Selamat Tahun Baharu 2020

Wednesday, July 1, 2009

Nak tukar format?..Ni cadangan Epain

Ok...sekang ni antara topik yang hangat dibincangkan mengenai bolasepak ialah perubahan format liga yang dicanangkan FAM...

Antara sebab utama ialah masalah kewangan yang menghantui beberapa persatuan bolasepak negeri...

Mengikut laporan "Malaysian Sport" pula terdapat 3 pasukan negeri yang bakal menarik diri untuk mengikut jejak langkah UPB Myteam yang ingin menarik diri sebelum pertandingan Piala Malaysia bermula...

Bagi saya, masalah kewangan sesuatu yang sukar nak dielak khususnya dizaman kemelesetan ekonomi...

Kalau benar FAM hanya membenarkan beberapa pasukan sahaja yang bertanding atas faktor kewangan, mungkin sesuatu yang tak boleh dielak di masa depan, justeru disini saya cadangkan satu cadangan ke arah tujuan tersebut...

Apa kata, beberapa pasukan negeri bergabung?...Pasukan-pasukan yang ada khususnya yang terbentuk dari negeri digabungkan menjadi satu pasukan...dan pastinya nama baru perlu difikirkan, bersesuaian dengan pihak yang bergabung...

Sebagai contoh, Perlis yang bermasalah boleh bergabung dengan Kedah menjadi satu pasukan baru yang digelar "Utara United"...Sabah dan Sarawak bergabung menjadi Borneo Blues...Terengganu, Pahang dan kelantan bergabung membentuk "East Coast Rovers"....Selangor dan Kuala Lumpur membentuk "Kelang Valley Giants"....

Bila bergabung bermakna liga Malaysia dimasa depan hanya disertai 8 hingga 10 pasukan sahaja...

Jika berhasil, secara tak langsung masalah kewangan menjadi tanggungan bersama iaitu 2 persatuan yang bergabung dan lebih ramai bakat baru dapat dicungkil...

Satu je masalah yang menghalang idea penggabungan ini...iaitu mampukah peminat bolasepak negara ini "mengorbankan" semangat kenegerian yang sekian lama mewarnai corak sokongan dinegara ini?...

Agak sukar bukan?...tetapi tidak mustahil....

Catatan Epain: Sekadar cadangan...

1 comment:

Anonymous said...

sekiranya pasukan dibawah negeri bergabung seperti yang dicadangkan....mcmana pulak pengurusan stadium di bawah negeri atau pengurusan negeri?
nape taknak ikut format J-League?
pergabungan bukan cara yang terbaik untuk mengatasi kemelut ini..solusi lain perlu dicari..sekian