Monday, December 15, 2008

Rumah tak pernah siap, pahat terus berbunyi...

Pepatah ada menyebut, "rumah siap, pahat berbunyi" merujuk kepada sesuatu perkara yang terus heboh sekalipun ianya telah berakhir...

Tetapi saya nak tukar sikitlah....sebagai merujuk kepada senario bolasepak negara kita...

rumah yang bagi saya tak pernah siap ialah kualiti bolasepak kita yang semakin hari semakin merudum...manakala pahat yang berbunyi pula saya merujuk kepada semua pihak yang pantas dan tuntas menuding jari seandainya sesuatu buruk berlaku...dan tidak lupa juga kepada FAM...kerana FAM dari pertengahan 90 an terus berbunyi tetapi takde hasil....samalah dengan perumpamaan yang saya berikan....

Baru-baru ni skuad negara diaibkan sekali lagi...jika tahun lepas di Piala Asia, kali ini di Piala Suzuki, kejohanan yang lebih kecil tarafnya berbanding Piala Asia...

Malang memang malang, tapi bagi saya lebih malang, apabila banyak pihak menyalahkan antara satu sama lain...bila jadi je macam di Piala AFF, maka keluarlah pelbagai cadangan, tohmahan dan herdikan..."bubarkan FAM!!"..."singkir semua pemain!!"..."cari jurulatih baru!!"...itu semua antara bunyi pahat yang diketuk...

Manakala FAM pulak pun macam-macam jugak...."kita yakin skuad kali ini berbeza!!"..."inilah masa kita berubah!!"...tapi dalam masa yang sama diorang berbunyi...."format liga super berubah lagi"...."tiada pemain import"...pemain import dibenar beraksi kembali"....ni pun sama jugak...macam pahat....pengabisannya rumah yang ingin di bina tidak pernah siap....

Bagi saya, kita perlu menerima kualiti bolasepak kita sudah semakin teruk...cuma apa yang perlu kini, kita semua perlu bekerja menaikkan semula tarafnya....tak payah lah kot ceritakan siapa yang pernah kita ada...apa kejayaan kita di masa lampau...

Tapi kita semua perlu mendongak ke langit....anggaplah kita ini sentiasa kecil...tetapi berjiwa besar...jangan tunjuk lagak macam kita besar sedangkan habuk pun kita takde....

Di pihak lain pula, apa kata lontarkan idea dan pendapat anda tanpa mengira masa...contoh terbaik, kita lihat sahaja tindakan bekas pemain hoki....ni menunjukkan "talk less, act more"....

Maka sama-samalah kita fikir, apa yang mampu disumbangkan bukannya terus memegang pahat tetapi rumah tak pernah siap....apa-apa hal siapkan rumah dulu...

Catatan Epain: Bukan nak bina rumah, tapi nak renovate

Thursday, December 11, 2008

Hero sebenar...

Okay...lupakan bab bola dan Sathia...

Apa kata melawat sebentar ke blog Arnaz Khairul...dia ada menceritakan cerita best walaupun tak ramai yang sedar atau ingin sedar...

Kalau kita berbangga dengan datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei, jadi kita patut bangga dengan pelumba basikal cilik kita, Azizulhasni Awang...nak tau kenapa perlu bangga?....Klik SINI

Gambar: Arnaz

Catatan Epain: Gua caya sama lu Azizul!!

Antara Sathianathan dan Bernd Schuster...

Rasanya tidak perlu diperkatakan lagi lah kot pasal team Malaysia di AFF Piala Suzuki...

Hakikatnya, Malaysia gagal ke separuh akhir dan Thailand menunjukkan jalan keluar secara terhormat buat Malaysia dengan menang 3-0...

Tetapi saya terpanggil untuk mencatat sesuatu tentang nasib yang dialami B. Sathianathan...

Tempatnya bakal diambil alih jurulatih cuma nama jurulatih tersebut masih belum diperkatakan walaupun Peter Withe antara calon yang hangat...

Nasib Sathia tidak ubah macam Bernd Schuster di Real madrid, cuma cara keduanya tersingkir berbeza...

Sathia awal2 lagi sebenarnya tahu bahawa kontraknya tidak disambung selepas Khairy Jamaluddin membuat andaian tersebut dan jika ingin selamat, Malaysia kena menang Piala Suzuki...

Antara Sathia dan Schuster, memang keduanya tidak boleh disamakan taraf, cuma keduanya tetap seorang jurulatih...

Cuma saya agak tidak berkenan cara Sathia "dilayan" sebenarnya...dia diberitahu sebelum saingan bermula..malahan ketika skuad negara sedang beraksi di Myanmar...dan Sathia hanya mempunyai Pestabola Merdeka 2007 untuk dibanggakan...

Schuster pula membantu Real menjulang La Liga musim sebelum ini, namun jodoh tak panjang dan dia disingkir oleh pengurusan kelab yang seakan terkena sumpahan selepas menyingkirkan Vicente del Bosque...

Sekurang-kurangnya, Schuster mempunyai sesuatu untuk dibanggakan...dan bagi Sathia, akhirnya anda juga merasa "keperitan" duduk di Wisma FAM sejak sekian lama...

Catatan Epain: Kelab mana yang dah call you Sathia?

Monday, December 8, 2008

Ambik ubat!!

Saya kat sekolah dulu masih ingat dialog ni...Ambik ubat!!...ditujukan buat member yang kena tiow dengan cikgu disiplin...

Tapi hari ni saya nak tuju buat skuad bolasepak negara yang baru sahaj tewas 2-3 ditangan Vietnam...

Apa lagi nak cakap...nilah akibatnya kalau main bola pun sempat nak melawa macam bergambar untuk majalah Mangga...

Saya tidak mahulah menceritakan apa yang perlu dilalui pasukan kendalian B. Sathianathan ini...tetapi cukuplah saya katakan memang patut makin ramain menjauhkan diri dengan bolasepak kita...

Ada ruang untuk berubah dipersiakan...kalau nak tunjuk bahawa bola Malaysia ada peningkatan, inilah tempatnya...bukannya lawan Chelsea, MU, Arsenal je baru nak tunjuk kuat...bukannya effect ranking pun...

Walaupun lawan pasukan seperti Vietnam, Laos tetapi inilah saingan kita sebenar..inilah bumi dan langit yang sebenar...tetapi kalau ini pun masih tak mampu....jangan haraplah untuk kita kembali ke landasan sebenar...

Okay...cukup bab pasukan kebangsaan...ini satu lagi hal yang memeningkan kepala...sebelum tu, ingat tak ngan iklan biskut, kejap ada kejak takde...

Ha...itulah liga kita....PDRM yang gatal tarik diri pun menggatal dengan masuk balik...pastu FAM pulak boleh membenarkan diorang masuk Liga Super...penyudahnya 15 pasukan akan bertanding untuk musim 2009....satu lagi musim yang penuh lawak buat FIFA dan AFC...

Saya ni bukanlah "pentadbir" bolasepak..tetapi patutnya PDRM hanya dibenarkan beraksi dalam Liga Perdana, hukuman buat mereka....

Tetapi biasalah FAM...persatuan yang suka mengubah peraturan dan format maka tidak hairanlah ianya terjadi...dan sebab itu juga ramai yang makin tidak hormat dengan FAM selaku badan induk bolasepak negara ini...

Catatan Epain: Musim 2010 apa pulak formatnya?

Isyarat buat semua


Bulan Zulhijjah dalam kalendar Islam seharusnya menjadi bulan yang penuh dengan keberkatan selepas bulan Ramadhan...

Pada bulan ini, sebahagian umat Islam berada di Mekah bagi mengerjakan ibadat haji, manakala sebahagian lagi menyambut Aidiladha dengan mengadakan ibadat korban...malahan fadilat Aidiladha lebih besar berbanding Aidilfitri...takbir bergema selama 3 hari...

Namun terdapat sebilangan kita yang menyambutnya dalam keadaan yang penuh hiba...Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang sekali lagi menjadi headline selepas kejadian tanah runtuh berulang...

Saya masih ingat, pada 1993, Pengetua Sekolah Menengah Hulu Kelang, tempat saya bersekolah menengah meminta kami semua menghadiahkan Al fatihah pada pagi 11 Disember selepas Highland Towers rebah menyembah bumi...setahun selepas itu saya sempat mengunjungi Highland Towers dan saya tidak boleh bayangkan betapa dasyatnya hukum Allah pada ketika itu...

Kemudian tahun 2005 satu lagi kejadian berlaku tidak jauh daripada Highland Towers, iaitu kediaman bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Ismail Omar yang juga pengerusi bekas majikan saya....saya masih ingat saya dengan Account Exec pergi ke rumah beliau untuk mendapatkan tandatangan.

Bagi saya, semua ini menjadi peringatan buat kita semua...betapa hebatnya teknologi yang kita miliki, betapa hebatnya harta yang kita kumpul, tetapi sekali nikmat ditarik, azabnya tidak terkira...

Saya tak nak perbandingkan kejadian ini dengan apa yang manusia telah buat....tetapi segalanya berkaitan dengan manusia juga...kalau sesiapa yang pernah ke Bukit Antarabangsa, mungkin boleh mengagak tidak hairanlah ianya terjadi....

Jadi, biarlah ia menjadi peringatan buat kita semua....muslimin yang terkorban, al fatihah dan pada bukan Islam, saya ucapkan takziah...

Catatan Epain: Tak nak beli, buat rumah di lereng bukit...

Friday, December 5, 2008

Selamat Berjuang...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berjaya buat pasukan bolasepak kebangsaan yang bakal beraksi di AFF Piala Suzuki di Phuket, Thailand...

Aksi mereka kali ini begitu istimewa memandangkan mereka diterbangkan menggunakan penerbangan tentera, Hercules C 130 dari Subang...

Walaupun terpaksa menggunakan penerbangan tersebut atas alasan keselamatan, saya harap semangat perjuangan pesawat Charlie yang biasanya digunakan untuk membawa tentera khususnya skuad payung terjun semasa beraksi di Phuket nanti...

Fikir balik bukannya senang nak naik Cahrlie sebab ia memerlukan keadaan tertentu untuk menggunakan pesawat tersebut...walaupun tak seselesa penerbangan MAS atau Airasia yang dilengkapi layanan baik pramugari, tetapi anggaplah penerbangan kali ini ibarat berjuang di medan perang....


Jangan pulak nanti, bila sampai Phuket, lepas tu berkesempatan berkunjung ke Phating beach, habis game esok nya jadi cacamerba selepas menyaksikan pelbagai "jenis tayangan" di pantai peranginan yang dianggap sebagai antara terbaik dunia itu...

Lagi satu, jangan lupa untuk jaga disiplin, maklumlah kalau pergi Thailand atau nama lainnya, Siam macam2 benda boleh jumpa...jumpa takpe, jangan "terjebak" sudah lah....

Catatan Epain: Teringin naik helikopter Nuri....

Sunday, November 30, 2008

Penangan politik...

Dalam banyak hal...politik merupakan antara perkara yang tidak boleh dipisahkan dalam hidup masyarakat...

Selain politik kepartian...ada kalanya orang akan berbicara mengenai "office politics", politik keluarga dan sebagainya...

Mungkin maksud berbeza tetapi ia tetap politik...

Saya pula antara orang yang tidak suka sukan dicampur adukkan dengan politik...tetapi maksud saya lebih kepada "di dalam" sukan bukannya "di sekitar" sukan...

Sebab di sekitar sesuatu yang sukar dikawal...

natijahnya, kita lihat apa yang terjadi di bangkok, Thailand...hanya kerana politik dalaman atau domestik, habis terkena tempias pada orang lain, dan tidak terkecuali, sukan...

Piala Suzuki AFF 2009 terpaksa di adakan di Phuket disebabkan keadaan yang tidak menentu terutamanya Lapangan terbang yang masih ditutup....

Kita bersyukur di Malaysia tidak berlaku sebegini...walaupun ada demonstrasi "kecil-kecilan", tetapi sukan tidak terkena tempias...

masih ingat tak pada tahun 1998 di mana pada waktu itu hampir setiap hari bermula September, Kuala Lumpur di selubungi dengan gerakan Reformasi hingga menyebabkan pelbagai perkara tidak diingini berlaku...

Namun Alhamdullilah ia tidak mendatangkan kesan terhadap Sukan Komanwel sebaliknya ia masih meriah berlangsung...

Bagi saya, ini menunjukkan Rakyat Malaysia sebenarnya masyarakat yang matang dan berbudi bahasa walaupun dalam banyak hal masih boleh dipersoalkan....

Catatan Epain: Berdoa Malaysia menang Piala Suzuki....

Monday, November 17, 2008

Cakap je lebih....

Isu yang saya ingin bangkitkan dalam posting ni sebenarnya dah lama dah "berbuku"...

Jadi sekarang ni ingin saya luahkan...apa feedback orang lain, Wallahualam...

Isunya ialah membabitkan media cetak negara ini...bagi saya, sekarang ni, kalau baca surat khabar terutamanya yang berbahasa Inggeris terasa macam hidup di London, Liverpool dan manchester...

Sebabnya, "story back page" semuanya di dahului dengan cerita Liga Perdana Inggeris, EPL...

Bab gambar jangan ceritalah...sebesar-besarnya....saya pun heran lah, apa berita sukan dalam negara ni tak sesuai untuk dijadikan "highlight" ke?...teruk sangat kualiti kita?...

Ada sekali tu, citer pasal Lee Chong Wei "diketepikan" tapi yang dihighlightkan cerita pasal nasib mark Hughes...ada pulak tu cerita pasal menjelang perlawanan "lebih hebat" daripada cerita yang menghasilkan keputusan...pelik-pelik...

Mereka ni semua cakap pasal "cintakan negara", "semangat patriotik", dan berbagai lagi kata-kata semangat, tapi dalam masa yang sama, diorang ni pun tidak menunjukkan semangat Malaysia...

Kita dok siar pasal bola negara luar....tapi ade ke diorang nak tunjuk pasal kita?...jauh panggang dari api!!...tapi kita dok agungkan...itu belum lagi sentimen bahawa diorang pernah menjajah kita....

Yelah...saya ni pun minat ngan pasukan bola macam Liverpool, AC Milan, Borussia Dortmund dan barcelona...tapi "tak tergamak" juga nak sisihkan asal kita...

Sekarang ni, cerita macam ni menular dikalangan akhbar berbahasa Melayu...ada akhbar tu, berkonsepkan cerita masyarakat sekitar, tapi cerita sukan, story EPL dapat backpage...

Hmmmm....entahlah...susah sangat ke untuk kita tunjukkan semangat kita sebenar?..Kenapa mesti kita ikut orang dalam laksanakan sesuatu....kalau bukan kita yang bangga dengan apa yang kita ada...siapa lagi?....

Tapi nak buat macam mana....masing-masing ada pandangan sendiri...itu semua "rumah tangga" masing-masing....tak boleh kacau, tak boleh komen...biarlah...jangan nanti, ada mat Salleh dan Minah Salleh yang datang Malaysia tak boleh beza negara diorang dengan Malaysia sudah lah...

Masa tu, sapa nak tolong jawab? Alex Ferguson?

Catatan Epain: Nasib baik akhbar jawi tak buat macam tu....

Saturday, November 15, 2008

Berbaloikah?


Baru-baru ini pentas sukan negara khususnya tenis dikejutkan dengan isu pembatalan acara "King Of Tennis", acara sehari yang menghimpunkan bekas jaguh tenis dunia di Pulau Pinang...

Penganjur diberitakan gagal mendapatkan "sanction" daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan atau dalam erti kata lain, ia bakal menjadi satu "perlawanan haram"...

Penyudahnya ia dibatalkan, dan tambah buruk gelanggang yang sudah dibina tidak dapat digunakan manakala ada sebahagian pemaint yang telahpun membayar harga tiket yang mahal bagi menyaksikan perlawanan itu...

Bagi saya, ini adalah akibat keghairahan sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan jalan pintas....tapi seperti biasa menggunakan alasan "pembangunan sukan" untuk menganjurkannya...

Ia ibarat ulangan episod penganjuran kejohanan bolasepak CYC yang nyata memalukan negara...

Sekarang ini, khususnya tenis, banyak pihak ghairah membawa masuk pemain ternama, baik yang sedang beraksi mahpun yang telah bersara...

Alasannya untuk pembangunan sukan tetapi bayangkan, untuk bawa seorang pemain seperti Roger Federer memerlukan dana yang banyak mencecah jutaan ringgit...

Saya rasa, duit jutaan ringgit itu ada lebih baik disalurkan kepada pihak yang memerlukan...malahan pihak2 terbabit hanya memerlukan ratusan ribu ringgit...

Ingat dulu?...Jawariah tidak dapat menyertai Terbuka Australia hanya sebab kekurangan RM 20 ribu....

Dan saya rasa, ada lebih baik usahakan semula kehadiran Jelajah ATP di Malaysia seperti mana yang pernah dikecapi sekitar 90-an dulu...

Catatan Epain: Teringin nak tengok Maria Sharapova lebih dekat...

Thursday, November 13, 2008

Mari kita saksikan hasilnya...

Setelah 2 hari berbincang, berborak, berdiskusi dan sebagainya, Konvensyen Sukan 2008 berakhir pada Rabu, 12 November...

Pastinya ramai yang berharap bahawa konvensyen tersebut mampu menghasilkan sesuatu, baik dalam masa pendek mahupun panjang....

Saya tidak menghadiri konvensyen tersebut, namun selepas melihat beberapa cadangan resolusi serta resolusi akhir yang dibentangkan, saya boleh bayangkan sesuatu yang positif mampu dihasilkan...

Cuma sekarang ini adalah masa pelaksanaan dan pemantauan, 2 perkara yang sentiasa menjadi masalah...

Rasanya tiada guna jika kita hebat merancang tetapi gagal melaksana ataupun kita melaksanakan tetapi tidak "istiqamah" dengan apa yang dilaksanakan....

Maka berbalik pada asal, kita hanya menuding jari, yang ini kata yang itu, yang itu kata yang sinun dan sebagainya....

Saya tertarik dengan isu pengwujudan universiti sukan...saya sendiri bersetuju tapi rupanya ada juga yang selama ini acap kali mengatakan "sukan perlu dikerjayakan", "sukan harus menjadi jaminan masa depan", yang tidak setuju dengan pengwujudan universiti sukan ini...

Bagi saya, mereka ini merasakan bahawa universiti sukan adalah sesuatu yang terlalu akademik ataupun mereka hanya membayangkan universiti seperti Harvard dan Oxford yang mementingkan kecemerlangan akademik....

Walau apa pun, saya harap, "sooner or later", universiti ini mampu wujud walau apa pun tujuannya, kerana setiap tujuan adalah positif....

Secara keseluruhannya, kita hendak lihat, konvensyen ini benar2 mampu mewujudkan sesuatu yang positif...kerana kita harus ingat, konvensyen hanya lah "medan" untuk bercakap dan membentangkan kertas kerja, sebaliknya dalam sukan, kerja berbentuk fizikal yang mewakili ruang yang paling besar...maka, jangan hanya pandai bercakap...

Catatan Epain: Teringin jadi moderator...

Friday, November 7, 2008

Apa sudah jadi ISN?


Gambar : Berita Harian 6 November

Kecederaan adalah perkara biasa yang dialami setiap atlet....

Tapi kecederaan yang dialami atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei kelmarin adalah luar biasa...

Bukan jenis kecederaan tetapi kesengsaraan yang dialami Hup Wei...sudahlah cedera...tiada pula pegawai perubatan atau fisioterapi yang berada semasa Hup Wei tercedera...

Tulah...peristiwa ni hanya menambah satu lagi episod "professionalisme" sukan negara yang tidak pernah sembuh daripada luka perit...

Kesian Hup Wei...dah la cedera...makin sakit bila takde orang nak ambik peduli...tapi bila menang pingat, ramai pulak yang menghimpit...."saya lah punca kejayaan Hup Wei", "program sains sukan kita membuahkan hasil", "satu lagi pencapaian hebat"....

sekarang?...apa citer?...tolonglah...dengarnya KOAM macam nak "melutut" untuk dapatkan bantuan Hup Wei...

Catatan Epain: Teringat kecederaan tulang rahang tahun 2005, 6 minggu tak jumpa nasi

Wednesday, November 5, 2008

Mampukah revolusi merubah nasib hoki?


Tarikh 1 November 2008 merupakan satu tarikh yang bersejarah buat sukan hoki negara...

Pada tarikh ini, jawatankuasa baru PHM dibentuk dan tambah menarik, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah secara sah dipilih sebagai Presiden untuk penggal 2008-2010...

Nur Azmi Ahmad pula dipilih selaku Timb. Presiden dengan mengatasi undian yang diperoleh penyandang terdahulu, Tunku Majid Idris Sultan Iskandar...

Satu senario yang menarik...tetapi pastinya orang ramai khususnya peminat sukan hoki mengharapkan sesuatu yang segera daripada AJK baru ini...

Saya masih ingat...saya tidak tahu membezakan Revolusi dan Evolusi...tapi saya diterangkan dengan ringkas, Revolusi bermakna perubahan segera atau ketara manakala Evolusi bermakna perubahan yang memakan masa atau lambat....

Maka sya bayangkan PHM sedang dilanda revolusi, tetapi mampu revolusi ini merubah nasib hoki?...Dan cabaran Tengku Abdullah untuk meletak jawatan atau tidak dicalon semula andai hoki terus gagal satu cabaran yang besar....

Dan dengan perubahan yang dilakukan Tengku, tidak mustahil hoki akan bersinar semula...tapi secepat mana?...

Catatan Epain: Nak tengok pemain seperti Nor Saiful Zaini....

Tuesday, November 4, 2008

Sindrom Hafiz Hashim melanda Chong Wei?

Hmmmm...hampir seminggu saya berada di luar KL, lebih tepat kagi ke Johor Bahru, saksikan golf Iskandar Johor Open....

Sepanjang tu, ada 3 isu yg menarik perhatian...tapi memula lebih baik saya komen pasal badminton...lebih tepat lagi, Datuk Lee Chong Wei...

Nampaknya Chong Wei dah terkena sindrom Hafiz Hashim dimana lepas dapat pingat perak, terus dirundung malang....tanpa sebarang kejuaraan....sama macam hafiz dulu, lepas menang All England, terus habis sampai sekarang...

Chong Wei tidak perlu dipersalahkan...yelah dah peak masa Ogos, susah nak dapat form balik...tengok Lin Dan, lepas menang pingat emas Olimpik, rehat sampai sekarang....sebab dia perlukan masa untuk hilangkan "rengas" badan masa olimpik....

Jadi Chong Wei patut buat benda yang sama....tapi dah terlambat...cuma apa yang penting sekang ni, MSN atau ISN patut bantu Chong Wei kekalkan semangatnya...kalau tak memang susahlah lepas ni...

Catatan Epain: Apa kata pergi Stadium Juara, tengok geng Sinar Pagi vs Chong Wei

Sunday, October 26, 2008

Akibat terlalu yakin...

Ketika posting ni dibuat semua sudah maklum Malaysia gagal mempertahankan Pestabola Merdeka selepas tewas ditangan Vietnam menerusi sepakan penalti...

Nak buat mcm mana...kalau dak masuk penentuan penalti, lawan budak bawah 17 tahun pun belum tentu menang...

Walau apa pun, Malaysia tetap mempertahankan gawang daripada dibolosi sebarang gol sebanyak 5 perlawanan termasuk final...

Saya cuma tak puas hati lah ngan sesetengah media yang terlalu yakin dan memperkecilkan lawan...Vietnam memanglah lawan yg muda....tapi kalau dah sampai headline bunyinya "Ada apa pada Vietnam"...perghhh tu dah terlalu meninggi diri...

Sama gak ngan player...saya percaya ada diantara mereka terlalu yakin...sebab mereka ingat Vietnam diwakili budak sekolah....

Secara keseluruhan, Malaysia tidak boleh mendabik dada sangat...semua lawannya, bukanlah lawan sebenar...Nepal, Afghanistan, Sierra Leone yg diwakili pemain 18 tahun, Myanmar yg baru membentuk pasukan serta Vietnam yang diwakili pemain yg bakal beraksi di Sukan Sea tahun depan....jadi apa nak dibangga sangat?...Malaysia diwakili skuad senior...

Ujian sebenar nanti di Piala AFF...ingat, Indonesia, Thailand dan Singapura tidak beraksi di Pestabola Merdeka...maknanya akan ada fresh challenge di Jakarta dan Bangkok nanti...

Catatan Epain: Cuba lagi....

Wednesday, October 22, 2008

Professionalisme sudah mati?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dunia bolasepak dihidangkan dengan pelbagai verita kurang enak, antaranya berita gaji pemain tak dibayar, KWSP tidak dicarum dan pasukan menarik diri daripada saingan Liga M....

13 tahun dulu, FAM begitu gah dengan anjakan paradigma ke arah professionalisme dan disambut bagai nak rak pasukan bertanding...pemain pulak terbayang-bayang gaji mengalahkan gaji menteri....

Tapi apa sudah jadi sekarang?...terbaru Pulau Pinang pun nak tarik diri akibat masalah kewangan....pasukan negeri yang pernah bergelar Juara Liga dan Piala FA...

Saya rasalah kan...ada lebih baik FAM praktikkan semula amatur-pro status yang pernah dikecapi bolasepak negara ini...jadi pemain bola dalam masa yg sama ada kerjaya lain...

Pemain komited kerana mereka tidak memikirkan masalah gaji....main tak main, ada org lain bayar gaji....walaupun memegang 2 kerja serentak....tetapi sesetengah mereka begitu komited...maka lahirlah pasukan kebangsaan yang mantap....

Sekarang ni nak cari pemain yg betul2 bagus pun susah...sebabnya ramai diluar sana yang "takut" nak main bola sebab dikatakan takde masa depan....

Kalau takde majikan yg sanggup ambil pekerja seperti ini, ada lebih baik KBS-FAM memikirkan tempat sesuai buat kesemua pemain negara...

OK...ini bab FAP pulak....saya heranlah dengan Presidennya, Fairuz Khairudin yang tetiba meletak jawatan...dan meletak jawatan selepas kemelut gaji seakan tiada penyelesaian....

Tulah YB, lain kali fikir dulu sebelum terima jawatan...jgn ingat semua tanggungjawab tu mudah...agaknya kedudukan Timbalan Ketua Menteri lagi tak susah kan YB?....kalau betul, kerajaan negeri mempunyai dasar terbuka melantik sesiapa sahaja, apa kata lantik dikalangan yg cenderung dengan kerajaan Pusat atau pernah berada dalam kerajaan negeri sebelum ini sebagai Presiden....dalam masa yg sama rombak jelah FAP tu....dengarnya banyak yang berkarat....

Catatan Epain: EPL mengalami proses jual-beli pasukan...Malaysia bila lagi?....Tak laku kot

Monday, October 20, 2008

Ada yang bergembira...ada yang bersedih...

Hari ini 20 Oktober 2008, saya berpeluang untuk membaca blog selepas beberapa hari sibuk menyiapkan kerja "hidup & mati"...

Satu demi satu blog dan portal berita yang saya baca...namun ada 2 berita yang menggamit saya....

Pertama posting saudara Arnaz Khairul, wartawan sukan NST yang mengeluarkan posting mengenai Sara Aziz yang kembali ke Rahmatullah...

Sara merupakan anak tiri kepada Pengerusi Jelajah Malaysia, Datuk Astaman Aziz....dan seperti mana yang dikatakan Arnaz, DI SINI,....Sara merupakan seorang yang berminat dengan fotografi...saya dan rakan2 sempat bergambar dengan Sara sebelum peringkat ke 5 JM 2008 di Muar, Johor...saya juga sempat berborak dengannya mengenai kamera....

Kali terakhir saya bertemu Sara di LTDL 2008 especially lepas Anuar Manan dinobatkan selaku Jaguh Pecut di Banting....

Semoga Sara Aziz ditempatkan dikalangan umat yang beriman...Al Fatihah....Takziah juga buat Datuk Astaman, Arif dan keluarga...

Pembetulan - 22 Oktober....

Disini ingin saya nyatakan terdapat pembetulan. Seperti mana yang dkmaklumkan Dr Nur Aida Astaman, arwah merupakan anak tiri Datuk Astaman Aziz...

Harap maklum...dan buat Dr Nur Aida, terima kasih atas pengmakluman ini...

Berita gembira yang saya baca, dengar dan tonton pula mengenai kejayaan Dauk Nicol Ann David merampas kembali title Juara Dunia Squash...rasanya Nicol sekarang ni dah sampai tahap menyamai tahap yang pernah dikecapi bekas pemain nombor 1 dunia Tenis, Roger Federer..."undisputed" selama 4 tahun...

Tahniah...

Thursday, October 16, 2008

Permulaan baik

Malaysia memulakan kempen Pestabola Merdeka dengan baik selepas menewaskan Nepal 4-0.....

Safee Sali 2 gol, Indra Putra & Khyril Muhaimeen score 1 setiap sorang...

Harap2 ok jelah lepas ni...sebab kalau tengok team bertanding, ikutkan Malaysia tak de alasan untuk tidak paling kurang ke final...kalau tak, masak Sathia...

Bila tengok tv, paling best, tengok padang...pergh...dah macam sawah...siaplah nanti...sekang ni kan musim hujan....

Catatan Epain: Bih baik main ragbi

Monday, October 13, 2008

Menantikan kehadiran filem sukan yang hebat....

Saya ni merupakan peminat filem yang berkisar mengenai sukan kerana ia membangkitkan semangat selain seronok melihat kemenangan di akhir filem...

Antara filem yang saya minat, The Replacement lakonan Keanu Reeves, Any Given Sunday, Goal, The Knight's Tale dan beberapa lagi yang saya tidak ingat...

Kebanyakan filem tersebut dihasilkan di Hollywood....

Bab filem, negara kita tidak ketandusan sebenarnya...tapi genre filem sebegini tidak menjadi pilihan utama...seingat saya, adalah beberapa filem seperti Cinta 200 Ela, Gol dan Gincu, Gila Bola...tapi kesemua filem tu "tak real"...yakni ia bukannya menceritakan perihal sukan atau personaliti sebaliknya sukan hanyalah unsur sampingan....tema utama ialah cinta atau remaja...

Banyak peristiwa bersejarah mampu dijadikan filem sebenarnya...

Cuba tengok Singapura, mereka kini dalam proses menyiapkan filem "The Kalang Roar the Movie" yang antara lain memaparkan mengenai pertemuan 2 musuh utama bolasepak Malaysia, Singapura dan Selangor...adegan utama semi final Piala Malaysia 1977...ada gak gambar Mokhtar Dahari klon...

Ni trailer filemnya, Kallang Roar The Movie

Kalau tengok trailer, memang ok lah citer ni...tapi pastinya ia menceritakan mengenai Singapura....

Apa kata Malaysia cuba jugak....mungkin berkaitan dengan Piala Thomas 1967 atau 1992?...Citer adik beradik Sidek ke...secara logik kesemua adik beradik Sidek masih ada...dan antara pengarah yang saya cadangkan, Shuhaimi Baba, Ahmad Idham, U-wei Shaari dan mungkin Mamat Khalid...

Catatan Epain: Nak tengok citer pasal Mokhtar Dahari....

Bila nak berubah?

Malam tadi, kalau sesiapa tonton Warta Perdana RTM 1 pasti akan menyaksikan paparan Komplek Sukan Panji di Kota Bharu, Kelantan yang rosak...

Menteri KBS berjanji untuk memperbaiki trek untuk digunakan atlet Kelantan...

Apa yang menyedihkan tengok berita tu ialah keadaan trek memang teruk walaupun trek tersebut sebenarnya trek baru...bukannya pakai tar....

Tapi tulah Malaysia...buat tau, tapi tak reti nak jaga...pastu mcm biasa...menuntut agar dibina lebh banyak kemudahan sukan...dengan alasan pembangunan sukan....

Entahlah...bila lah agaknya kebanyakan penggiat kita akan belajr untuk jadi lebih professional...ni tak..tau projek masuk je..tapi tak bertanggungjawab...patutnya dalam kes Panji ni...kontraktor yang bertanggungjawab mesti tanggung...

Dan untuk masa depan...pastikan unsur penyelenggaraan di titik berat...

Catatan Epain: Nak tengok padang bola Msia "tip-top"

Monday, October 6, 2008

The Return of the Legend

Ok...Aidilfitri sudahpun disambut...segala lemang, ketupat n rendang pastinya dinikmati sepuas-puasnya...

Saya pun mcm terlekat lagi lemak lemang ....mood nak masukkan posting pun dah macam santan lemang tapi saya gagahkan jugak hari ini...

Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah buat team A1 Malaysia khususnya Fairuz Fauzi yang baru sahaja memenangi GP pertama musim ini di Belanda semalam...

Bulan 10 ni pulak, bagi Malaysia tak banyak sgt event besar kecuali untuk badminton yg menyaksikan Lee Chong Wei masih lagi kempunan untuk menang...

Tapi bagi bolasepak..."cuti panjang" Liga Malaysia terisi sedikit dengan penganjuran Pestabola Merdeka...

Pestabola sememangnya sentiasa dialu-alukan dan status Malaysia kali ini sedikit berbeza selaku juara bertahan....Ye lah mempertahankan adalah lebih sukar drpd menjuarainya....



Tapi yang penting FAM masih ada "nafsu" nak meneruskan kesinambungan pertandingan yang pernah menjadi benchmark di Asia itu....kalau dapat pertahankanlah jenama ni sampai bila-bila...

Walaupun bukan dianjurkan di bulan kemerdekaan tidak bermakna Pestabola hilang seri...sebaliknya kemeriahannya tetap sama khususnya bagi kaki bola yang "gian" nak pegi stadium tengok competitive game...

Cuma kalau nak lagi syok, kiranya dapatlah Pestabola dianjurkan di Stadium Merdeka walaupun stadium tersebut sudah kembali ke kapasiti asal, 20 ribu....tapi mesti klasik punya tengok bola di stadium asal...

Catatan Epain: Nak tengok Malaysia menang lagi

Monday, September 29, 2008

Selamat Raya Aidilfitri


Bersempena dengan 1 Syawal yang jatuh pada 1 Oktober 2008, Saya, bersama-sama isteri, dan anak mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan dan sahabat yang saya kenali....

Kepada atlet....jangan lupa jaga pemakanan anda, kalau tidak nanti susah nak recover fitness...

Saya balik kpg isteri buat tahun hatrick di Jerantut, Pahang...

Kepada yang memandu, baik kereta, lori bas mahupun keretapi, ingatlah orang yang tersayang...tak rugi kalau lambat skit tapi mampu mengelakkan kecelakaan yang lebih besar....Ingat 1 Syawal adalah hari kemenangan umat Islam...bukannya hari untuk kita bersedih atau meratapi

Akhir kata...maaf kan segala salah dan silap...khususnya kepada yg terasa dlm posting blog ini...Maaf Zahir batin

Catatan Epain: 0-0 semula ye...

