Thursday, July 23, 2009

Tahniah Red Giants!

Setelah dianjurkan sebanyak 5 musim, juara Piala Malaysia 31 kali, Selangor akhirnya muncul juara Liga Super selepas skuad kendalian K Devan menang 6-1 ke atas PDRM...

Selaku penyokong tegar Selangor sejak sekian lama, sememangnya saya bangga dengan kejayaan yang dicapai ini dan pastinya lebih manis Selangor dapat menjulang Piala Malaysia bagi melengkapkan treble..

Satu persoalan disini...adakah Selangor bakal menjadi juara terakhir Liga Super?...Sebab FAM kan dalam perancangan nak ubah format...silap2, nama liga musim depan pun akan di tukar..ha ha

Apapun saya tabik dengan Amri Yahyah...walaupun malam sebelumnya beraksi untuk skuad kebangsaan menentang MU, Amri masih mampu beraksi selaku ketua pasukan Selangor dan menjaringkan salah satu gol...

Walaupun satu masa dulu, saya memang tak berapa nak berkenan dengan Amri ni, sekarang saya nampak kualitinya dan pastinya ia terserlah selepas Amri memikul tugas selaku ketua pasukan Selangor....kan bagus ada 20 lagi Amri yahyah dalam Malaysia ni...at least ada peluang cerah menang pingat emas Sukan Sea 2009..

Catatan Epain: Sasaran seterusnya buat Selangor...Piala Malaysia!!

2 comments:

madihensem said...

tahniah untuk selangor, tapi rajagobal tanya ko ari tu..."mana itu pendek? dia ingat dia pandai ka, saya lagi pandai itu pasal saya angkat amri ..."

epain said...

ha ha ha...

diakui amri "star of the year" for selangor...