Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, January 20, 2014

Macam-macam

Rasanya tahun 2014 baru 20 hari tetapi dalam masa 20 hari ni, bermacam cerita dah sukan Malaysia cipta.. Bila nak habis ni?... Salah satunya, politik...satu topik yang tak pernah habis dan takkan habis.... Dulu Epain cukup suka untuk menggunakan perkataan "pupus" kepada olahraga dan nampaknya badminton bakal dimangsakan... Betul, boleh berbangga dengan kejayaan bergu tetapi itu je ke?...Chong Wei bakal gantjng raket mungkin sebab selepas menimang cahaya mata... Kalau betul Disember Chong Wei bersara, nampaknya emas Olimpik Rio semacam jauh panggang dari api... Apapun, kita tengok je.... Menariknya, Liga Super baru sahaja bermula dan bermacam keputusan dicipta serta berbagai cerita luar padang...cumanya cerita luar padang skrip tetap sama tetapi pelakon je berbeza... Kesimpulannya, cerita sukan Malaysia ni takde yang baru sebaliknya diperbaharui... Catatan Epain: Recon

Wednesday, January 8, 2014

Tahun 2014...tahun yang kurang bermakna buat sukan Malaysia

Nampaknya tahun 2013 telah dilalui dengan pelbagai kisah... Daripada cerita bolasepak hinggalah ke sepaktakraw serta kisah Sukan Sea nampaknya ada sesetengah kisah adalah "ulangtayang" tetapi pengolahan yang berbeza.. Tak kurang juga ada kisah baru yang muncul... Jadi, kesimpulannya sukan kat Malaysia adalah wayang gambar semata-mata... Apapun, untuk tahun 2014, tak banyak yang mampu kita raikan tetapi sekalung tahniah buat sukan hoki yang "diam-diam berisi"...tanpa banyak kisah "pelik2", hoki menghadirkan kisah yang menarik, daripada naib juara Piala Sultan Azlan Shah hinggalah layak ke Piala Dunia manakala skuad remaja pula tempat ke 4 terbaik dunia dan hoki wanita catat rekod dunia...jadi adalah jugak sukan berpasukan yang kita benar-benar anggap kelas dunia... Harapkan bolasepak, Sukan Sea pun tak terdaya, lainlah kalau Datuk OKS mampu buat magic iaitu layak ke Piala Asia selepas Datuk K Rajagopal gagal Masih lagi dengan bolasepak...dulu Epain pernah predict di awal tahun di Astro Awani yang Pahang akan mencatat sesuatu...dan ternyata tepat apabila Pahang muncul juara Piala Malaysia...ni baru syok...Pahang buktikan yang persiapan mega dan pembelian tanpa bintang juga mampu menghasilkan sesuatu....tak tau lah pulak kalau pasukan yang luas kuasanya di Selatan mampu jadi juara treble musim ini... Apapun, selamat Tahun Baharu 2014...mulakan tahun baharu dengan azam dan ketekunan serta keikhlasan...bukan sekadar janji yang belum tentu ditepati...