Monday, November 17, 2008

Cakap je lebih....

Isu yang saya ingin bangkitkan dalam posting ni sebenarnya dah lama dah "berbuku"...

Jadi sekarang ni ingin saya luahkan...apa feedback orang lain, Wallahualam...

Isunya ialah membabitkan media cetak negara ini...bagi saya, sekarang ni, kalau baca surat khabar terutamanya yang berbahasa Inggeris terasa macam hidup di London, Liverpool dan manchester...

Sebabnya, "story back page" semuanya di dahului dengan cerita Liga Perdana Inggeris, EPL...

Bab gambar jangan ceritalah...sebesar-besarnya....saya pun heran lah, apa berita sukan dalam negara ni tak sesuai untuk dijadikan "highlight" ke?...teruk sangat kualiti kita?...

Ada sekali tu, citer pasal Lee Chong Wei "diketepikan" tapi yang dihighlightkan cerita pasal nasib mark Hughes...ada pulak tu cerita pasal menjelang perlawanan "lebih hebat" daripada cerita yang menghasilkan keputusan...pelik-pelik...

Mereka ni semua cakap pasal "cintakan negara", "semangat patriotik", dan berbagai lagi kata-kata semangat, tapi dalam masa yang sama, diorang ni pun tidak menunjukkan semangat Malaysia...

Kita dok siar pasal bola negara luar....tapi ade ke diorang nak tunjuk pasal kita?...jauh panggang dari api!!...tapi kita dok agungkan...itu belum lagi sentimen bahawa diorang pernah menjajah kita....

Yelah...saya ni pun minat ngan pasukan bola macam Liverpool, AC Milan, Borussia Dortmund dan barcelona...tapi "tak tergamak" juga nak sisihkan asal kita...

Sekarang ni, cerita macam ni menular dikalangan akhbar berbahasa Melayu...ada akhbar tu, berkonsepkan cerita masyarakat sekitar, tapi cerita sukan, story EPL dapat backpage...

Hmmmm....entahlah...susah sangat ke untuk kita tunjukkan semangat kita sebenar?..Kenapa mesti kita ikut orang dalam laksanakan sesuatu....kalau bukan kita yang bangga dengan apa yang kita ada...siapa lagi?....

Tapi nak buat macam mana....masing-masing ada pandangan sendiri...itu semua "rumah tangga" masing-masing....tak boleh kacau, tak boleh komen...biarlah...jangan nanti, ada mat Salleh dan Minah Salleh yang datang Malaysia tak boleh beza negara diorang dengan Malaysia sudah lah...

Masa tu, sapa nak tolong jawab? Alex Ferguson?

Catatan Epain: Nasib baik akhbar jawi tak buat macam tu....

3 comments:

divahantu said...

orang malaysia selalu tak sedar diri. surat khabar bahasa inggeris selalunya diterajui bukan melayu. semangat kemelaysiaan mereka terlalu lemah. mengaku saja anak malaysia..

rizal hashim said...

Saudara, inilah akibatnya apabila kita ikut pasaran. Jati diri pun ditolak ketepi. Apa nak buat, keputusan orang besar-besar! Mereka lebih pandai. Sedangkan akhbarlah yang membentuk minda dan pandangan masyarakat. Tanggungjawab akhbar mendidik, nampaknya sekarang bukan lagi mendidik tapi memusnahkan.

epain said...

diva n rizal hashim...

ni semua menunjukkan ada organisasi kita diterajui orang "terlebih pandai"...

mereka merasakan diri mereka terlalu pandai hinggakan pandangan dan pendapat orang lain tidak lagi penting....

kalau nak ubah, kita ubah mentaliti dulu...

antaranya, mentaliti "dijajah"...

kita tidak lagi boleh merasakan apa yang berlaku di barat semuanya hebat...sebaliknya kita disini perlu serlahkan kehebatan kita...

antara event yg menarik untuk dijadikan iktibar....siapa sangka Liu Xiang mampu menang acara 110 meter berpagar sekaligus cipta rekod dunia.....

malangnya, ada diantara kita dan lebih malang yang bekerja di dalam bidang "intelektual" seperti akhbar yang masih terjajah....

penjajahan sememangnya agak kasar bunyinya...tetapi itulah hakikat...

jika akhbar terus dijajah...di mana lagi kita mampu menonjolkan diri kita?....

nasib baik ada blog....