Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, December 11, 2008

Antara Sathianathan dan Bernd Schuster...

Rasanya tidak perlu diperkatakan lagi lah kot pasal team Malaysia di AFF Piala Suzuki...

Hakikatnya, Malaysia gagal ke separuh akhir dan Thailand menunjukkan jalan keluar secara terhormat buat Malaysia dengan menang 3-0...

Tetapi saya terpanggil untuk mencatat sesuatu tentang nasib yang dialami B. Sathianathan...

Tempatnya bakal diambil alih jurulatih cuma nama jurulatih tersebut masih belum diperkatakan walaupun Peter Withe antara calon yang hangat...

Nasib Sathia tidak ubah macam Bernd Schuster di Real madrid, cuma cara keduanya tersingkir berbeza...

Sathia awal2 lagi sebenarnya tahu bahawa kontraknya tidak disambung selepas Khairy Jamaluddin membuat andaian tersebut dan jika ingin selamat, Malaysia kena menang Piala Suzuki...

Antara Sathia dan Schuster, memang keduanya tidak boleh disamakan taraf, cuma keduanya tetap seorang jurulatih...

Cuma saya agak tidak berkenan cara Sathia "dilayan" sebenarnya...dia diberitahu sebelum saingan bermula..malahan ketika skuad negara sedang beraksi di Myanmar...dan Sathia hanya mempunyai Pestabola Merdeka 2007 untuk dibanggakan...

Schuster pula membantu Real menjulang La Liga musim sebelum ini, namun jodoh tak panjang dan dia disingkir oleh pengurusan kelab yang seakan terkena sumpahan selepas menyingkirkan Vicente del Bosque...

Sekurang-kurangnya, Schuster mempunyai sesuatu untuk dibanggakan...dan bagi Sathia, akhirnya anda juga merasa "keperitan" duduk di Wisma FAM sejak sekian lama...

Catatan Epain: Kelab mana yang dah call you Sathia?

No comments: