Selamat Tahun Baharu 2020

Friday, August 15, 2008

Akhirnya....


Woooohhhhh....lega...hilang "sakit jantung"...bila tengok Lee Chong Wei mencatat sejarah melangkah ke akhir selepas menewaskan Lee Hyun Il...

Rasanya tak perlu ulang keputusan...kerana saya pasti ramai yang tonton RTM1 dan Astro menyaksikan sejarah tercatat buat sukan negara pada jam 7.30 pm 15 Ogos...

saya hanya menonton bermula set kedua, tapi set pertama saya hanya mengikutinya menerusi siaran radio 24...

Apa yang saya dapat simpulkan, set kedua Chong Wei memang lost...tapi dia berjaya meraih semula momentum di set ketiga...

Seperti yang saya agak, Hyun Il merupakan seorang pemain yang bagus bermain ralli manakala Chong Wei mempunyai permainan jaring yang bagus...

Bertemu Lin Dan, atas kertas memihak kepada pemain China tu...dan Lin Dan juga memiliki kelebihan psikologi bermain ditempat sendiri...

Selain tu, Chong Wei bakal berdepan semangat luar biasa Lin Dan selepas menyaksikan Xie Xinfang layak dan kedua-dua mahu menyamai rekod yang dilakukan Susi Susanti - Alan budi Kusuma yang menang emas perseorangan ketika keduanya bergelar pasangan kekasih....


Bab Chong Wei pulak, saya heran lah dengan pengulas Hasbullah Awang dan berita TV yang mengaitkan kemenangan Chong Wei dengan habuan RM 1 juta...betul menang dapat 1 juta, boleh jadi jutawan maggi, tapi adakah Chong Wei melakukannya demi duit?...sama perasaan dia dan rakyat Malaysia dengan habuan tu?....

Berapa pun yang Chong Wei dapat, saya merupakan antara rakyat Malaysia yang puas melihat kejayaan Chong Wei....pingat perak dalam tangan, tapi kita mestinya nak pingat emas...

Catatan Epain: Chong Wei boleh....Malaysia Boleh

4 comments:

Anonymous said...

Saudara Epein.....

ada sunber yang menyatakan kepada saya saudara bertugas di bahagian berita sukan RTM.mcm mana plak saudara heran.....saudara tentu dah mengetahui lebih awal....dunia....dunia

BelalangDewa said...

hang belum tengok diva main. lagi best. ada adegan terbang dan meangkak lagi....

epain said...

anon...

walau mana pun sy bertugas itu tidak menjadikan sy perlu bersetuju dgn kesemua hal...

ada jugak perbezaan namun perbezaan akhirnya akan mendatangkan persamaan dan persefahaman...

epain said...

diva...

sy takut kalau diva main...terselak kain pulak...

kang dgn umpire tak boleh teruskan game...

kalau nak pun, diva kena masuk gimnatiklah, pakai baju ketat, pastu terbang lah tinggi mana pun