel yang menarik perhatian saya iaitu tulisan bekas wartawan The Star, Rizal Abdullah...

Antara isi utama dalam artikel tersebut ialah "shame on you, media bosses" yang mana Rizal meluahkan rasa kecewa terhadap kebanyakan surat khabar atau media amnya yang terlalu mengagungkan EPL....

Penulisan beliau juga terdetik daripada sambutan peminat negara ini terhadap kedatangan Manchester United...

Tetapi apapun, saya dulu pernah menyatakan rasa kecewa saya dengan media yang saya boleh anggap "bias" terhadap senario sukan di negara ini...

Bolasepak tempatan dihina, tetapi bolasepak luar diagungkan hingga bolasepak kita pula yang dilihat "menumpang"...

Rizal mungkin maksudkan majikan lamanya, tetapi kalau dilihat ia sebenarnya berlaku di kebanyakan akhbar negara ini termasuklah yang berbahasa Melayu dan lebih malang yang mengatakan akhbar mereka "wadah Melayu"...

Jadi, sekali lagi, buat tokey-tokey akhbar semua...renungkanlah sebentar...mahukah Alex Ferguson baca akhbar anda?..

Catatan Epain: Baca online je...

Thursday, July 23, 2009

Tahniah Red Giants!

Setelah dianjurkan sebanyak 5 musim, juara Piala Malaysia 31 kali, Selangor akhirnya muncul juara Liga Super selepas skuad kendalian K Devan menang 6-1 ke atas PDRM...

Selaku penyokong tegar Selangor sejak sekian lama, sememangnya saya bangga dengan kejayaan yang dicapai ini dan pastinya lebih manis Selangor dapat menjulang Piala Malaysia bagi melengkapkan treble..

Satu persoalan disini...adakah Selangor bakal menjadi juara terakhir Liga Super?...Sebab FAM kan dalam perancangan nak ubah format...silap2, nama liga musim depan pun akan di tukar..ha ha

Apapun saya tabik dengan Amri Yahyah...walaupun malam sebelumnya beraksi untuk skuad kebangsaan menentang MU, Amri masih mampu beraksi selaku ketua pasukan Selangor dan menjaringkan salah satu gol...

Walaupun satu masa dulu, saya memang tak berapa nak berkenan dengan Amri ni, sekarang saya nampak kualitinya dan pastinya ia terserlah selepas Amri memikul tugas selaku ketua pasukan Selangor....kan bagus ada 20 lagi Amri yahyah dalam Malaysia ni...at least ada peluang cerah menang pingat emas Sukan Sea 2009..

Catatan Epain: Sasaran seterusnya buat Selangor...Piala Malaysia!!

Wednesday, July 22, 2009

Malaysia berminat sertai EPL pada 2012?...

Nampaknya demam kehadiran juara EPL 2008/09 masih belum kebah walaupun pasukan Red devils itu dalam perjalanan ke Korea Selatan...

Apa tidaknya, peminat negara ini "bertuah" sebab dapat saksikan perlawanan membabitkan Malaysia-MU sebanyak 2 kali, yang mana salah satu "bernasib baik" sebab jelajah MU di Indonesia dibatalkan...

Baik...perlawanan pertama Malaysia tewas 2-3 dan kedua Malaysia tewas 0-2...jadi persoalannya disini...apa hasil yang pasukan, pemain Malaysia atau FAM sendiri dapat daripada kedua-dua game ini?...

Pastinya, ranking Malaysia takkan naik...dan aspek lain pula macam mana?...

Mungkin ada mengatakan saya ni terlalu "skeptikal", tetapi rasanya skeptikal saya ni bertempat...

Sekarang ni seakan ada keghairahan buat peminat dan pemain menyaksikan kelibat pasukan EPL di negara ini...manakala pasukan kebangsaan pun sibuk adakan perlawanan persahabatan...

Memang betul, mereka mempunyai pemain berkelas dunia....tetapi mampukah kita berbangga jika kita mampu mengekang pergerakan Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov sedangkan pada Sukan Sea Laos nanti, nak menang dengan Laos pun belum tentu, silap2 kalah...

Kalau ikutkan hati saya, saya nak Liverpool datang Malaysia...tapi sedih jugak sebab pasukan mereka hanya bertaraf kelab menentang skuad kebangsaan dan kita kalah...dan saya pasti, pemain MU tidak bermain "spenuh hati" sebab kedua-duanya perlawanan pra musim pertama...ada jugak yang nak jaga kaki...

Tidak dinafikan, kedua-dua gol Amri Yahyah terutamanya yang pertama merupakan gol yang cantik...tapi alangkah cantiknya gol tersebut dihasilkan pada Sukan Sea Laos dan Piala AFF seterusnya muncul juara dan diikuti dengan kejayaan berterusan?...

Maka, apa kata kita mengadap cermin, kita tengok diri kita...berbaloikah?

