Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, November 8, 2010

Apa salahnya mengundur....

Buat masa ini, kehangatan kejayaan Kelantan menjulang Piala Malaysia masih diraikan walaupun tumpuan kini terarah kepada Sukan Asia sebelum skuad bolasepak menyertai Piala AFF, Disember depan....

"off season" seperti sekrang ini pula, tumpuan pengkritik bolasepak pula pastinya kepada suasana perpindahan pemain dan melihat bagaimana sesebuah pasukan kembali dibentuk...

Itu memang sudah menjadi lumrah dalam bolasepak profesional...

Namun bagi FAM, off season yang ada digunakan untuk merencana perjalanan liga musim depan khususnya yang sedang memerah otak dan keringat ialah Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang diketuai Datuk Hamidin Amin terutama melibatkan jadual perlawanan...

Yelah, hal jadual telah lama menjadi "shooting point" buat ramai peminat terhadap FAM yang dikatakan langsung tidak efisien...

Tetapi Datuk Hamidin yakin, rejim baru FAM akan memastikan jadual dirancang dengan baik.....

Namun rancangan baik FAM itu mungkin terencat sedikit selepas pasukan kelab, KL Plus menarik diri daripada liga super, menambah satu lagi siri penarikan pasukan kelab sejak dimulakan NS Chempaka, Public Bank, MK Land....

Kali ini, tiada lagi kedengaran denda dikenakan terhadap sang penarik diri tetapi FAM terpaksa menanggungnya iaitu terpaksa mencari pasukan alternatif...

Dan tidak mahu dikatakan sebagai berpihak kepada mana2 negeri atau kelab, FAM meletakkan Harimau Muda A sebagai alternatif...seperti biasa, alasan FAM mahu menjadikan liga sebagai platform buat Harimau Muda untuk memanas badan sebelum menyertai pertandingan antarabangsa, dan tahun depan Sukan Sea harus jadi keutamaan...

Bagi Epain, satu lagi siri penarikan diri pasukan kelab ni sebenarnya membuatkan ramai orang naik jelak...seakan liga Malaysia ni tempat untuk "test power" sahaja...sebab mereka fikir bolasepak Malaysia ni memang sesuai dikotak katikkan...yelah FAM pun sering dengan sikap flip flop mereka....

Rasanya apa yang Epain mampu cadangkan, walaupun pada mulanya tidak suka dengan cadangan ini ialah kembalikan rentak asal liga Malaysia kepada pasukan negeri sahaja...

Sebabnya pasukan negeri sahaja yang mampu menghasilkan fan base yang besar sedangkan pasukan kelab terpaksa mengharap staf masing-masing untuk menyokong atau ketika dipuncak barulah yg lain datang menonton, dengan alasan pasukan ni datang dari negeri mereka...ingat kes Selangor MPPJ?....

Walaupun cadangan ini seakan tidak adil buat pasukan seperti Johor FC yang masih kekal dalam liga, namun rasanya lebih baik FAM fikirkan secepat mungkin dalam memastikan liga Malaysia kekal relevan di masa depan....

Tak salah kalau kita mengundur selangkah sebagai persediaan untuk langkah yang lebih jitu...

Catatan Epain: Daripada tarik diri, lebih baik main tarik tali...

No comments: