Selamat Tahun Baharu 2020

Friday, August 15, 2008

Selamat...


Selamat tinggal Beijing...

"Robin Hood" Malaysia yang terakhir di beijing, Cheng Chu Sian terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas tewas kepada pemanah Russia di saingan suku akhir...

Tewas 104-109....

Walau apa pun, skuad memanah negara telah menunjukkan "jalan" kepada KBS, MSN dan rakyat negara ini bahawa mereka layak diberikan perhatian lebih...peluang untuk meraih pingat sentiasa ada....

Cuma tak taulah kan...sekarang ni sedap cakap lah...nati dah habis Sukan Olimpik, percayalah kemungkinan sukan memanah, angkat berat dan menembak akan "dilupakan"...kecualilah salah seorang atlet ni menang pingat...

Catatan epain: Lepas ni nak beli DVD Robin Hood...

2 comments:

rizal hashim said...

saudara, msn tidak melupakan memanah. disebabkan msn lah memanah layak ke olimpik, saudara.

sejak 1989 msn buat secara agresif, maka lahirlah ismail ariffin, siti aishah sudin dan arbaayah entah apa namanya, dan kini ada ratusan anak muda berlatih di padang msn di keramat.

duit msn lah yang membawa marbawi, chu sian, khalmizan, anbarasi, mon redee ke seluruh pelosok dunia untuk bertanding dalam pelbagai kejohanan. disebabkan pendedahan inilah mereka dapat layak ke olimpik. bukan sebab tan sri halil pengurus dan presiden memanah sangat...

kaji sejarah dulu saudara, tinggal lagi apa lagi yang harus kerajaan buat? ai takkan bantai kawan sendiri hasbullah hahahahaha

epain said...

sedara rizal...

tanpa MSN, dan KBS apalah sangat sukan dinegara kita ni...tulah hakikatnya....

maksud sy, bukan MSN langsung tiada peranan...maksud sy, sesuatu lebih serius perlu dilakukan....

dan mcm sedara kata, ratusan sedang berlatih di keramat, tapi mereka itu semua yang "dicari"...bukannya "mencari"...

apa yang diharapkan, lebih ramai yg menyertai sukan2 seperti ini atas dasar minat...minat yg terpupuk....kena ada cara utk pastikan lebih ramai remaja menyertai sukan ini...dan tidak dapat tidak, kena popularkan...antaranya dengan menganjurkan lebih byk kejohanan...

bab hasbullah tu...bukan sy kritik dia...tapi kenyataan dia...yelah mcm sedara pernah kritik SS Daliwal dan media officer menteri KBS sebelum ini....hahahahha...