Tuesday, July 28, 2009

Ingatkan saya sorang je fikir macam tu...

Minggu lepas saya baca surat khabar Malay Mail...

Dalam bahagian sukan...ada satu artikel yang menarik perhatian saya iaitu tulisan bekas wartawan The Star, Rizal Abdullah...

Antara isi utama dalam artikel tersebut ialah "shame on you, media bosses" yang mana Rizal meluahkan rasa kecewa terhadap kebanyakan surat khabar atau media amnya yang terlalu mengagungkan EPL....

Penulisan beliau juga terdetik daripada sambutan peminat negara ini terhadap kedatangan Manchester United...

Tetapi apapun, saya dulu pernah menyatakan rasa kecewa saya dengan media yang saya boleh anggap "bias" terhadap senario sukan di negara ini...

Bolasepak tempatan dihina, tetapi bolasepak luar diagungkan hingga bolasepak kita pula yang dilihat "menumpang"...

Rizal mungkin maksudkan majikan lamanya, tetapi kalau dilihat ia sebenarnya berlaku di kebanyakan akhbar negara ini termasuklah yang berbahasa Melayu dan lebih malang yang mengatakan akhbar mereka "wadah Melayu"...

Jadi, sekali lagi, buat tokey-tokey akhbar semua...renungkanlah sebentar...mahukah Alex Ferguson baca akhbar anda?..

Catatan Epain: Baca online je...

2 comments:

paroibatuompek said...

aku pernah put forward this point kat fellow photographer at a local football match. dia cakap aku senang macam melepas batuk ditangga,
"kalau ada 9 orang nak fish and chips dan seorang nak makan nasik goreng kampung kau nak jual yang mana?"

bagi aku senang sahaja, orang yang sebaya atau muda dgn aku ni kalau nak tau berita EPL aku tak beli suratkabar local. banyak lagi sumber yang menarik dalam internet utk aku carik!

epain said...

abis tu, kalau menjual dkt Changlun, takkan nak jual fish n chips...