Catatan Epain: Apa kata, lepas ni Malaysia vs MU main di Old Trafford, ramai tak crowd?

Monday, July 20, 2009

Selamat Tinggal RTM...Dunia baru buat Epain..

Ketika posting ini ditulis, saya sebenarnya telahpun memulakan tugas di tempat baru tetapi bukanlah asing buat saya, iaitu di Fakulti Komunikasi dan pengajian Media, UiTM...

Tidak dapat dinafikan, dunia yang saya lalui sekarang merupakan dunia yang baru buat saya tetapi bukanlah dunia yang begitu asing...

Peranan saya mungkin berbeza, tetapi jiwa saya tetap kepada dunia kewartawanan yang telahpun saya tinggalkan...

Walaupun berat untuk meninggalkannya, tetapi saya rasa sukar untuk saya menolaknya...

Apa pun, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat rakan-rakan di Meja Sukan Pusat berita TV RTM, tempat saya berkhidmat kira-kira 5 tahun yang lepas...

Walaupun jangka masa yang pendek, tetapi rasanya pelbagai pengalaman yang telah saya lalui hingga menjadikan saya seorang "dewasa" dalam profession saya...

Secara jujur, saya tidak meninggalkan dunia kewartawanan secara keseluruhan...setidak-tidaknya saya masih lagi seorang wartawan on-line tak berbayar...sebab kewartawanan terutamanya sukan, seakan sudah sebati untuk saya...

Bagi Meja Sukan Berita TV RTM pula, rasanya banyak yang perlu diperbaiki tetapi saya percaya anda akan terus maju, walau apapun persepsi yang dilemparkan...

Buat rakan wartawan media lain, ucapan maju jaya yang sama, saya tujukan, moga segala yang anda lakukan menepati ciri-ciri kewartawanan terbaik...

Apapun, saya hanya berubah tempat bertugas, tetapi kawan tetap kawan, tak mau lawan-lawan ok?...

Catatan Epain: Mencabar jugak kerjaya baru ni...

Wednesday, July 15, 2009

Takraw...apa nakk jadi ni?

Dalam masa terdekat, baik yang dah lepas atau mendatang...ada 3 sukan yang menjadi perhatian..iaitu bolasepak (kes team palsu Zimbabwe), hoki (dapat tempat keempat Champions Challenge II di Dublin) dan sepaktakraw...

Apa pun antara ketiga-tiga yang menarik perhatian ialah sepaktakraw yang kalah dengan Korea Selatan dalam acara bergu (double) Piala Raja Thai di bangkok...

Korea Selatan?...biar betul?...tapi memang betul...

Korea yang berguru dengan Malaysia kini dah boleh bangga...sebab diorang dah lawan towkey...atau dah berjaya mengatasi sifu...

Apa nak jadi sifu?...masih terkial-kial lagi ke?...tak tau lah kalau mesej jelas ini tidak di fahami PSM....

Bagi saya, masalah utama kita ialah sepaktakraw kita dah semakin ketandusan pemain...tak percaya?...tanyalah orang muda sekarang ni...berapa ramai je yang tau timang bola takraw...tu belum main takraw lagi...

Saya pernah tanya Presiden PSM, Tok Mat pasal hal ni, tapi Tok Mat menafikan bahawa orang muda tidak lagi minat ngan takraw...katanya PSM buat "groundwork" mengatakan semakin ramai yang main takraw...

Makin ramai?...betul ke Tok?...atau maksud kenyataan tersebut hanya dibuat untuk sedap hati...reaksi biasa seorang ahli politik...

Tambah pelik pulak...Tok Mat membuat "pendedahan" bahawa kedudukan takraw kita hanya dikedudukan ke 5 dunia...ni umpamanya dah melepas baru nak bagi tau najis tu busuk ke tidak....

Nak lagi pelik?...PSM target menang pingat perak pada Sukan Sea Laos manakala target emas untuk Sukan Asia Guangzhou....agaknya target ni dibuat sebab Tok Mat rasa Malaysia akan jumpa India pada perlawanan akhir Sukan Asia kot...itupun kalau betul Malaysia boleh menang...

Ha...cukuplah..."panas" rasa hati bercakap bab takraw ni...

Catatan Epain: Nak cadang dengan EA Sport....cipta game sepaktakraw untuk PS 2...agaknya masa tu kita boleh jumpa juara dunia sebenar...

Saturday, July 11, 2009

11 Julai datang lagi....



11 Julai...satu tarikh yang InsyaAllah akan saya ingat sampai bila-bila...

Pada hari ini, 18 tahun yang lepas, negara kehilangan seorang lagenda yang sehingga kini tiada galang ganti iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari atau Supermokh..

Rasanya tak perlu diceritakan tentang kehebatan Allahyarham...saya hanya sempat menonton 3 tahun terakhir sebelum Allahyarham meninggal dunia khususnya ketika mewakili Kwong Yik Bank...

Apa yang saya mampu katakan, Supermokh memang seorang yang super...saya masih ingat bagaimana disekolah saya dan rakan-rakan membandingkan Allahyarham dengan Pele dan salah seorang daripada kami bercerita mengenai "mitos" ciptaannya iaitu bagaimana keduanya mempunyai sepakan deras...kata kawan saya kedua-dua berlatih sepak buah kelapa...

Apapun, persoalan yang terus berlegar, bilakah seorang yang sama dengan Supermokh dapat ditemui...Al Fatihah

Catatan Epain: Teringat buat Special Report pasal Allahyarham...sempat interview rakan sekampung Allahyarham...

Sunday, July 5, 2009

... disusukan, anak dirumah kelaparan

Saya tertarik dengan situasi bolasepak EPL dan Malaysia beberapa hari ni...

Apa tidaknya, saya terdengar berita mengatakan syarikat dari Malaysia antara yang berminat untuk membeli Newcastle United yang ingin dijual pemilik, Mike Ashley dengan harga kira-kira 100 juta pound...

Rupanya, apabila saya baca surat khabar hari Ahad dan membaca blog "Malaysian Sports", individu yang dimaksudkan ingin membeli NU ialah tycoon, Tan Sri Ananda Krishnan...

Gambar dari "Malaysian Sports"

Dari segi perniagaan, membeli pasukan EPL mungkin memberi pulangan yang setimpal, atau mungkin lebih lumayan...lihat sahaja Mohd Al Fayed yang membeli Fulham, Thaksin Sinawatra yang pernah membeli Man City dan keluarga Glazier yang membeli Man United dan tak lupa Tom Hicks dan George Gillet yang membeli Liverpool...

Tan Sri Ananda juga berhak terhadap setiap pelaburannya...

Cuma bayangkan, 100 juta pound kalau convert ke RM, jumlahnya ialah kira-kira RM 557 juta...dan bolasepak kita memerlukan RM 30 juta setahun (ikut penajaan Dunhill)...

Paling tidak pun apa kata, 1 peratus daripada pelaburan tu, disumbangkan untuk bolasepak Malaysia...bukan banyak pun, 1 (satu) peratus je....Tapi saya faham, bolasepak Malaysia tidak memberikan pulangan...

**Terbaru, Tan Sri Ananda Krishnan menafikan syarikatnya berniat membeli Newcastle, jadi agak-agak siapa?...Tan Sri Syed Mokhtar? Tan Sri Vincent Tan? atau Kuok Brothers?
Catatan Epain: Kalau ada duit, nak beli kapal terbang untuk kegunaan team Malaysia...

Wednesday, July 1, 2009

Nak tukar format?..Ni cadangan Epain

Ok...sekang ni antara topik yang hangat dibincangkan mengenai bolasepak ialah perubahan format liga yang dicanangkan FAM...

Antara sebab utama ialah masalah kewangan yang menghantui beberapa persatuan bolasepak negeri...

Mengikut laporan "Malaysian Sport" pula terdapat 3 pasukan negeri yang bakal menarik diri untuk mengikut jejak langkah UPB Myteam yang ingin menarik diri sebelum pertandingan Piala Malaysia bermula...

Bagi saya, masalah kewangan sesuatu yang sukar nak dielak khususnya dizaman kemelesetan ekonomi...

Kalau benar FAM hanya membenarkan beberapa pasukan sahaja yang bertanding atas faktor kewangan, mungkin sesuatu yang tak boleh dielak di masa depan, justeru disini saya cadangkan satu cadangan ke arah tujuan tersebut...

Apa kata, beberapa pasukan negeri bergabung?...Pasukan-pasukan yang ada khususnya yang terbentuk dari negeri digabungkan menjadi satu pasukan...dan pastinya nama baru perlu difikirkan, bersesuaian dengan pihak yang bergabung...

Sebagai contoh, Perlis yang bermasalah boleh bergabung dengan Kedah menjadi satu pasukan baru yang digelar "Utara United"...Sabah dan Sarawak bergabung menjadi Borneo Blues...Terengganu, Pahang dan kelantan bergabung membentuk "East Coast Rovers"....Selangor dan Kuala Lumpur membentuk "Kelang Valley Giants"....

Bila bergabung bermakna liga Malaysia dimasa depan hanya disertai 8 hingga 10 pasukan sahaja...

Jika berhasil, secara tak langsung masalah kewangan menjadi tanggungan bersama iaitu 2 persatuan yang bergabung dan lebih ramai bakat baru dapat dicungkil...

Satu je masalah yang menghalang idea penggabungan ini...iaitu mampukah peminat bolasepak negara ini "mengorbankan" semangat kenegerian yang sekian lama mewarnai corak sokongan dinegara ini?...

Agak sukar bukan?...tetapi tidak mustahil....

Catatan Epain: Sekadar cadangan...

Thursday, June 25, 2009

Oh! My....Myteam

Hahaha...

