Thursday, November 13, 2008

Mari kita saksikan hasilnya...

Setelah 2 hari berbincang, berborak, berdiskusi dan sebagainya, Konvensyen Sukan 2008 berakhir pada Rabu, 12 November...

Pastinya ramai yang berharap bahawa konvensyen tersebut mampu menghasilkan sesuatu, baik dalam masa pendek mahupun panjang....

Saya tidak menghadiri konvensyen tersebut, namun selepas melihat beberapa cadangan resolusi serta resolusi akhir yang dibentangkan, saya boleh bayangkan sesuatu yang positif mampu dihasilkan...

Cuma sekarang ini adalah masa pelaksanaan dan pemantauan, 2 perkara yang sentiasa menjadi masalah...

Rasanya tiada guna jika kita hebat merancang tetapi gagal melaksana ataupun kita melaksanakan tetapi tidak "istiqamah" dengan apa yang dilaksanakan....

Maka berbalik pada asal, kita hanya menuding jari, yang ini kata yang itu, yang itu kata yang sinun dan sebagainya....

Saya tertarik dengan isu pengwujudan universiti sukan...saya sendiri bersetuju tapi rupanya ada juga yang selama ini acap kali mengatakan "sukan perlu dikerjayakan", "sukan harus menjadi jaminan masa depan", yang tidak setuju dengan pengwujudan universiti sukan ini...

Bagi saya, mereka ini merasakan bahawa universiti sukan adalah sesuatu yang terlalu akademik ataupun mereka hanya membayangkan universiti seperti Harvard dan Oxford yang mementingkan kecemerlangan akademik....

Walau apa pun, saya harap, "sooner or later", universiti ini mampu wujud walau apa pun tujuannya, kerana setiap tujuan adalah positif....

Secara keseluruhannya, kita hendak lihat, konvensyen ini benar2 mampu mewujudkan sesuatu yang positif...kerana kita harus ingat, konvensyen hanya lah "medan" untuk bercakap dan membentangkan kertas kerja, sebaliknya dalam sukan, kerja berbentuk fizikal yang mewakili ruang yang paling besar...maka, jangan hanya pandai bercakap...

Catatan Epain: Teringin jadi moderator...

No comments: