Selamat Tahun Baharu 2020

Friday, November 19, 2010

Yang ini pulak, mungkin dah nampak cahaya...

Setelah beberapa hari berlalu, saingan Sukan Asia nampaknya semakin getir dan kontinjen negara pulak semakin "panas" selepas beberapa acara harapan gagal melunaskan janji emas seperti boling....

Namun masih ada beberapa acara yang mengotakan janji dan paling manis pastinya kejayaan 1-2 Azizulhasni Awang dan Josiah Ng, satu sejarah manis terukir memangdangkan rasanya tak pernah kita memenanginya secara 1-2 atau emas dan perak dalam acara yang sama dalam berbasikal...

Dan dalam bebanyak sukan pulak, bolasepak yang tidak menymbang sebarang pingat (entah bila lah agaknya) mendapat pujian ramai setelah mempamerkan aksi terpuji hingga layak ke pusingan kedua...

Walaupun dinafikan "terlebih dahulu" oleh pengadil pada pertemuan dengan China sebelumya pada saingan kumpulan dengan melayangkan kad merah hatrick, anak2 buah K Rajagopal menunjukkan bahawa sukan yang sering diemuh tetapi paling popular ini menunjukkan sinar harapan...

Namun, seperti sebelumnya, sudah banyak generasi bolasepak menunjukkan "harapan" tetapi semuanya harapan tinggal harapan dan tak taulah kalau skuad yang ada sekarang ini akan terus menyalakan obor harapan atau episod malang akan berterusan selepas ini...

Apapun, angkat topi buat K Rajagopal yang mampu menyediakan skuad yang mantap hingga mampu memberikan saingan sengit buat skuad seperti China dan Iran...

Mungkin ada rakan2 mengatakan pada Epain, "tengok, dulu ko kutuk Rajagopal, sekang macam mana?"....

Bagi Epain, terpulang buat rakan2 nak kata macam mana, cuma kritikan terdahulu bukannya ditujukan buat Rajagopal secara peribadi tetapi dulu Epain mengkritik FAM yang memberi "double task" pada Rajagopal walaupun akhirnya Rajagopal menunjukkan kemampuannya...

Dari segi kemampuan, Epain tak pernah mempertikai Rajagopal sebab beliau merupakan jurulatih pertama (atau tunggal) yang membawa Selangor muncul juara Liga Perdana pada musim 2000 sebelum ada yang menidakkannya menerusi "undi tidak percaya"...

Cuma sekali lagi, Epain harap agar Rajagopal hanya diberikan tugas mengendalikan satu pasukan sahaja yakni skuad senior manakal skuad bawah 23 diberikan kepada orang lain (walaupun kedua-dua skuad tak banyak beza)...

Jika ia berlaku, mungkin Rajagopal akan lebih fokus dan beliau dapat mengoptimumkan ilmu kejurulatihan yang dimiliki...

Apapun, kita harap, Piala AFF bakal menjadi "stamp mark" buat Rajagopal dalam membuktikan status sebenar sebagai jurlatih terbaik, barulah lepas ni beliau boleh bersara dengan aman.....

Catatan Epain: Piala AFF?...Di Indonesia?....Wowww

Monday, November 15, 2010

Dimanakah cahaya dalam terowong?...

Sukan Asia Guangzhou bermula secara rasmi dengan pelbagai harapan...

Malaysia menghantar antara kontinjen terbesar, malahan dikhabarkan terbesar dalam sejarah penyertaan Malaysia sendiri dalam temasya 4 tahun sekali itu...

Bagi ramai pihak, penghantaran lebih 400 atlet dan pegawai pastinya diiringi dengan harapan memenangi seberapa banyak pingat yang boleh...dalam bisnes, jika ROI jadi ukuran, dan pulangan yang diharapkan sekitar 5% maknanya, Malaysia diharapkan membawa pulang 20 pingat emas (mustahil?)

Tetapi, biarlah berapa pingat sekalipun asalkan lebih baik daripada temasya terdahulu khususnya di Doha, 4 tahun lalu....

Namun sasaran tersebut sedikit terencat setelah skuad badminton Malaysia ditunjukkan jalan keluar dalam keadaan yang cukup aib, iaitu kalah ditangan Thailand, negara yang sebelum ini hanya menjadi "pemanas badan" skuad negara...

Mungkin terlalu yakin atau pemain terlalu gugup sebab beraksi di negara China, kita disini kurang mengerti...

Apa yang kita nampak, skuad badminton terlalu mengharapkan permainan jitu Lee Chong Wei dan pasangan bergu, penyudahnya, bila CHong Wei kalah, maka skuad negara pun terpaksa ditunjukkan jalan keluar...

Sepertimana yang Epain perkatakan sebelum ini, peristiwa yang berlaku di Guangzhou adalah "akibat kecil" sikap terlalu mengharap kepada seseorang atlet...

Ini juga diakui Datuk Misbun Sidek selepas menyaksikan skuad badminton tersipu-sipu malu gagal ke peringkat seterusnya walaupun pada hakikat Malaysia adalah pilihan kedua selepas China...

Entahlah, kalau ramai pihak masih lagi tidak melihat hal ini, iaitu terlalu mengharap kepada Chong Wei dalam menghadiahkan kemenangan, maka tidak hairanlah nanti kalau Chong Wei sudah bersara nanti, Malaysia pula menjadi pasukan belasahan seperti mana negara sedang meningkat yang lain...

Masa tu, nak tergadah pun tak guna sebab dah lama dah terhantuknya.....

Catatan Epain: Lepas ni, mintak muay Thai pulak dalam Sukan Asia, tengok boleh menang tak...