Sedikit masa lalu nama Myteam seakan satu nama yang mesti diketahui semua peminat bolasepak negara ini...

Apa tidaknya...betapa beraninya mereka dengan mengatakan satu perubahan dalam bolasepak akan berlaku dan ia mahu ditunjukkan menerusi Myteam...

Tak dinafikan penampilan Myteam telah menarik minat pelbagai pihak..tetapi sudah pasti bukan sebab aspirasi mereka..tetapi lebih kepada siapa yang mewujudkannya...

Tapi sekarang apa dah jadi?...nak tarik diri daripada Liga M?...bagi saya itu juga tidak mengejutkan...sebab akhirnya mereka2 yang berada dalam Myteam dah tau betapa azabnya menguruskan pasukan dalam Liga M...

Dulu bolehlah...segala-galanya ada...tapi sekang Myteam ni bolehlah dianggap sebagai "habis madu, sepah dibuang entah kemana"....

Mungkin ada "pengikut" sudah "insaf" betapa mereka sudah tertipu dengan bawakan Myteam ni...

Awal lagi saya dah rasa Myteam tak lebih dari glamor...tengok sahaja kat Shebby Singh...cakap boleh lah...sekali bila handle pemilihan ada ke patut hanya 3 kriteria yang diambil kira iaitu larian, gelecek dan hantaran...

Sedangkan Shebby sendiri tidak pernah ada sijil kejurulatihan...maknanya selama pemilihan Myteam dibuat, ia dikendalikan pihak tak bertauliah...

Jadi fikirlah sendiri..sekarang ni nak tarik diri...cuma kita lihat adakah FAM akan mengenakan denda terhadap Myteam...seperti yang pernah berlaku ke atas MK Land, Public Bank dan NS Chempaka yang didenda 30 dan 50 ribu ringgit....

Catatan Epain: Lain kali jangan bertanding terus...

Monday, June 22, 2009

Tukar format liga?...tak terkejut punnnn

Semasa sedang berada di Std Hoki Taman Daya, kawan saya memberitahu satu perkhabaran yang "telah lama saya jangka"...iaitu FAM bercadang untuk menukar format liga M...

Bagi saya tiada apa yang mengejutkan tentang perkhabaran itu....malahan macam takde perasaan bila kawan saya beritahu saya mengenai hal tersebut...

Cuma saya agak "hairan"...dalam bebanyak hal yang mengaitkan dengan kesuraman bolasepak Malaysia..ini je yang mampu dilakukan?....

Seolah-olah, punca selama ini kemerosotan bolasepak Malaysia diletakkan ke atas kegagalan menguruskan liga dengan baik...sedangkan yang menguruskan liga tu adalah manusia di dalam FAM..maka patutnya orang dalam FAM lah yang kena tukar....

Memang betullah orang cakap..FAM ini merupakan badan "terbesar" di negara ini yang langsung tidak mengendahkan apa yang orang lain cakap mahupun cadangkan...

Sekarang ni, kita tunggu jelah apakah perubahan format yang akan dilakukan..dan sudah pasti nama liga tu sendiri yang akan diubah sekadar untuk menghalalkan "perubahan" yang mahu dibawa....

Agak2, apa nama baru liga musim akan datang...Liga Super Premier?...atau Liga Super Bloopers?

Catatan Epain: Main liga kampung lagi baik...format tak berubah pun

Saturday, June 20, 2009

Pengajaran dari Kota Singa atau Temasek..

Saya sekarang ni berada di Johor Bahru untuk mengikuti perjalanan Hoki Piala Dunia Remaja...

Hari Khamis, saya sempat ke Singapura untuk menghadiri sidang media menjelang separuh akhir antara Australia - Jerman dan Belanda - New Zealand...

Saya disini bukanlah nak cerita inti pati sidang media tu sebaliknya apa yang berlaku kepada saya dan rakan-rakan lain terutamanya dari Malaysia...

Saya sememangnya dah menjangka bahawa Singapura tidak akan menghidangkan air, baik yang berperisa mahupun air kosong apatah lagi sebiji karipap Singapore...

Telaan saya tepat, walaupun sedikit "kecewa" tapi tak lah teruk sangat sebab saya dah jangka...tapi rupanya, kengkawan yang lain pun terasa juga...

Bila ke kereta, ada yang berbisik, "apalah punya kedekut Singapore ni, air segelas pun tak bagi"....

Saya bukanlah kemaruk sangat nak air Singapore tu, sebab air yang diorang dok minum tu pun datangnya dari Johor...

Apa yang saya terkilan lebih kepada cara penganjuran mereka...Singapura seakan "tidak ikhlas" dalam menjadi tuan rumah bersama...mungkin mereka bersetuju atas dasar layak secara automatik dalam sukan yang sememangnya mereka susah nak menang dalam Sukan Sea sekalipun...

