Selamat Tahun Baharu 2020

Tuesday, November 2, 2010

Tahniah buat Red Warriors!!

Sabtu, 30 Oktober satu lagi sejarah bolasepak Malaysia tercatat selepas Kelantan yang menunggu sekian lama akhirnya dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia...

Epain tidak mahu mengulas panjang mengenai perlawanan malam tersebut sebabnya ramai yang telah menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana anak buah B Sathianathan menjulang piala keagungan bolasepak negara...

Bagi Epain, Kelantan sememangnya layak bergelar, cuma bukan disebabkan aksi malam tersebut tetapi lebih kepada usaha berterusan KAFA dan sokongan yang diberikan peminat Pahlawan Merah sejak Kelantan kembali ke kancah liga utama setelah terjerumus ke Liga FAM sebelum ini...

Sekalung tahniah buat pengurusan KAFA yang "bijak" merencana kejayaan walaupun berdepan ranjau termasuklah menjadi pasukan yang kerap didenda akibat perbuatan peminat sendiri...

B Sathianathan pula, beliau seharusnya mampu mendabik dada sebagai jurulatih "juara berganda" memandangkan sebelum ini Sathia pernah membawa Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka...dan rasanya 2 kejayaan ini sudah cukup meletakkan Sathia sebagai antara jurulatih terbaik pernah disaksikan dinegara ini....

Cumanya, kemana haluan Sathia selepas ini?...adakah akan terus bermastautin di Kota Bharu atau bakal berhijrah?....yelah, kalau masih ingat, di awal musim ada pihak yang cuba menggulingkan Sathia dan selepas kejayaan ini, adakah Sathia akan digulingkan atau pihak tersebut sebenarnya yang terguling-guling tengok Sathia membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia?...

Apapun, buat Sathia, kegembiraan taklah lama sangat memandangkan beliau bakal menyambung hukuman yang "tergendala" sebelum ini...atau FAM akan buat keputusan "flip-flop" dan menarik semula hukuman penggantungan 6 bulan tersebut?

Buat yang pernah menyingkirkan Sathia "sehelai sepinggang" daripada pasukan kebangsaan, nampak gayanya, Sathia lah pulak yang boleh bercekak pinggang sekarang...

Apapun, itulah yang dinamakan "Sinetron Bolasepak Malaysia"...hari ini mungkin dijulang tetapi esok mungkin anda akan dibuang....hahahah

Catatan Epain: Macam mana agaknya Kelantan nak arak Piala Malaysia?...guna Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan?

No comments: