Monday, October 13, 2008

Menantikan kehadiran filem sukan yang hebat....

Saya ni merupakan peminat filem yang berkisar mengenai sukan kerana ia membangkitkan semangat selain seronok melihat kemenangan di akhir filem...

Antara filem yang saya minat, The Replacement lakonan Keanu Reeves, Any Given Sunday, Goal, The Knight's Tale dan beberapa lagi yang saya tidak ingat...

Kebanyakan filem tersebut dihasilkan di Hollywood....

Bab filem, negara kita tidak ketandusan sebenarnya...tapi genre filem sebegini tidak menjadi pilihan utama...seingat saya, adalah beberapa filem seperti Cinta 200 Ela, Gol dan Gincu, Gila Bola...tapi kesemua filem tu "tak real"...yakni ia bukannya menceritakan perihal sukan atau personaliti sebaliknya sukan hanyalah unsur sampingan....tema utama ialah cinta atau remaja...

Banyak peristiwa bersejarah mampu dijadikan filem sebenarnya...

Cuba tengok Singapura, mereka kini dalam proses menyiapkan filem "The Kalang Roar the Movie" yang antara lain memaparkan mengenai pertemuan 2 musuh utama bolasepak Malaysia, Singapura dan Selangor...adegan utama semi final Piala Malaysia 1977...ada gak gambar Mokhtar Dahari klon...

Ni trailer filemnya, Kallang Roar The Movie

Kalau tengok trailer, memang ok lah citer ni...tapi pastinya ia menceritakan mengenai Singapura....

Apa kata Malaysia cuba jugak....mungkin berkaitan dengan Piala Thomas 1967 atau 1992?...Citer adik beradik Sidek ke...secara logik kesemua adik beradik Sidek masih ada...dan antara pengarah yang saya cadangkan, Shuhaimi Baba, Ahmad Idham, U-wei Shaari dan mungkin Mamat Khalid...

Catatan Epain: Nak tengok citer pasal Mokhtar Dahari....

4 comments:

rafabenitez_subang said...

power la epain...gambarannya adakah lebih kurang "GOAL"? masalahnya selangor tu hancit...mana boleh buat cite power2 walaupun director / producer tu kreatif...hehehehe....jangan marah

epain said...

takpe ...nanti kalau aku jd director, aku buat pasal selangor je....

tapi masalahnya tak tau tahun yg mana satu nak buat....

banyak sangat...piala malaysia je menang 30 kali....fa cup 4 kali...liga 3 kali....ish ish....banyak sequel tu....

KakiBola said...

epain..saya dah jumpe 2-3 producer berbincang tentang hal ini but none of them yang yakin that this kind of movie boleh laku. quite sad. scriptwriter pun dah siapkan script tentang filem ni cuma nak yakinkan producer jer. its about our national team qualification to the world cup and a young boy yang bermati-matian nak main bolasepak dan wakili negara ke tahap tertinggi. i wonder if anak syarikat tv3 sanggup..wallahualam

epain said...

mr kaki bola...

apa kata cuba bawa proposal/script to finas...

kalau tak silap diorang ada budget utk filem...

dlm filem sebegini...sememangnya sukar utk mendapatkan keuntungan sedangkan itulah faktor utama sesetengah producer...

mungkin menerusi finas atau kementerian perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan boleh membantu...

jika sebelum ini diorang fund filem paloh, embun dan 1957 hati malaya, mana tau filem sebegini mereka berminat...tapi biarlah ada unsur2 sejarah atau nostalgia...

apa kata buat script utk cerita berkisar malaysia layak ke olimpik 1972 dan 80 atau cerita pasal perseteruan antara indon-msia dlm badminton...cerita pasal piala thomas 1967 pun ok....