Tuesday, May 19, 2009

Dah kahwin 4, nak tambah lagi?

Dalam Islam, lelaki hanya dibenarkan untuk berkahwin 4 sebagai maksimum....

Tapi itu cerita perkahwinan...bak kata P Ramlee, "empat, kadang-kadang"...

Sekang ni, dalam sukan dinegara ni atau lebih tepat lagi persatuan sukan, ada pulak yang nak kahwin 5...mazhab apa si polan ni pakai?...ke nak kahwin muta'ah?

Yang syoknya, kali ni si polan tu nak kahwin dengan "bangsawan", yakni sesuatu yang mempunyai reputasi besar....

Hmmm....yang empat tu susah nak jaga, ni kan pulak nak tambah satu lagi?...

Apa benda lah yang dok dipikirkan si polan ni?...

Agaknya lah kan, si polan ni nak masuk Malaysia Book Of Records kot?...sebagai individu paling banyak persatuan sukan dalam satu masa....

Dah la tu, reputasi pun hancur, ada pulak hati nak jaga pertubuhan yang lebih besar dan jaga hal yang lebih besar?

Apa pun, harapnya angan-angan nak tambah satu lagi ni dapatlah digagalkan lebih awal....kalau tak entahlah apa nak jadi lepas ni.....

Catatan Epain: Satu cukuplah...itu pun macam tak telarat nak jaga....

1 comment:

Anonymous said...

macam kenal je si polan tu... dulu banyak duit boleh la kawin 4 tapi la ni duit pun dah tak berapa nak ada, mana larat nak kawin lebih lagi.,..patutnya cerai je semua tu...