Kalau pergi ke hotel rasmi iaitu Royal Hotel, suasana di sana macam tiada apa yang berlaku...dan lebih menyedihkan, sidang media diadakan di dalam bilik yang hanya muat untuk meja bulat kapasiti 10 orang sahaja...bayangkan, sidang media separuh akhir Piala Dunia...diulang...PIALA DUNIA...

Gambar dari "Malaysian Sport"

Berbeza dengan suasana di Puteri Pacific Hotel di JB yang mana terasa kehadiran pemain atau apa sahaja yang berkaitan dengan hoki di sekitar sana....

Jadi, pengajarannya Malaysia ni memang negara yang "baik hati"...diakui hospitaliti kita memang tip-top...tetapi kengkadang tu, ia sebenarnya mendatangkan kemudaratan...sebab orang akan ingat Malaysia ni seakan "rumah kebajikan" untuk kejohanan sukan...kalau negara lain tak boleh buat, Malaysia akan ambil alih...

Dan kita dengan "senang hati" menerima "pelawaan" tersebut...tengoklah macam mana PHM seakan beriya nak ambil alih hak tuan rumah Piala Dunia dari India....sebelum ni kita buat "kerja kebajikan" dengan mengambil alih hak penganjuran Piala Asia dari Dubai manakala tahun lepas penganjuran Piala Juara-juara dari Pakistan..

Wajarkah ia berterusan?

Catatan Epain: Apa kata wujudkan "Rumah Seri Kenangan" kendalian KBS...

Wednesday, June 17, 2009

Perlukah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kendali pemilihan AJK persatuan sukan?

Ahaa..

Tajuk di atas bukannya soalan undian...tapi sebenarnya lebih kepada persoalan tentang trend semasa pemilihan AJK persatuan sukan negara ini...

Mungkin kerana negara ini banyak terdedah dengan berita/cerita politik, maka secara tidak langsung ia mendatangkan kesan kat tempat lain...

Saya membangkitkan isu ini sebab, Julai depan Persatuan Penulis Sukan, SAM akan menjalankan pemilihan jawatankuasa baru utk penggal akan datang...

Dengarnya, ada beberapa calon dan penyandang telahpun melobi memintak agar dipilih semula...penyandang berkata "pilihlah saya lagi, ada beberapa tanggungjawab yang belum dilaksanakan"...calon lawan pulak, "pilih saya, saya akan membawa pembaharuan dan membawa SAM ke satu arah lebih tinggi"...

Jadi, bila saya dengar ayat2 ini secara tidak langsung saya mengaitkannya dengan pilihanraya umum/kecil...tu kan ayat2 kempen...

Selain pemilihan SAM yg mendatang...ingat tak tentang pemilihan MOM?...org boleh nampak betapa sesetengah calon yg berkempen mcm kempen pemilihan UMNO...yg bestnya pulak...siap ada "campaign manager" tu...perghh...dah mcm pilihanraya presiden US lah...

Ni baru sebahagian...ada beberapa lagi pemilihan AJK persatuan sukan dijalankan...
Itulah sebab saya mengutarakan persoalan di atas...ini kerana sesetengah pemilihan jadi "buruk" hingga ada yg menyerang peribadi, perjumpaan sulit puak menyokong dan sebagainya...

Setahu saya, AJK punya peranan tersendiri dlm persatuan, dan bukannya tempat menonjol diri...tapi saya tau, ada yg beriya nak jawatan sebab benda mcm tu di mana akhirnya akan membawa ke satu kesudahan yang "diinginkan"....

Presiden pulak, bukannya satu2 org dalam persatuan yg buat kerja....sebaliknya persatuan sukan perlu mempunyai barisan AJK yg "semua boleh buat kerja"....

Saya mengulas ni sebab saya pernah terlibat secara langsung dengan NGO...maka saya adalah sedikit kefahaman macam mana sesebuah persatuan itu dikendalikan...sekang ni pun tengah handle kelab sukan...

Catatan Epain: Jadi pengundi cukuplah...

Friday, June 5, 2009

Bumbung stadium Sultan Mizan runtuh...nasib baik....

Rasanya masih belum terlambat untuk saya komen mengenai kejadian bumbung stadium Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Terengganu runtuh..

Tapi saya tak nak komen pasal kejadian tersebut....cuma nak lahirkan rasa "nasib baik" terhadap beberapa "kejadian" yang terselamat...

Nasib baik....tak de nyawa yang melayang

Nasib baik....Sukan Staf Pengajian Tinggi tak mula lagi masa kejadian

Nasib baik.... pasukan Liga Super Terengganu tak training masa kejadian

Nasib baik.... Makcik cleaner berada di tempat lain

Nasib baik.... pekerja maintenance elektrik berada jauh dari tempat kejadian

Itulah antara "nasib baik" disebalik kejadian tersebut...apapun kita harapkan tiada lagi kejadian yang serupa menimpa...lebih lagi meragut nyawa...

Cuma sekang...tak tau lah nasib kontraktor macam mana...bernasib baik ke tak?..