Tuesday, September 23, 2008

Ribut taufan atau ribut cawan kopi?


Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM memang dikenali sebagai antara persatuan yang penuh kontroversi walaupun pernah dianggap sebagai persatuan yang paling tersusun...

Perubahan demi perubahan berlaku sejak Tunku Abdul Rahman memegang tampuk pentadbiran sampailah sekrang ni yang di pimpin Sultan Ahmad Shah....

2007, satu perubahan lagi berlaku dan ia juga menyaksikan Setiausaha Agung FAM bertukar tangan dengan Datuk Azzudin Ahmad menjadi pemegang jawatan terbaru...

Tetapi, langit tak selalu cerah...ntah macam mana FAM dilanda ribut lagi...dan segalanya bermula dengan kedatangan Chelsea, perbalahan dengan penaja serta pengharaman pemain import musim depan....

Tambah malang, Sultan Ahmad Shah yang baru mendapat ijazah kehormat di UK atas jasanya terhadap bolasepak dikatakan akan tersingkir "secara terhormat"...Wow!!

Kalau tak pun, Datuk Azzudin yang akan jadi kambing hitam...antara alasan termasuklah pentadbiran ala tentera yang diamalkan serta polisi tidak mesra media yang diamalkan sejak pegang jawatan SU....walaupun betul, tetapi ia bukanlah alasan untuknya dijadikan korban....

Secara jujur, saya rasa mereka patut diberi peluang untuk menghidupkan kembali bolasepak...yang patut disingkirkan bukan Sultan atau Datuk Azzudin...tetapi patutnya beberapa pemegang jawatan lain yang hanya ada nama...tapi tak buat kerja...ada pulak, macam tahu buat kerja...tapi hampas....

FAM harus ingat...sekarang bukan masa honeymoon....sekarang zaman sukar....tapi kalau terus banyak politiking...jangan harap malaysia akan terus maju...merudum lagi adalah...

Catatan Epain: Suka minum kopi Kuantan...

Monday, September 22, 2008

Escape from KOAM Part 2 - The Chronicles of Karim Ibrahim

Sebelum ni timbul isu "perbuatan meragukan" yang dikatakan telah menutup terus kes cabul pegawai...walaupun ada yang tak puas hati, KOAM kata cukup...

Sekarang ni pulak, pelakon terkenal KOAM, Karim Ibrahim dah mula "screen shot" dah...hari tu punyalah berdegar-degar nak hentam Pengarah HPTC, Musa Nor Mohd lepas tu mintak Menter KBS jadi "judge"...

Tetiba je, bila hari persidangan, Karim sendiri yang tak datang...tapi citer dia memang best...pegi buat rawatan jantung....

Esoknya tampil dengan filem X Ray dan juga ubat...perghh...kalau dalam mahkamah terima ke bukti ni?...patutnya tunjuk surat doktor lah....yang mengatakan anda dirawat pada hari dan jam berapa....

Masa PC, punyalah monyok muka Karim...itu nak kasi tambah "ummmpphhh" kat lakonan dia...boleh menang award sebab berjaya meruntunkan hati juri....

Haiiii...Karim, Karim....sekang ni dia dah naik satu level yang membolehkan dia berlakon kat Bollywood....lagi bagus daripada duduk dalam KOAM...buat semua orang pening kepala...

Catatan Epain: Nak jugak berlakon kat Bollywood, ramai aktres cun....

Saturday, September 20, 2008

Escape from KOAM....


17 September bakal diingati dalam kelompok sukan negara khususnya olahraga sebagai hari paling pelik...malahan mungkin ia juga bakal diingati pengamal undang-undang negara ini...

Ini pasal KOAM berjaya mengeluarkan satu term baru dalam undang-undang yang mungkin boleh digunakan mahkamah negara ini...

Biasanya kita akan mendengar term "melebihi keraguan munasabah" atau "beyond reasonal doubt"....tapi kali ini KOAM lagi best..."perbuatan meragukan"....n kalau mahkamah menetapkan "keraguan munasabah" sebagai ada kes, manakala KOAM, "perbuatan meragukan" adalah sebab untuk membebaskan pelaku....

Huhhhh..KOAM, KOAM...tak habis2...

Saya kalau ditanya, KOAM ni memang antara persatuan yang paling saya tak berkenan....dari dulu memang ada je cara nak "belit" orang...agaknya KOAM kalau registered sebagai parti politik boleh menang 1-2 kerusi....

Dahla reputasi makin lama makin teruk...atlet dah semakin tak berkualiti....pegawai masalah...

Saya bukanlah mengharapkan pelaku tersebut dijatuhkan hukuman...kalau tak salah then tak salah....kalau salah, salah lah dia....tapi yang buat saya tak syok...cara KOAM menutup terus kes ni...orang punyalah tunggu, sekali tu je pengumumannya?....

Walaupun tetap menjatuhkan hukuman dengan tidak membenarkan pegawai terlibat dalam apa jua yang berkaitan urusan rasmi, tapi cara KOAM handle kes ini boleh dipersoalkan....antaranya termasuklah dengan melantik orang dalam sebagai pengerusi panel siasatan...

Tapi biarlah KOAM....nak buat macam mana...ramai sangat "cerdik pandai" dalamnya...

Sekarang ni pulak, timbul pulak kes Karim Ibrahim tak datang perjumpaan dengan Menteri KBS padahal dia sendiri yang mintak Menteri jadi pendamai dalam kesnya dengan HPTC....kononnya ada rawatan IJN...perghhhh....pandai betul bagi alasan...agaknya Doktor IJN call karim masa sahur kot untuk datang buat rawatan....bayangkanlah Menteri yang sibuk tu sanggup luangkan masa nak settlekan, sekali ini yang jadi?...kalau saya, memang saya terasa n jangan harap nak jumpa lagi lepas ni...

Kalau macam nilah antara contoh yang ditunjukkan Pegawai KOAM, maka tidak hairanlah sukan olahraga akan terus berkubur satu hari nanti....

Catatan Epain: Lebih baik tengok citer Escape from New York....

Tuesday, September 16, 2008

Apalah akan jadi 20 tahun dari sekarang?...


Hmmmmm....

Sesiapa peminat sukan yang ada Astro tak sah kalau tak tengok 5 channel bermula 811 sampai 815....

Tapi kat sini saya bukan nak komen pasal 5 channel tu, tapi sebahagian rancangan yang dibawakan dalam sebahagian channel tu...

Paling tertarik bagi saya....bila ESPN dan Starworld ada menunjukkan kejohanan PS2 atau video games atau yang seumpamanya lah....

Saya pun heran...memang le bebudak dalam tu main video games sukan especially Winning Eleven mahupun Counter Strike...tapi, apa yang sukannya?...Video Games sukan?...

wow...kiranya pada Sukan Olimpik 2020 nanti, video games akan disenarai sebagai salah satu acara lah kan?...yelah sebab ianya sukan...

Saya ada bercakap dengan beberapa orang lama...diorang pun heran...apalah nak jadi sekang ni...video games pun diiktiraf sebagai sukan...even bukan IOC yang iktiraf tetapi dengan penyiaran bahan2 sebegini menunjukkannya ia "diiktiraf"....

Patutlah makin kurang orang main bola, pegang senapang...sebab bebudak sekang ni rasa, kalau terrer main game, kiranya main permainan sebenar pun sama jugak lah...

saya masih ingat dulu, ada sorang kawan saya ni...dia tak pernah main snooker, tapi dia handal main video game snooker...then dia ajak saya main snooker betul...selambe je dia cakap, "alah...dalam video aku boleh, takkan yang ni pun tak boleh?...last2 terkial-kial nak pukul bola....

Saya tahu ia merupakan business yang bagus...tapi takkanlah sampai membuatkan orang terlupa sukan dengan cara yang konvensional?....

Saya terfikir-fikir....kalaulah satu hari nanti, negara ini memerlukan lebih ramai sukarelawan menentang serangan bersenjata...macam manalah agaknya ye?..Saya ni sekurang-kurangnya pernah lah jugak pegang senapang cherry, permainan yang dah pupus sekarang ni....

Catatan Epain : Video kill The radio Star...pernah dengar lagu ni?

Sunday, September 14, 2008

Apabila kertas lebih berkuasa....tapi tak selalu

Manchester City tetiba jadi perhatian dalam EPL apabila mereka berjaya mendapatkan Robinho daripada Real madrid dengan rekod perpindahan British...

Pak Syeikh Abu Dhabi yang banyak duit, tak tau nak perabis kat mana membeli kelab tersebut dengan harapan ingin menjadi salah satu pasukan dalam "The Big Five"...hehehhe....five sebab 4 yang lain especially Liverpool tetap big...

Idea macam ni semua puncanya Roman Abramovich lah....pepatah yang disebutnya dulu, "jika duit boleh beli kejayaan, lakukakannya!"....menjadi ikutan jutawan dunia yang lain...

Satu demi satu kelab diambil alih individu yang dah terlalu banyak duit....

Tinggalkan jap EPL, tapi masih lagi dengan soal duit....



Ari tu, saya sempat berjumpa jurulatih basikal trek negara, John Beasley dan saya ajukan soalan, "patutkah kita berbelanja seperti Britain yang mengeluarkan perbelanjaan lebih 10 jua pound untuk dapatkan hasil di OLimpik"...

dia kata, duit bukanlah segalanya....tapi Britain sebenarnya mempunyai "right team" termasuklah barisan jurulatih yang berwibawa sedangkan Malaysia, hanya ada dia sorang.....

Saya jugak terfikir, duit dah labur berjuta-juta, tapi kita tak ada lagi jurulatih basikal yang bagus?...Heran...sebab kita ada ramai jaguh....abis tu selama ni bebudak basikal train ngan siapa?....

Program basikal kita bernilai RM 4 juta....sekali lihat memang banyak....tetapi saya rasa dengan jumlah ini takkanlah kita tak mampu lahirkan "protege" Beasley?...

Tapi jangan terkejut akan ada proposal bersifat fizikal yang akan diutarakan beberapa pihak "pecinta" sukan basikal negara ini....itu je yang orang Malaysia tahu, buat bangunan...

Hmmm....ntah laaa...

Catatan Epain: Duit, duit, dimana kau duit....duit, duit buat ku berbelit....

Thursday, September 11, 2008

Tahniah

Di kesempatan ini di ucapkan tahniah kepada atlet powerlifting negara Siow Lee Chan yang meraih gangsa di Sukan paralimpik Beijing...

Walaupun gangsa ia sudah cukup untuk menamatkan kemarau 16 tahun negara di Paralimpik dan juga melengkapkan kejayaan Lee Chong Wei...maknanya angka 8 memang ada "ong" untuk Malaysia memandangkan di tahun ini, dua-dua temasya sukan terbesar dunia kita meraih pingat, tidak seperti sebelum nya...

Bab Paralimpik, bagi saya dan seperti yang pernah dikatakan Dato prof Dr. Ismail Saleh yang atlet paralimpik sebenarnya "lebih upaya", kerana mereka mampu bersaing walaupun secara fizikal mereka kekurangan....

Paralimpik Beijing: Lee Chan raih gangsa untuk negara

BEIJING, 10 Sept. – Atlet powerlifting negara, Siow Lee Chan menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun buat negara pada temasya Sukan Paralimpik Beijing 2008 apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori bawah 56kg wanita hari ini.

Lee Chan, 37, berjaya membuat angkatan seberat 95kg, yang mengatasi pencapaian beliau ketika Sukan Paralim pik Athens 2004 dan Sukan Para ASEAN ketiga di Manila pada 2005 dengan angkatan seberat 92.5kg.

Kejayaan beliau turut disaksikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, yang juga penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Pingat emas menjadi milik Fatma Omar dari Mesir yang melakukan angkatan seberat 141.5kg yang merupakan rekod paralimpik dan rekod dunia, sementara pingat perak menjadi milik atlet dari Rusia, Irina Kazantseva dengan angkatan seberat 97.5kg.

“Sangat sangat teruja, sangat mencabar. Saya berpuas hati dengan keputusan ini. Saya tidak fikir terlalu banyak. Saya akan terus berlatih powerlifting dan mencuba yang terbaik untuk mencapai keputusan lebih baik,” kata Lee Chan pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian pingat yang diadakan di gimnasium Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing. – Bernama


Catatan Epain: Nak tengok lebih ramai OKU wakili Malaysia

Friday, September 5, 2008

Perginya seorang pejuang...


Al Fatihah...

Tepat jam 5.58 petang, 4 September 2008 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1429 Hijri, negara kehilangan seorangan pejuang, Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail...

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad, satu nama yang agak "simple" tetapi orangnya seorang yang penuh karisma dan mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi...

Saya salah seorang anak muda yang tidak pernah mengenali Pak Samad secara dekat, namun daripada pembacaan pelbagai jenis buku, baik buku sejarah dan buku kewartawanan, saya sememangnya mengagumi beliau...

Salah satu bukunya kalau saya tak silap, "Jurnalisme Akhbar" yang mana Arwah menceritakan pahit maung seoarang wartawan...

Bagi saya, arwah adalah contoh negarawan yang patut diingati dan dikenali generasi muda kini dan selepas ini....

Namun "harimau mati meninggalkan belang, manusia meninggalkan nama"...begitulah juga saya percaya dengan Pak Samad, namanya akan terus dikenang...dan bagi wartawan, beliau adalah contoh seorang wartawan yang penuh integriti...Al Fatihah...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman, Amin...

Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

1 September 2008, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1429 Hijri..menandakan umat Islam khususnya di negara ini menjalankan ibadah puasa...

Dikesempatan ini, Epain mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan...

Diharap dapatlah kita mengambil keberkatan bulan ini untuk segalanya...baik dari segi keperibadian dan juga diminta dilimpahkan rezeki yang berterusan dan dipanjangkan umur supaya kita dapat berjumpa pula dengan 1 Ramadhan 1430 Hijri...


Ramadan

Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadan yang mulia
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhir nanti

Brothers


Catatan Epain: Apa nak dibuat sahur?

Sunday, August 31, 2008

Apa?....dah takde cara lain ke?

Pada masa sy menulis posting ni, Malaysia baru sahaja 3 jam menyambut kemerdekaan yang ke 51...

Tapi saya sangat terkilan dengan beberapa pihak sebelum ini yang seakan tak menghormati langsung semangat kemerdekaan...

Yelah, lagi berapa hari nak merdeka, ada ke patut diorang cadang nak bawa atlet import ke Malaysia, beri kerakyatan dan harapkan mereka mampu sumbangkan emas di Sukan Olimpik terutama 2012 di London...

51 tahun dulu, nenek moyang kita penat je halau penjajah balik ke negara masing-masing, sekarang ni kita panggil dia balik n bagi dia kerakyatan?...kalau macam tu, macam mana pulak kalau atlet kita jadi rakyat negara lain?....

Tapi nasib baik Datuk Ismail Sabri awal2 lagi "potong" cadangan tu...yelah, saya percaya 99% rakyat Malaysia takkan setuju....kita dah ada Hidayat Hamidon, Yuan Yufang dan irina Maharani....tapi diorang ni paling tidak pun di Sukan Sea atau Komanwel je....tapi diorang menang pun, macam tak "rasa" apa-apa...macam mana agaknya kalau diorang menang pingat Olimpik?...kita akan sambut mcm mana orang Bukit Mertajam sambut Chong Wei ke?...atau akan dapat duit 1 juta?...dapat title datuk?...

Takpelah...sekang ni mungkin trend bagi sesetengah negara seperti Singapura n negara Arab untuk dapatkan atlet lain....

Lagi satu, siapalah punya idea ni?...apa?...bagi duit juta-juta ni je idea yang korang mampu bagi?....nape tak bagi idea kita beli je manchester United n tukar nama jadi Maschester United....ataupun kita calonkan pegawai kita jadi Presiden IOC, n then dia buat rules baru, masukkan segala sukan yg Malaysia boleh menang...baru syok...

Catatan Epain: Daripada import atlet lebih baik import beras, ada gak hasil....

Saturday, August 30, 2008

Selamat Hari Jadi, Malaysia!!




Tarikh 31 Ogos sememangnya tarikh keramat buat Malaysia kerana pada tarikh ini, 51 tahun yang lalu, bendera Union jack diturunkan menandakan tamatnya kuasa penjajah di Tanah Melayu...

51 tahun berlalu, pelbagai cabaran dan rintangan yang dilalui baik dikalangan individu mahupun negara keseluruhannya...

Dalam sukan, tahun ini kita dapat hadiah bermakna, iaitu pingat perak Olimpik sumbangan Lee Chong Wei dan tidak ketinggalan beberapa kejayaan lain...namun dalam masa yang sama, masih juga terdapat sukan yang mencari "kemerdekaan" dalam diri masing-masing...

Merdeka dalam erti kata lain bermaksud maju kehadapan, namun ada juga sukan yang tidak maju, malahan makin mundur atau keterbelakang, baik dari segi pencapaian, sikap pegawai dan pemain....

Justeru, mari kita ramai-ramai renung balik erti kemerdekaan...ia tidak lagi sekadar penjajahan fizikal...namun apa kata kita bebaskan minda kita...bukan setakat bebaskan...malahan minda yang bebas itu, kita gunakan untuk takluk pula dunia...InsyaAllah...

Catatan Epain: Rasanya Lee Chong Wei akan termasuk dalam senarai perbarisan Hari Kebangsaan...ok tak?

Macam-macam

Kita baru sahaja meraikan kemenangan pingat perak Sukan Olimpik yang diraih Lee Chong Wei...

Dan juga akhirnya dapat jugak saksikan Misbun Sidek dianugerahkan datuk oleh Kerajaan Melaka...

Tiba-tiba je keluar pulak satu berita yang mengejutkan membabitkan pegawai KOAM...hmmmm cabul lagi...

Mungkin ada yang tak terperanjat sebab KOAM dah ada sejarah pegawainya yang mencabul...namun ia masih lagi satu kejadian yang tidak boleh dimaafkan..

Sebab ia dilakukan pegawai....di ulang, PEGAWAI...dan ramai yang menganggap pegawai adalah seorang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi...

Apalah nak jadi sekang ni...dah lah performance tak seberapa...ada pulak yang spoilt macam ni...patutnya diorang tunjukkan contoh yang baik, tapi ni lain pulak citernya...

Tapi lagi satu yang saya heran nya...nape kejadian tu berlaku bulan Mei, baru sekang nak kecoh?...ada apa-apa ke?...atau selama ni, atlet yang buat aduan tu dipaksa untuk "kunci" mulut masing-masing....yelah benda ni pun berlaku di luar negara...

Buat KOAM, cubalah buat sesuatu yang berfaedah...ni atlet makin lama makin "pupus", pegawai pulak yang bikin nama makin teruk....

Catatan Epain: Sapalah agaknya pegawai "bertuah" tu ye...

Wednesday, August 27, 2008

再见, 再会 n. 告别 (Selamat Tinggal) Beijing 2008....Welcome London 2012


Selepas 16 hari bergelumang, bermandi peluh, menjerit kegembiraan, menangis kekecewaan, senyum, tawa ...maka Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya...

namun padamnya obor olimpik tidak bermakna semangat olimpik turut padam bersama...

Pelbagai aksi dan reaksi dapat disaksikan bermula 8 Ogos lepas...

Nama-nama seperti Usain Bolt, Micheal Phelps, Elena Isinbayeva, Rafael Nadal, bakal dikenang sampai bila-bila...

Beijing pula membuktikan kepada dunia kemampuan sebenar mereka dalam menganjurkannya...malahan buat pertama kali, mereka muncul juara keseluruhan dengan kutipan 51 pingat emas, meninggalkan Amerika Syarikat di tempat kedua...

Tidak banyak kontroversi timbul...baik dari segi penyalahgunaan dadah mahupun keputusan pengadil...kecuali di gelanggang judo dan taekwondo....

Terlalu banyak untuk diperkatakan...namun walaupun saya tidak berada di Beijing sepanjang Olimpik berlangsung namun ia tetap meninggalkan kenangan manis buat saya...

London menanti ketibaan Olimpik 2012....walaupun berdepan tekanan untuk menjadikannya lebih hebat, namun saya percaya London mampu menjadi penganjur yang baik....

Bagi Malaysia, tahun 2008 merupakan tahun bertuah selepas Lee Chong Wei menyumbang pingat perak setelah 12 tahun menanti...yang lain menunjukkan peningkatan dan membuka mata kepada penggiat dan peminat, "yang mana intan, yang mana kaca" dikalangan sukan yang Malaysia sertai...

Anyway, buat Beijing, Congrats!

Catatan Epain: Perasan tak, masalah jerebu tak disentuh pun masa Olimpik berlangsung...

Sunday, August 24, 2008

Ish ish...perlu kategori baru ke dalam Olimpik?

Di Malaysia sekang ni ada satu isu panas yang berkaitan dengan hubungan kemanusiaan...ingatkan kat Olimpik tak de rupanya ada jugak...

Baca bawah ni...apalah nak jadi ngan dunia sekang ni....

Openly gay diver wins gold

By Maggie Hendricks
Diver Matthew Mitcham, the only openly gay male athlete in the Beijing Olympics, won gold in the 10m platform. He beat Chinese favorite Zhou Luxin by 4.8 points, preventing China from sweeping gold in diving events. Mitcham is the first Aussie to win diving gold since 1924, but that's not the only thing that makes him a trailblazer.



He is hardly the first gay athlete to compete but he is one of the first to be out while competing. American diver Greg Louganis did not share his orientation until his diving career was over. To Mitcham, he is just living his life as a gay man and as a diver, and there is nothing extraordinary about that:


“Being gay and diving are completely separate parts of my life. Of course there’s going to be crossover because some people have issues, but everyone I dive with has been so supportive."

Though he wants to be known as more than a gay man, the LGBT community is proud of their star. At OutSports, a sports Web site that focuses on the gay community, his win is front-page news. The Web site brings up a good question -- will NBC mention Mitcham's orientation during tonight's broadcast?

To Mitcham, that doesn't seem to matter. He has gold, and has reached his goals: "I’m happy with myself and where I am. I’m very happy with who I am and what I’ve done.”

UPDATE: NBC did not mention Mitcham's orientation, nor did they show his family and partner who were in the stands. NBC has made athletes' significant others a part of the coverage in the past, choosing to spotlight track athlete Sanya Richards' fiancee, a love triangle between French and Italian swimmers and Kerri Walsh's wedding ring debacle.

Selamat tinggal Beijing...

Che Chew Chan menamatkan saingan taekwondo 67 kg wanita dengan tewas di peringkat repecharge, semalam...

Walaupun berharap sebelum ini, namun Chew Chan gagal menghadirkan kilauan pingat sungguhpun berpeluang....

Sebelum itu, seorang lagi srikandi negara, Elaine Teo terkandas dalam saingan 57 kg, satu kategori yg tidak sepatutnya disertai...

Anyway, seperti ramai yang menjangka, hanya badminton shj yang mampu menghadiahkan pingat....yang lain...kira ok pencapaian masing-masing...n jika dikira dengan result, cuma skuad akuatik tidak menonjol...yelah...lawan masing-masing memang kuat...

Catatan Epain: Nampaknya countdown untuk 4 tahun telah bermula awal...tapi jangan sekarang je hangat...lepas tu senyap...

Treble buat Kedah....Selangor dapat trouble


3-2...itu lah keputusan yang memberi piala ketiga buat Kedah dengan menewaskan Selangor...

Rasanya tak perlu diulang macam mana gol2 dihasilkan cukuplah untuk saya mengatakan Selangor hanya bagus di 10 minit pertama...manakala Kedah dapat momentum selepas itu untuk memberi tekanan buat Selangor...dalam masa 6 minit first half score 3 gol...gol Nelson paling cantik...

Buat Kedah, masa untuk berpesta dan hadiah untuk Tuanku Abdul Halim Muazam Shah sempenan Jubli Emas...

Bagi Selangor pula, masa untuk perbetulkan balik...n buat Dollah...ada pepatah Inggeris, "Shape-up or shipped out"...so, memandangkan no shape up....Dollah boleh pertimbangkan untuk ship out sebelum di shipped out...

Paling pelik ialah...penyokong Selangor tak ramai...sama ada dah tau keputusan atau harga tiket mahal...ataupun ramai yang dikerahkan ke Permatang Pauh...

Game malam tadi pulak yang terakhir buat Ellie Aiboy, Evan Chisulo, Frank Seator, Marlon alex james, Nelson Sam Martin dan Bernard Hugging...terima kasih...harap2 FAM akan revert balik keputusannya...

Anyway....4 bulanlah kena tunggu musim seterusnya...buat masa ini enjoy League lainlah....

*Nasib baik sampai rumah tadi, bukak TV, tengok Liverpool tengah main...memula ketinggalan 0-1 dengan Boro, 30 saat on TV, Jamie Caragher score...pastu captain Marvel, Steven Gerard score gol kemenangan...lega...ada jugak pengubat...

Catatan Epain: Nasib baik keluar awal 15 minit...kalau tak sakit jiwa...

Friday, August 22, 2008

Siapa lebih gagah...Gergasi atau Kenari




23 Ogos merupakan tarikh penting buat Selangor dan Kedah kerana pada tarikh ini, keduanya bertemu di perlawanan akhir Piala Malaysia...

Semua tahu, Piala Malaysia merupakan kemuncak bolasepak Malaysia setiap tahun...

Kedua pasukan ini mempunyai kehebatannya tersendiri...Kedah dengan pemain import dan mudanya manakala Selangor dengan barisan pemain bintangnya...

Kedah bakal mencipta rekod jika menang iaitu pasukan pertama menang treble buat kali kedua berturut-turut manakala Selangor mengejar kejuaraan ke 31 serta menamatkan kemarau kejuaraan selama 3 tahun...

Pertemuan keduanya pasti sengit dan menarik...di tambah pulak penyokong keduanya memang fanatik...

Sapa juara, jawapannya 10.30 malam 23 Ogos 2008...di Stadium nasional Bukit Jalil..

Buat FAM pulak...harap2 lepas ni janganlah buat macam ni ye...buat final time Olimpik...betul2 anti klimaks

Catatan Epain: Selangor 2 - Kedah 0...

Inilah pejuang...


Gambar Berita Harian

Semalam sesapa yang tonton Berita Tv baik RTM atau TV3, pastinya dapat menyaksikan lawatan Menteri KBS dan KP MSN yang melawat isteri Misbun Sidek yang sedang buat dialisis buah pinggang...

Datuk Ismail umumkan bantuan 50k terhadap Misbun...

Terus terang saya cakap, tak semua orang mampu berada di tempat Misbun...tinggalkan isteri yang sedang sakit demi negara untuk bantu Lee Chong Wei yang memenangi perak...

Bayangkan perasaan Misbun pada perlawanan akhir?...huh..sukar dibayangkan...

Petang ni pulak, masa drive balik, saya dengar Radio 24 membangkitkan isu, "wajarkah Misbun Sidek diberikan title datuk"...ramai pemanggil menyatakan wajar dan tidak kurang juga yang menyatakan title datuk untuk Chong Wei masih terlalu awal...

Tapi saya rasa, bagi Misbun, buat masa ini, bukan title datuk yang menjadi keutamaannya, kerana isteri tercinta adalah segalanya...

Chong Wei pula bakal menganjurkan perlawanan amal...belum confirm lagi, tapi kalau boleh saya cadangkan...apa kata Chong Wei vs Rashid Sidek...alaaa...macam Pete Sampras vs Roger Federer..."Battle of times"

Catatan Epain: Lawan saya nak?...Confirm 21-2, 21-2 saya kena belasah...

Thursday, August 21, 2008

Angka 8 yang bertuah...


Dikalangan masyarakat Cina, angka 8 tidak perlu dipersoalkan lagi...ia sememangnya merupakan angka keramat buat mereka...maka tidak hairanlah Sukan Olimpik bermula pada 08.08.08 pada jam 8.08 pm....

Malahan semangat "ong" angka 8 turut menular dikalangan masyarakat lain...Seingat saya, saya pernah mendengar presentation pasal feng shui, antara keistimewaan angka 8 adalah bentuknya yang "tidak putus"...dalam erti kata lain, kalau dilalukan air, ia sentiasa mengalir...

Maka dengan itu agaknya, angka tersebut merupakan angka bertuah buat perenang Uncle Sam, Michael Phelps yang memenangi 8 pingat emas dari Water Cube...satu rekod baru dalam satu temasya...diiringi Rekod Dunia...

Nama Phelps telah terpahat dalam sejarah Olimpik...persoalannya...bilakah rekod Phelps akan bertahan?...mampu perenang selepas ini akan memenangi 9 pingat?...macam mana pula dengan rekod dunia?...

Namun dengan segala bentuk teknologi dan kajian, rasanya tidak mustahil..cuma berapa lama kita perlu menunggu?....

Catatan Epain: Nak beli plate #8 tapi mahal sangat...

The fast and furious...Thunder Bolt..


Wow!...Itu perkataan yg terpacul atau terfikir saya sebaik menyaksikan kelibat Usain Bolt memecahkan rekod dunia acara 200 meter...rekod baru 19.30 saat..

Bolt sebelum ini telahpun memecahkan rekod dunia acara 100 meter dengan 9.69 saat...

Apa lagi nak kata?...Bolt sememangnya pelari pecut lengkap...tinggi, pantas dan mempunyai langkahan yang jauh...

Secara kesimpulannya, Sukan Olimpik Beijing memang menarik untuk disaksikan...37 rekod dunia dipecahkan setakat 20 Ogos....Wow!

Bacaan lanjut - Jamaica’s Bolt breaks 200 mark, gets sprint double
Catatan Epain: Berjalan 20 langkah pun dah 20 sec...inikan berlari 200 meter?

Wednesday, August 20, 2008

Dah agak dah...



Saya baru je bukak Utusan Online...n saya ternampak ni dulu "Chong Wei Dapat gelaran datuk"...

Seperti mana posting saya bertajuk Datuk, Atuk, Latuk, Granpa mengenai Nicol Ann David...ntah mcm mana saya boleh mengagak benda akan terjadi....

Saya tidak mempertikaikan niat Kerajaan Negeri PP untuk memberi gelaran..cuma kalau boleh biarlah dibuat pada masa depan...

Walaupun sekadar gelaran, namun ia akan memberikan tekanan tersendiri buat Chong Wei...ada banyak lagi yg perlu diburunya, Kejohanan Dunia, Piala Thomas, Sukan Asia, ALl England...

Biarlah dia buat apa yang patut dulu...Tapi kalau nak bagi jugak, apa kata bagi gelaran kepada pemenang pertama pingat Olimpik untuk Malaysia, razif-Jalani...atau pemenang pingat perak pertama, Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit....

Setidak-tidaknya, bagi kat Misbun...dah lama dah Misbun pegang gelaran Haji...

Catatan Epain : Tak nak gelaran...nak sebesar-besar kurnia, macam dapat kawin dgn anak raja....

Suatu permulaan baru atau baru nak mula?


Pelumba basikal trek, Azizul hasni Awang menamatkan acara pecut ditempat ke 8...terbaik dikalangan negara Asia...

Tapi hakikatnya, basikal gagal menyerlahkan pingat yang diidamkan...

Macam mana pun, ramai tetap positif dengan outcome dari Beijing serta prospek untuk 2012 khususnya menerusi Azizul hasni Awang...

Saya harap keyakinan yang diharapkan menjadi kenyataan...dan sekiranya jadi...maka semua mata akan tertumpu pada Malaysia satu hari nanti dalam sukan berbasikal..

Dalam masa yang sama, pembangunan basikal trek diharapkan mampu diperhebat...yelah kalau saya tak silap...dalam Msia ni ada 2 trek je yang ok...Velodrom KL dan Velodrom Rakyat, Ipoh, itu pun tengah tak baper nak ok...

Jadi, saya dengar Dungun sekarang ni merupakan kilang pelumba trek...apa kata bina satu velodrom di sana...n paling penting, pastikan ramai yang dapat gunakannya...rasanya lebih baik pusat macam ni daripada perhabis duit kat tempat lain...

Catatan Epain: Nak beli mountain bike...

Tuesday, August 19, 2008

Nasib Olah-raga...




Lee Hup wei menamatkan saingan Sukan Olimpik dengan catatan 2.20 meter, kekurangan 0.07 meter daripada rekod kebangsaan...

Roslinda Samsu pula sekadar mencatat 4.30 meter dalam acara lompat bergalah yang menyaksikan pemegang Rekod dunia, Yelena Isinbayeva memenangi emas dengan catatan baru dunia, 5.05 meter....

Kita harus mengakui, atlet kita masih jauh dibandingkan dengan atlet bertaraf dunia...tapi olahraga merupakan sukan penting, kerana ia merupakan sukan wajib dalam mana2 temasya...

Apa yang kita ingin lihat selepas ini ialah tindakan KOAM...sedar atau tidak, kita sebenarnya semakin ketandusan atlet bertaraf antarabangsa...paling tidak pun mampu menyinar di Sukan Sea dan Asia...

Malangnya KOAM merupakan persatuan yang banyak cakap dan banyak hal...sampai sekarang masih mengharapkan atlet elit yang akhirnya terbelit dengan KOAM sendiri...

Liha apa jadi pada Robani Hassan, malik Tobias dan Nazmizan Mohd...keadaan mereka wajar disamakan dengan "habis madu sepah dibuang"....

Selepas ini macam biasa, pegawai KOAM yang gila publisiti akan buat kenyataan macam2, tapi hasilnya kosong...terpaksa mengharapkan orang lain, pastu claim itu usaha mereka ....

Dunia olahraga kita seakan semakin pupus....kenape saya cakap macam tu....di Sukan Sea pun susah nak menyerlah...

Tengok sahaja lompat tinggi, berapa lama kita terpaksa menunggu pengganti Loo Kum Zee dalam diri Lee Hup Wei?...siapa pesaing terdekat Roslinda Samsu?...

Saya malas nak cakap panjang lebar...jauh disudut hati saya, saya ingin melihat semula atlet sehebat Jegathesan, Istiaq Mubarak, marina Chin, Zaiton Othman, Nashatar Singh, Wong Tee Kui....walaupun sepanjang hayat saya, saya hanya sempat melihat aksi Zaiton dan Tee Kui serta Rabuan Pit dan Nordin Jadi...

Memang betul susah nak menang pingat di Olimpik, tapi dalam hal olahraga, kalau boleh nak jugak tengok lebih 2 orang yang beraksi...at least best lah jugak tengok Live walaupun tak menang...

Catatan Epain: Kenal Abdul Rahman Koyakuti?

Nombor 1...


Tarikh 18 Ogos 2008 begitu bermakna buat Rafael nadal...pada tarikh ini dia disahkan sebagai pemain nombor 1 dunia...menyingkirkan Roger Federer yang menaklukinya selama 236 minggu....

Nadal tambah 1 lagi kejayaan, pingat emas Sukan Olimpik selepas menewaskan Fernando Gonzalez...

