Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, August 6, 2009

Mini Olimpik yang lembik...

Nampaknya penganjuran Mini Olimpik yang julung-julung kali diadakan semakin tiba dipenghujungnya...

Agak malang, niat murni KBS bagi membolehkan atlet memperoleh "warm-up" sepatutnya disusuli dengan kesuraman penganjuran...

Mengapa tidak suram?...Paling jelas, Mini Olimpik kurang publisiti...

Yang tak berapa nak jelas...penganjurannya tidak banyak membantu menaikkan kualiti atlet pelapis...

Penyudahnya hanya atlet elit yang menguasai pentas dan pingat yang dipertandingkan...jadi di sini...wajarkah ia dianjurkan kalau mana ia terus dikuasai atlet elit?...

Mereka pula hanya bersaing dengan adik-adik....walaupun ada kejutan, ia sama sekali tidak mencerminkan aspirasi sebenar yang dimahukan...Sekalipun ada rekod kebangsaan yang dipecahkan, tetapi mereka sebenarnya tidak melalui "suasana pertandingan" yang akan dilalui dalam pertandingan peringkat antarabangsa...

Saya masih bertanya, apa tujuan dianjurkan?...

Jangan nanti, pada Sukan Sea nanti, harapan kemenangan dan peningkatan tidak kunjung tiba sudahlah...pastinya setiap pihak akan bersedia dengan jari telunjuk, menuding jari antara satu sama lain...

Catatan Epain: Apa kata anjurkan Hyper Olimpik?...macam Market pulak...ada Hyper ada Super ada Mini...

1 comment:

msa said...

Susah nak simpan harapan tinggi kat sukan Malaysia ni.. Pi mai pi mai Chong Wei dengan Nicol David jugak yang duk kena harap. tension jer, HYPER tension!