Catatan Epain: Teringat targedi Highland Towers....

Tuesday, June 2, 2009

Tak-raw masih lemau

Ahad lepas berakhir satu lagi kejohanan bertaraf antarabangsa iaitu Kejohanan Sepaktakraw Dunia di Terengganu...

Seperti "dijangka", Thailand terus bermaharajalela, manakala Malaysia entah ke mana sampaikan Indonesia pun skuad negara boleh kalah di peringkat separuh akhir...

Apa nak jadi ni?....

Saya tak nak mengulas panjang tapi cukuplah untuk saya mengatakan, sepaktakraw pun dah boleh join bolasepak dalam kelompok sukan yang merudum...

Thailand terus didepan kita malahan tidak salah untuk saya katakan bahawa negara Gajah Putih itu berseorangan didepan apabila tiada negara yang mampu menjadi pesaing terdekat....

Apapun diharapkan prestasi takraw tak berterusan khususnya pada Sukan Sea laos, Disember depan serta Sukan Asia 2010...

Kalau tak dapat bawak balik pingat emas, maknanya PSM akan dapat presiden baru...tak gitu Tok Mat?...

Catatan Epain: Terkedu tengok killer Thailand melibas....

Saturday, May 30, 2009

2 aksi yo-yo yang ingin dan tak ingin dilihat

Apa-apahal disini saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terpilih sebagai AJK dalam MOM...

Tetapi, untuk cakap pasal MOM, saya anggap sebagai straight forward, so, saya nak cakap pasal benda lain terutamanya yang berlaku pada hari Jumaat, 29 Mei...

29 Mei merupakan hari ulangtahun ke 36 pemergian seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee yang saya anggap sebagai antara Melayu Ultra...Al Fatihah...

Namun 29 Mei 2009 saya anggap sebagai hari yo-yo...ada 2 aksi yo-yo yang saya ingin katakan disini...

Aksi yo-yo pertama - Shahidan Kassim tarik diri (yang ingin dilihat)

Semalam Datuk Seri Shahidan Kassim mengadakan sidang akhbar "tergempar" mengumumkan penarikan diri pertandingan memilih Presiden MOM....

Saya tak terkejut pun, malahan saya lega...sebab Mr Shahidan ni dah banyak sangat dah pegang jawatan presiden....cukuplah tu...

Jadi saya tak mahu anggap apa-apa penarikan diri tu cuma saya rasa sepatutnya dari awal lagi tak payah nyatakan kesediaan...buat malu je...

Kalau bertanding pun rasanya confirm kalah atas beberapa sebab yang tak mahu saya nyatakan...So ada baiknya Mr. Shahidan tumpu perhatian pada 4 bini nya sekang...kasi kesemua bini tu "baik-baik" belaka...barulah boleh kahwin muta'ah dengan yang lain...

Ingat Mr Shahidan, Sukan Sea ni bakal menjadi penentu betapa persatuan yang anda pegang tu progresif ke tidak...

Aksi yo-yo kedua - FAM tarik balik hukuman ke atas Kelantan (yang tak ingin dilihat)

Kenapa saya kata aksi ini tidak ingin dilihat?...Sebab ia menggambarkan FAM sebagai persatuan yang tak tetap pendirian...

Kalau dah tau "kesian" dengan Kelantan, kenapalah pegi hukum sampai sedemikian rupa?...

Bagilah hukuman bentuk lain, dan kalau nak kekal pun, ringankan lah hukuman lain, yakni denda...

Saya prnah tanya Datuk Che Mat Jusoh, dia cakap keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad...dan hanya Lembaga Eksekutif sahaja yang layak mendengar rayuan KAFA sekali lagi...

Tapi baru ni Lembaga Tatatertib yang buat keputusan membenarkan Kelantan beraksi Kota Bharu, tak ke yo-yo namanya?...

Bagi penyokong Kelantan pula, janganlah gembira sangat, sebab ini adalah peringatan agar jangan buat sesuka hati...nanti orang lain yang susah...jangan ingat tiket RM 10 yang dibayar, anda boleh buat sesuka hati...

Apa hal buat FAM, kalau nak hukum orang, lain kali fikir habis2...jangan nanti kredibiliti anda dipersoalkan....

Catatan Epain: Lebih baik main yo-yo terus....

Thursday, May 28, 2009

Budaya "free" rakyat Malaysia dan Mat Salleh

Baru-baru ini, saya tertarik dengan paparan TV3 mengenai isu yang dibangkitkan Utusan Malaysia berkaitan penganjuran Hoki Piala Dunia Remaja...

Tetapi saya bukannya mahu memanjangkan isu itu, cuma saya cuit sedikit sebahagian daripadanya...

Kalau baca balik Utusan, ada di sebut pasal harga tiket yang kemudiannya dijawab SU Kehormat PHM, Hashim Yusof pasal tiket free..