Persoalannya...adakah Nadal akan terus bermaharalela seperi Federer?...atau Fedex akan rampas balik takhta tersebut?

Catatan Epain: Bilalah pemain Malaysia nak masuk ranking 100 pemain terbaik dunia..

Ada apa-apa ke?...

Di masa saya buat posting ni, perasaan masih lagi terbawak di malam final badminton perseorangan...bangga walaupun tewas...

Hari ini saya bangun agak lewat selepas kerja tengah malam...bila bangun je, tengok Info Sukan, ada satu berita yang mencuit saya...

Iaitu pengumuman rashid Sidek sebagai ketua jurulatih BAM yang baru...hmmmmm...final malam, tapi dalam gambar tu, memang jelas PC dibuat diwaktu makan tengah hari atau minum petang...

Maknanya dibuat sebelum perlawanan Lin Dan - Lee Chong Wei...

Saya heran, nape perlu tergesa-gesa membuat pengumuman?...Nape tak tunggu hingga habis, balik Malaysia n pastu buatlah apa nak buat pun...

Cepat jugak BAM buat post-mortem...logiknya, tunggulah sampai habis final...

Ramai tahu, kontrak Yap Kim Hock tamat sebaik Sukan Olimpik berakhir....walaupun saya kurang gemar dgn Kim Hock, tapi tak boleh ke tunggu skit je masa lagi...Dah la announcement di tempat sempit...

Anyway, buat Rashid, saya doakan segala-galanya...bermula dengan kesejahteraan melatih pemain negara untuk Piala Thomas, Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik 2012...

Yelah BAM ni bukan mudah untuk diagak...bila dah ok...ada pulak yg bikin ribut...bila ribut...cepat pulak settlenya...

Selain itu saya harap Rashid dapat perbetulkan beberapa "foul" dlm team khususnya yang membabitkan pemilihan pemain...sebab mcm2 saya dengar sejak 3 tahun lepas hingga sekarang...

Good Luck....

Catatan Epain: Macam mana agaknya...adik ketua jurulatih, abang jurulatih perseorangan?....

Monday, August 18, 2008

Jasamu sentiasa dikenang....

Buat masa ini, pastinya ramai yang sedang memperkatakan mengenai kejayaan Chong Wei meraih pingat perak...di court badminton, di kedai kopi dan selepas ini membawa ke parlimen, org akan "membahaskan" nama Chong Wei....

Tapi seorang lagi insan yg tidak patut dilupakan ialah Misbun Sidek, jurulatih yg membawa Chong Wei dimana dia sekarang....

Biasalah, org lebih suka bercakap mengenai org yang beraksi, bukan yg duduk di belakang menyaksikan sambil mencatat sesuatu...

Sama juga dengan kes habuan kemenangan...sekiranya pengumuman dibuat sebelum perlawanan, jarang sangat berbunyi macam ini "pemenang bakal mendapat sebanyak....jurulatih turut diberikan imbuhan yang sama"....

Namun dalam kes ni, wajar Misbun harus diberi penghargaan yang setimpal..Misbun atau Jibun atau Boon telah mengorbankan segalanya...dan yang terakhir terpaksa bertarung dengan perasaan terpaksa meninggalkan isteri yg sedang sakit....
Gambar Berita Harian
Wooohhh...kalau saya, susah saya nak harunginya...tambah pula Jibun berdepan misi memastikan Chong Wei menang pingat emas....

Saya bukanlah nak bagi tau, apa yang perlu dibuat...sebab Menteri KBS pun dan umum akan tolong....cuma apa kata lepas ni, sediakan jugak skim pencen untuk jurulatih, tanpa mengira atlet yg dibimbingnya menang pingat atau tidak...dalam pada itu, mungkin skim insuran sesuai untuk diberi....

Catatan Epain: Syok tengok Chong Wei meluru ke Misbun lepas menang dgn Hyun Il...banyak maknanya tu...

Pingat perak...namun tetap membanggakan...

Saya pasti, ramai yang berada di depan kaca TV sekitar jam 8.40 hingga jam 9.30 malam tadi...bagi menyaksikan perlawanan akhir badminton antara Lee Chong Wei dan Lin dan...

Semua berkobar-kobar dan berdebar...yelah..final Olimpik yang pertama selepas 12 tahun....

Tapi Chong Wei gagal menyaingi Lin Dan...malahan boleh sy perkatakan, Lin Dan terlalu kuat buat Chong Wei pada perlawanan itu...

Segala pergerakan Chong Wei cepat dibaca Lin Dan....Lin Dan juga membuat analisis perlawanan separuh akhir Chong Wei dengan baik....


Tak bolehkan salah Chong Wei, memang dia dah cuba....cuma The Best Man Win....

Balik ni, habuan menanti Chong Wei...namun saya kira, Chong Wei masih sempat beraksi di Sukan Olimpik 2012 di London...sekarang ni dia berumur 26 tahun, maknanya di London nanti dia akan berusia 30 tahun....yelah, Zhang Ning pun boleh juara di usia 32 tahun, takkan Chong Wei tak boleh...

Tapi kan, cuba fikir, kalau Chong Wei menang sebarang pingat di London, adakah dia akan menerima habuan yang sama?...pencen bertambah tak?...

Anyway Chong Wei, anda tetap membanggakan...balik Bukit Mertajam nanti, jangan terkejut pulak tengok suasana sibuk, sebab sekang ni tengah panas dengan Pilihanraya Permatang pauh....

Catatan Epain: Apa mau bikin dgn RM 300 k?...kawin?...bukak kedai sukan?...Untuk saya....

Friday, August 15, 2008

Akhirnya....


Woooohhhhh....lega...hilang "sakit jantung"...bila tengok Lee Chong Wei mencatat sejarah melangkah ke akhir selepas menewaskan Lee Hyun Il...

Rasanya tak perlu ulang keputusan...kerana saya pasti ramai yang tonton RTM1 dan Astro menyaksikan sejarah tercatat buat sukan negara pada jam 7.30 pm 15 Ogos...

saya hanya menonton bermula set kedua, tapi set pertama saya hanya mengikutinya menerusi siaran radio 24...

Apa yang saya dapat simpulkan, set kedua Chong Wei memang lost...tapi dia berjaya meraih semula momentum di set ketiga...

Seperti yang saya agak, Hyun Il merupakan seorang pemain yang bagus bermain ralli manakala Chong Wei mempunyai permainan jaring yang bagus...

Bertemu Lin Dan, atas kertas memihak kepada pemain China tu...dan Lin Dan juga memiliki kelebihan psikologi bermain ditempat sendiri...

Selain tu, Chong Wei bakal berdepan semangat luar biasa Lin Dan selepas menyaksikan Xie Xinfang layak dan kedua-dua mahu menyamai rekod yang dilakukan Susi Susanti - Alan budi Kusuma yang menang emas perseorangan ketika keduanya bergelar pasangan kekasih....


Bab Chong Wei pulak, saya heran lah dengan pengulas Hasbullah Awang dan berita TV yang mengaitkan kemenangan Chong Wei dengan habuan RM 1 juta...betul menang dapat 1 juta, boleh jadi jutawan maggi, tapi adakah Chong Wei melakukannya demi duit?...sama perasaan dia dan rakyat Malaysia dengan habuan tu?....

Berapa pun yang Chong Wei dapat, saya merupakan antara rakyat Malaysia yang puas melihat kejayaan Chong Wei....pingat perak dalam tangan, tapi kita mestinya nak pingat emas...

Catatan Epain: Chong Wei boleh....Malaysia Boleh

Selamat...


Selamat tinggal Beijing...

"Robin Hood" Malaysia yang terakhir di beijing, Cheng Chu Sian terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas tewas kepada pemanah Russia di saingan suku akhir...

Tewas 104-109....

Walau apa pun, skuad memanah negara telah menunjukkan "jalan" kepada KBS, MSN dan rakyat negara ini bahawa mereka layak diberikan perhatian lebih...peluang untuk meraih pingat sentiasa ada....

Cuma tak taulah kan...sekarang ni sedap cakap lah...nati dah habis Sukan Olimpik, percayalah kemungkinan sukan memanah, angkat berat dan menembak akan "dilupakan"...kecualilah salah seorang atlet ni menang pingat...

Catatan epain: Lepas ni nak beli DVD Robin Hood...

Langit terus mendung buat Roger FADErer

Sementara nak tunggu keputusan berbasikal n nak tengok game Lee Chong Wei, nak tulis skit lah pasal mamat sorang dari Swiss ni...

Sebelum ini orang panggil dia Fedex...tapi nampaknya sekang ni Roger Federer kena ada nama baru...FADE-EX...

Kalah dan kalah lagi...dah lah sebelum ini kalah dalam 2 final Grand Slam, baru nak naik balik di Sukan Olimpik, kalah pulak dengan James Blake...

18 Ogos, takhta nombor 1 dunia akan berpindah ke tangan Rafael Nadal pulak...

Apalah nasib Federer...tapi apahal pun, dia tetap lagenda...dengan menjadi pemain nombor 1 dunia lebih 4 tahun atau 236 minggu...pastu ada 2 lagi title Grand Slam untuk samakan dengan Pete Sampras....

Catatan Epain: Badi kot...

Jangan over confident...


Lee Hyun IL...itulah lawan Chong Wei di separuh akhir nanti yang dijadualkan pada jam 6.30 pm....

Saya tidak banyak menyaksikan perlawanan yang membabitkan Hyun IL...tetapi apa yang saya dapat katakan, Hyun IL seorang pemain yang sukar dijangka...

Tengok sahaja mcm mana dia boleh menang dengan Bao Chunlai...

Sejarah lepas juga menunjukkan Hyun IL merupakan seorang pemain yang penuh dengan kejutan, selepas beberapa lama "tenggelam" di arena antarabangsa...

Cuma saya harap Chong Wei akan dapat cepat baca permainan Hyun IL, seperti mana yang dilakukan ketika bertemu Sony Dwi Kuncoro...Selamat Berjaya

Catatan Epain: Berdebar...

Thursday, August 14, 2008

"Untuk saya"...untuk kita




"Untuk saya....untuk saya...saya mahu menang"...

Kalau interview Lee Chong wei, antara frasa wajib yang dia akan sebut ialah "untuk saya"...

Tapi takpelah...apapun Chong Wei cakap..."untuk saya" yg sering dikatakan telah menjadi "untuk kita"...

Dia baru sahaja menang dengan Sony Dwi Kuncoro untuk layak ke separuh akhir acara badminton sukan olimpik...itu yang bestnya...lepas kecewa tengok Mew Choo dan bergu Koo-Tan, Chong Wei hadirkan keceriaan dan harapan...

Lawan dia selepas ini sama ada Lee Hyun Il atau Bao Chunlai...kalau menang, pingat perak dalam tangan, kalau kalah kena fight untuk pingat gangsa...

Secara kesimpulannya, apa yang saya lihat, kekuatan Chong Wei ketika bertemu Sony ialah pertahanan yang bagus serta permainan jaring yang baik...

jadi, mari kita terus berdoa harap-harap kilauan pingat yang diidamkan menjadi kenyataan...

Catatan Epain: Untuk saya...

Wednesday, August 13, 2008

Punah, hancur, Lebur, berkecai....


Apa lagi nak cakap?...

4 perkataan di atas tu sebenarnya tidak cukup untuk menggambarkan perasaan saya dan 26 juta rakyat malaysia yang lain selepas menyaksikan 2 lagi harapan negara terkeluar.....

Koo Kean Keat - Tan Boon Heong yang merupakan harapan utama tersingkir di tangan markis Kido - Hendra Setiawan, pasangan yang mereka menang 6 kali sebelum Sukan Olimpik...

Wong Mew Choo pula gagal meneruskan keajaiban Terbuka China selepas tewas ditangan Lu Lan, pemain nombor 3 dunia...

Tinggal Lee Chong Wei je lagi...ntah apa lah nasibnya dgn bertemu Sony Dwi Kuncoro?...

Namun sampai sekarang saya masih bengang sebab tengok Choong Tan Fook - Lee Wan Wah kalah....kalau bagi Fairuz - Zakry pun puas hati....apa2 hal, BAM kenalah menjawab lepas ni...

Mintak2 lah Chong Wei dapat bagi pingat, gangsa pun jadilah...

Catatan Epain: Sakit jantung tengok game badminton....

Baru nak syok...dah jadi macam tu pulak...





Ni lah yang malas ni...baru semalam dah puji pasal persembahan bagus menang ngan juara bertahan....ni kalah pulak ngan pemain bukan pilihan...

Wong Choon Hann diberitakan tersingkir ditangan pemain Taiwan, Hsieh Yu Hsing..

Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah saya dah agak...skeptikal saya memang tepat...mereka tewas kepada pasangan bergu muda dari Korea...

Sekang ni tinggal 3 je lagi yg meneruskan saingan...saya harap Chong Wei, Mew Choo n bergu emas tak pressure sebab kengkawan lain balik awal...

Tu lah nak buat macam mana...dah jadi bubur dah pun...malas nak citer...

Sebelum mengakhiri posting, tahniah buat Chong Wei n 2 player double kita...

N sebelum tu juga, saya ada sikit mahu bikin komplen lah...awat ada national paper kita lebih ghairah menceritakan pasal kemenangan kuartet renang Amerika berbanding Wong Choon Hann?...

Citer Micheal Phelps back page tapi Choon Hann menang ngan juara bertahan, Taufik Hidayat third page dr belakang...rasanya paper tu jugak yang dikatakan mempunyai laporan badminton paling komprehensif dan in depth...ye ke?....

Catatan Epain : Thailand 1 emas, Vietnam 1 perak, Indonesia 2 gangsa...Malaysia?

Monday, August 11, 2008

Berita baik...berita tak baik dari Beijing

11 Ogos merupakan hari ketiga Sukan Olimpik 2008, Beijing...

Ada perkhabaran gembira dan ada yang kurang...

Gembira...Wong Choon Hann menang ke atas Taufik Hidayat...Lee Chong Wei menang ke atas Ronald Susilo dan Wong Mew Choo tidak ketinggalan menang ke atas Petya Nedelcheva...

Yang tak syoknya skuad memanah negara kalah kepada trio Itali, yang selepas itu mara ke akhir sebelum tewas ditangan Korea Selatan...selain itu, perenang negara, Daniel Beego dan Siow Yi Ting gagal menyaingi perenang terkemuka yang lain dalam acara renang...



Itu kesimpulan mudah apa yg terjadi pada hari ketiga Sukan Olimpik buat Malaysia..

Pengajaran telah diberikan Thailand, China, Korea Selatan dan Jepun...

Thailand menang emas, mengatasi negara Asean yang lain, China mendahului manakala Korea dan Jepun pula menduduki 5 tempat terbaik berdasarkan pungutan pingat...

Bagi skuad memanah, walaupun tewas ia memberikan pengajaran buat kita semua bahawa sudah tiba masanya kita memberikan perhatian kepada "non physical sport"....dan Thailand telah membuktikan...

Badminton tak perlu diperkatakan lagi, ia harapan rakyat Malaysia...saya tak nak bagi perhatian lebih sebab saya nak lihat mereka memberi sesuatu baru saya komen berbuih-buih...

Anyway...masih ada perjuangan perlu diteruskan...

Catatan Epain: Teringat tengok Hirosuke Katajima pecah rekod dunia kuak dada..

Sunday, August 10, 2008

Menakjubkan...




Itu sahaja gambaran yang mampu diberikan sebaik menonton pembukaan rasmi Sukan Olimpik 2008, Beijing...

Seperti mana yang dijanjikan, penganjur telah menunjukkan kesungguhan mereka untuk menjadikan Sukan Olimpik Beijing sebagai yang bersejarah dan unik...

Umum mengetahui upacara pembukaan sememangnya dinantikan, dan seperti biasa ada yang akan membandingkan dengan temasya sebelum ini...itu hak mereka...

Dan tidak kurang juga yg beranggapan ia merupakan pembaziran yang nyata..sekali lagi, itu hak masing-masing...

Tidak boleh dielakkan, upacara pembukaan sememangnya menelan belanja yang tinggi, dan dalam kes Beijing, tidak terkecuali...mungkin Zhang Yimou yg menjadi mastermind pun tak terfikir untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam filemnya...



Bunga api, perarakan masuk kontinjen, menaikkan bendera Olimpik dan upacara menyalakan obor sememangnya sentiasa menjadi perhatian...tetapi sy cukup tertarik dengan persembahan d tengah padang di mana penganjur cuba mengambarkan keadaan sejarah China...memang cantik...

Kini, segalanya sudah bermula dan tidak kurang juga atlet Malaysia yang akan beraksi selepas ini...




Sehingga post ini ditulis, pasangan bergu wanita, Wong Pei Tty - Chin Ei Hui baru sahaja kalah ditangan pasangan Korea Selatan dalam saingan bergu wanita

Note: gambar diambil dari Utusan, Yahoo News dan Berita Harian

Catatan Epain: Teruja dengan persembahan bunga api...

Friday, August 8, 2008

Tarikh keramat 08.08.08



Masanya telah tiba...temasya yang dinantikan hampir seluruh penduduk dunia bermula...

Sukan Olimpik 2008, Beijing...

Tak perlulah saya menerangkan lagi apa itu Sukan Olimpik, temasya sukan yang telah berusia 112 tahun sejak kali pertama dianjurkan pada tahun 1896 di Athens, Greece.

Tapi wajarlah kita untuk merenungi semangat olimpik yang mempromosikan semangat perpaduan..inilah tempatnya wakil setiap negara berkumpul di dalam satu bentuk perhimpunan...

Tak salah kiranya untuk saya mengatakan bahawa ia merupakan perhimpunan umat manusia terbesar...rasanya perhimpunan agung PBB pun tak sebesar ni...

Buat kontinjen Malaysia, tak perlu juga saya terangkan apa perlu dilakukan...cuma saya seperti mana harapan 26 juta rakyat Malaysia yang lain mengharapkan agar pingat emas dapat dibawa pulang...

Kalau tak dapat pun, apa2 pingat pun jadilah...jangan bawa pengat sudah...pengat saya boleh buat sendiri...

Anyway...saya tak sabar untuk menyaksikan acara pembukaan...dan yang paling dinantikan pastinya upacara nyalaan obor Olimpik...macam mana agaknya?...kalau Barcelona guna panah, adakah Beijing akan guna tombak atau "flying dagger" untuk nyalakan obor?...

Jangan lupa, ia bermula pada tarikh keramat..08.08.08 dan pembukaan akan bermula pada 8.08 pm...

Catatan Epain: nak tengok bunga api yang menerangi Beijing malam 08.08.08

Tuesday, August 5, 2008

Sekali lagi...tiada awang import


Minggu lepas, satu pengumuman penting telah di buat Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM...

Orang luar media mesti tertanya-tanya, apakah pengumuman tersebut sebelum diumumkan...mungkin ada yg membayangkan macam Pak Lah nak umum turunkan harga minyak atau penstrukturan semula subsidi...

Sekali rupanya, FAM umumkan PEMAIN IMPORT TIDAK DIBENARKAN BERAKSI MUSIM DEPAN...

Ini je ke cara terbaik untuk mengembalikan kemeriahan bolasepak tempatan?...Apa? selama ini pemain import ke punca liga kita di klasifikasikan sebagai kelas D oleh AFC?...Ramai yg percaya, tidak...

Pergilah manapun liga dalam dunia sekang ni...hampir semua ada pemain import especially negara membangun dan negara maju...

Saya pernah saksikan liga Vietnam (Vietnam main dalam AFC Champions League)...cara mereka anjurkan perlawanan liga umpama cara karnival...yakni lebih 1 perlawanan dalam masa satu hari...n 70% pemain merupakan pemain import...

Tapi tengok kat mana Vietnam berada jika hendak dibandingkan dengan kita?...

Tulah, macam2 cadangan yg diutarakan terutama masa sesi brainstorming hari tu, ini je yg mampu FAM lakukan?...

Jangan terkejut jika FAM akan turn balik keputusan ini, paling tidak, 4 musim selepas ini, seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini...The Flip Flop of FAM...

Sekang ni peminat mesti nak tengok, adakah liga akan kembali meriah selepas awang import balik negara masing-masing...adakah ranking Malaysia akan ok selepas ini...adakah Malaysia akan jadi juara dikalangan negara ASEAN?...

Inilah yang dikatakan, marahkan nyamuk, habis kelambu kena bakar....pengabisannya, dengan rumah sekali terbakar selepas tu...then baru sibuk nak padam kebakaran...

Catatan Epain: Teringat dengan pemain import seperti Peter Nieketien, Olobunmi Adigun n Marian Valach...

Monday, August 4, 2008

Benda asas pun tak sempurna, inikan pulak....


Citer pasal Chelsea nampaknya tak habis elagi EPL tak start agi...terbaru The Blues menang 5-0 ke atas AC Milan di kejohanan Railways...ok lah, itu diorang...

Ni masih lagi dgn Msia vs Chelsea punya game...

Ingat lagi tak, kalau sesiapa yg berada di most match PC atau menonton berita TV serta baca akhbar...

Antara komen pengurus baru Chelsea, Luis Felipe Scolari yg menarik perhatian ialah kualiti padang di Satdiumm Shah Alam...hmmmm...pelik jugak ye?...sebab pada pandangan mata kasar, padang stadium yg menelan belanja RM 460 juta tu nampak ok...tapi Scolari bg komen mcm tu...adil ke?...yelah sebab pengurusan stadium baru menghabiskan RM 10 juta utk naik taraf padang dan balapan selepas Sel dan Perak main final Piala FA atas padang "tapak dam" serta banjir besar yg pernah melanda Shah Alam...

Tapi kalau sesiapa yg boleh turun padang dgn lebih dkt, sememangnya ada yg mengakui pendapat Scolari tu...padang Std Shah Alam tak sempurna yg disangka sebenarnya...dan itulah juga refleksi keseluruhan corak pengurusan stadium dan padang di Malaysia...pada hakikatnya, "groundsman" di Malaysia tak sehebat di UK yg mempunyai pasukan yg tersendiri dlm hal menguruskan padang dan stadium...

Citer pasal padang Stadium Shah Alam, seingat sy, ia menggunakan rumput "marimo paspalum"...satu nama yg gah dlm bidang rumput padang bola...tapi tulah, kita sebenarnya lupa nak ukur baju badan sendiri atau menjunjung langit yg memayungi kita selama ini....

Ni kan Malaysia, yg mempunyai iklim khatulistiwa?...jd ramai mengakui rumput tersebut tidak sesuai di sini...yg sesuai ialah "cow grass"...memanglah bunyinya low class tapi dan itu yg sesuai utk kita.....

Cuba ingat balik...dulu masa England lawan Malaysia di Stadium Merdeka yg menggunakan cow grass, ada tak gary Lineker complain ataupun david Platt yg merembat sampai adboard pecah komplen yg sepakannya tak best?...tak de kan?...sebab walaupun cow grass, tapi padang ok...

Cuba borak dgn Steve Darby, antara komen standard dia ialah bab padang, dan ingat darby dtg dari mana...maka tak hairanlah dia akan komen mcm tu...

Tapi tu la...kalau berbuih cakap pun tak guna...sebab at the end, rumput lain gak yg digunakan especially kat stadium baru, mcm Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di terengganu....ada orang fikir, kualiti tak penting, yang penting masyukkkk...

Catatan Epain: Teringin nak main atas padang bersalji, pakai bola colour Oren