Monday, December 8, 2008

Isyarat buat semua


Bulan Zulhijjah dalam kalendar Islam seharusnya menjadi bulan yang penuh dengan keberkatan selepas bulan Ramadhan...

Pada bulan ini, sebahagian umat Islam berada di Mekah bagi mengerjakan ibadat haji, manakala sebahagian lagi menyambut Aidiladha dengan mengadakan ibadat korban...malahan fadilat Aidiladha lebih besar berbanding Aidilfitri...takbir bergema selama 3 hari...

Namun terdapat sebilangan kita yang menyambutnya dalam keadaan yang penuh hiba...Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang sekali lagi menjadi headline selepas kejadian tanah runtuh berulang...

Saya masih ingat, pada 1993, Pengetua Sekolah Menengah Hulu Kelang, tempat saya bersekolah menengah meminta kami semua menghadiahkan Al fatihah pada pagi 11 Disember selepas Highland Towers rebah menyembah bumi...setahun selepas itu saya sempat mengunjungi Highland Towers dan saya tidak boleh bayangkan betapa dasyatnya hukum Allah pada ketika itu...

Kemudian tahun 2005 satu lagi kejadian berlaku tidak jauh daripada Highland Towers, iaitu kediaman bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Ismail Omar yang juga pengerusi bekas majikan saya....saya masih ingat saya dengan Account Exec pergi ke rumah beliau untuk mendapatkan tandatangan.

Bagi saya, semua ini menjadi peringatan buat kita semua...betapa hebatnya teknologi yang kita miliki, betapa hebatnya harta yang kita kumpul, tetapi sekali nikmat ditarik, azabnya tidak terkira...

Saya tak nak perbandingkan kejadian ini dengan apa yang manusia telah buat....tetapi segalanya berkaitan dengan manusia juga...kalau sesiapa yang pernah ke Bukit Antarabangsa, mungkin boleh mengagak tidak hairanlah ianya terjadi....

Jadi, biarlah ia menjadi peringatan buat kita semua....muslimin yang terkorban, al fatihah dan pada bukan Islam, saya ucapkan takziah...

Catatan Epain: Tak nak beli, buat rumah di lereng bukit...

No comments: