Monday, August 11, 2008

Berita baik...berita tak baik dari Beijing

11 Ogos merupakan hari ketiga Sukan Olimpik 2008, Beijing...

Ada perkhabaran gembira dan ada yang kurang...

Gembira...Wong Choon Hann menang ke atas Taufik Hidayat...Lee Chong Wei menang ke atas Ronald Susilo dan Wong Mew Choo tidak ketinggalan menang ke atas Petya Nedelcheva...

Yang tak syoknya skuad memanah negara kalah kepada trio Itali, yang selepas itu mara ke akhir sebelum tewas ditangan Korea Selatan...selain itu, perenang negara, Daniel Beego dan Siow Yi Ting gagal menyaingi perenang terkemuka yang lain dalam acara renang...



Itu kesimpulan mudah apa yg terjadi pada hari ketiga Sukan Olimpik buat Malaysia..

Pengajaran telah diberikan Thailand, China, Korea Selatan dan Jepun...

Thailand menang emas, mengatasi negara Asean yang lain, China mendahului manakala Korea dan Jepun pula menduduki 5 tempat terbaik berdasarkan pungutan pingat...

Bagi skuad memanah, walaupun tewas ia memberikan pengajaran buat kita semua bahawa sudah tiba masanya kita memberikan perhatian kepada "non physical sport"....dan Thailand telah membuktikan...

Badminton tak perlu diperkatakan lagi, ia harapan rakyat Malaysia...saya tak nak bagi perhatian lebih sebab saya nak lihat mereka memberi sesuatu baru saya komen berbuih-buih...

Anyway...masih ada perjuangan perlu diteruskan...

Catatan Epain: Teringat tengok Hirosuke Katajima pecah rekod dunia kuak dada..

2 comments:

divahantu said...

epain.
skuad olimpik kita tak menang hadiahpun tak pe. yang penting depa dapat perbaharui rekod kebangsaan. kahkahkah.... Macam yang aku cerita pasal bulu tu....

epain said...

nasib baik takde pertandingan bulu...konpom malaysia boleh menang...