So, itulah isunya yang saya mahu bangkitkan iaitu budaya free dikalangan rakyat Malaysia....

Dikecilkan skopnya kepada sukan, sememangnya peminat sukan negara ini suka dengan tiket free...masih ingat dengan kejadian di Stadium Darul Aman di mana kerajaan negeri memberi tiket free, dan sambutannya, Allah sahaja yang tahu...

Beza dengan hoki, sukan ini sememangnya antara sukan yang tidak mengenakan tiket..bezanya tidak seperti bolaseoak, bagi free pun belum tentu sambutannya menggalakkan...

Apapun, saya berharap budaya mengharap tiket free dapat dihindar, kerana setiap wang yang kita laburkan untuk tiket sebenarnya menjadi pelaburan kepada sukan khususnya persatuan yang menjaga sukan itu...maknanya, kita juga merupakan "stakeholder"...

Ok, apa kaitannya dengan "Mat Salleh"?

saya sebenarnya cemburu dengan Mat Salleh...kenape?...sebab diorang ni apa sukan pun mesti ramai orang, tak kisah lah free ke, tiket kena bayar ke...

Saya masih ingat, saya dan mak saya menonton "Dunia Jam 10", satu ketika dahulu, mak saya mesti cakap, "Tengoklah Mat Salleh ni, apa sukan pun ramai yang tengok"....

hari yang sama TV3 menyiarkan paparan isu hoki itu, kalau tak silap saya, closingnya menunjukkan sukan pelik anjuran Mat Salleh iaitu guling dari atas bukit....

Saya tak pelik sangat, cuma saya hairan, sukan pelik macam tu ramai yang menontonnya....cubalah bayangkan kalau penonton dikenakan tiket untuk menyaksikannya?.....

Catatan Epain: Teringin tiket free game Liverpool....boleh dapat ke?

Sunday, May 24, 2009

Siapa sebenarnya dihati?

Saya tertarik dengan tema program anjuran Yayasan Kebajikan Atlet, YAKEB iaitu "Anda Tetap diHati"...

Apa hal pun, niat untuk menjaga kebajikan atlet, baik yang sedang beraksi mahupun bekas atlet sememangnya boleh dipuji...

Sebab banyak dah cerita tentant kebajikan atlet yang tidak dijaga...lebih2 lagi bekas atlet yang hidup sengsara dipenghujung usia walaupun ada diantara mereka merupakan "atlet emas" di zaman kegemilangan mereka....

Tetapi saya harap, pelaksanaannya biarlah telus...tidak mengira siapa dan apa sumbangan masing-masing...

Manakala bagi atlet pula khususnya atlet sedia ada, rasanya lebih baik sediakan payung sebelum hujan....sebab nanti harus diingat, sebaik sahaja anda bersara, tidak ramai yang akan ingat akan anda....

Fikirkanlah...dan buat YAKEB pula, janganlah jadikan ia sebagai medan tonjol kehebatan masing-masing...harap2 biarlah ia wujud dari hati yang ikhlas...

Catatan Epain: Beli "life insurance" je....

Tuesday, May 19, 2009

Dah kahwin 4, nak tambah lagi?

Dalam Islam, lelaki hanya dibenarkan untuk berkahwin 4 sebagai maksimum....

Tapi itu cerita perkahwinan...bak kata P Ramlee, "empat, kadang-kadang"...

Sekang ni, dalam sukan dinegara ni atau lebih tepat lagi persatuan sukan, ada pulak yang nak kahwin 5...mazhab apa si polan ni pakai?...ke nak kahwin muta'ah?

Yang syoknya, kali ni si polan tu nak kahwin dengan "bangsawan", yakni sesuatu yang mempunyai reputasi besar....

Hmmm....yang empat tu susah nak jaga, ni kan pulak nak tambah satu lagi?...

Apa benda lah yang dok dipikirkan si polan ni?...

Agaknya lah kan, si polan ni nak masuk Malaysia Book Of Records kot?...sebagai individu paling banyak persatuan sukan dalam satu masa....

Dah la tu, reputasi pun hancur, ada pulak hati nak jaga pertubuhan yang lebih besar dan jaga hal yang lebih besar?

Apa pun, harapnya angan-angan nak tambah satu lagi ni dapatlah digagalkan lebih awal....kalau tak entahlah apa nak jadi lepas ni.....

Catatan Epain: Satu cukuplah...itu pun macam tak telarat nak jaga....

Monday, May 18, 2009

"Mogok" berakhir

Salam buat semua kengkawan yang mengikuti blog ini...

Minggu lepas, saya sempat berada di Kuantan bagi mengikuti Kejohanan Hoki Piala Asia...

Saya sempat berjumpa rakan sekerja ( kini bertugas di jabatan lain)...

Dia bertanya kenapa saya tidak mengemas kini blog saya...jawapan saya pada masa tu, saya "mogok" terhadap sukan khususnya bolasepak dinegara ini...

Tetapi dia minta saya untuk mengakhiri "mogok" tersebut....

Dan kini selepas mengharungi separuh bulan Mei yang penuh bermacam hari, saya rasa sudah sampai masanya untuk "mogok" tersebut ditamatkan...

Sebagai permulaan...saya disini ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa atlet dan pasukan yang berjaya membawa pulang kejayaan:

1) Pasukan hoki kebangsaan - menduduki tangga ke 4 (masih baik selepas mengharungi saat suram)

2) Pasukan badminton Piala Sudirman - catat sejarah layak ke separuh akhir

3) Anuar Manan - juara jersi hijau Jelajah Malaysia buat kali ketiga

4) Nicol Ann David - balas dendam kekalahan ditangan Natalie Grainger

5) Pasukan Selangor - muncul juara piala FA buat kali ke 5

Tidak lupa juga ucapan tahniah buat jurulatih senior bolasepak kebangsaan, K Ragaopal, walaupun pelantikannya membuatkan saya "penat" menunggu keputusan FAM...

Dan bagi perkembangan yang kurang elok....saya malas nak komen panjang...sebab terlalu banyak berlaku sepanjang saya "mogok"...apa pun jadikanlah ianya sebagai pengajaran khususnya buat yang suka bakar kenderaan tanpa memikirkan kesan jangka panjang....

InsyaAllah, saya akan ulas beberapa lagi isu sukan tanah air yang sedang, telah dan akan berlaku di masa depan...

Catatan Epain: Ni namanya "mogok" senyap....

Wednesday, March 4, 2009

Sitcom terbaru: Bolasepak Msia & FAM

Sekali lagi, selepas sekian lama saya kembali ke dalam dunia blog...

Sebenarnya nak tunggu lama lagi...tapi kali ni, dah hilang sabar...

Pertama pasal perlawanan Selangor - Kelantan dan kedua penggantungan yang dikenakan terhadap Redhuan Abdullah...

Perlawanan Selangor Kelantan seperi dijangka berlangsung panas...tapi rasana lebih buruk daripada jangkaan...

Apa yan boleh saya kata, inila "wajah" sebenar penyokong kita...dan seperti dijangka juga, FAM akan mengeluarkan amaran dan FAS antara pihak yang bakal terima akibat...

Saya rasa perkara sebegini dah sampai satu tahap...FAM patutnya dah tak payah denda mendenda...saa cabar FAM aar mengenakn hukuman bermain stadium kosong...n untuk adil....biar kedua-dua pasukan yang dikenaan hukuman tersebut pada perlawanan akan datang....

FAM....berani?....mesti tidak bukan?...sebab takut hilang pendapatan...

Tapi macam mana dengan kes menutup pendapatan orang?...gantung Redhuan Abdullah untuk setahun....

Saya tidak nampak kesalahan yang dilakukan Redhuan...kecuali dia bercakap di media "tanpa kebenaran" FAM....maknanya lepas ni Redhuan kena buat surat dulu baru boleh bercakap dengan wartaan termsuk wartaan TV....

Pasa kes ni pulak, ada satu ksimpulan yg saya boleh buat..iaitu FAM confirm satu badan yg tidak boleh ditegur langsung..apa orang cakap semua salah...FAM setiasa betul walaupun keputusan tersebut tidak betul....

Jadi, janganlah salahkan orang kalau bolasepak di negara ini dan FAM menjadi bahan ketawa secara berterusan....

Maka lahirlah sebuah sitcom....

Catatan Epain: Lebh baik tengok cerita Upin dan Ipin....

Saturday, January 24, 2009

Selepas sekian lama "menyepi" dari membuat posting, saya kembali...

Ada sebab mengapa saya "menyepi"...pertama sebab ada masalah dengan komputer...kedua, ia merupakan sebahagian tanda protes atau dalam kata lain, saya berkabung untuk bercerita...

Segalanya pasal bolasepak...from bad to worst...

Dan rasanya, saya mungkin akan berkabung sekali lagi...selepas menyaksikan UAE berkenduri di Stadium KLFA menentang team Malaysia...

Sebak sebenarnya untuk menceritakan balik apa yang jadi Rabu lepas...tapi inilah hakikat kita...bolasepak yang pernah kita sudah menjadi sejarah...lupakanlah bahawa kita pernah layak ke Olimpik..lupakanlah bahawa kita pernah memiliki pemain seperti Arwah Mokhtar Dahari....

Anggaplah apa yang ada kini ibarat satu kitaran hidup....bahawa kita kini sedang berada di zaman kegelapan...atau zaman gerhana...

Kini, kita perlu balik ke asal, back to basic....

Satu perkara menarik ialah kenyataan B. Sathianathan..."Liga M bukannya bolasepak"...jika selama ini ada pepatah mengatakan "picture with thousand words"...saya anggap yg ini sebagai "phrase/sentence with thousand meanings"...

Catatan Epain : ...............sengaja tak letak tajuk...