Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, September 11, 2008

Tahniah

Di kesempatan ini di ucapkan tahniah kepada atlet powerlifting negara Siow Lee Chan yang meraih gangsa di Sukan paralimpik Beijing...

Walaupun gangsa ia sudah cukup untuk menamatkan kemarau 16 tahun negara di Paralimpik dan juga melengkapkan kejayaan Lee Chong Wei...maknanya angka 8 memang ada "ong" untuk Malaysia memandangkan di tahun ini, dua-dua temasya sukan terbesar dunia kita meraih pingat, tidak seperti sebelum nya...

Bab Paralimpik, bagi saya dan seperti yang pernah dikatakan Dato prof Dr. Ismail Saleh yang atlet paralimpik sebenarnya "lebih upaya", kerana mereka mampu bersaing walaupun secara fizikal mereka kekurangan....

Paralimpik Beijing: Lee Chan raih gangsa untuk negara

BEIJING, 10 Sept. – Atlet powerlifting negara, Siow Lee Chan menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun buat negara pada temasya Sukan Paralimpik Beijing 2008 apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori bawah 56kg wanita hari ini.

Lee Chan, 37, berjaya membuat angkatan seberat 95kg, yang mengatasi pencapaian beliau ketika Sukan Paralim pik Athens 2004 dan Sukan Para ASEAN ketiga di Manila pada 2005 dengan angkatan seberat 92.5kg.

Kejayaan beliau turut disaksikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, yang juga penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Pingat emas menjadi milik Fatma Omar dari Mesir yang melakukan angkatan seberat 141.5kg yang merupakan rekod paralimpik dan rekod dunia, sementara pingat perak menjadi milik atlet dari Rusia, Irina Kazantseva dengan angkatan seberat 97.5kg.

“Sangat sangat teruja, sangat mencabar. Saya berpuas hati dengan keputusan ini. Saya tidak fikir terlalu banyak. Saya akan terus berlatih powerlifting dan mencuba yang terbaik untuk mencapai keputusan lebih baik,” kata Lee Chan pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian pingat yang diadakan di gimnasium Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing. – Bernama


Catatan Epain: Nak tengok lebih ramai OKU wakili Malaysia

2 comments:

East Coast Cycling Team said...

Hendaknya begitulah. Tahniah dari kami PLBD Dungun untuk Siow Lee Chan semoga akan lebih berjaya. Kami menyokong semua sukan di Malaysia.

epain said...

plbd...samalah kita...

sy juga mengharap dungun akan jadi satu lagi pusat kecemerlangan sukan negara ini khususnya basikal...

teruja bila dengar citer dungun dan terengganu telah melahirkan ramai jaguh basikal...keep up the good work...