Thursday, June 12, 2008

Kalau asas tak kukuh, macam mana mahu bina puncak?

Untuk kesekian kalinya, saya menulis pasal bolasepak...

Orang ramai sering bertanya apa sudah jadi dengan bolasepak negara kita?...Kejayaan akhir yg kita semua mampu banggakan ialah pingat emas Sukan Sea 1989...atau mungkin kita boleh bangga dengan pencapaian memenangi Pestabola Merdeka 2007...

Tapi itu semua tidak membantu apabila sekarang ini kita menduduki tangga ke 169 ranking dunia..dan liga kita mendapat rating D...

Tapi daripada kita bertanya, apa sudah jadi, apa nak jadi...ada lebih baik kita fikir apa yang boleh dibuat...

nampak senang tapi susah sebenarnya...dan kesimpulan ramai ialah kita kurang pembangunan...itu memang betul...

Tapi sy tertarik utk menceritakan perbualan saya dengan seorang hamba Allah ini dan sy ajukan "soalan" beliau kepada bekas pemain kebangsaan...

Dipendek cerita, beliau mengatakan.."buat apa nak fikir jauh-jauh...pemain kita sebenarnya kekurangan asas"...

Betul atau tidak katanya?...Pada saya ada betulnya..tengok sahaja corak permainan pemain kita...

Apakah asas bolasepak?...simple antaranya menghantar (passing) dengan perlahan, passing leret, menahan bola dan asas gelecek...

Kalau kita lihat, 4 asas yg baru saya nyatakan tadi, pemain kita sememangnya lemah...kalau passing, ntah kemana, pastu pemain yg menerima hantaran pulak tahan tak betul...

Saya pun tak tau nak cakap mcm mana...kebanyakan pemain kita sebenarnya tidak melalui fasa yang betul dlm bolasepak...masa di sekolah terus je main bola...yelah, saya sendiri pernah melaluinya...saya bermain bola tanpa bermula dgn pengenalan kpd asas...

Jd, kat mana silapnya?...

Asas tak betul, tapi saya lihat pemain kita suka pulak buat skill seperti yg dilakukan Zenedine Zidane yg dipanggil 360...skill yg dilakukan Ronaldinho dan sebagainya ...

Tapi mereka ni, asasnya kukuh....lihat sahaja passing accuracy mereka....kalau tak caya tengok shj Euro 2008 sekang ni...jgn takat nak tgk gol cantik shj atau pemain handsome je...tgk percentage mereka...especially bab passing....

Jadi, apa yg saya tekankan disini, kalau asas berterabur, mcm mana kita mahu majukan diri kita...dan ia juga adlh asas kpd segala-galanya...iaitu ASAS....

Kata Epain: Teringin nak buat aksi Blanco lepasi 2 pemain defend...

6 comments:

Wakmasnoor said...

Salam epain.

Yang amat berkurangan bagi saya adalah SEMANGAT anak-anak bola kita sendiri. Tak sehebat dan segagah dulu. Ini mungkin juga disebabkan angin ahmar yang disebabkan oleh FAM sendiri. FAM nampaknya bukan setakat bolasepak, ia juga turut juga berminat bermain POLITIK. Tapi politik ala2 bolasepak la.

epain said...

wak masnoor...

ada kebenarannya kata wak tu...

itu merupakan sbhgn faktor luaran yg menyebabkan org makin meluat dgn bola kita malahan sukan lainjugak....

bab semangat...plg penting kita mesti mempunyai semangat nasionalisme yg tinggi...barulah kita boleh dpt segala semangat utk melawan...

ini tidak, semangat duit lebih tinggi drpd segalanya...selain itu semangat telah dibunuh menerusi kata-kata kurang enak yg telah dihamburkan...

Anonymous said...

Epain,..
Buatlah topik pasal manager baru Selangor yang poyo tu.....hehehehe

John Arieco,.hardcore Scouser and Red Giant..

epain said...

fazrie...

cite pasal manager atau komen dia...ko tgk dlm www.selangorfc.com...

ada kolum "bersama manager" n dlm forum dia ada berinteraksi dgn fan...

kalau nak belasah dia..ko masuk forum je...

divahantu said...

epain:
mana hang punya kotak untuk tinggal mesej. buat le satu. baru aku boleh meracau kat kotak tu....

epain said...

mr diva...sedang di usaha kan...