Selamat Tahun Baharu 2020

Tuesday, May 18, 2010

Tiru macam Korea....

Tajuk diatas bukannya tajuk lagu Allahyarham Saloma tetapi "realiti" yang harus diterima sukan dinegara ini..

Mungkin ramai yang masih "berkabung" dengan kekalahan Malaysia ditangan China pada saingan separuh akhir Piala Thomas sebelum negara tembok besar dengan gagahnya menjuarai piala keagungan badminton dunia itu dengan menewaskan Indonesia 3-0...

Epain tidak mahu mengulas lebih panjang mengenai kekalahan ditangan China kerana kita semua telah mengetahui misi berdepan China umpama misi mustahil namun ada sedikit nada positif terpamer dek kerana kita beraksi di laman sendiri...

Namun Epain lebih tertarik untuk memperkatakan mengenai kejutan yang dicipta Korea Selatan dalam saingan Piala Uber apabila mereka muncul juara dengan menewaskan China seklaigus menidakkan satu lagi double sepertimana 2 tahun dahulu...

Memasuki gelanggang, Korea tidak diberikan harapan ditambah pula dengan ranking yang dipegang setiap pemain China maka kebanyakan peminat badminton membuat telaan bahawa Korea bakal dijinakkan dalam masa yang singkat tetapi segalanya meleset apabila negara "winter sonata" itu muncul juara buat kali pertama...

Kejayaan Korea dalam badminton menambah satu lagi rentetan kejayaan yang mereka capai sebelum ini dan segalanya dicapai hasil ketekunan dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan...

Bila bercakap mengenai Korea, rakyat Malaysia khususnya buat yang telah berumur pastinya akan mengungkap frasa ini..."alah...dulu Korea pun belajar dengan kita macam mana nak main itu, ini"....

Frasa ini sering kali diungkap dalam sukan bolasepak dan hoki malahan sepaktakraw juga pernah sekali jurulatihnya merupakan jurulatih dari Malaysia...

tetapi lihat segalanya kini...dalam bolasepak, Korea telahpun melangkah ke separuh akhir Piala Dunia...dalam hoki mereka merupakan antara 5 kuasa besar dunia....dalam sepaktakraw, mereka pernah menewaskan Malaysia yang menganggap bahawa sukan ini adalah sukan turun temurun.....dan kini, badminton pula....

Mungkin ada yang menyanjung tinggi kejayaan Korea tetapi bagi Epain, mungkin ada baiknya kita mengkaji bagaimana Korea mampu muncul antara kuasa besar sukan dunia...

Ada sesetengah penggiat sukan kita mungkin lebih cenderung melihat negara Eropah sebagai "benchmark" mereka tetapi buat apa pergi jauh sekiranya tempat untuk belajar hanya berada di sekitar kita?...

Namun antara nilai positif yang pasti ialah pegawai dan pemain Korea sememangnya mempunyai keazaman yang tinggi diikuti pula dengan disiplin tiada kompromi...

Jadi, mungkin telah tiba pula masanya kita belajar segala segi daripada Korea...

Catatan Epain: Pakai kereta Hyundai...

No comments: