Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, January 28, 2010

Flip-flop Association of Malaysia (FAM)...

Disebalik kejayaan pasukan bawah 23 tahun kita muncul juara acara bolasepak Sukan Sea ke 25 di Laos tahun lepas, masih banyak benda yang membuatkan kita semua geleng kepala bila mengenangkan FAM...

Rasanya tak perlu untuk saya berselindung bahawa satu lagi episod yang sememangnya mengecewakan saya iaitu nasib yang bakal dialami pasukan Harimau Muda A yang sebelum ini dijanjikan dengan pelbagai "gula-gula" dan penyudahnya gagal dinikmati...

Peminat bolasepak sedar bahawa FAM pernah berhasrat untuk menghantar pasukan Harimau Muda A yang diterajui Azraai Khor Abdullah untuk beraksi di Liga S walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan tersebut...

Sebabnya, Singapura yang ada kini bukannya Singapura sebelum 1995 iaitu tahun mereka menarik diri daripada pertandingan Liga dan Piala Malaysia...tetapi kini dengan adanya liga sendiri, sudah pasti mereka sedikit "meninggi diri"...

Tetapi kenapa kita di Malaysia harus "tunduk" dengan "menawarkan" diri bertanding dalam Liga S sedangkan FAM mengakui bahawa liga kita masih yang terbaik (walaupun rekod menunjukkan tidak sama sekali)...

Adakah ini petanda bahawa FAM sendiri menidakkan kemampuan mereka?...

Dan sekarang ini, FAM perlu mencari jalan bagi menyelamatkan Harimau Muda A daripada tidak beraksi langsung sepanjang tahun ini sambil mengharapkan aksi antarabangsa yang entah bila akan dianjurkan FAM....

Ini semua bagi saya tidak lain tidak bukan menunjukkan satu lagi "flip-flop" FAM yang tak pernah "firm" dengan apa yang mereka lakukan walaupun Liga Pro/Super kita sudah berusia lebih 20 tahun...

Catatan Epain: Daripada Singapore, lebih main kat Vietnam...

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor mangkat...Al Fatihah

Pada ketika sy sedang menggunakan lap top...sy terdengar TV3 mengadakan "Berita Terkini" mereka diluar waktu sepatutnya....

Rupanya mereka ingin menyiarkan pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengenai kemangkatan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat secara rasmi pada 7.15 malam 22 Januari 2010...

Malaysiakini.com mempunyai laporan penuh di sini

Al Fatihah...semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan orang yg beriman...Amin

Monday, January 18, 2010

2010 yang bermula dengan "panas"...

Selepas lebih 2 minggu..Epain kembali...

Bukan apa, sibuk sikit sebab tahun baru dan segala-galanya perlu baru...malahan saya pun baru balik dari Johor...

Tapi yang tetap "tidak baru" ialah saya tetap mengikuti perkembangan sukan tanah air ...

Pertama sekali sudah tentuny ucapan tahniah buat pasukan Selangor yang muncul juara Piala Sumbangsih menewaskan Negeri Sembilan tetapi Red Giants harus ingat ia hanyalah perlawanan pembukaan..banyak lagi yang perlu di harungi...

Dalam bebanyak peristiwa saya sebenarnya tertarik untuk komen "perlawanan tomoi tak jadi" yang membabitkan 2 giant, iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim dan Dato' Zolkples Embong...

Apa tidaknya, semasa saya di Johor Bahru, saya tonton Sukan TV3 dan dalam "up sound" bahan tersebut, DS Shahidan mengajak Dato' Zol bertomoi atau bertinju...

Saya rasa itu bukanlah ucapan yang sepatutnya keluar drpd pemimpin tersohor seperti DS Shahidan..

Beliau bukan calang2 orang, bekas Menteri Besar dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO jadi tidak seharusnya kenyataan "budak kecik" dikeluarkan terhadap seorang lagi pemimpin yang tidak kurang hebatnya...

Saya puji dengan Dato' Zol yang tidak cepat melatah (atau mungkin takut jantung berdegup kuat kot Dato'?)...beliau beranggapan bahawa kenyataannya di salah anggap atau "misquoted" oleh orang lain....dan rasanya bila mengaitkan dengan DS Shahidan yang memimpin KOAM, agaknya ramai wartawan mampu mengagak siapakah gerangannya orang itu...

Apa pun, itu sebahagian daripada drama 2010 yang dibuka tirai DS Shahidan Kassim dan orang2nya walaupun 2009 sebenarnya telah ditutup dengan baik sekali....

Diharapkan, drama yang dicipta DS Shahidan itu sedikit sebanyak dapat membantu sukan negara yang bakal berdepan 2 temasya besar, Sukan Asia dan Komanwel yang jaraknya dipisah selama sebulan sahaja antara keduanya...

Jangan nanti, kita hanya dicap sebagai hebat berdrama tetapi atas gelanggang, hampas!!

Catatan Epain: Teater lagi baik....

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Walaupun posting dilakukan pada 2 Januari 2010, rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010...

Semoga 363 hari yang mendatang ini akan membawa tuah dan segala cabaran dapat diatasi sebaik mungkin...

Bagi dunia sukan pula, tahun ini pastinya dinantikan iaitu kehadiran semula Piala Dunia yang dilangsungkan di Afrika Selatan...

Pastinya ia suatu pesta dunia yang dinantikan selepas Jerman menganjurkannya 4 tahun lepas...

Bagi Malaysia pula, tidak ketinggalan untuk menjadi tuan rumah satu lagi "piala dunia" iaitu Piala Thomas dan sekali lagi kita berharap kemaray 18 tahun dapat ditamatkan...

Sekali lagi, Selamat Tahun Baru 2010

Catatan Epain: Azam tahun ni....nak settlekan azam tahun lepas