Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, February 5, 2015

Matlamat tak boleh halalkan cara, bro!!

Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2015 menyaksikan JDT menang 2-0 ke atas Pahang sekaligus membalas dendam kekalahan final Piala Malaysia 2014..

Sekalipun berbeza, tetapi JDT pasti merasa puas menewaskan anak2 buah Zainal Abidin Hassan apatah lagi beraksi di gelanggang keramat, Stadium Larkin

Tetapi apa yang tak bagusnya, ada banner atau dipanggil Tifo (bukan adik beradik Tito Santana) yang memaparkan 2 ekor anjing dengan salah satunya memakai blazer FAM dengan mengendong seekor lagi anjing dan memakai mafla kuning biru...

Walau apapun, penjelasan, rasanya ramai tahu apa yang dimaksudkan dan kepada sape ianya ditujukan apatah lagi selepas kes penggantungan Gary Steven Robart...

Tetapi tak kisahlah apapun alasan, tak puas hati ke, nak merusuh ke, cuma dengan menampilkan banner macam tu, sangatlah tak kena dengan cara kita....malahan rasanya seingat Epain, negara luar sekalipun tak buat benda macam ni walaupun bantahannya nyata dan jelas...

Menyamakan seseorang atau sesuatu dengan anjing amat keterlaluan...kat SUA FAM, ianya tidak beradab...macam ni ke nak tunjuk teladan buat adik2 kecil yang bakal mewarnai kancah bolasepak negara satu hari nanti?

Epain berpendirian sama dengan yang tak bersetuju...ianya tak patut...dan kalau nak nyatakan apa2 sekalipun, biarlah dengan cara yang betul...tapi FAM pun kena adil...dengarlah dan mana yang baik, cuba buat...tak salah kot mencuba benda baik dan untuk kebaikan...

Catatan Epain: Teringat sepanduk popular dulu2..."Selamat Datang ke Divisyen 2"...