Monday, November 8, 2010

Apa salahnya mengundur....

Buat masa ini, kehangatan kejayaan Kelantan menjulang Piala Malaysia masih diraikan walaupun tumpuan kini terarah kepada Sukan Asia sebelum skuad bolasepak menyertai Piala AFF, Disember depan....

"off season" seperti sekrang ini pula, tumpuan pengkritik bolasepak pula pastinya kepada suasana perpindahan pemain dan melihat bagaimana sesebuah pasukan kembali dibentuk...

Itu memang sudah menjadi lumrah dalam bolasepak profesional...

Namun bagi FAM, off season yang ada digunakan untuk merencana perjalanan liga musim depan khususnya yang sedang memerah otak dan keringat ialah Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang diketuai Datuk Hamidin Amin terutama melibatkan jadual perlawanan...

Yelah, hal jadual telah lama menjadi "shooting point" buat ramai peminat terhadap FAM yang dikatakan langsung tidak efisien...

Tetapi Datuk Hamidin yakin, rejim baru FAM akan memastikan jadual dirancang dengan baik.....

Namun rancangan baik FAM itu mungkin terencat sedikit selepas pasukan kelab, KL Plus menarik diri daripada liga super, menambah satu lagi siri penarikan pasukan kelab sejak dimulakan NS Chempaka, Public Bank, MK Land....

Kali ini, tiada lagi kedengaran denda dikenakan terhadap sang penarik diri tetapi FAM terpaksa menanggungnya iaitu terpaksa mencari pasukan alternatif...

Dan tidak mahu dikatakan sebagai berpihak kepada mana2 negeri atau kelab, FAM meletakkan Harimau Muda A sebagai alternatif...seperti biasa, alasan FAM mahu menjadikan liga sebagai platform buat Harimau Muda untuk memanas badan sebelum menyertai pertandingan antarabangsa, dan tahun depan Sukan Sea harus jadi keutamaan...

Bagi Epain, satu lagi siri penarikan diri pasukan kelab ni sebenarnya membuatkan ramai orang naik jelak...seakan liga Malaysia ni tempat untuk "test power" sahaja...sebab mereka fikir bolasepak Malaysia ni memang sesuai dikotak katikkan...yelah FAM pun sering dengan sikap flip flop mereka....

Rasanya apa yang Epain mampu cadangkan, walaupun pada mulanya tidak suka dengan cadangan ini ialah kembalikan rentak asal liga Malaysia kepada pasukan negeri sahaja...

Sebabnya pasukan negeri sahaja yang mampu menghasilkan fan base yang besar sedangkan pasukan kelab terpaksa mengharap staf masing-masing untuk menyokong atau ketika dipuncak barulah yg lain datang menonton, dengan alasan pasukan ni datang dari negeri mereka...ingat kes Selangor MPPJ?....

Walaupun cadangan ini seakan tidak adil buat pasukan seperti Johor FC yang masih kekal dalam liga, namun rasanya lebih baik FAM fikirkan secepat mungkin dalam memastikan liga Malaysia kekal relevan di masa depan....

Tak salah kalau kita mengundur selangkah sebagai persediaan untuk langkah yang lebih jitu...

Catatan Epain: Daripada tarik diri, lebih baik main tarik tali...

Tuesday, November 2, 2010

Tahniah buat Red Warriors!!

Sabtu, 30 Oktober satu lagi sejarah bolasepak Malaysia tercatat selepas Kelantan yang menunggu sekian lama akhirnya dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia...

Epain tidak mahu mengulas panjang mengenai perlawanan malam tersebut sebabnya ramai yang telah menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana anak buah B Sathianathan menjulang piala keagungan bolasepak negara...

Bagi Epain, Kelantan sememangnya layak bergelar, cuma bukan disebabkan aksi malam tersebut tetapi lebih kepada usaha berterusan KAFA dan sokongan yang diberikan peminat Pahlawan Merah sejak Kelantan kembali ke kancah liga utama setelah terjerumus ke Liga FAM sebelum ini...

Sekalung tahniah buat pengurusan KAFA yang "bijak" merencana kejayaan walaupun berdepan ranjau termasuklah menjadi pasukan yang kerap didenda akibat perbuatan peminat sendiri...

B Sathianathan pula, beliau seharusnya mampu mendabik dada sebagai jurulatih "juara berganda" memandangkan sebelum ini Sathia pernah membawa Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka...dan rasanya 2 kejayaan ini sudah cukup meletakkan Sathia sebagai antara jurulatih terbaik pernah disaksikan dinegara ini....

Cumanya, kemana haluan Sathia selepas ini?...adakah akan terus bermastautin di Kota Bharu atau bakal berhijrah?....yelah, kalau masih ingat, di awal musim ada pihak yang cuba menggulingkan Sathia dan selepas kejayaan ini, adakah Sathia akan digulingkan atau pihak tersebut sebenarnya yang terguling-guling tengok Sathia membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia?...

Apapun, buat Sathia, kegembiraan taklah lama sangat memandangkan beliau bakal menyambung hukuman yang "tergendala" sebelum ini...atau FAM akan buat keputusan "flip-flop" dan menarik semula hukuman penggantungan 6 bulan tersebut?

Buat yang pernah menyingkirkan Sathia "sehelai sepinggang" daripada pasukan kebangsaan, nampak gayanya, Sathia lah pulak yang boleh bercekak pinggang sekarang...

Apapun, itulah yang dinamakan "Sinetron Bolasepak Malaysia"...hari ini mungkin dijulang tetapi esok mungkin anda akan dibuang....hahahah

Catatan Epain: Macam mana agaknya Kelantan nak arak Piala Malaysia?...guna Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan?