Monday, October 20, 2008

Ada yang bergembira...ada yang bersedih...

Hari ini 20 Oktober 2008, saya berpeluang untuk membaca blog selepas beberapa hari sibuk menyiapkan kerja "hidup & mati"...

Satu demi satu blog dan portal berita yang saya baca...namun ada 2 berita yang menggamit saya....

Pertama posting saudara Arnaz Khairul, wartawan sukan NST yang mengeluarkan posting mengenai Sara Aziz yang kembali ke Rahmatullah...

Sara merupakan anak tiri kepada Pengerusi Jelajah Malaysia, Datuk Astaman Aziz....dan seperti mana yang dikatakan Arnaz, DI SINI,....Sara merupakan seorang yang berminat dengan fotografi...saya dan rakan2 sempat bergambar dengan Sara sebelum peringkat ke 5 JM 2008 di Muar, Johor...saya juga sempat berborak dengannya mengenai kamera....

Kali terakhir saya bertemu Sara di LTDL 2008 especially lepas Anuar Manan dinobatkan selaku Jaguh Pecut di Banting....

Semoga Sara Aziz ditempatkan dikalangan umat yang beriman...Al Fatihah....Takziah juga buat Datuk Astaman, Arif dan keluarga...

Pembetulan - 22 Oktober....

Disini ingin saya nyatakan terdapat pembetulan. Seperti mana yang dkmaklumkan Dr Nur Aida Astaman, arwah merupakan anak tiri Datuk Astaman Aziz...

Harap maklum...dan buat Dr Nur Aida, terima kasih atas pengmakluman ini...

Berita gembira yang saya baca, dengar dan tonton pula mengenai kejayaan Dauk Nicol Ann David merampas kembali title Juara Dunia Squash...rasanya Nicol sekarang ni dah sampai tahap menyamai tahap yang pernah dikecapi bekas pemain nombor 1 dunia Tenis, Roger Federer..."undisputed" selama 4 tahun...

Tahniah...

3 comments:

rafabenitez_subang said...

takziah kepada datuk astaman sekeluarga....

Dr Aida Astaman said...

ASsalamualaikum,
Saya ingin meminta jasa baik blogger untuk membuat sedikit pembetulan. Arwah Sara Aziz bukanlah anak kandung tetapi anak tiri kepada Datuk Astaman. Saya ingin utarakan pembetulan ini sebagai tanda hormat kepada Ayah kandungnya yang masih hidup dan juga ibu saya yg menerima SMS dan panggilan takziah atas kekeliruan bahawa anak perempuannya telah meninggal dunia. Terima kasih.
Dr Nur Aida Astaman

epain said...

dr nur aida...

noted...

sy akan buat pembetulan...